Pages

Tuesday, October 12, 2010

AKTIVIS KUWAIT HINA ISTERI NABI


Saudi keluarkan fatwa tegas pertahan Aisyah


RIYADH: Badan tertinggi Islam Arab Saudi mengeluarkan fatwa tegas mempertahankan isteri Nabi Muhammad saw, Aisyah, selepas seorang aktivis Kuwait menghinanya.
Menurut Majlis Fatwa Arab Saudi, tindakan menghina isteri Rasulullah atau meragui keluarga baginda melalui isterinya - terutama Aisyah - adalah jenayah amat berat.'Kenyataan itu adalah satu fitnah, penghinaan dan keji,' kata badan itu.Kenyataan itu dianggap reaksi terhadap komen seorang aktivis Syiah Kuwait yang hidup dalam buangan di London, Encik Yasser al-Habeeb, awal September lalu.Encik Yasser mengeluarkan kata-kata menghina Aisyah dalam satu majlis memperingati kematian isteri Rasulullah di London.Bagi kebanyakan pengikut Syiah, Aisyah dibenci kerana kononnya dianggap berperanan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam.Komen Encik Yasser sekali gus meningkatkan kembali ketegangan di antara pengikut Sunnah Kuwait dengan minoriti Syiah di negara itu.Selepas Encik Yasser mengeluarkan kenyataan itu, pihak berkuasa Kuwait melarang sebarang protes bagi mengelak tercetus keganasan.Kewarganegaraan Encik Yasser juga dilucutkan.Encik Yasser telah menetap di England sejak 2004 selepas melarikan diri daripada hukuman penjara kerana mengeluarkan kenyataan menghina dua khalifah terawal Islam, Abu Bakar dan Umar.Sesetengah pihak berpendapat, Encik Yasser sengaja membuat kenyataan itu untuk mencetuskan konflik Sunni-Syiah di rantau Teluk.Bagaimanapun, menurut laporan, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, mengeluarkan fatwa pada 2 Oktober lalu melarang penganut Syiah menghina Aisyah atau mana-mana pemimpin sunni.Pengikut Syiah membentuk sekitar 10 peratus daripada keseluruhan penduduk di Arab Saudi.Para pemimpin Syiah di negara itu telah turut mengutuk kenyataan Encik Yasser. -- AFP.

No comments: