Pages

Tuesday, February 8, 2011

Penunjuk perasaan terus bertahan di Dataran Tahrir





2011/02/08



PENUNJUK perasaan anti-Mubarak meneruskan protes masuk hari ke-14 di Dataran Tahrir, semalam.
PENUNJUK perasaan anti-Mubarak meneruskan protes masuk hari ke-14 di Dataran Tahrir, semalam.


KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak menerima tekanan terbaru semalam untuk meletak jawatan sebaik saja penen-tangnya berkata bahawa tolak ansur dalam rundingan tidak cukup untuk menyekat bantahan diteruskan terhadap pemerintahan beliau selama 30 tahun.

Beribu-ribu penunjuk perasaan terus berkumpul dalam cuaca sejuk dengan bertemankan selimut dan kanvas di Dataran Tahrir, tengah Kaherah sejak dua minggu lalu dan mula mendirikan khemah.
Kebanyakannya tidur di bawah laluan kereta perisai tentera Mesir di sekitar dataran bimbang jika tentera mula mengalihkan mereka yang boleh menghalang penunjuk perasaan atau membiarkan mereka menjadi mangsa kumpulan pro Mubarak.

Penyokong utama Mubarak dan kemungkinan penggantinya, Naib Presiden Omar Suleiman cuba untuk menyuraikan kebangkitan kelmarin dengan mengundang beberapa kumpulan pembangkang menyertai beliau dalam satu panel untuk melakukan perubahan demokratik.

Bagaimanapun, penunjuk perasaan terbabit yang memasuki hari ke 14 semalam, tidak berminat manakala parti pembangkang termasuk Ikhwanul Muslimin, mengulangi tuntutan mereka bahawa Mubarak sendiri perlu berundur atau segera menyerahkan kuasanya kepada timbalan beliau.

Ada sedikit kelegaan bagi lelaki berkenaan di kebanyakan ibu negara Barat di mana beliau pernah disanjung sebagai sekutu kuat dan benteng kepada kestabilan Asia Barat.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, Mesir sudah berubah sejak kebangkitan jalanan bulan lalu dan menggesa seorang wakil kerajaan walaupun beliau berhenti seketika meminta Mubarak, yang juga sekutu lama Amerika supaya segera meletakkan jawatan.
“Beliau tidak bertanding semula dalam pilihan raya. Penggal beliau berakhir tahun ini,” katanya.

Jurucakap kerajaan, Magdi Radi pula berkata, kebanyakan parti bersetuju untuk membentuk satu jawatankuasa bagi juri dan ahli politik untuk mengkaji dan mencadangkan pindaan perlembagaan dan menuntut pindaan perundangan menjelang minggu pertama Mac.

Perunding juga bersetuju untuk membuka sebarang aduan mengenai layanan tahanan politik, mengawal sekatan media, menarik balik perintah darurat bergantung kepada keadaan keselamatan dan menolak campur tangan asing. – AFP
Berita Harian Online | Penunjuk perasaan terus bertahan di Dataran Tahrir

No comments: