Pages

Saturday, May 21, 2011

Kastam bebas Minissha Lamba


pix_gal0
Aktres Bollywood terlepas tuduhan cuba seludup RM207,524 berlian

MUMBAI: Aktres seksi Bollywood, Minissha Lamba yang baru-baru ini ditahan pegawai kastam di lapangan terbang Mumbai kerana disyaki menyeludup berlian bernilai 31 lakh rupees (RM207,524) selepas melalui Laluan Hijau yang menandakan tiada barang yang boleh dicukai untuk diisytiharkan. 

Pihak berkuasa memutuskan untuk melepaskan aktres itu dengan hanya mengenakan hukuman ringan.

Jika tidak, Minissha boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 105 Akta Kastam yang boleh membawa kepada hukuman penjara.
Bagaimanapun, pihak kastam memutuskan untuk mengenakan hukuman ringan mengikut tuduhan tersilap tidak mengisytihar bagasi yang membawa kepada denda. 

Minissha berkata, pengeluar barang kemas itu adalah seorang yang terkenal dan meminjamkannya berlian itu untuk dipakainya ketika menghadiri pesta filem Cannes. 

Beliau berada di Cannes selepas dijemput untuk menghadiri tayangan perdana filem arahan Woody Allen, Midnight in Paris. 

Aktres itu terlupa untuk mengisytiharkan bagasinya ketika menaiki pesawat dari India membawa kepada masalah itu. Perkara berkenaan disahkan oleh pembuat barang kemas itu. 
“Saya hadapi masalah dengan kastam secara tidak sengaja. Saya akan pastikan perkara ini tidak lagi berulang pada masa depan,” katanya. 

Antara ditemui termasuk sembilan barang kemas berlian, anting-anting, rantai, loket dan cincin yang nilainya melebihi had import penumpang yang pulang dari Eropah. 

Pihak kastam merampas semua barangan berkenaan termasuk pasport Minissha yang hanya akan dipulangkan selepas denda dibayar. 

Pihak kastam berkata, ia mendedahkan perkara itu kepada umum bagi menyekat orang lain cuba lalu di Laluan Hijau tanpa mengisytiharkan barangan untuk dicukai. – Agensi 

No comments: