Pages

Sunday, October 24, 2010

Malu kapal selam nuklear tersadai






LONDON - Ketua-ketua Tentera Laut Diraja Britain malu besar selepas sebuah kapal selam nuklear yang didakwa mampu mengelak daripada dikesan radar musuh akhirnya menjadi bahan jenaka orang ramai setelah ia terdampar di perairan Scotland, lapor sebuah akhbar semalam.
Kapal selam HMS Astute berharga £1.2 bilion (RM5.8 bilion) turut dilengkapi sistem navigasi berkomputer tercanggih.
Namun, nasib tidak menyebelahi kapten kapal selam itu selepas kipasnya tersekat dalam lumpur ketika memasuki sebuah teluk yang cetek di Kepulauan Skype kelmarin.
Orang ramai yang berada di lokasi tersebut tersengih melihat beberapa pegawai dan kru kapal selam tersebut keluar sementara menunggu air pasang bagi membolehkan HMS Astute ditunda.
"Walaupun tiada kebocoran nuklear berlaku, kapten kapal selam itu atau anak-anak buahnya boleh didakwa di mahkamah tentera kerana kecuaian," kata satu sumber selepas HMS Astute ditunda pada petang kelmarin.
Kapal selam sepanjang hampir 100 meter itu dapat menghasilkan air minuman dan udara daripada air laut sekali gus mampu menyelam mengelilingi dunia tanpa timbul ke permukaan.
HMS Astute membawa torpedo berat Spearfish 38 dan peluru berpandu Tomahawk Serangan Darat yang boleh mengenai sasaran di Afrika Utara dari Britain. - Agensi

No comments: