Pages

Sunday, October 24, 2010

Genetik pengaruh keinginan merokok




MISSOURI - Komposisi DNA individu dipercayai mempengaruhi kadar merokok dan jenis penyakit yang akan dihidapi akibat tabiat itu, menurut sepasukan penyelidik antarabangsa dari Universiti Washington, Amerika Syarikat. 

Kajian berskala besar itu adalah yang pertama seumpamanya untuk memadankan genetik dengan tabiat merokok, barah paru-paru dan penyakit COPD. 

Saintis mendapati dua kumpulan pemboleh ubah genetik yang terdapat pada kromosom ke-15 mempengaruhi risiko bagi ketiga-tiga masalah itu, selepas menjalankan kajian terhadap 38,000 perokok. 

Ketua penyelidik, Laura Jean Bierut berkata, pasukan saintis menguji pemboleh ubah DNA yang diketahui sebagai penyebab perubahan biologi dalam tubuh perokok. 

"Kami berjaya menunjukkan bahawa kedua-dua pemboleh ubah itu memberi kesan kepada jumlah seorang individu merokok selain jenis penyakit yang boleh dihidapi mereka," katanya. 

Nikotin, bahan utama yang menyebabkan ketagihan dalam rokok, bertindak balas dengan sel reseptor yang terdapat pada bahagian kromosom ke-15 dan asas ini digunakan saintis bagi menentukan pengaruh kromosom tersebut terhadap perokok.

No comments: