Pages

Saturday, May 21, 2011

4 pemisah terbunuh pertempuran di Yala


POLIS Thailand menyiasat mayat disyaki pemisah yang  terbunuh  di wilayah Yala selatan Thailand, semalam.
POLIS Thailand menyiasat mayat disyaki pemisah yang terbunuh di wilayah Yala selatan Thailand, semalam.

YALA: Sekurang-kurangnya empat orang dipercayai anggota kumpulan pemisah, terbunuh dalam pertempuran terbaru dengan pasukan keselamatan, di sela-tan Thailand semalam, kata polis.

Ketua Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan, Panu Uthairat, berkata pasukan askar, renjer dan polis dikerah ke sebuah perkampungan terpencil di wilayah Yala berhampiran sempadan Malaysia bagi memburu lelaki terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan keganasan di wilayah itu sejak tujuh tahun lalu.
“Dalam kejadian tembak menembak selama kira-kira 15 minit, semua empat lelaki terbabit berjaya dibunuh, manakala sejumlah senjata dan raifal dirampas di tempat kejadian.
“Kami meminta kumpulan lelaki itu menyerah, tetapi mereka enggan. Mereka dikehendaki berikutan dipercayai terbabit dalam beberapa siri keganasan dan waran tangkap sudah lama dikeluarkan,” katanya. 

Sementara itu dalam kejadian berasingan di wilayah berjiran Yala semalam, sekurang-kurangnya sembilan penduduk kampung dan pegawai polis cedera apabila sebutir bom motosikal meletup disusuli satu lagi letupan lebih besar ketika polis mengepung kawasan berkenaan. Sepuluh buah rumah juga musnah dalam letupan itu. 

“Jelas sekali, letupan bom yang pertama bertujuan menarik perhatian anggota kerajaan untuk ke kawasan itu sebelum bom yang lebih besar diletupkan,” kata Komander Polis, Kolonel Peerapol na Phatthalung. – AFP 

No comments: