Pages

Saturday, April 16, 2011

Jurugambar akhbar dihempas tsunami selamat


Foto
TOYA Chiba dilanda tsunami ketika mengambil gambar untuk akhbar Iwate Tokai Shimbun di pelabuhan Kamaishi.

Foto
CHIBA terjatuh selepas tsunami melanda.




TOKYO: Seorang jurugambar akhbar yang terselamat dalam kejadian tsunami Jepun, mendapat tumpuan media negara itu, semalam.


Toya Chiba dilihat berpaut pada sebuah peti telefon di mana mangsa lain sedang berlindung di situ ketika ombak besar menghanyutkan kereta di pelabuhan Kamaishi, wilayah Iwate.
Beliau ketika itu hampir dihempap kenderaan sebelum dihanyutkan arus ke Kamaishi, lapor agensi berita Kyodo.
Toya dibawa sejauh 100 kaki oleh ombak terbabit sebelum dapat berpaut pada tali dan menyelamatkan dirinya daripada terus dihanyutkan air setinggi 8 meter selepas ditolak arus sejauh 30 meter.


Beliau hanya mengalami luka dan lebam. Maharaja Akihito melawat zon bencana semalam ketika krisis nuklear berterusan.


Gambar ini dirakamkan pada 11 Mac 2011 dan disiarkan oleh Pejabat Pelabuhan Kamaishi melalui agensi berita, kelmarin.


Sementara itu, kerajaan Jepun semalam mengarahkan pengendali loji nuklear yang terjejas akibat tsunami dan menyebabkan radiasi membayar pampasan sebanyak AS$12,000 (RM36,000) kepada setiap isi rumah yang diarahkan berpindah dari kawasan terbabit.
Berpuluh-puluh penduduk tidak dapat pulang ke rumah mereka berhampiran loji nuklear Fukushima menyebabkan mereka kehilangan kehidupan dan harta selain tidak pasti bila dapat kembali semula ke rumah.


Ada yang terpaksa keluar beratus-ratus kilometer ke ibu pejabat Tokyo Electrik Power Co (TEPCO) di Tokyo untuk memohon pampasan mereka.


Hiroaki Wada, jurucakap Kementerian Perdagangan berkata bahawa TEPCO akan membayar pampasan secepat mungkin di mana keluarga dipaksa untuk berpindah akan mendapat sekurang-kurangnya 1 juta yen (AS$12,000) manakala individu akan mendapat 750,000 yen (RM27,261).


“Ada kira-kira 150 pusat pemindahan di sekitar. Ia akan mengambil masa sehingga semua orang mendapat wang. Tetapi, kami mahu syarikat itu segera membantu untuk membiayai kehidupan penduduk,” kata Menteri Perdagangan, Banri Kaieda dalam sidang media. – AgensiBerita Harian Online | Jurugambar akhbar dihempas tsunami selamat

No comments: