Pages

Sunday, December 14, 2014

Ikut sunah Rasulullah

Oleh Hamzah Osmanam@hmetro.com.mymmmm

Langkawi: Seorang bayi lelaki berusia dua bulan mengekalkan tradisi dipelopori dua abangnya apabila dikhatankan pada usia muda kerana disifatkan mudah untuk dijaga selain mengikut sunah Rasulullah SAW.
Bayi itu, Abdul Halim Abdul Khalik yang juga anak kepada seorang pekerja kontrak menjadi peserta pertama dikhatankan pada majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Jawatankasa Perwakilan Penduduk (JPP) Taman Cenderawasih yang berlangsung di Hospital Langkawi (HL) di sini, semalam.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak menangis ketika dikhatankan ditemani bapanya, Abdul Khalik Mohd Saad, 32, dan ibunya, Asma Aziz, 27.
Abdul Khalik berkata, anak sulung mereka kini berusia empat tahun juga berkhatan awal iaitu pada usia 15 hari diikuti adiknya yang dikhatankan selepas Asma tamat tempoh berpantang.
"Bayi mudah dijaga kerana mereka tidak boleh berjalan atau berlari berbanding kanak-kanak," katanya.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:15 AM




ABDUL Halim ceria ketika menunggu saat dikhatankan sambil diperhatikan bapanya di Hospital Langkawi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16171#sthash.YPbIpt45.dpuf

Saturday, December 13, 2014

Cacing sepanjang satu meter ditemui dalam kaki lelaki



Ujian X-ray menunjukkan terdapat dua ekor cacing guinea di bahagian kaki.


MELBOURNE – Seorang warga Sudan di sini terkejut selepas mengetahui terdapat dua ekor cacing guinea sepanjang satu meter di dalam kakinya sejak empat tahun yang lalu, lapor MailOnline semalam.
Lelaki berusia 38 tahun yang enggan dikenali itu hanya menyedari kejadian berkenaan selepas kakinya mula membengkak dengan teruk kira-kira setahun yang lalu.
Selepas menjalani ujian X-ray, doktor mendapati terdapat dua ekor cacing guinea yang telah mati di sekitar pergelangan kakinya.
Doktor itu, Dr. Jonathan Darby berkata, kedua-dua cacing yang telah mati itu mula mereput di dalam kaki lelaki berkenaan sehingga menyebabkan kakinya bengkak dengan teruk.
“Lazimnya, cacing hidup di dalam usus selepas larvanya memasuki ke dalam badan menerusi minuman yang tercemar. Haiwan itu akan menembusi ke dalam kulit manusia dan kemudian akan keluar melalui kesan lepuh pada kulit.
“Namun, proses itu akan mengambil masa selama bertahun-tahun. Cacing itu boleh hidup atau mati di dalam badan manusia sehingga mendatangkan kesakitan di bahagian jangkitan,” katanya.
Warga Sudan itu kini bagaimanapun semakin sembuh selepas menjalani pembedahan bagi mengeluarkan dua ekor cacing itu.
Cacing guinea yang menyebabkan penyakit dracunculiasis ditemui di Selatan Sudan, Ethiopia, Ghana dan Chad. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3LjHjMgmW 
Hakcipta terpelihara 

Vladimir Putin Individu Paling Berpengaruh 2014


13 Disember 2014 1:40 AM
  0  0 Google +0



MOSCOW 12 Dis. – Presiden Rusia, Vladimir Putin mengungguli senarai Individu Paling Berpengaruh 2014 yang dikeluarkan AFP, tahun yang diselubungi konflik di Eropah dan Asia Barat dan episod-episod kezaliman melampau.
Selain pemimpin Rusia berusia 62 tahun itu, ketua kumpulan militan Negara Islam (IS), Abu Bakr al-Baghdadi dan sekumpulan pelajar perempuan dari Chibok yang diculik militan Boko Haram juga mengisi senarai itu.
Kecekalan ibu bapa kepada wartawan Amerika Syarikat (AS), James Foley, yang dibunuh oleh IS turut mengisi senarai AFP itu yang dikumpulkan oleh pengarang-pengarang kanan AFP selepas mengadakan rundingan dengan lebih 370 wartawan AFP di seluruh dunia.
Kecekalan Diane dan John Foley itu ditunjukkan menerusi kempen untuk anak lelakinya, yang menjadi tebusan pertama dibunuh oleh militan IS.
Video pembunuhan ngeri tersebut disiarkan di Internet sehingga mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa.
Tahun lalu, AFP menerbitkan senarai individu paling berpengaruh diketuai Edward Snowden, bekas juruteknik komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), yang membocorkan butiran program pemantauan sulit AS.
Presiden Iran, Hassan Rowha­ni dan remaja Pakistan, Malala You­safzai yang juga penerima hadiah Nobel Keamanan tuut menjadi tumpuan dalam senarai AFP itu pada tahun lalu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/vladimir-putin-individu-paling-berpengaruh-2014-1.35790#sthash.BIxqQajG.dpuf

Unsur kimia di Candi Borobudur dikaji

Beberapa kakitangan Pusat Pemuliharaan Borobudur  melakukan kajian
Beberapa kakitangan Pusat Pemuliharaan Borobudur melakukan kajian terhadap unsur kimia di dalam cecair lilin dan jelaga asap yang terdapat di Candi Borobudur. – AGENSI
MAGELANG, Jawa Tengah – Pusat Pemuliharaan Borobudur (BKB) Magelang kini sedang melakukan kajian terhadap unsur kimia di dalam cecair lilin dan jelaga 
asap yang terdapat di Candi Borobudur, bagi mengetahui 
kesannya terhadap struktur 
binaan kawasan ibadat 
penganut Buddha itu.
Ketuanya, Marsis Sutopo berkata, usaha tersebut 
dijalankan bagi memulihara 
kelestarian candi tinggalan 
raja-raja dinasti Syailendra 
yang sudah terbina 
berabad-abad lamanya.
“Ramai orang datang ke 
Candi Borobudur bukan semata-mata mahu melancong, 
tetapi ada juga datang mahu 
mengerjakan ibadat keagamaan.
“Kami mengesan begitu banyak limpahan cecair lilin dan jelaga asap yang digunakan dalam 
upacara keagamaan di Borobudur. Kajian dijalankan bagi mencari kesan buruknya ke atas struktur binaan tempat bersejarah itu,” jelasnya kepada Kompas.com.
Kata Marsis lagi, hasil kajian akan diserahkan kepada pihak 
berwajib supaya tindakan 
sewajarnya dapat diambil.
Selain itu, beliau turut berharap orang ramai yang mahu beribadat di Candi Borobudur supaya tidak melakukan sebarang perkara 
yang boleh menjejaskan 
keaslian reka bentuk dan 
struktur binaannya.
“Kami tidak melarang mereka melakukan upacara keagamaan tetapi mereka harus ingat, 
jangan sesekali menitiskan lilin atau mengeluarkan asap 
berhampiran batu candi,” 
ujarnya lagi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/unsur-kimia-di-candi-borobudur-dikaji-1.35726#sthash.3vQLMfx2.dpuf

Keris dalam batu jadi perhatian penduduk

Objek aneh mirip batu mustika putih berbentuk bujur yang mempunyai
Objek aneh mirip batu mustika putih berbentuk bujur yang mempunyai keris berwarna emas di dalamnya ditemui di Manggarai, Nusa Tenggara Timur.
MANGGARAI, Nusa Tenggara 
Timur - Penduduk Kampung 
Redong, Langke Rembong 
di sini digemparkan dengan 
penemuan sebuah objek aneh mirip batu mustika 
putih berbentuk bujur yang 
mempunyai keris kecil 
berwarna emas di dalamnya.
Hasil tinjauan portral 
VIVAnews, keris itu berukuran 
panjang kira-kira 13 sentimeter dengan berat mencapai 500 gram.
Pemilik objek aneh itu, Mining Jeharum berkata, batu bujur 
itu dijumpai anak keduanya, 
Nino yang berusia lapan tahun 
dan anak saudaranya Soni, 15, 
ketika sedang menggali lubang tandas di belakang rumahnya 
pada 4 Disember lalu.
“Ketika menggali pada 
kedalaman dua meter, penggali yang mereka gunakan 
terkena objek yang mulanya 
disangka batu.
“Namun setelah dikutip dan dibersihkan, benda yang disangka batu itu sebaliknya berwarna 
putih pucat dan di tengahnya 
terdapat keris kecil berwarna emas,’’ kata Mining.
Kata Mining, Soni dan Nino selepas itu cuba memecahkan batu itu bagi mengambil keris di dalamnya, namun tidak berjaya meskipun mereka menggunakan tukul besi.
Menurutnya, dia tidak 
didatangi tanda-tanda aneh 
mahupun bermimpi sebelum 
batu bujur itu ditemukan.
“Kami tidak mahu penemuan ini dikaitkan dengan perkara 
mistik. Suami saya pada mulanya tidak mahu menghebohkan 
penemuan objek itu,’’ katanya 
sambil menambah, dia dan 
suaminya tidak akan menjual 
objek aneh tersebut.
Dalam pada itu, tinjauan VIVAnews mendapati penduduk kampung sudah mula 
mengunjungi kediaman 
Mining bagi melihat objek 
aneh itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/keris-dalam-batu-jadi-perhatian-penduduk-1.35708#sthash.LFIgc242.dpuf

Ritual unik hormati nenek moyang

Ritual Ma’nene menyaksikan   mayat nenek moyang dipakaikan pakaian
Ritual Ma’nene menyaksikan mayat nenek moyang dipakaikan pakaian baharu di Toraja, Sulawesi Selatan.
TORAJA, Sulawesi Selatan - Pelbagai cara dilakukan masyarakat untuk menghormati nenek moyang mereka hingga ada kalanya, kaedah itu dianggap agak unik seperti mana dilakukan penduduk di daerah Toraja Utara di sini.
Setiap tiga tahun sekali, 
penduduk yang menetap di sekitar kawasan pergunungan Sesean akan mengadakan acara 
tradisi Ma’nene atau adat 
menggantikan pakaian jasad nenek moyang mereka yang 
dikebumikan di dalam peti mayat di kawasan perkuburan Patane.
Ritual itu dimulakan dengan berkunjung ke lokasi perkuburan nenek moyang penduduk 
yang dinamakan Patane di 
kampung atau Lembang Paton, mukim Sariale.
Di Patane, mayat moyang penduduk yang telah berusia ratusan tahun masih tersimpan dalam keadaan baik kerana telah diberikan bahan pengawet.
Proses Ma’nene dilakukan oleh pihak keluarga yang membersihkan badan mayat dengan menggunakan kuwas atau alat mengecat sebelum dipakaikan dengan pakaian baharu.
Mayat lelaki akan dipakaikan dengan sut lengkap bertali leher dan berkaca mata hitam.
Sebelum membuka pintu kubur dan membersihkan peti mayat, ketua adat yang dipanggil Ne’ Tomina Lumba, terlebih dahulu akan membacakan doa dalam bahasa Toraja kuno bagi memohon izin nenek moyang supaya masyarakat mendapat rahmat dan keberkatan setiap kali musim menanam hingga mendapat hasil melimpah ruah.
Ritual yang diadakan tiga tahun sekali itu juga bertujuan 
membawa ahli keluarga yang tinggal di perantauan agar pulang menjenguk orang tua mereka demi mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.
“Adat Ma’nene ini diadakan setiap tiga tahun sekali berdasarkan kesepakatan mesyuarat Lembang, di samping mengeratkan silaturahim dengan ahli keluarga yang berada jauh di perantauan,’’ kata seorang penduduk, Piter Rayub kepada Tribunnews.com.
Piter berkata, Ma’nene 
diadakan sebelum musim 
menanam bermula atau selepas musim menuai dengan hasil 
yang diperolehi digunakan semasa ritual itu berlangsung.
Proses menukar pakaian 
satu mayat tidak lama iaitu hanya memerlukan masa kira-kira 30 minit.
Selepas menggantikan pakaian mayat nenek moyang mereka, penduduk kampung di Lembang Poton kemudiannya berkumpul 
untuk menyertai acara makan 
beramai-ramai.
Makanan yang dihidangkan adalah hasil sumbangan setiap 
keluarga yang menjayakan 
adat berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ritual-unik-hormati-nenek-moyang-1.35706#sthash.WYllInFr.dpuf

Bayi 6.4 kilogram lahir di Amerika


WASHINGTON 12 Dis. – Seorang ibu di Amerika Syarikat (AS) melahirkan seorang bayi seberat kira-kira 6.4 kilogram pada awal bulan ini, dipercayai antara bayi terberat pernah dilahirkan di negara ini.
Yessica Ortiz Delgado meriba bayi lelakinya, Francisco Leon Ortiz yang dilahirkan dengan berat kira-kira 6.4 kilogram di Hospital Komuniti Grays Harbor di Washington pada 2 Disember lalu. – AGENSI
Bayi lelaki berkenaan yang diberi nama Francisco Leon Ortiz dilahirkan oleh seorang wanita Yessica Ortiz Delgado di Hospital Komuniti Grays Harbor di Aberdeen pada 2 Disember lalu.
Saiznya sangat besar sehingga memaksa bapanya, Francisco Leon Diaz membeli pakaian lain kerana pakaian bayi yang dibelinya tidak muat dipakai oleh bayi itu.
Portal berita Mail Online yang memetik kenyataan Pengarah Hal Ehwal Perhubungan Awam hospital itu, David Quigg melaporkan, ini merupakan kali pertama hospital itu menyambut kelahiran bayi seberat Ortiz.
Menurutnya, dua anak Yessica yang lain sebelum ini lahir dengan berat kira-kira 5.4 kilogram dan doktor menjangkakan berat Ortiz dalam lingkungan 5.8 kilogram.
Yessica dan anaknya dilaporkan berada dalam keadaan sihat, walaupun pada mulanya Ortiz ditempatkan di unit rawatan rapi sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Kebiasaannya bayi yang baru lahir mencapai berat purata 3.4 kilogram.
Mengikut rekod dunia, bayi terbesar yang pernah dilahirkan adalah di Kanada pada 1879 apabila wanita yang dikenali sebagai Anna Bates melahirkan anak lelaki seberat 10.43 kilogram, tetapi bayi berkenaan meninggal dunia 11 jam kemudian.
Pada 2005, seorang wanita melahirkan bayi seberat 7.7 kilogram yang diberi nama Admilton dos Santos.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-6-4-kilogram-lahir-di-amerika-1.35861#sthash.KeEfvesZ.dpuf

Friday, December 12, 2014

Penduduk Tempah Bahaya Guna Kereta Kabel Usang Setiap Hari


Diterbitkan: Khamis, 11 Disember 2014 4:31 PM
Beginilah kereta kabel yang digunakan penduduk Yushan seharian tanpa memikirkan risiko keselamatan.

PENDUDUK di sebuah perkampungan di China menggunakan sebuah 'kereta kabel' yang agak usang untuk membawa semua dari manusia hingga ke barang bekalan, merentasi satu kilometer setiap hari.
Keadaan itu mungkin kelihatan hanya menempa maut, tetapi itulah yang berlaku dalam kehidupan penduduk Yushan di daerah Heng, di wilayah Hubei, China.
Tanpa kemudahan kereta kebal itu, mereka terpaksa melalui perjalanan selama lebih sehari setiap kali mahu meninggalkan perkampungan di kawasan pergunungan.
Kampung Yushan telah lama didiami sejak beratus tahun dahulu. Mereka jarang sekali perlu keluar di 'dunia luar' melainkan membeli kelengkapan dan bekalan lain, dan tinggal dalam kelompok mereka sahaja. 
Bagaimanapun, dunia moden telah mengubah segalanya apabila kanak-kanak diberitahu bahawa mereka perlu pergi ke sekolah, dan kebanyakan barangan yang perlu digunakan termasuk televisyen, telefon bimbit dan komputer.
Segelintir penduduk mahu bekerja di luar perkampungan itu tetapi adalah mustahil memandangkan perjalanan untuk merentasi lembah mengambil masa sehari selain perjalanan yang curam dan berbahaya.
Keadaan itu diselamatkan oleh satu kemudahan yang diinspirasikan daripada kereta kabel gunung Alps.
Seorang penduduk yang sudah lama menetap di Yushan, Xiong Sun, 79, berkata: "Kami berasa bangga kerana kemudahan ini telah digunakan tanpa masalah selama hampir dua dekad. Ini bermakna kehidupan boleh diteruskan sebagaimana kampung-kampung lain walaupun hakikatnya Yushan terletak di kawasan yang hanya didatangi burung-burung helang.
Mereka dapat membeli kabel terpakai dari sebuah resort percutian ski di Eropah dan membuat sambungan dengan kereta kebal buatan sendiri.
Perjalanannya hanya mengambil beberapa minit, bagi membolehkan kanak-kanak pergi ke sekolah dan orang dewasa ke tempat kerja. - mirror.co.uk

Bilionair gila publisiti

Ermawan bilionair Chen Guangbiao yang menggelar dirinya orang paling berpengaruh di China, kini berusaha mendapat gelaran baru - kali ini dalam Rekod Dunia Guinness.
Menurut akhbar China Daily, pada asasnya Chen mahu mendapat balasan terhadap semua sumbangan.
Menurut bilionaire itu, dia memiliki 4,000 sijil dan 30 sepanduk sutera sebagai mengiktiraf sumbangannya dan mahu anugerah dari Rekod Dunia Guiness pula bagi membuktikannya.
“Jika anda mahu saya memilih antara 100 juta yuan (RM56 juta) dan sijil penghormatan, saya memilih sijil. Saya sukakan penghormatan, melihatnya sebagai kehidupan saya,” katanya.

Taikun kitar semula itu awal tahun ini menganjurkan acara kebajikan besar-besarn di New York dan berjanji untuk memberikan wang tunai AS$300 (RM1,050) kepada 1,000 orang gelandangan.
Bagaimanapun, janjinya itu tidak ditunaikan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 5:05 AM


CHEN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15547#sthash.XvGsl8WR.dpuf

28 negara setuju terima pelarian Syria


Pelarian Syria termasuk kanak-kanak menyertai protes menuntut pihak berkuasa Greek supaya memberi status pemohon suaka dan penempatan kepada mereka.
Pelarian Syria termasuk kanak-kanak menyertai protes menuntut pihak berkuasa Greek supaya memberi status pemohon suaka dan penempatan kepada mereka.
GENEVA - SWITZERLAND . Sebanyak 28 negara bersetuju menerima lebih 100,000 pelarian Syria sebagai usaha untuk membela nasib golongan itu yang kehilangan tempat tinggal akibat krisis berlarutan di negara terbabit.

Ketua Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres turut menyambut baik keputusan bagi menjayakan rancangan penempatan semula tersebut.

"Langkah ini juga dapat meringankan beban negara jiran Syria kerana mereka tidak lagi dapat menampung jumlah pelarian dari negara itu yang semakin meningkat pada setiap hari," jelasnya.  

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai negara yang telah menyatakan solidariti mereka untuk membantu pelarian Syria berkenaan.

Difahamkan, kira-kira 300,000 pelarian dilaporkan masih memerlukan bantuan negara antarabangsa di bawah cadangan penempatan semula tersebut. - Al-Jazeera

Jadi jutawan kerana 'Grumpy Cat'


Tabatha Bundesen, pemilik kucing unik 'Grumpy Cat' yang meraih hampir AS$100 juta dek populariti haiwan itu.
Tabatha Bundesen, pemilik kucing unik 'Grumpy Cat' yang meraih hampir AS$100 juta dek populariti haiwan itu.
ARIZONA - AMERIKA SYARIKAT. Tabatha Bundesen, 29, pemilik kucing unik 'Grumpy Cat' meraih hampir AS$100 juta dek populariti haiwan itu.
 
'Grumpy Cat' mula popular selepas adik Tabatha mengambil gambar kucing tersebut dan memuatnaiknya ke laman forum Reddit, lapor Assiociate Press.
 
Keunikan kucing tersebut yang menghidap sindrom 'dwarfism' yang membuatkannya 'bermuka garang dan pemarah'.
 
Mimik muka kucing tersebut terlalu unik, lantas dikenali sebagai 'Grumpy Cat' dan digunakan di laman-laman sosial sebagai 'meme'.
 
'Meme' atau jenaka bergambar merupakan salah satu ekspressi tidak terhad warga internet terhadap perkara-perkara yang relevan kepada subjek.
 
Tabatha mampu berhenti kerja sebagai pelayan restoran pada hari pertama 'Grumpy Cat' meraih populariti, sekaligus memenuhi undangan dan jemputan konvensyen komik.
 
Kucing betina itu dijangka akan terus meraih populariti dan menjana pendapatan untuk tuannya.

Thursday, December 11, 2014

Kemaruk tisu tandas

Agensi
Lincolnshire: Seorang ibu lima anak mendedahkan dia makan segulung tisu tandas setiap hari.
Jade Sylvester, 25, berkata, dia mula berselera makan tisu itu ketika hamil anak bongsunya, Jaxon.
Wanita yang berasal dari Gainsborough, Lincolnshire, itu berkata: “Selepas dua bulan mengandungkan Jaxon, saya tiba-tiba menghidam untuk makan tisu tandas. Sehingga sekarang saya tidak tahu mengapa.
“Keinginan itu datang tiba-tiba. Saya sukakan teksturnya di dalam mulut saya, bukan rasanya. Saya sukakan kekeringannya.
“Berkali-kali saya dinasihatkan keluarga supaya berhenti kerana ia akan menjejaskan kesihatan. Tetapi saya tidak boleh berhenti.”
Meskipun melahirkan anaknya lebih 15 bulan lalu, Jade masih tidak boleh menjauhkan dirinya daripada tisu itu.
Dia mengaku memakan sebahagiannya ketika dalam tandas.
Menurutnya, jenama yang menjadi kegemarannya ialah keluaran sebuah pasar raya tempatan, bukan produk yang lebih mahal.
“Lain jenama lain rasanya,” katanya.
Jade berkata, dia menyangka selera terhadap tisu tandas itu akan terhenti sejurus selepas melahirkan anak kelimanya.
“Saya berusaha bersungguh-sungguh melawan keinginan itu. Tetapi saya tewas. Sebaliknya, setiap kali saya melawan, setiap kali itu saya akan makan lebih banyak.
“Setakat ini, ia belum mendatangkan sebarang masalah kesihatan kepada saya,” katanya.
Wanita itu juga berkata, dia cuba menyorokkan tabiatnya daripada kelima-lima anaknya.
Tetapi kadang-kala ada anaknya yang ternampak dia makan tisu berkenaan.
“Mereka akan menjerit dan memintya saya memuntahkannya,” kata Jade.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 5:06 AM


JADE
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15238#sthash.VXkhcCs3.dpuf

16 tahun naik ‘bakul besi’

SEORANG penduduk kampung bersama dua anaknya menaiki ‘bakul besi.’ 

PENDUDUK kampung bersedia untuk membawa keluar barangan dari kampung mereka.
Hefeng: Sepanjang 16 tahun lalu, 196 penduduk sebuah kampung kecil di wilayah Hubei, China, bergantung pada kereta kabel buruk tanpa pintu untuk berulang alik dari bandar ke kampung mereka.
Mereka menggelarnya ‘bakul besi.’
Kampung Yushan di daerah Hefeng terletak kira-kira 150 kilometer dari bandar terdekat. Ia dikelilingi gunung dan lembah hingga menyulitkan pergerakan menerusi jalan darat.
Laluan kabel sejauh 1,000 meter itu tergantung setinggi 480 meter dan membantu penduduk tempatan untuk ulang-alik dari kampung mereka sejak ia dibina 16 tahun lalu.
Tanpa’bakul besi’ itu, pendudukperlu berjalan sehari semalam untuk keluar dari kampung mereka. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 5:09 AM

Basikal emas RM1.4 juta

London: Sebuah basikal bersadur emas ditawar untuk dijual dengan harga RM1.4 juta.
Syarikat barangan mewah Goldgenie.com menawar menjual basikal yang disadurkan dengan emas 24 karat itu di Internet.
Goldgenie.com yang sebelum ini terkenal kerana menghasilkan ‘perumah’ untuk telefon pintar dan tablet, menyadur seluruh basikal lumba itu dengan emas, termasuk pemegangnya dan setiap bucu rantai gear.
Ia turut dihiasai dengan berlian di beberapa tempat.

Basikal berkenaan turut dilengkapi dengan edisi terhad tempat duduk San Marco dan tayar lumba SR4.
Harga basikal itu mengalahkan kos membeli sebuah Ferrari dan juga lebih mahal daripada kos purata untuk membeli rumah di Britain bulan lalu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 5:11 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15287#sthash.UbZ9F1Go.dpuf

Diganggu pelanggan kerana terlalu cantik



Agensi - BRYCE keluar dari sebuah mahkamah di Gloucester, Britain baru-baru ini selepas memohon perintah agar tidak diganggu seorang lelaki.


LONDON – Seorang lelaki berusia 56 tahun yang tertarik dengan wajah jelita seorang pekerja sebuah pasar raya Tesco di Gloucester dekat sini telah diarahkan oleh mahkamah supaya menjauhkan diri daripada gadis berkenaan.
Pekerja Tesco tersebut, Samantha Bryce, 22, terpaksa memohon perintah berkenaan dari sebuah mahkamah di Gloucester baru-baru ini kerana tidak tahan akibat sering diganggu lelaki berkenaan.
Lelaki itu, Nicholas Fenney mula mengganggu Bryce selepas kali pertama mereka bertemu di pasar raya berkenaan pada Disember tahun lalu.
Bryce memberitahu mahkamah, sejak itu Fenney mula mengganggunya dengan memberi hadiah, kad Valentine dan mengajaknya keluar untuk makan malam.
“Sebelum ini ada beberapa pelanggan lelaki cuba mengganggu saya tetapi tidak melampau seperti yang dilakukan oleh Fenney.
“Fenney membuat saya takut kerana dia mengetahui semua mengenai saya termasuk tempat asal saya serta warna kuda yang saya miliki.
“Dia turut memberikan saya sekeping kad yang mempunyai gambar dua ekor arnab sedang mengawan dengan tulisan saya cinta kamu,” katanya kepada mahkamah. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3LXvdf8nl 
Hakcipta terpelihara 

Sanggup ubah penampilan untuk dapat jodoh

Perubahan penampilan yang dialami Kelly O’Donnell dari Kanada
KELLY O’DONNELL sebelum (kiri) dan selepas mengubah penampilan. – AGENSI
LOS ANGELES 10 Dis. – Terdesak untuk menyertai laman web elit temujanji yang menyediakan ‘teman berwajah cantik’, orang ramai sanggup mengubah penampilan mereka bagi diterima masuk menyertai laman web berkenaan.
Laman web BeautifulPeople.com setakat ini telah menolak sebanyak 7.5 juta permohonan dari seluruh dunia sejak dilancarkan pada 2003.
BeautifulPeople.com hanya menerima individu yang diundi ‘cantik’ oleh rakan-rakan berlainan jantina dalam tempoh 48 jam undian sebelum dibenarkan menyertai laman web itu.
Bagaimanapun, lebih satu per empat daripada pemohon yang ditolak, enggan mengaku kalah dengan membuat perubahan dramatik pada penampilan mereka sehinggalah mereka akhirnya diterima masuk.
Seorang perunding nutrisi dari Kanada, Kelly O’Donnell berkata, dia tahu hidupnya perlu berubah selepas berat badannya mencecah 90 kilogram.
“Saya bosan kerana sering dipandang rendah dan sakit sepanjang masa sehinggalah saya memutuskan untuk belajar apa yang saya boleh tentang nutrisi dan mula bersenam.
“Lapan tahun selepas itu selepas melalui proses yang meletihkan, saya mencapai berat 40 kilogram dan saya benar-benar boleh melupakan kehidupan lalu sekali gus menyukai hasilnya sekarang,’’ katanya sebagaimana lapor Mail Online.
Seorang pengguna lelaki laman web itu, Alexander Siegwardt dari Jerman berkata, dia telah ditolak banyak kali oleh BeautifulPeople.com hingga memaksanya membuat keputusan mengubah penampilan dan selepas sembilan bulan, dia kini mula mendapat perhatian ramai.
Pengarah Urusan BeautifulPeople.com, Greg Hodge berkata, oleh kerana tiada had penyertaan, pemohon yang telah ditolak masih boleh memohon masuk semula dan tidak mustahil untuk melihat empat atau kadang-kadang lebih 20 percubaan untuk melepasi saringan undian yang sengit.
Greg Hodge, pengarah urusan BeautifulPeople.com, berkata: ‘Oleh kerana tidak terdapat sebarang had kepada bilangan kali pemohon yang ditolak boleh cuba untuk memohon semula, ia tidak mustahil untuk kita melihat tiga, empat atau kadang-kadang lebih daripada 20 percubaan untuk melalui proses pengundian di-sangat ketat.
‘Sila lihat di beberapa selebriti tercantik di Hollywood dan ia adalah jelas untuk melihat mereka tidak dilahirkan indah.
‘Demi Moore, Nicole Kidman dan Ryan Seacrest adalah contoh-contoh yang hebat dan inspirasi kepada orang yang tidak menarik di seluruh dunia jadi jika mereka boleh melakukannya, maka anda juga boleh.
‘Kadang-kadang ia hanya turun untuk meluruskan gigi, mengawal selera makan anda, dandanan diri dengan penjagaan yang lebih sedikit dan mendapat ke gym.
‘Kami telah juga baru-baru ini melancarkan perkhidmatan bimbingan, berpasangan beberapa ahli yang paling berjaya kami yang juga pakar-pakar kecantikan profesional, stylists dan jurulatih keyakinan dengan harapan yang indah yang tidak tahu bagaimana untuk mengubah penampilan.
‘Ini telah pasti menyumbang kepada peningkatan dalam kedua kisah kejayaan masa tahun ini sahaja.
‘Ramai orang menulis kita kira sebagai tidak berhati perut, masyarakat dating lookist yang wujud untuk mengasingkan estetika yang kurang bernasib baik. Tetapi itu tidak benar. Kami mahu menggalakkan orang ramai untuk membuat yang terbaik daripada diri mereka sendiri.
‘Kami mendapatkan lebih teruja dengan cerita-cerita kejayaan transformasi daripada mana-mana aplikasi lain dan ahli-ahli kami yang mengubah sendiri kepada kami bagaimana surat penolakan kita adalah perkara yang terbaik yang boleh pernah berlaku kepada mereka -. Dan bahawa kami telah dipertingkatkan secara positif kehidupan mereka’
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sanggup-ubah-penampilan-untuk-dapat-jodoh-1.35007#sthash.0UCmIwGO.dpuf