Pages

Tuesday, March 22, 2011

Reaktor ketiga keluar asap


KITAKAMI (Jepun): Kepulan asap keluar dari loji nuklear Fukushima dan memaksa kumpulan petugas berlari meninggalkan lokasi itu, semalam, sekali gus menjejaskan harapan untuk mencari penyelesaian di loji yang mengalami proses pemanasan itu.
Petugas berkenaan dipindahkan dari loji nuklear di timur laut negara itu buat sementara waktu selepas kepulan asap kelabu keluar dari reaktor ketiga, kata pengendalinya, Syarikat Bekalan Elektrik Tokyo. “Ekoran masalah ini pihak syarikat mengeluarkan petugas yang sedang memantau keadaan di situ,” kata jurucakap TEPCO tanpa menjelaskan punca asap itu. Jurutera di kawasan loji Fukushima yang terletak kira-kira 250 kilometer di timur laut Tokyo, mengejar waktu bagi memulihkan sistem penyejukan dan mengembalikan bekalan tenaga elektrik. Kenderaan bomba sibuk menyembur air bagi membantu menyejukkan rod bahan api nuklear itu. - AFP

metro

No comments: