Pages

Tuesday, February 8, 2011

Kekayaan keluarga Mubarak RM210 bilion


2011/02/08

LONDON: Harta milik keluarga Presiden Hosni Mubarak dilaporkan mencecah AS$70 bilion (RM210) berdasarkan analisis pakar Asia Barat, dengan kebanyakan kekayaan beliau tersimpan di bank Britain dan Switzerland atau terikat dalam bentuk hartanah di London, New York, Los Angeles hingga sepanjang kawasan mewah pantai Laut Merah.

Selepas 30 tahun menjadi presiden dan pegawai kanan tentera, Mubarak mempunyai akses kepada perjanjian pelaburan yang menghasilkan keuntungan beratus juta pound.
Sebahagian besarnya disimpan di seberang laut atau didepositkan ke dalam akaun bank rahsia atau dilaburkan dalam kediaman mewah dan hotel.
Berdasarkan laporan dalam akhbar berbahasa Arab tahun lalu, Al Khabar, Mubarak mempunyai harta di Manhattan dan kawasan eksklusif Beverly Hills di Rodeo Drive.

Anak lelakinya, Gamal dan Alaa juga adalah berstatus bilionair. Baru-baru ini, satu bantahan diadakan di luar kediaman Gamal di 28 Wilton Place di Belgravia, tengah London, menunjukkan selera keluarga itu memiliki harta di negara Barat.

Amaney Jamal, profesor sains politik di Princeton University berkata bahawa dianggarkan AS$40 bilion hingga AS$70 bilion dibandingkan dengan kekayaan kebanyakan pemimpin di negara Teluk lain.

“Perniagaan dari perkhidmatan kerajaan dan tentera beliau mengumpulkan kekayaan peribadinya.
“Rasuah berleluasa dalam pentadbiran beliau termasuk penyelewengan sumber awam untuk peribadi,” katanya kepada stesen berita ABC.

“Ini adalah paten diktator Asia Barat lain supaya kekayaan mereka tidak boleh diambil ketika peralihan kuasa”. – Agensi
Berita Harian Online | Kekayaan keluarga Mubarak RM210 bilion

No comments: