Pages

Saturday, May 21, 2011

Kanye West tayang Mercedes RM5.1 juta




KANYE WEST (kanan) memandu kereta Mercedes berharga RM5.1 juta di Cannes, Perancis, baru-baru ini.


CANNES - Penyanyi rap Kanye West sememangnya pakar dalam membuat kemunculan bergaya apabila dia tiba di satu majlis Festival Filem Cannes, Perancis dengan menaiki sebuah kereta sports Mercedes berharga AS$1.7 juta (RM5.1 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Penyanyi berusia 33 tahun itu berehat daripada berparti di atas beberapa kapal layar berharga berjuta-juta dolar AS di selatan Perancis dengan memandu kereta Mercedes McLaren SLR Stirling Moss 75 untuk bersiar-siar di sini, baru-baru ini.
Kereta sport berkuasa tinggi itu memiliki kelajuan maksimum 347 kilometer sejam dan dipercayai hanya segelintir kenderaan itu yang masih wujud di dunia.
Kanye dan rakan-rakannya turut menaiki kereta sport tersebut semasa dalam perjalanan untuk menghadiri acara Cannes yang paling menarik tahun ini iaitu majlis makan malam tahunan amfAR dan satu acara lelongan di Hotel du Cap di sini.
Dia memakai tuksedo hitam dan memandu kereta tersebut yang dianggap aksesori lelaki paling hebat tampil penuh bergaya di majlis tersebut.
Pada majlis itu, West disertai selebriti lain termasuk pereka fesyen, Karl Lagerfeld, aktres Kristen Dunst dan pemenang anugerah Oscar, Sean Penn. - Agensi, kosmo

No comments: