Pages

Saturday, April 16, 2011

Rahsia Titanic dibongkar



LONDON - Jika seseorang penulis mengambil masa selama 25 tahun untuk menulis sebuah buku mengenai sesuatu peristiwa, pastinya pendedahan yang dilakukan juga mengejutkan, sama seperti tempoh itu.

Dan buku sensasi terbaru mengenai kapal Titanic yang karam akan memperbetulkan semua fakta mengenai kapal gergasi itu yang anda sangka anda tahu selama ini.

Buku 101 Things You Thought You Knew About The Titanic...But Didn’t! tulisan Tim Maltin mendedahkan terdapat penumpang kapal ditembak mati kerana enggan keluar dari bot penyelamat yang terlebih muatan selepas kapal itu melanggar bongkah ais.

Lebih mengejutkan, Maltin mendapati lebih ramai lelaki diselamatkan berbanding wanita dan jumlah golongan pertengahan yang diselamatkan melebihi golongan kaya.

Maltin, 38, membaca 200 dokumen, 50,000 persoalan dan menemuramah 150 saksi sepanjang kajiannya mengenai nahas itu yang berlaku di Lautan Atlantik pada 15 April 1912 dan mengorbankan 1,500 orang.

"Saya mula membaca mengenai Titanic semasa berumur tujuh tahun dan amat berharap buku ini akan memperbetulkan mitos mengenai sejarah hitam itu," katanya.

No comments: