Pages

Sunday, October 24, 2010

4 jam selamatkan anak kucing



ALANNAH Merletto bersama Cain, anak kucing yang dipamnya ke dalam salur tandas.



SYDNEY - Seekor anak kucing berusia dua hari di Australia diselamatkan lapan anggota bomba dalam operasi selama empat jam selepas pemiliknya, seorang budak perempuan memasukkan haiwan itu ke dalam tandas dan mengepamnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Budak perempuan tersebut, Alannah Merleto, 3, gemar mengepam barang-barang ke dalam tandas.
Ibunya, Ammie bimbang nasib buruk menimpa anak kucing yang diberi nama Cain itu, selepas menanyakan kepada anaknya di mana haiwan tersebut berada.
"Di dalam tandas," jawab Alannah.
Kediaman mereka di sini kemudian menjadi tunggang-langgang selepas keluarga berkenaan bergegas mencari anak kucing itu baru-baru ini.
Mereka kemudian mendengar Cain mengiau dari dalam saluran paip tandas di bawah rumah.
"Saya cemas dan kami menghubungi pihak bomba," kata ibunya.
Pasukan bomba terpaksa meleraikan tandas itu dan memecahkan konkrit sebelum sampai ke saluran tandas di mana Cain terperangkap, seterusnya mengeluarkan anak kucing itu. - Agensi

No comments: