Pages

Wednesday, April 27, 2011

Pejabat musnah tapi Gaddafi selamat dari serangan Nato



TRIPOLI: Presiden Libya, Encik Muammar Gaddafi, disahkan selamat dan masih bersemangat selepas serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) menyasarkan dan merosakkan pejabatnya kelmarin.
Jurucakap rejim Libya, Encik Mussa Ibrahim, menyifatkan serangan Nato itu sebagai 'cubaan menghapuskan ketua pemimpin dan pemimpin politik' di negara itu dan ia juga sebagai tindakan pengganas.'Pemimpin Libya itu kini bertugas dari Tripoli. Beliau selamat, amat sihat dan sedang mengetuai peperangan bagi memperoleh keamanan dan demokrasi bagi Libya,' katanya kepada pemberita di luar kawasan bangunan pejabat Encik Gaddafi yang musnah di Bab al-Aziziya.Encik Ibrahim juga menuduh sekutu Nato dan pemberontak Libya yang melancarkan serangan ke atas rejim Encik Gaddafi sebagai mereka yang takutkan keamanan.Sementara itu, jurucakap Rumah Putih, Encik Jay Carney, berkata serangan pesawat Nato ke atas pejabat Encik Gaddafi bukan satu percubaan membunuhnya.'Tentu sekali bukan dasar pakatan dan pentadbiran kami untuk membunuh atau menyebabkan perubahan rejim di Libya secara paksa,' kata beliau.Beliau menegaskan matlamat misi ketenteraan di Libya jelas iaitu 'melindungi masyarakat awam, menguatkuasakan zon bebas penerbangan dan menguatkuasakan larangan import senjata'.Nato dalam satu kenyataannya berkata ia merupakan satu 'serangan tepat' ke atas sebuah pusat komunikasi yang digunakan bagi menyelaraskan serangan ke atas orang awam.Dalam pada itu, anak lelaki Encik Gaddafi, Encik Saif al-Islam Gadhafi, mendakwa ayahnya 'disokong oleh berjuta-juta rakyat Libya' dan misi Nato akan gagal.'Nato, anda yang akan kalah,' katanya yang ditukil oleh agensi beri Jana.Semalam, para pemberontak di bandar Misrata mendakwa mereka berjaya mengusir keluar askar yang taat kepada Encik Gaddafi dari bandar itu.'Mungkin ada beberapa askar yang masih bersembunyi dalam bandar itu, mereka takut dibunuh tetapi kami tidak jumpa kumpulan askar lagi,' kata seorang pemberontak.Namun, ketua pemberontak di bandar Benghazi, Kolonel Ahmed Omar Bani, menolak dakwaan itu.'Gaddafi tidak akan berundur. Misrata ialah bandar penting kepada Tripoli. Jika beliau melepaskan Misrata, beliau juga terpaksa melepaskan Tripoli. Beliau tidak segila itu untuk berbuat demikian,' kata Kolonel Bani. -- AFP, AP, Reuters.

No comments: