Pages

Friday, August 5, 2011

Penduduk gesa PBB iktiraf negara Palestin

RAMALLAH: Pegawai Palestin merancang untuk memulakan perarakan besar-besaran menentang penjajahan Israel di Tebing Barat pada 20 September depan, iaitu malam simbolik sebelum pengundian Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) yang dijangka mengiktiraf kemerdekaan negara itu. 

Pegawai kanan Palestin, Yasser Abed Rabbo, berkata mereka berharap dapat menarik jutaan penduduk menyertai tunjuk perasaan kali pertama yang dirancang untuk diteruskan selepas itu.

Beliau berkata, kempen digelar ‘Palestin 194’ selaras harapanmenjadi anggota PBB ke-194.
“Ia satu rayuan kepada PBB bagi menunjukkan perjuangan rakyat Palestin dan untuk menjayakannya ia memerlukan jutaan rakyat,” katanya. 

Abed Rabbo berkata, perarakan oleh rakyat Palestin itu akan diadakan secara aman. Pegawai keselamatan Israel berulang kali menyuarakan kebimbangan tunjuk perasaan akan bertukar ganas. 

Ketua tentera Israel, Leftenan Jeneral Benny Gantz, memberi amaran jawatankuasa parlimen minggu ini kemungkinan berlaku konfrontasi September depan. 

Beliau berkata, tentera menjangkakan ribuan penduduk akan mengadakan protes secara aman menghala ke penempatan Israel atau kawasan Israel. – AP bharian

No comments: