Pages

Saturday, July 23, 2011

Lelaki 31 tahun hamilkan budak 11 tahun dipenjara

MELBOURNE: Mahkamah Wilayah Victoria semalam, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang lelaki kerana menyebabkan seorang gadis berusia 11 tahun hamil.

Lelaki itu mendakwa budayanya membenarkan dia mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis di bawah umur.


Lelaki yang berusia 31 tahun berketurunan etnik minoriti, dikatakan kawan keluarga gadis yang juga dari etnik yang sama, telah mengadakan hubungan seks dengan gadis itu sejak tahun 2008. Gadis itu melahirkan seorang anak lelaki pada bulan Oktober 2010.

Ketika membela dirinya, lelaki yang tidak diberitahu nama dan kumpulan etniknya memberitahu pihak berkuasa, “tiada halangan usia” di dalam budaya mereka ketika memilih pasangan seks.


Tapi Hakim Lisa Hannan berkata, tindakan lelaki itu merupakan “penghinaan kepada sesiapa saja dan melanggar kesopanan dan moral.” Dia terus menjatuhkan hukuman atas tuduhan penderaan seksual berterusan terhadap kanak-kanak di bawah 16 tahun dan perampasan kanak-kanak.


“Ia tidak berkaitan dengan mana-mana budaya di dunia yang menerima adat ini,” katanya. - AFP

myMetro | Lelaki 31 tahun hamilkan budak 11 tahun dipenjara

No comments: