Pages

Thursday, July 7, 2011

Isteri, anak Osama dilarang keluar Pakistan

ISLAMABAD: Sebuah suruhanjaya Pakistan yang menyiasat serbuan Amerika Syarikat mengorbankan Osama bin Laden mengarahkan kerajaan menghalang isteri dan anak pengasas al-Qaeda itu daripada meninggalkan negara itu tanpa kebenaran.
Arahan lewat kelmarin itu dikeluarkan berikutan kebimbangan agensi perisikan Pakistan (ISI) mungkin mengambil tindakan di luar kawalan. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada agensi keselamatan itu mematuhi arahan suruhanjaya itu.
Tiga isteri Osama dan beberapa orang anaknya ditahan sejak serbuan Amerika pada 2 Mei lalu di kediaman pemimpin militan itu di bandar tentera barat laut Pakistan di Abbottabad.
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, pihak berkuasa Pakistan membayangkan mereka mahu menghantar isteri mudanya ke negara asal, Yaman.

Operasi Amerika menimbulkan kemarahan rakyat Pakistan yang melihatnya sebagai pencabulan kepada kedaulatan negara mereka. – AP Berita Harian Online | Isteri, anak Osama dilarang keluar Pakistan

No comments: