Pelarian Syria termasuk kanak-kanak menyertai protes menuntut pihak berkuasa Greek supaya memberi status pemohon suaka dan penempatan kepada mereka.
Pelarian Syria termasuk kanak-kanak menyertai protes menuntut pihak berkuasa Greek supaya memberi status pemohon suaka dan penempatan kepada mereka.
GENEVA - SWITZERLAND . Sebanyak 28 negara bersetuju menerima lebih 100,000 pelarian Syria sebagai usaha untuk membela nasib golongan itu yang kehilangan tempat tinggal akibat krisis berlarutan di negara terbabit.

Ketua Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres turut menyambut baik keputusan bagi menjayakan rancangan penempatan semula tersebut.

"Langkah ini juga dapat meringankan beban negara jiran Syria kerana mereka tidak lagi dapat menampung jumlah pelarian dari negara itu yang semakin meningkat pada setiap hari," jelasnya.  

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai negara yang telah menyatakan solidariti mereka untuk membantu pelarian Syria berkenaan.

Difahamkan, kira-kira 300,000 pelarian dilaporkan masih memerlukan bantuan negara antarabangsa di bawah cadangan penempatan semula tersebut. - Al-Jazeera