Pages

Saturday, May 21, 2011

Kecoh UFO mendarat di sawah padi



BULATAN yang terbentuk di kawasan sawah padi di Cikarang, Bekasi di Jawa Barat ini menimbulkan kekecohan kerana dikatakan dibuat oleh makhluk asing atau UFO.


JAKARTA - Ketika isu 'bulatan tanaman' di Sleman dan Magelang masih hangat diperkatakan, satu lagi bulatan misteri seperti itu ditemui di Jawa Barat.
Pegawai dari Beta-UFO, Julius Perdana berkata, bulatan misteri itu ditemui di kawasan sawah padi di Cikarang, Bekasi.
"Penduduk kampung tidak tahu bagaimana kejadian misteri itu boleh berlaku dan kami terpaksa mendaki bukit untuk menyaksikan sendiri kewujudan bulatan tanaman itu," katanya kepada Detik.com.
Sehingga kini belum ada sesiapa yang mengetahui bagaimana bulatan itu wujud.
Julius berkata, bulatan itu ditemui tiga minggu lalu tetapi mereka baru menyedarinya Ahad lalu.
Menurutnya, bulatan yang ramai percaya dibuat oleh makhluk asing itu mempunyai kepanjangan 90 meter dan lebar 30 meter, selain mempunyai dua bulatan di bahagian atas dan bentuk poligon.
"Rekaannya berlainan daripada penemuan sebelum ini di Sleman dan Yogyakarta, tetapi hampir serupa dengan bulatan misteri yang ditemui di Magelang, Jawa Tengah. - AGENSI, utusan

No comments: