Pages

Monday, May 2, 2011

Ali enggan beralah


PENUNJUK perasaan anti-kerajaan menyertai perhimpunan meminta Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh digulingkan di barat laut bandar Saada. Aktivis Yaman menggesa penunjuk perasaan jalanan tidak menaikkan slogan Osama bin Laden bagi mengelakkan tindakan diambil ke atas mereka. - Foto REUTERS
PENUNJUK perasaan anti-kerajaan menyertai perhimpunan meminta Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh digulingkan di barat laut bandar Saada. Aktivis Yaman menggesa penunjuk perasaan jalanan tidak menaikkan slogan Osama bin Laden bagi mengelakkan tindakan diambil ke atas mereka. - Foto REUTERS-bharian

SANAA: Pembangkang Yaman semalam berkata, mereka tidak akan ke Riyadh untuk memuktamadkan perjanjian bagi menamatkan konflik politik di negara itu.
Delegasi daripada parti kerajaan dan Forum Umum dianggotai pembangkang dijadual menyertai Menteri Luar Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bagi mencari penyelesaian terhadap desakan supaya Presiden Yaman, Ali Abdullah Salleh, bersara.

Wakil pembangkang, Mohammad al-Sabri, berkata inisiatif itu gagal apabila Setiausaha Agung GCC, Abdullatif al-Zayani, meninggalkan Sanaa tanpa tanda tangan Ali.

“Empat rundingan diadakan bagi meyakinkan Ali, tetapi setiap kali bertemu, presiden itu mengemukakan syarat baru,” katanya.

GCC mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan di Yaman bagi membolehkan Ali memindahkan kuasanya kepada naib presiden serta menamatkan protes berdarah di kalangan orang ramai sejak ia tercetus akhir Januari lalu.


Melalui perjanjian itu, Ali sepatutnya mengemukakan peletakan jawatan kepada parlimen pada hari ke-30 perjanjian dicapai serta sehari selepas parlimen meluluskan undang-undang memberi kekebalan kepadanya.

Satu pilihan raya presiden kemudian diadakan selepas 60 hari.

Namun, Ali secara terbuka berpegang kepada perlembagaan dalam sebarang isu pemindahan kuasa walaupun Parti Kongres Rakyat yang membentuk kerajaan Yaman menerima pelan dicadangkan GCC itu.

Abdullatif ke Sanaa bagi menjemput Ali dan pembangkang secara rasmi ke Riyadh bagi menandatangani perjanjian hari ini. - AFP
myMetro

2 comments:

mcm ni lah said...

dunia islam skrg dah caca marba org2 kafir laknat sewenang2 nya nak serang negara2 islam

Abu Hatim said...

islam sama islam berrgaduh orang kafir ambil kesempatan.