Pages

Sunday, March 15, 2015

Itali larang pembinaan masjid


Itali larang pembinaan masjid
Pengkritik percaya Mahkamah Perlembagaan Itali akan membatalkan undangundang diskriminasi tersebut kerana ia melanggar beberapa kandungan Perlembagaan.
ROM - ITALI. Kerajaan Itali memutuskan untuk mengemukakan undang-undang 'antimasjid' di wilayah Lombardy ke Mahkamah Perlembagaan negara itu.

Keputusan itu diumumkan pentadbiran Perdana Menteri Matteo Renzi, kelmarin susulan daripada bantahan awam terhadap peraturan baharu yang didakwa akan menyukarkan orang Islam untuk membina masjid di wilayah utara tersebut.

Pada Januari lalu, Majlis Wilayah Lombardy mengesahkan undang-undang yang mengenakan sekatan lebih ketat ke atas pembinaan rumah ibadat melibatkan agama bukan rasmi di wilayah tersebut.

Difahamkan, undang-undang baharu itu mewajibkan agama minoriti supaya mengikut piawaian khas dengan mengambil kira ukuran bangunan dan kawasan parkir kenderaan.

Beberapa pengkritik berpendapat sekatan tersebut secara tidak langsung menyasarkan lebih sejuta penduduk Muslim di negara itu memandangkan agama Islam tidak diiktiraf secara rasmi di negara Eropah. - Press TV

Gagal jawab soalan matematik, majlis perkahwinan dibatal

SEORANG gadis di India enggan berkahwin selepas bakal suaminya
SEORANG gadis di India enggan berkahwin selepas bakal suaminya gagal menjawab soalan matematik mudah. – AGENSI
UTTAR PRADESH 14 Mac – Seorang pengantin perempuan enggan meneruskan majlis perkahwinan selepas pengantin lelaki gagal menjawab soalan matematik mudah yang diajukan oleh keluar­ganya.
Laman web Mirror.uk melaporkan, pengantin perempuan yang digelar sebagai Lovely oleh Portal Times of India itu mengajukan soalan ‘15 tambah 6 sama dengan berapa’ kepada bakal suaminya, Ram Baran selepas curiga dengan tahap pendidikan lelaki itu.
Baran kemudian dengan yakin menjawab 17, tindakan yang menyebabkan Lovely membatalkan majlis perkahwinan ber­kenaan serta-merta.
“Mana-mana murid darjah satu pasti boleh menjawab soalan itu dengan mudah. Ahli keluarga pengantin lelaki sebelum ini begitu berahsia tentang tahap pendidikan anak mereka.
“Ini satu perkara yang memalukan. Kami sudah melakukan yang terbaik bagi memastikan majlis ini berjalan lancar. Tapi malangnya kami telah ditipu,” kata bapa pe­ngantin perempuan, Mohar Singh.
Polis berkata, mereka tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pengantin perempuan selepas kedua-dua buah keluarga bersetuju menyelesaikan masalah ber­kenaan dengan cara baik.
“Kes ini sudah selesai. Kedua-dua buah keluarga juga bersetuju untuk memulangkan semula barangan kemas dan segala hadiah yang telah diberi,” jelas polis ber­kenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gagal-jawab-soalan-matematik-majlis-perkahwinan-dibatal-1.69347#sthash.r0mUXivZ.dpuf

Saturday, March 14, 2015

Lelaki Dikurung Dalam Reban Ayam Selama 13 Tahun


Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2015 1:13 PM

DAHULU hidupnya seperti lelaki lain yang bebas bekerja untuk mencari teman hidup serta menjaga ibu tercinta.
Namun selepas ditinggalkan kekasih, Tang Shuangqiang, 46, yang tinggal di sebuah perkampungan di China mula tertekan dan kehidupannya tidak lagi normal seperti orang lain.
Lelaki itu kemudian disahkan mengalami gangguan mental apabila bapanya meninggal dunia.
Dia juga mula mengganggu kehidupan jiran-jiran. Bagi memastikan Tang tidak lebih agresif, ibu lelaki berkenaan terpaksa merantainya dan memenjarakan dia di dalam sebuah reban ayam sejak 13 tahun lalu.
"Dia terlampau tertekan dan pernah menyerang jiran kami. Disebabkan faktor kewangan yang terhad untuk merawatnya, saya mengurungnya demi keselamatan semua," kata ibunya kepada XinHua News.
Walaupun hampir kesemua penduduk tempatan kampung Yangliu, Bandar Shaoyang di wilayah Hunan mengetahui dan sedar akan perkara ini, namun tiada sesiapa yang mengambil tindakan sehinggalah bekas rakan-rakan sekolahnya bercadang untuk membuat perjumpaan semula.
Bekas rakan sekolahnya memutuskan untuk berjumpa dengan ibu Tang dan ingin mengetahui kejadian sebenar apabila lelaki itu gagal menghadirkan diri semasa perjumpaan semula.
"Sudah hampir 28 tahun kami tidak berjumpa dengannya dan ingin mengetahui apa yang berlaku, namun kami berasa terkejut apabila mendapati Tang dikurung dan dirantai di dalam reban ayam.
"Ibunya berpendapat bahawa Tang menghidap Skizofrenia, padahal dia tidak pernah menerima apa-apa bantuan atau rawatan pakar. Lebih menyedihkan lagi, Tang dikurung di bilik sempit yang berkeluasan enam meter persegi selama 13 tahun," kata Guo Hsiung.
Beberapa gambar diambil dan dimuat naik ke beberapa laman sosial dengan harapan ada pihak yang boleh menghulurkan bantuan dan mencari jalan penyelesaian untuk Tang.
"Saya sudah uzur dan ketiadaan suami menyukarkan saya untuk menjaganya jika dia bertindak ganas. Mengurungnya adalah jalan penyelesaian yang sesuai.
"Saya bersyukur sekiranya ada cara lain untuk merawat Tang, namun saya hanya bergantung kepada duit pencen yang terhad," kata ibunya yang berumur 66 tahun.
Perasaan sebak dan pilu dirasai oleh ibunya apabila memikirkan kehidupan Tang sekiranya dia sudah tiada lagi di dunia ini. 

Doktor buat surgeri pemindahan zakar pertama di dunia



KETUA Unit Urologi Universiti Stellenbosch, Professor Andre van der Merwe (kiri) dan Ketua Eksekutif Jabatan Universiti Stellenbosch, Professor Rafique Moosa (kanan) pada sidang media di Hospital Tygerberg dekat Bellville, Cape Town semalam. Doktor Afrika Selatan berjaya melaksanakan pemindahan zakar pertama di dunia ke atas lelaki berusia 21 tahun apabila organnya itu dipotong tiga tahun lalu ketika berkhatan. - Foto AFP
CAPE TOWN: Doktor Afrika Selatan berjaya melaksanakan pemindahan zakar pertama di dunia ke atas seorang lelaki berusia 21 tahun apabila organnya itu dipotong tiga tahun lalu pada satu upacara tradisional.
Pembedahan selama sembilan jam itu dibuat pada Disember, adalah sebahagian daripada kajian perintis dikendalikan Hospital Tygerberg di Cape Town dan Universiti Stellenbosch bagi membantu seramai 250 atau lebih belia lelaki Afrika Selatan yang kehilangan zakar setiap tahun selepas menjalani upacara menjadi orang dewasa.
Doktor berkata, pesakit yang tidak didedahkan namanya, sudah boleh kencing dan keupayaan fungsi pembiakan benih bermula.
Katanya, pembedahan itu boleh ditawarkan kepada lelaki yang kehilangan zakar akibat kanser atau langkah terakhir bagi mengubati masalah ereksi yang teruk.
"Matlamat kami ialah supaya zakar lelaki itu dapat berfungsi sepenuhnya dalam tempoh dua tahun dan kami amat kagum dengan tahap pemulihannya," kata Ketua Unit Urologi universiti itu, Andre van der Merwe yang mengetuai pembedahan berkenaan.
Sembilan lagi pesakit sudah disenaraikan untuk menjalani pembedahan yang sama.

PEMBEDAHAN selama sembilan jam itu dibuat pada Disember, adalah sebahagian daripada kajian perintis dikendalikan Hospital Tygerberg di Cape Town dan Universiti Stellenbosch. - Foto hiasan
Setiap tahun beribu-ribu belia lelaki Afrika Selatan terutama dari suku Xhosa, meraikan peralihan ke alam dewasa dengan mencukur kepala dan menyapu badan mereka dengan tanah liat putih dari kepala hingga tapak kaki, duduk dalam pondok jauh dari masyarakat selama beberapa minggu dan kemudiannya dipotong zakar.
Bagaimanapun pada Mei 2013, lebih 20 orang belia mati selepas upacara menjadi orang dewasa itu di utara wilayah Mpumalanga biarpun gesaan daripada parti politik supaya upacara tradisi itu diubah.
Beberapa bulan kemudian, polis membuat beberapa penahanan berikutan kematian 30 orang belia ketika menjalani upacara tradisional itu di wilayah Eastern Cape. - Reuters

Himpunan Gambar Osama Bin Laden Yang Jarang Ditemui

Osama di biliknya sebelum sesuatu rakaman dibuat.

Osama ketika membuat rakaman untuk disiarkan kepada pihak barat.



Osama di bilik membacanya yang dibina di dalam sebuah gunung.

Osama bersama wartawan Palestin yang dijemput ke kem latihan berkenaan di Tora Bora.

Antara kediaman Osama dan pengikutnya dan dibina dengan tanah.

Pintu terowong untuk masuk ke lokasi rahsia yang dibina Osama.







Buaya muncul di padang golf


Buaya muncul di padang golf
Gambar buaya yang menjadi viral di laman sosial Facebook selepas ia dimuatnaik Selasa lalu.
FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT.  Seekor buaya yang sedang berlegar-legar di sebuah padang golf di sini menjadi viral di laman sosial Facebook selepas ia dimuatnaik Selasa lalu.

Buaya tersebut dianggarkan 12 hingga ke 13 kaki (3.64 meter) panjang.

Menurut Pengurus Kelab Golf Myakka Pines, Mickie Zada,  sejak gambar itu dimuatnaik, dia menerima banyak panggilan dari wartawan yang bertanyakan mengenai kesahihan gambar tersebut kerana buaya tersebut kelihatan agak besar.

" Lelaki yang mengambil gambar ini berusia 80 tahun. Dia tidak tahu menggunakan aplikasi Photoshop," katanya dipetik Reuters.

Gambar buaya tersebut kini telah dilihat oleh hampir 200,000 pelayar.

Zada berkata buaya ini bukanlah yang paling besar pernah berlegar-legar di kawasan ini, malah terdapat buaya yang lebih besar iaitu mencecah 15 kaki ( 4.5 meter) panjang.

"Walaupun haiwan buaya hampir setiap hari akan berlegar di sekitar padang golf ini tetapi tiada satu pun yang menyerang manusia sepanjang 37 tahun kelab itu.

"Buaya baru masih belum diberi nama, namun kami mungkin akan menamakannya viral," katanya.

Juruterbang jet pejuang jelita tarik perhatian


Juruterbang jet pejuang jelita tarik perhatian
EMPAT Juruterbang pesawat tempur wanita China menarik perhatian ramai di laman sosial baru-baru ini kerana gaya persis model. 

Lebih mengujakan, empat wanita jelita ini akan mengadakan persembahan udara pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi ke 13 (Lima) yang akan berlangsung di Langkawi dari 17 hingga 21 Mac ini.

Menurut Jurucakap Tentera Udara China, Shen Jinke, keempat-empat juruterbang tersebut akan mengendalikan pesawat tempur J-10 pada persembahan di Malaysia.

Yu Xu, Tao Jiali, Sheng Yifei dan He Xioli adalah wanita China pertama yang akan beraksi dalam persembahan udara antarabangsa. 

Memetik laporan CCTV.com, mereka mempunyai purata lebih 800 jam penerbangan dan pernah penyertai perarakan ketenteraan berprofil tinggi sempenan Ulang tahun  China yang ke 60 pada tahun 2009.

Malah mereka juga pernah menyertai pertunjukan pada Pameran Antarabangsa Penerbangan Udara di Guangdong Province, China November lalu.

"Penyertaan Tentera Udara pasukan akrobatik dalam pertunjukan udara LIMA akan membantu mengukuhkan hubungan dengan Malaysia, meningkatkan kerjasama politik, membina imej tentera China dan mempamerkan peralatan aeronautik milik China," kata Shen.

Berkahwin di hospital sebelum tiba saat-saat kematian





LINCOLNSHIRE, Britain – Sepasang kekasih di sini telah melangsungkan perkahwinan mereka di ruang menunggu hospital selepas bakal isterinya diberitahu hanya mempunyai masa dua hari untuk hidup baru-baru ini.
Jack Beniston, 22, dari Stamford, dekat sini mengahwini Michelle O’Connor, 32, di Hospital Bandar Peterborough sebagai tanda sokongan kepada teman wanitanya yang nazak akibat kanser serviks.
“Saya berkesempatan membawa kedua-dua belah keluarga dan kawan-kawan rapat untuk menyaksikan perkahwinan ini dengan dibantu oleh pihak hospital,” kata Beniston.
Pasangan itu yang telah berkenalan selama tiga tahun, pada mulanya merancang untuk melangsungkan perkahwinan selepas O’Connor selamat melahirkan anak perempuan mereka, Martha melalui pembedahan pada Jun tahun lalu.
Bagaimanapun, mereka tidak dapat berbuat demikian apabila O’Connor disahkan menghidap kanser tahap empat selepas dua bulan melahirkan anak dan perlu menjalani rawatan di hospital.
O’Connor bagaimanapun meninggal dunia selepas empat minggu usia perkahwinan mereka. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0314&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3UJ5m7ls2 
Hakcipta terpelihara 

Gunung berapi Costa Rica meletus selepas 20 tahun



IMEJ yang dirakam dari Balai Cerap Seismologi dan Gunung Berapi Costa Rica menunjukkan kepulan asap memenuhi ruang udara.


SAN JOSE – Gunung berapi Turrialba di sini memuntahkan asap dan abu setinggi 1 kilometer (km) ke udara kelmarin dalam satu letusan paling kuat sepanjang tempoh 20 tahun lalu.
Situasi itu menyebabkan pihak berkuasa tempatan telah memulakan operasi memindahkan penduduk kawasan sekitar ke lokasi yang lebih selamat.
Empat letupan daripada gunung berapi yang terletak di tengah Costa Rica itu menyebabkan abunya sampai di bandar San Jose yang terletak kira-kira 50km dari lokasi kejadian.
Abu yang menyelubungi ruang udara di San Jose turut menyebabkan lapangan terbang terpaksa ditutup. Letupan itu adalah yang pa­ling kuat sejak 1996.
“Kami mencadangkan pemindahan penduduk dan haiwan kecil sebagai langkah berjaga-jaga. Letupan ter­akhir itu sangat kuat,” kata jurucakap Balai Cerap Seismologi dan Gunung Berapi Costa Rica.
Gunung Berapi Turrialba mula menunjukkan tanda-tanda untuk meletus pada Oktober tahun lalu selepas kali terakhir memuntahkan lahar pada 1863. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0314&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3UJ5bLIeI 
Hakcipta terpelihara 

Gali perigi jumpa gua

Batu-batu unik pada bumbung gua di Kampung Blaban, mukim Batumarmar,
Batu-batu unik pada bumbung gua di Kampung Blaban, mukim Batumarmar, Pamekasan yang ditemukan baru-baru ini mula menjadi perhatian penduduk sekitar daerah itu.
PAMEKASAN, Jawa Timur – Penduduk daerah Pamekasan di sini digemparkan dengan penemuan sebuah gua yang mempunyai pelbagai batu 
unik di Dusun Rojing, Kampung Blaban di mukim Batumarmar, oleh penggali perigi, minggu lalu.
Gua itu ditemukan pekerja penggali perigi milik penduduk bernama Sati, 40, ketika menggali sebuah perigi pada kedalaman tujuh meter sebelum menemukan sebuah lubang dengan saiz sebesar penumbuk orang dewasa.
Oleh kerana ingin tahu, para penggali terus menggali sehingga lubang itu semakin membesar, malah tuil yang digunakan mereka terjatuh ke bahagian dasar gua itu, lapor Kompas.com.
“Para pekerja penggali terus menggiatkan usaha menggali gua itu ke bahagian tepi sehingga menemukan lopak yang menjadi gua seperti sekarang ini,’’ kata Sati, Selasa lalu.
Sati menjelaskan, sebelum gua itu ditemukan, dia tidak pernah didatangi petanda yang pelik sebaliknya niatnya menggali perigi itu hanya untuk mendapatkan air.
Penemuan gua kemudiannya dimaklumkan kepada Ketua Kampung Balaban, Sukrianto kerana dibimbangi boleh membahayakan penduduk.
Untuk masuk ke gua dengan saiz dua meter itu, orang ramai perlu menggunakan tangga diperbuat daripada buluh.
“Di dalam gua itu, memang terdapat banyak batu-batu unik berbentuk tirus yang muncul dari bahagian bumbung gua.
“Batu seperti batu cincin itu pula menjatuhkan air hingga membuatkan keadaan di dalam gua itu sangat sejuk,’’ kata Sukrianto.
Berita penemuan gua itu kemudiannya tersebar melalui gambar dan video telefon pintar sekali gus mendorong penduduk luar datang ke daerah ini untuk melihat sendiri gua tersebut.
Walaupun pihak polis Tamberu memagar kawasan itu dengan pita polis, namun penduduk 
tidak mengendahkannya dan masuk ke gua tersebut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gali-perigi-jumpa-gua-1.69059#sthash.p2ct5AjV.dpuf

Lelaki pancing 
ikan pari 362 kilogram

Jeff Corwin (dua dari kiri), sempat bergambar bersama enam lelaki
Jeff Corwin (dua dari kiri), sempat bergambar bersama enam lelaki yang membantunya ketika menewaskan ikan pari gergasi seberat 362 kilogram di Sungai Mae Klong, Thailand, baru-baru ini. – AGENSI

Menurut laporan portal Mail Online, lelaki berkenaan, Jeff Corwin berjaya menewaskan ikan tersebut di Sungai Mae Klong di Thailand pada awal minggu ini selepas bertarung hampir dua jam untuk menaikkan haiwan gergasi itu.
Malah, ekoran saiz pari terbabit yang sangat besar, seramai enam orang lelaki terpaksa membantu Corwin mengangkat haiwan itu menaiki sebuah bot kecil.
Corwin yang juga merupakan selebriti program televisyen tentang alam semula jadi berkata, ikan pari itu mempunyai ukuran lebar 2.4 meter dan 4.2 meter panjang.
Jelasnya, aksi beliau memancing ikan pari gergasi itu akan disiarkan dalam rancangan Ocean Myste­ries with Jeff Corwin melalui rangkaian televisyen ABC di AS pada hujung tahun ini.
“Berdasarkan pakar ikan pari, Dr. Nantarika Chansue dan program National Geographic, Fishsiam, ikan tersebut merupakan yang terbesar pernah ditangkap menggunakan pancing.
“Pengalaman memancing ikan pari gergasi itu sangat menakjubkan dan mengambil masa hampir dua jam, selain dibantu secara bergilir-gilir oleh beberapa lelaki,” kata Corwin menerusi laman sosial Twitternya.
Rekod sebelum ini dicatatkan oleh pemancing Britain, Ian Welch yang berjaya memancing seekor ikan pari seberat 349 kilogram di sungai yang sama pada 2009.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-pancing-8232-ikan-pari-362-kilogram-1.69142#sthash.wy3hw7RR.dpuf

Friday, March 13, 2015

19 hari, 57 tingkat

Changsha (China): Sebuah syarikat pembinaan di China, Broad Sustainable Building membina sebuah bangunan setinggi 57 tingkat dalam masa hanya 19 hari.
Bangunan Mini Sky City yang terletak di Changsha, ibu kota daerah Hunan itu dibina pada kadar tiga tingkat sehari.
Ia mempunyai mempunyai 800 unit pangsapuri dan ruangan pejabat yang boleh memuatkan seramai 4,000 orang.
Mini Sky City pada mulanya dirancang dibina setinggi 220 tingkat tetapi dikurangkan kerana bimbang ia terlalu dekat dengan lapangan terbang.
Pembinaan bangunan pasang siap yang mempunyai 19 atrium dengan ketinggian 10 meter itu juga adalah mesra alam.
Menurut pemaju, sebahagian besar bahagian bangunan itu dipasang di lokasi berasingan sebelum dibawa ke tapak pembinaan dan disusun di atas satu sama lain.
Kaedah itu berjaya mengurangkan bilangan perjalanan yang diperlukan untuk mengangkut bahan mentah.
Secara keseluruhan sebanyak 15,000 perjalanan menggunakan lori berjaya dikurangkan sekali gus mengurang pencemaran udara akibat habuk dan asap kenderaan.
Bangunan itu turut mengambil kira masalah pencemaran di China dengan menggunakan kaca empat kali ganda lebih tebal dan kawasan pembinaan yang ditutup rapi.
Broad Sustainable Building sebelum ini pernah membina bangunan setinggi 30 tingkat di sini dalam tempoh hanya 15 hari.
Kata syarikat itu, teknologi berkenaan adalah inovasi paling bermakna dalam sejarah manusia.
Walaupun pembinaan itu dianggap peka terhadap alam sekitar tetapi beberapa pengguna internet menyuarakan kebimbangan berhubung isu keselamatan bangunan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2015 @ 8:00 AM


BANGUNAN yang dibina dalam masa tidak sampai tiga minggu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36542#sthash.gzXgvJxO.dpuf

Lembu 2 muka kena jual

Queensland (Australia): Seorang ejen ternakan mencetuskan kejutan apabila membawa lembu jantan dengan dua muka untuk dilelong di bandar Mareeba, semalam.
Lembu dibawa Jack ‘Jacko’ Shephard itu memang unik dengan dua wajah yang bertindih malah satu mata, sebatang gigi serta hidung yang berfungsi melengkapi muka di bahagian atas.
Lembu itu dijamin sihat dan berkeadaan baik oleh pihak penganjur.
Ejen jualan Mark Peters berkata haiwan berkenaan hanya memiliki dua muka dan berada dalam keadaan yang amat baik.
Menurut Shephard, haiwan bermuka dua itu mendapat perhatian dan pandangan pelik daripada pengunjung.
“Saya tidak pernah melihat lembu berwajah dua sepanjang 17 tahun bekerja dalam bidang ini walaupun pernah menyaksikan beberapa perkara luar biasa,” katanya.
Lembu seberat 440 kilogram itu dijual dengan harga A$537 (RM1,500). Bagaimanapun, nasib lembu itu tidak begitu baik kerana dibeli rumah sembelihan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 8:28 AM


LEMBU dua muka yang dijual dengan harga RM1,500.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36312#sthash.cFjVH5Gs.dpuf

Lagi kereta super untuk polis Dubai

BMW i8, kereta peronda baru polis Dubai.
Dubai: Kereta BMW i8 ini kini menjadi sebahagian daripada pasukan kereta peronda polis Dubai.
Penggunaan kereta itu dirasmikan semalam oleh Ketua Komander Polis Dubai Mejar Jeneral Khamis Mattar Balmazina.
Menurut Khamis, pihaknya sentiasa mencari jalan meningkatkan keselamatan di negeri itu, termasuk dengan mengguna kereta super.
Jabatan polis Dubai memperkenalkan kereta sport mewah sejak 2013 dan kini memiliki kereta Lamborghini Aventador, Aston Martin One-77, Mercedes SLS, Bentley Continental GT Speed, Ferrari FF dan McLaren MP4-12C.
Tahun lalu ia menambah kereta mewah Bugatti Veyron bersama sebuah motosikal berkuasa tinggi, Can-am Spyder.
Kenderaan itu boleh menjalankan tugas pencegahan di kawasan komersial dan pelancongan yang mempunyai jalan raya sempit.
Mac tahun lalu, pihak berkuasa negeri itu memperkenalkan sebuah bot laju untuk digunakan jabatan polis.
Di Abu Dhabi minggu lalu, polis negeri itu merasmikan kereta Rolls Royce Phantom untuk digunakan pasukan polisnya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2015 @ 7:39 AM


Universiti Harvard, Amerika Syarikat terbaik di dunia



UNIVERSITI Harvard, Amerika Syarikat mengekalkan kedudukannya sebagai universiti terbaik di dunia berdasarkan carta terkini yang dikeluarkan Times Higher Education semalam.


KUALA LUMPUR – Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kedudukannya sebagai universiti terbaik di dunia apabila sekali lagi mendominasi carta universiti terbaik dunia 2014-2015 yang dikeluarkan oleh Times Higher Education (THE) menerusi laman web rasminya semalam.
Dalam senarai tersebut, institusi pendidikan tinggi di Britain iaitu Universiti Cambridge dan Universiti Oxford masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Massachusetts Institute of Technology, AS yang sebelum ini berada di tempat kedua, jatuh ke tempat keempat.
Sementara itu, Universiti Stanford, AS pula berada di kedudukan kelima.
Carta universiti terbaik dunia yang disusun oleh THE itu turut menyenaraikan beberapa universiti di Asia.
Antaranya ialah Universiti Tokyo, Jepun yang menduduki tempat ke-12, National University of Singapore (24), Universiti Kyoto, Jepun (27), Universiti Tsinghua, China (26) dan Universiti Peking, China (32).
Susunan kedudukan itu berdasarkan wawancara bersama 10,507 ahli akademik selain beberapa faktor seperti nisbah bilangan staf dengan pelajar di setiap universiti.
Dalam senarai 100 universiti terbaik dunia itu, institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia tidak berada dalam carta.
Bagaimanapun, lima IPT negara iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) pernah berada dalam kedudukan terbaik dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2014.
UM menduduki tangga ke-151 manakala UKM berada di tangga ke-259, UTM (294), USM (309) dan UPM (376).
Penilaian QS World University Rankings adalah berdasarkan empat tonggak utama iaitu penyelidikan, pengajaran, kebolehgajian dan pengantarabangsaan.
Senarai penuh universiti terbaik dunia terkini THE boleh dilayari di laman web http://www.timeshighereducation.co.uk/world-university-rankings/2015/reputation-ranking/range/01-50.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3UEfS2n00 
Hakcipta terpelihara 

Tiga angkasawan ISS kembali ke Bumi



BEBERAPA petugas agensi angkasa lepas Rusia memeriksa kapal angkasa Soyuz yang mendarat di tengah Kazakhstan semalam.


MOSCOW – Dua kosmonaut Rusia dan seorang angkasawan Amerika Syarikat (AS) pulang ke Bumi semalam dengan menaiki kapal angkasa Soyuz selepas enam bulan berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Kosmonaut wanita Rusia pertama yang bertugas di ISS, Yelena Serova bersama rakan senegara, Alexander Samokutyaev dan angkasawan AS, Barry Wilmore mendarat di Kazakhstan sejurus selepas matahari terbit.
“Kru Ekspedisi 42 kembali ke Bumi,” kata komentator Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) semasa siaran langsung pendaratan tersebut.
Pasukan mencari dan menyelamat Rusia dikerahkan untuk mengambil tiga angkasawan itu selepas mereka mendarat di kawasan tanah pamah steppe di selatan Dzhezkazgan.
Pendaratan tersebut turut disahkan oleh agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos.
“Kapal angkasa Soyuz selesai mendarat pada pukul 5.14 pagi (waktu Moscow),” kata agensi berkenaan dalam satu kenyataan.
Trio tersebut meninggalkan Bumi pada 26 September tahun lalu. Mereka berada di ISS selama 167 hari dan melakukan perjalanan sejauh 112 juta kilometer sepanjang tempoh tersebut, kata NASA.
Timbalan Perdana Menteri Rusia, Dmitry Rogozin berkata, semua angkasawan itu berada dalam keadaan baik. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3UEe5bC96 
Hakcipta terpelihara