Pages

Sunday, June 26, 2011

Afghanistan padat rasuah



WASHINGTON: Menjelang pengunduran tentera AS dari Afghanistan, kajian menunjukkan, tidak banyak dilakukan pihak yang berkenaan bagi menamatkan amalan rasuah di negara itu.Laporan agensi International Crisis Group (ICG) menunjukkan, amalan rasuah memang diterima sebagai sebahagian daripada cara hidup di Afghanistan.
Amalan itu turut membabitkan hubungan di antara pegawai peringkat tertinggi kerajaan dengan kumpulan Taliban.Disediakan dalam 46 halaman, laporan ICG itu menyatakan, puluhan bilion ringgit bantuan antarabangsa memberi kekayaan bukan saja kepada pegawai kerajaan, malah pemberontak.
“Hasilnya, ekonomi Afghanistan terus didomimasi ahli perniagaan yang mempunyai hubungan baik dengan ahli politik tertentu,” kata laporan itu.
Pendedahan iu dibuat seminggu selepas Presiden AS, Barack Obama, menimbulkan kejayaan tentera negara itu di Afghanistan.Kata Obama, AS akan menarik balik 10,000 tentera dari Afghanistan tahun ini dan 23,000 lagi menjelang hujung musim panas depan.Bagaimanapun, Obama langsung tidak menyentuh isu rasuah dalam kenyataannya itu.Antara contoh dikemukakan ICG dalam laporan itu termasuk upah yang dibayar kepada Taliban bagi membolehkan lori buah melalui kawasan pinggir Kabul.
Gabenor wilayah juga sering menghantar anggota bersenjata menghalau pekerja jika majikan mereka gagal membayar wang perlindungan.
Bekalan gandum yang disediakan PBB juga tidak sampai kepada orang awam, sebaliknya mereka terpaksa membeli di pasaran gelap. Laporan lengkap ICG itu dijangka diterbitkan minggu depan. - APmyMetroAfghanistan padat rasuah

No comments: