Pages

Monday, May 2, 2011

Pemberontak rai kematian Seif Al-Arab

BENGHAZI: Pemberontak Libya semalam menyambut kematian anak dan cucu Muammar Gaddafi dengan melepaskan tembakan roket, meriam antipesawat dan raifal selama setengah jam.

“Mereka sungguh gembira Gaddafi kehilangan anak dalam serangan udara dan melepaskan tembakan untuk meraikannya,” kata Omar Bani, jurucakap tentera, Majlis Peralihan Kebangsaan (TNC).


Orang ramai di sepanjang pantai bandar itu membunyikan hon kenderaan masing-masing sambil melaungkan takbir.

Bagaimanapun, ada di kalangan pemberontak sangsi kesahihan kematian Seif al-Arab dan tiga cucu Gaddafi itu kerana mengesyakinya propaganda rejim Libya. “Saya tidak mempercayainya kerana ia diumumkan oleh televisyen Libya,” kata Waleed Mohammed, 34.


Namun, katanya, jika benar sekalipun laporan itu, ia tidak akan menamatkan perang itu dalam masa terdekat.


“Gaddafi tidak akan menyerah walaupun seluruh anggotanya mati,” kata Waleed. - Agensi, mymetro

No comments: