Pages

Tuesday, February 8, 2011

Askar Thai, Kemboja bertempur





2011/02/08



SEORANG penduduk Thai lalu di kawah kecil akibat serangan bom tentera Kemboja dekat sempadan kedua-dua negara itu.
SEORANG penduduk Thai lalu di kawah kecil akibat serangan bom tentera Kemboja dekat sempadan kedua-dua negara itu.


Tembok kuil dituntut Bangkok, Phnom Penh runtuh akibat dibedil

PHNOM PENH: Bunyi mesingan dan bedilan meriam kedengaran di sempadan Thailand dan Kemboja semalam berikutan tentera kedua negara itu bertempur lagi berhampiran kuil kurun ke-11 memasuki hari keempat yang menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh.
Kuil terbabit yang berada beberapa ratus meter dari sempadan timur Thailand dengan Kemboja mencetuskan perasaan nasionalisme di kedua-dua pihak yang bertempur sejak berdekad dan konflik mengenainya menyebabkan pertempuran meletus sejak beberapa tahun.

Pihak berkuasa Kemboja berkata, bedilan meriam Thailand meruntuhkan sebahagian dinding di kuil Preah Vihear, kawasan Tapak Warisan Dunia PBB tetapi pegawai Bangkok menyifatkannya propaganda semata-mata.

Jurucakap kerajaan Kemboja, Phay Siphan berkata pertempuran tercetus awal pagi semalam selepas terhenti tengah malam.

Pihak berkuasa Thailand tidak memberi sebarang komen tetapi pemberita asing di kawasan itu berkata bunyi tembakan dan meriam boleh didengar.

Lewat kelmarin, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, berkata beliau bimbang dengan pertempuran itu dan menggesa kedua pihak untuk mengenakan sekatan maksimum, kata jurucakap beliau dalam satu kenyataan.
Pada 1962. Mahkamah Dunia menetapkan bahawa kuil terbabit milik Kemboja. Nasionalis Thailand mempertikaikan perintah itu dan merampasnya sebagai isu politik domestik.

Sekurang-kurangnya lima orang mati dalam pertempuran di sempadan yang bermula Jumaat, seorang awam dan seorang tentera dari Thailand, manakala seorang orang awam dan dua tentera dari Kemboja.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen memberi amaran bahawa pertempuran memberikan satu ancaman kepada kestabilan serantau.

Beliau berkata, pertempuran terbaru itu tercetus selepas tentera Thailand melintasi sempadan dalam usaha mencari seorang rakan mereka yang cedera, manakala tentera Kemboja melepaskan tembakan ke arah mereka. Beliau bercakap ketika satu majlis graduasi universiti di ibu negara, Phnom Penh. – AP
Berita Harian Online | Askar Thai, Kemboja bertempur

No comments: