Pages

Wednesday, April 27, 2011

Obama tak mahu dedah identiti bapa


Presiden AS ‘sorok’ sijil lahir cetus persoalan 


NEW YORK: Punca Presiden Barack Obama dipercayai tidak mengemukakan sijil lahirnya disebabkan beliau mahu menyembunyi identiti atau kewarganegaraan bapanya, kata seorang anggota Senat Negeri Hawaii.
Pendedahan itu dibuat anggota Republikan, Sam Slom yang berkata, isu di sebalik keengganan presiden itu yang dikatakan lahir di Hawaii untuk mengemukakan maklumat penuh sijil kelahirannya tidak mungkin kerana beliau mahu menyembunyikan tempat kelahirannya.
“Pada pendapat saya, beliau (Obama) mungkin lahir di Hawaii dan isu sebenarnya ialah bukan sijil kelahiran, tetapi apa yang ada tertulis dalam sijil kelahiran itu,” katanya dalam temuramah di stesen radio New York’s WABC 770 AM. 

“Ia mungkin ada kena mengena dengan namanya dalam sijil itu, siapa sebenar bapanya dan warga negara bapanya,” kata Slom. 

Selain sijil kelahirannya, Presiden Amerika itu juga menyembunyikan rekod sekolah, pekerjaan dan perubatannya. 

“Mengapa ada orang seperti Presiden Amerika Syarikat berbelanja jutaan dolar untuk yuran guaman bagi menyembunyikannya. 
“Selagi ia berterusan, saya rasa ia isu yang sah,” kata Slom. 

Awal bulan ini, Donald Trump mempersoalkan lokasi tempat kelahiran Obama dalam temuramah rancangan Today, mendakwa kemungkinan besar Obama melanggar Perlembagaan. 

Pemilik empayar hartanah yang turut bertanding bagi pencalonan presiden mewakili Republikan berkata, beliau menghantar penyiasat ke Hawaii untuk mendedahkan satu penipuan terbesar dalam sejarah politik. 

“Saya ada orang yang menyelidik perkara itu dan tidak percaya apa yang mereka temui,” kata Trump. 

Dalam temuramah dengan CNN, Trump turut mempertikaikan ketiadaan gambar Obama ketika kanak-kanak, hanyalah gambar ketika beliau remaja. 

Beliau mendakwa tiada seorang pun yang mengingatinya ketika bersekolah. 

Beliau berkata, jika anda berada mengimbau kembali sekolah rendah saya, tadika saya, ramai yang mengingati saya. Tiada seorang pun daripada zaman kanak-kanak mengingatinya.” 

“Jika anda mahu menjadi Presiden Amerika Syarikat, sepatutnya bangga mengatakan yang anda lahir di negara ini,” katanya. 

Sarah Palin yang menyertai Trump, walaupun sebelum ini mengatakan bahawa isu itu mengganggu isu yang lebih penting. 

“Nampaknya ada sesuatu yang presiden enggan orang ramai mengetahuinya, sehingga beliau begitu memastikan ia tidak disiarkan dan saya rasa ia membingungkan ramai orang,” katanya. – Agensi 

No comments: