Pages

Saturday, May 21, 2011

Taliban bom konvoi konsulat Amerika




POLIS memeriksa kenderaan konsulat Amerika yang rosak selepas dibom penyerang Taliban di Peshawar, Pakistan, semalam.
POLIS memeriksa kenderaan konsulat Amerika yang rosak selepas dibom penyerang Taliban di Peshawar, Pakistan, semalam.

Tindakan pertama balas dendam pembunuhan Osama bin Laden

PESHAWAR: Militan Taliban di Pakistan menyerang konvoi kenderaan Konsulat Amerika Syarikat AS) di Peshawar, semalam, tindakan pertama yang dianggap balas dendam terhadap pembunuhan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden awal bulan ini. 

Jurucakap Kedutaan Besar AS, Alberto Rodriguez, berkata tidak ada warga negara itu yang terbunuh ataupun cedera serius dalam serangan berkenaan.
Namun seorang warga Pakistan maut dan 10 orang lainnya cedera.
Rodriguez berkata, laporan awal menyatakan insiden itu membabitkan pengebom bom bunuh diri yang menaiki motosikal. 

“Pengebom berkenaan menyerang konvoi dua kenderaan Konsulat AS di Peshawar. Salah satu daripada kenderaan itu terkena bom. Kami masih menyiasat apa yang sebenarnya terjadi," kata Rodriguez. 

Serangan itu berlaku di sebuah jalan utama di kawasan yang menjadi penginapan diplomat Barat. Menurut polis penyerang membawa bom seberat 50 kilogram. 
Ketua polis Peshawar, Liagat Ali berkata sebuah kenderaan berisi bom diletakkan di tepi jalan dan meletup ketika salah salah satu kenderaan konsulat menghampirinya. 
Kenderaan konsulat berkenaan yang berperisai tercampak melanggar tiang elektrik berhampiran sebuah taman didikan kanak-kanak. 

Inspektor Polis Peshawar, Ijaz Khan, berkata dua pengawal warga AS mengalami luka ringan. Mereka dirawat di kemudahan perubatan AS. 

Serangan semalam adalah yang pertama terhadap warga Barat sejak kematian Osama di tangan pasukan Navy SEAL AS. – Reuters 

No comments: