Pages

Friday, August 5, 2011

Petani hadapi kesan nuklear bunuh diri


PETANI membawa sepanduk membantah masalah daripada kebocoran loji nuklear Fukushima di depan pejabat TEPCO, kelmarin.
PETANI membawa sepanduk membantah masalah daripada kebocoran loji nuklear Fukushima di depan pejabat TEPCO, kelmarin.

Ramai tak tahan masalah selepas loji bocor radiasi
TOKYO: Krisis keselamatan makanan yang memburukkan lagi keadaan penduduk selepas kejadian 11 Mac di Loji Nuklear Fukushima Daiichi turut memberi kesan buruk kepada petani di wilayah itu hingga ada yang bertindak membunuh diri.Jumlah petani yang membunuh diri meningkat di Fukushima,” kata pesawah dan penanam sayur, Toshihide Kameda, 63, dari wilayah yang dipetik akhbar Japan Today.Beliau antara 300 petani dari wilayah Tohoku yang menyertai tunjuk perasaan di ibu pejabat Tokyo Electric Power Co (TEPCO), kelmarin.Kami menderita dan menghadapi tekanan jiwa. Kami tidak tahu bila boleh pulang ke rumah dan kami tidak boleh mengusahakan apa yang kami mahu,” katanya.Kameda berkata tempahan tahun ini kurang daripada 20 peratus berbanding waktu biasa dengan ketagihan arak meningkat di kalangan petani yang sudah kehilangan semangat.Petani, Mitsuyo Tarukawa, 61, yang suaminya membunuh diri di tengah-tengah krisis nuklear berkata: “Tolonglah bersihkan tanah yang sudah tercemar. Tanah adalah segala-galanya bagi petani seperti kami, kami tidak boleh berbuat apa-apa.Mereka membuat bantahan selepas daging dicemari bahan radioaktif tinggi iaitu cesium didapati meningkat tujuh kali ganda daripada had dibenarkan dan dihantar ke kedai dan pasar selain dibeli penduduk yang tidak tahu ia sudah dicemari bahan itu, lapor media di sini.Sumber pencemaran itu dipercayai jerami yang terdedah bahan radioaktif selepas loji nuklear itu mengalami masalah.Dalam perkembangan lain, Jepun memecat tiga pegawai kanan yang ditugaskan menangani isu nuklear, semalam.Menteri Perdagangan, Banri Kaieda, yang meneliti dasar tenaga, berkata beliau merancang menggantikan tiga pegawai kanan dalam kementerian berpunca daripada krisis loji jana kuasa Fukushima, bencana nuklear terburuk sejak 25 tahun lalu.Tiga pegawai berkenaan adalah Kazuo Matsunaga, Pegawai Kanan Kementerian Perdagangan, Nobuaki Terasaka, Ketua Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri (NISA) dan Ketua Agensi Sumber Semula Jadi dan Tenaga, Tetsuhiro Hosono.Kaieda, yang memainkan peranan utama dalam menguruskan krisis Fukushima dan berhasrat meletak jawatan untuk bertanggungjawab atas salah langkah itu mengatakan bila beliau akan meletak jawatan.Saya merancang memperbaharui kakitangan dengan melakukan rombakan besar-besaran,” kata Kaieda.Saya sudah memikirkannya selama sebulan. Saya akan memasukkan orang baru untuk membangunkan semula kementerian.Perdana Menteri, Naoto Kan menggesa pengurangan berperingkat Jepun terhadap kebergantungannya kepada kuasa nuklear dan melahirkan perasaan tidak percaya terhadap kementerian perdagangan yang mempromosi tenaga atom.Kan yang tidak popular, berjuang untuk kekal dalam kedudukannya walaupun gesaan meningkat daripada partinya sendiri supaya berundur, memainkan peranan utama dalam keputusan memecat tiga pegawai terbabit, kata akhbar Asahi Shimbun. – Reuters bharian

No comments: