Pages

Tuesday, November 16, 2010

Kedai kopi tradisi Vienna


Di Vienna banyak kedai kopi masih mengekalkan gaya lama.


JIKA Paris terkenal dengan bistro, London dengan kehebatan pub, Rom sinonim dengan bar wain, Vienna pula terkenal dengan kedai kopinya.
Seorang penulis Austria, Stefan Zweig pernah melabelkan budaya Vienna sebagai satu institusi yang tiada tolok bandingnya di mana-mana tempat di dunia.
Menu minuman kopi Vienna yang pelbagai seperti hidangan kopi klasik grosser brauner merupakan kopi espreso berganda bersama susu dan melange iaitu campuran espreso kurang pekat yang diminum bersama susu kukus.
"Ia tidak ubah seperti kelab demokratik yang boleh disertai oleh semua golongan untuk secawan kopi murah.
"Tetamu boleh meluangkan masa berjam-jam sambil berbincang, menulis, bermain kad, menerima kiriman surat tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak," katanya dalam catatan yang ditulis pada tahun 1942.
Meredah khalayak
Ibu kota Austria itu bukan kota pertama di dunia yang menghidangkan kopi secara terbuka bahkan kedai kopi telah wujud sejak tahun 1530 pada zaman Empayar Uthmaniah terutama di Kaherah, Damsyik dan di Istanbul.
Populariti kedai kopi di London dan Venice memuncak lebih pantas jika dibandingkan dengan Vienna. Ramai berpendapat kedai kopi pertama diperkenalkan di Vienna pada tahun 1685 apabila seorang warga Armenia bernama Johannes Diodato membuka kedai kopinya.
Sumber lain pula menyatakan, Georg Franz Kolsckitzy merupakan pengasas kedai kopi di Vienna. Beliau sepatutnya membuka Kafe Blue Bottle setahun sebelum Diodato menggunakan pelbagai guni biji kopi yang ditinggalkan oleh orang Turki selepas Peperangan Vienna yang kedua pada tahun 1683.
Apa pun, yang pasti hari ini terdapat lebih daripada 500 kedai kopi berselerakan di Vienna. Istimewanya, kebanyakan kedai kopi itu masih mengekalkan gaya uniknya.
Kedai kopi di Vienna merupakan tempat untuk penduduk membelek akhbar dan buku, membincangkan agenda harian atau bermain catur bersama teman-teman rapat.

KOPI espreso antara kopi klasik yang dihidangkan di kedai kopi di Vienna.


Ia merupakan lokasi untuk seseorang itu 'meredah' khalayak dan meluangkan masa berjam-jam lamanya di atas kerusi upholsteri di meja beralas marmar.
Seorang penulis, Alfred Polgar menyifatkan pelanggan yang berkunjung ke kedai kopi mahu bersendirian tetapi mereka masih memerlukan teman untuk menemani mereka.
Beliau berasa seperti di rumah apabila berada di Kafe Central bersama Hugo von Hoffmansthal, Arthur Schnitzler dan Peter Altenberg.
Altenberg terkenal di kedai-kedai kopi di Vienna dengan jolokan individu yang pandai berjenaka dan berpuisi dan menjadi figura 'hidup' yang sentiasa berada di pintu masuk Kafe Central.
Penulis lain pula telah dipilih untuk mewakili kedai-kedai kopi yang lain.
Kafe Hawelka yang menjadi kafe legenda tetap kekal dengan gaya seni Nouveau yang asli, sebagai contoh paparan hasil seni sejarawan dan pegawai seranta, Alfred Schmeller.
"Jika saya tiada di rumah, saya akan berada di Hawelka. Jika saya tiada di Hawelka, saya dalam perjalanan ke sana," katanya sambil mengakui gemar berada di Hawelka yang terletak di gereja besar St Stephan's.
Seperti berada di rumah
Leopold Hawelka yang genap umurnya 99 tahun tahun ini menjadi penyambut tetamu menyapa setiap pelanggan sejak penubuhan kedai kopinya pada bulan Mei 1939.
Pada awal kemunculan kedai kopi, kadangkala pelukis singgah di kedai kopi kegemaran mereka sehingga larut malam. Amalan itu dilakukan bukan sekadar bertukar-tukar pandangan bersama golongan intelektual tetapi untuk menikmati kopi.
Mereka lebih suka memilih kafe yang suasananya seperti berada di rumah. Segelintir penulis pula sanggup menempuh perjalanan yang jauh untuk mengambil kiriman pos di kafe kegemaran masing-masing.

KEDAI kopi di Vienna menjadi lokasi penduduk membaca akhbar, berbincang agenda harian dan bermain catur.


Hari ini, kedai kopi tradisional menjadi daya tarikan utama kepada pelancong di Vienna. Selain Central dan Hawelka, terdapat banyak lagi kedai kopi lain seperti Landtmann, Sperl, Griensteidl dan sebagainya.
Seperti masa lalu, pelakon lelaki, pelakon wanita dan para pelukis boleh dilihat di kedai-kedai kopi yang menunya telah dipelbagaikan termasuk kopi dari luar Austria iaitu capucino dan latte.
Seperkara lain yang tidak berubah walaupun pelanggan memesan pelbagai jenis kopi ialah kopi yang dihidangkan dengan cara tradisional Vienna. Ia dihidang bersama segelas air di dalam dulang perak yang kecil. - Dpa

Ribuan mangsa Merapi pulang ke rumah



DUA penduduk yang menunggang sebuah motosikal melalui kawasan beberapa buah rumah yang musnah akibat letusan Gunung Merapi di daerah Klaten, Pulau Jawa semalam.


GUNUNG MERAPI, Pulau Jawa - Beribu-ribu penduduk kampung kembali ke rumah masing-masing semalam selepas pihak berkuasa Indonesia menyatakan beberapa kawasan tidak lagi berbahaya selepas Gunung Merapi di Pulau Jawa meletus dengan kuat dua minggu lalu.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana, Gunung Merapi yang meletus sejak 26 Oktober lalu telah membunuh lebih 259 orang.
Menurut seorang ahli vulkanologi, Gunung Merapi dilihat masih mengeluarkan asap panas dan debu namun aktivitinya sudah berkurangan dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Setelah berada selama hampir tiga minggu di kem-kem sementara yang sesak, ramai penduduk kampung kembali ke rumah dengan membawa tikar, selimut dan baju.
Mereka yang pulang ke kampung mendapati hampir semua barang yang dimiliki termasuk rumah sudah musnah.
"Rumah-rumah diselaputi oleh abu tebal dan hasil pertanian tidak boleh dituai.
"Kami perlu mencari jalan untuk membantu mereka kerana ramai yang tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan," kata seorang ketua kampung Jati, Lilik Sujati. - AP

Metro Makkah mula beroperasi




2010/11/16

Tren ringan dikhaskan bawa jemaah Arab ke Arafah, Mina

MINA: Arab Saudi semalam mula memperkenalkan pengangkutan rel ringan bagi membawa jemaah haji bagi memudahkan kira-kira 2.5 juta umat Islam yang mengerjakan Rukun Islam kelima itu. 

Dinamakan sebagai Metro Makkah, kereta api ringan baru sepanjang 18 kilometer itu semalam mula mengangkut jemaah ke Arafah, Muzalifah dan Mina. Buat permulaan, ia akan dihadkan untuk kegunaan warga Arab Saudi dan negara Arab lain sehingga ia beroperasi sepenuhnya tahun depan.Langkah memperkenalkan perkhidmatan metro itu bertujuan mengelak kejadian tidak diingini seperti yang pernah berlaku pada tahun sebelumnya.
Kereta api itu sebahagian daripada perancangan besar untuk menjadikan Makkah bandar raya moden dan berteknologi tinggi serta menambahkan jemaah daripada 10 juta sekarang kepada 50 juta menjelang 2020. 

“Kami berusaha menjadikan Makkah bandar raya pertama di dunia yang memenuhi kehendak penduduk dan pelawat sepanjang tahun dengan menggunakan kaedah perancangan perbandaran terbaik dan teknologi tercanggih bagi memastikan perjalanan jemaah selamat, mudah dan menyeronokkan,” kata Datuk Bandar Makkah, Ossama al-Bar. 

Katanya, perancangan 10 tahun yang dibuat tahun lalu juga meliputi jalan raya baru, penjagaan kesihatan lebih baik dan makmal bagi mengkaji virus, inisiatif hijau serta rangkaian jalur lebar baru bagi membolehkan jemaah berhubung antara satu sama lain. 

Hiburan berbentuk keagamaan termasuk acara budaya bagi menjelaskan sejarah Islam dan Makkah, juga sedang dalam persediaan. 
Satu lagi langkah yang diambil kelmarin adalah perjanjian membangunkan lapangan terbang paling dekat di Jeddah berharga AS$7 bilion (RM21.7 bilion) bagi menampung 30 juta pelawat setahun. 

Katanya, fasa pertama projek Metro Makkah itu akan mengangkut jemaah di antara Mina, Arafah dan Muzalifah. Terdapat 12 tren sekarang, setiap satu dengan kapasiti untuk mengangkut 3,000 orang, kata operatornya, Ahmed Hosny. 

Ia bermula semalam, dan beroperasi dengan kira-kira 33 peratus daripada kapasiti yang dijangkakan. 

Tren berharga AS$2 bilion (RM6.2 bilion) itu tidak berhenti di Makkah dan dibina oleh sebuah syraikat China. – AP

Air kelapa rahsia seri kulit Demi




2010/11/16

DEMI Moore bersama suaminya Ashton Kutcher ketika menghadiri sidang media baru-baru ini.
DEMI Moore bersama suaminya Ashton Kutcher ketika menghadiri sidang media baru-baru ini.
Minuman kesihatan ‘aksesori’ terbaru selebriti Hollywood

LONDON: Aktres Demi Moore bakal memasuki usia 48 tahun beberapa hari lagi tetapi beliau kelihatan tampil berseri dengan wajah segar ketika menghadiri satu majlis anjuran Lotus di Los Angeles beberapa hari lalu. 

Pelakon Charlie’s Angels itu dilaporkan memperagakan bentuk badannya dengan mengenakan seluar kulit sendat hijau zaitun serta memakai but hitam dan jaket pada parti yang diadakan di sebuah kediaman persendirian.Beliau turut dilihat membawa air kelapa ketika menghadiri acara permaidani merah di Barat Hollywood itu di mana paparazzi dilaporkan tertarik dengan kulitnya yang berseri.
Mungkin minuman berkenaan menjadi rahsia terbaru penjagaan kulit Demi. 

Bagaimanapun Demi bukanlah satu-satunya bintang Hollywood yang gemar minum air kelapa yang kini menjadi kegilaan kebanyakan selebriti kelas A termasuk Madonna, Sienna Miller dan Jessica Simpson yang mula terpengaruh dengan khasiat air berkenaan. 

Minuman yang dikatakan tidak mengandungi lemak dan kolesterol selain kandungan kalorinya yang rendah serta kaya dengan elektrolait, air kelapa kini menjadi minuman kesihatan baru yang mula digilai di Amerika Syarikat, mengatasi jualan minuman acai berry dan air Kabbalah. 

Malah botol minuman air kelapa kini diibaratkan sebagai ‘aksesori’ terbaru kebanyakan selebriti Hollywood apabila mereka sering membawanya ke mana saja. 
Madonna dikatakan amat berminat dengan minuman air kelapa sehingga sanggup melabur dalam syarikat Vita Coco yang mengedarkan minuman terbabit. – Agensi 

Penduduk China paling ramai hidap diabetes




2010/11/16

BEIJING: China dilaporkan mempunyai bilangan pesakit diabetes paling tinggi di dunia dengan 92.4 juta penduduk mengidap penyakit itu tetapi sebanyak 61 peratus daripada mereka tidak mengetahui mempunyai kencing manis. 

“Kombinasi kurangnya kesedaran umum dan kurangnya khidmat pengesanan awal menjadi penyebab kepada kadar diagnos yang rendah di tanah besar,” kata Ji Linong, ketua Persatuan Diabetes China yang dipetik media tempatan.Sejumlah 13 peratus perbelanjaan perubatan keseluruhan China, kira-kira AS$25 bilion (RM75 bilion) adalah berkaitan dengan diabetes, lapor China Daily yang memetik satu kajian oleh Persatuan Diabetik China dan Yayasan Diabetes Antarabangsa.
“Kos untuk merawat diabetes akan meningkat dalam tempoh 10 hingga 20 tahun kerana pesakit yang tidak menjalani diagnos mengalami kesan serius di mana kos rawatan pastinya akan lebih banyak,” kata Ji. 

Sebanyak 61 peratus pesakit yang tidak didiagnos mengalami risiko tinggi berhadapan dengan masalah penglihatan dan buah pinggang selain berisiko mendapat strok, kata laporan berkenaan. 

Pertumbuhan ekonomi China membawa kepada meningkatkan masalah kesihatan yang dikaitkan dengan amalan diet kaya dan membabitkan gaya hidup golongan kelas pertengahan. 

Sejak ekonomi China meningkat tinggi pada 1980-an, berjuta penduduk meninggalkan kampung halaman mereka untuk mendapatkan pekerjaan di bandar besar, menukar tabiat daripada berbasikal kepada berkereta dan mengamalkan gaya hidup barat termasuk makanan segera. 
Lebih 60 juta penduduk obes di negara dengan 1.3 bilion penduduk manakala 200 juta yang lain mengalami lebihan berat badan, kata angka yang dikeluarkan kementerian kesihatan China. – AFP 

Penduduk abai larangan bahaya




2010/11/16

SEORANG penduduk kampung di Sleman, Yogyakarta mengutip barangan  di sekitar rumahnya yang musnah ekoran letusan Gunung Merapi.
SEORANG penduduk kampung di Sleman, Yogyakarta mengutip barangan di sekitar rumahnya yang musnah ekoran letusan Gunung Merapi.
Ribuan keluarga di Yogyakarta pulang ke rumah

YOGYAKARTA: Beribu-ribu keluarga dilaporkan kembali ke perkampungan mereka semalam walaupun saintis memberi amaran Gunung Merapi masih lagi menjadi ancaman. 

Sambil membawa barangan menaiki motosikal dan trak pikap, lebih 30,000 penduduk meninggalkan kawasan penempatan sementara selepas kerajaan mula mengurangkan zon bahaya 20 kilometer kepada separuh daripada jarak itu di beberapa daerah.Bagaimanapun pihak berkuasa berkata gunung berapi paling aktif di Indonesia itu masih lagi menjadi ancaman ketika pasukan menyelamat membawa keluar 17 lagi mayat dari kawasan perkampungan di Jawa tengah itu yang terbabit dalam siri letupan bermula 16 Oktober lalu.
“Proses letusan masih lagi berterusan tetapi ia semakin berkurangan. Status masih lagi di tahap berjaga-jaga,” kata pakar gunung berapi, Subandrio kepada AFP. 

Jurucakap agensi pengurusan bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata seramai 367,548 penduduk masih lagi tinggal di kawasan penempatan sementara semalam, kira-kira 30,000 berkurangan berbanding Ahad. 

Kebanyakan mereka yang pulang adalah dari daerah Boyolali, Klaten dan Magelang di mana zon bahaya sudah dikurangkan. 

“Kami menjangkakan lebih ramai akan pulang hari ini,” katanya. 
Gunung Merapi sehingga semalam sudah meragut 259 nyawa sejak menjadi aktif semula lebih dua minggu lalu. 

Angka kematian meningkat berikutan pasukan mencari mula memasuki zon bahaya dan menemui lebih banyak mayat dalam debu di mana mereka terperangkap berikutan gas dan batuan yang dimuntahkan gunung terbabit. 

Kebanyakan mereka mati ketika gunung berapi itu meletup pada 5 November yang disifatkan sebagai letupan paling besar dalam tempoh lebih satu abad. – AFP 

Penduduk mula pulang

SUKOHARJO: Beribu-ribu penduduk di sekitar lereng Gunung Merapi semalam pulang ke rumah masing-masing selepas menyelamatkan diri daripada letupan gunung berkenaan akhir bulan lalu.
Bagaimanapun, saintis memberi amaran, gunung berapi paling aktif di Indonesia itu masih berbahaya.

Dalam pada itu, lebih banyak mayat ditemui di sebalik timbunan debu yang dimuntahkan Merapi sejak akhir bulan lalu, menjadikan jumlah korban 259 orang.

“Proses letupan masih berlaku tetapi kekerapannya semakin berkurangan.

“Status Merapi masih ditahap berjaga-jaga,” kata pakar gunung berapi, Subandrio.

Sehingga petang semalam, lebih 30,000 orang sudah meninggalkan pusat perlindungan sejak kerajaan mengurangkan jarak zon bahaya di di beberapa daerah.

Pasukan penyelamat menemui 17 lagi mayat di kampung sekitar lereng gunung itu yang mula meletup 26 Oktober lalu.

Sebahagian besar daripada 259 korban Merapi itu mati apabila gunung berkenaan meletup pada 5 November, yang paling kuat dalam tempoh 100 tahun.

Sementara itu, kebanyakan keluarga yang pulang begitu teruja kerana meninggalkan pusat perlindungan yang penuh sesak. Di Kampung Sukoharjo, bahagian selatan lereng Merapi, Sukirah, 57, terus mengusahakan sawahnya sebaik tiba.

“Saya gembira dapat pulang. Sekurang-kurangnya saya dapat hidup seperti biasa, sama seperti sebelum ini,” katanya.

Menurut Subandrio, Merapi masih mengeluarkan gas dan debu setinggi empat kilometer ke udara semalam.

Tetapi katanya, ia amat kecil berbanding ketika ia memuntahkan gas dan debu setinggi 14 kilometer yang dimuntahkannya beberapa hari lalu.

“Ia selamat untuk penduduk kembali ke rumah mereka selagi mereka berada di luar zon bahaya,” kata pakar berkenaan. - AFP

Penduduk tidak endahkan Merapi


GUNUNG Merapi jelas masih memuntahkan asap ketika seorang penduduk memungut barangan keperluan daripada runtuhan rumahnya di Kampung Kali Tengah di Sleman, dekat Yogyakarta, semalam. - REUTERS


YOGYAKARTA 15 Nov. - Beribu-ribu keluarga yang tinggal berhampiran dengan Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia hari ini kembali ke kampung mereka walaupun saintis memberi amaran gunung berapi itu masih merbahaya, ketika lebih banyak mayat ditemui.
Dengan membawa barangan milik mereka menggunakan motosikal dan trak pikap, lebih 30,000 orang meninggalkan pusat perlindungan kecemasan selepas kerajaan mengurangkan kawasan larangan 20 kilometer yang melibatkan lebih separuh daripada daerah yang dikenakan larangan sebelum ini.
Pegawai-pegawai bagaimanapun berkata, gunung berapi paling aktif di Indonesia itu masih merbahaya, ketika pasukan penyelamat menemui 17 lagi mayat dari debu yang membaluti daerah di Jawa Tengah itu.
"Proses letupan masih berterusan tetapi kekuatannya telah berkurang. Merapi masih diletakkan pada tahap berjaga-jaga," kata pakar gunung berapi, Subandrio kepada AFP.
Jurucakap Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, seramai 367,548 orang masih menetap di pusat perlindungan hari ini iaitu berkurangan kira-kira 30,000 berbanding semalam.
Kebanyakan mereka yang pulang ialah dari daerah Boyolali, Klaten dan Magelang, di mana zon bahaya telah dikurangkan.
"Kami menjangkakan lebih ramai lagi yang akan pulang hari ini," kata Sutopo.
Angka korban akibat letupan Gunung Merapi dilaporkan meningkat kepada 259 hari ini sejak ia meletup pada 26 Oktober lalu.
Jumlah itu meningkat selepas pasukan mencari memasuki kawasan bahaya dan menemui banyak mayat.
Kebanyakan mangsa yang ditemui terbunuh ketika letupan pada 5 November lalu, letupan Gunung Merapi yang terkuat dalam tempoh seabad. - AFP

2.5 juta jemaah haji wukuf di Arafah


Kira-kira 2.5 juta jemaah haji berhimpun di Arafah dekat Mekah, pada hari kemuncak ibadah haji semalam. - AFP


PADANG ARAFAH 15 Nov. - Kira-kira 2.5 juta umat Islam berhimpun di sini hari ini pada hari yang merupakan kemuncak haji iaitu wukuf di Arafah.
Puluhan ribu jemaah telah pun bergerak mulai 5 pagi (10 pagi waktu Malaysia) dari khemah mereka di Mina, kira-kira 10 kilometer ke barat laut Arafah. Ramai antaranya mengerjakan solat subuh di Masjid Namira atau semasa dalam perjalanan.
Kebanyakan jemaah yang lain di bawa ke Arafah dengan bas menjelang tengah hari.
Perhimpunan di Arafah melambangkan kemuncak haji yang bermula semalam, dengan lebih dua juta jemaah bergerak dari kota suci Mekah atau terus dari Mina, sebuah bandar khemah yang hidup hanya semasa tempoh mengerjakan haji.
Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Nayef bin Abdul Aziz semalam berkata, bilangan jemaah dari luar negara mencecah 1.8 juta orang iaitu tertinggi dalam sejarah, manakala kira-kira 200,000 permit dikeluarkan untuk jemaah tempatan termasuk warga Saudi dan negara Arab Teluk.
Namun puluhan ribu jemaah tanpa permit turut membanjiri Mina mulai semalam, dengan memintas sekatan jalan raya yang didirikan oleh pihak berkuasa bagi menguatkuasakan peraturan 'tiada permit, tiada haji'.
Ramai antara jemaah tanpa permit itu sudah pun berada di Arafah malam tadi sebagai persiapan untuk wukuf.
Menjelang terbit matahari, tempat tertinggi di Arafah, Jabal Rahmah dipenuhi sebilangan jemaah berpakaian ihram yang mendaki ke puncak untuk mengambil kedudukan dan menghabiskan masa dengan berdoa dan berzikir.
Selepas Maghrib, jemaah bergerak ke Muzdalifah, separuh perjalanan di antara Arafah dan Mina, untuk bermalam (mabit) dan mengutip anak batu bagi tujuan melontar jamrah.
Mereka kembali ke Mina selepas solat subuh esok untuk mula melontar jamrah dan melakukan ibadat korban.
Perjalanan haji tahun ini bebas daripada sebarang insiden tidak diingini sejak jemaah mula berhimpun di Mekah. Masjidil Haram dibanjiri kira-kira 1.7 juta jemaah yang mengerjakan solat Jumaat minggu lepas. - AFP

Kuda padi teman gadis buta


MONA RAMOUNI keluar dari sebuah bas bersama dengan kuda padi miliknya di Lansing.


LANSING, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita Muslim yang buta, Mona Ramouni berusia 28 tahun menggunakan seekor kuda padi untuk membimbingnya berjalan kaki ke tempat belajarnya, Universiti State Michigan di sini.
Dia yang belajar jurusan psikologi di universiti tersebut membeli kuda yang sudah dilatih untuk membimbing orang buta itu dengan menggunakan wang simpanan daripada pendapatannya sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat tulisan untuk orang buta selama tiga tahun.
Mona mengetahui mengenai kuda padi yang digunakan untuk orang buta itu menerusi satu laman web pada April 2008.
Menurut Mona, kuda itu yang diberi nama Cali telah memberikan keyakinan kepadanya selepas dia berputus asa untuk berjalan kerana ketiadaan seseorang untuk membimbingnya.
Gadis itu dilahirkan tidak cukup bulan semasa masih bayi dan dia menjadi buta sejurus dilahirkan.
Kuda itu membimbing Mona keluar dari bas dan berjalan memasuki kelas di universitinya. - Agensi

Guna jentera pengorek larikan mesin wang tunai



GAMBAR menunjukkan sebuah jentera pengorek dekat runtuhan dinding yang menempatkan sebuah mesin wang tunai yang telah dilarikan sekumpulan perompak di sebuah bank di Maidstone, Britain kelmarin.


MAIDSTONE, Britain - Sekumpulan perompak menggunakan sebuah jentera pengorek yang dicuri dari sebuah tapak pembinaan untuk melarikan mesin pengeluaran wang tunai dari sebuah bank di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang penduduk di sebuah flat di atas bank itu terjaga selepas jentera penggorek itu meruntuhkan dinding di bilik mandinya.
Namun, tidak ada seorang pun yang cedera dalam kejadian yang berlaku pada waktu pagi kelmarin.
Seorang pegawai polis, Sarjan Shelley Chantler berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta untuk memberi maklumat kepada pihaknya.
Menurutnya, sebuah trak berwarna biru ditemui ditinggalkan di tepi jalan dekat kawasan berhampiran dengan bank itu. - Agensi

Monday, November 15, 2010

Manfaat Berjilbab(BERTUDUNG SEPENUHNYA) jika ANDA masih belum MENGAMALKANNYA-kaitan ISLAM dan SAINS

Tahukah anda?Zaman sekarang lebih teruk berbanding zaman Jahiliyah dulu?Mengapa saya berkata sedemikian?Kerana zaman Jahiliyah dulu,semua wanita berpakaian Jilbab....Apa kaitannya zaman sekarang?zaman sekarang semua wanita tidak berpakaian jilbab DAN ada juga yang berpakaian jilbab tetapi tidak menutup sepenuhnya...
Tidakkah anda perasan,terlalu banyak penyakit kulit menimpa orang yang mendedahkan aurat terutama wanita di Amerika Syarikat yang sudah tidak menutup aurat sepenuhnya???Mereka sehingga mengamalkan krim-krim kononnya mampu menangani masalah mereka TETAPI MEREKA LUPA UNTUK MENUTUP AURAT SEPENUHNYA...MEREKA LUPA UNTUK MENGENAKAN PAKAIAN YANG TEBAL-TEBAL.....Kerana itulah mereka sentiasa mendapat pelbagai penyakit dan penyakit itu berleluasa kepada cucu cicit mereka..

Allah memerintahkan sesuatu pasti ada manfaatnya untuk kebaikan manusia sejagat.Sudah tentu setiap yang benar-benar manfaat dan dilansanakan sepunuhnya dalam kehidupan seseorang, sudah tentu perlu mengikut apa yang disyariatkan atau diperintahkan oleh-Nya. Antara perintah Allah s.w.t itu adalah berjilbab bagi wanita muslimah. Berikut ini beberapa manfaat berjilbab menurut Islam dan ilmu pengetahuan.


1. Selamat dari azab Allah s.w.t (azab neraka)

 “Ada dua macam penghuni Neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya; sekelompok lelaki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka mencambuk manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip punuk unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau syurga itu tercium dari jarak yang jauh” (HR. Muslim).


Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan “Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan menampakkan sebagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya dan inginkan perhatian di khalayak ramai…
Saya ULANGI AYAT INI…
“Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan menampakkan sebahagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya DAN menaikkan nafsu secara sulit kepada orang yang berada di sekelilingnya.

2. Terhindar dari masalah MAKSIAT

Banyaknya maksiat terhadap kaum wanita adalah akibat tingkah laku mereka sendiri. Kerana wanita merupakan fitnah (godaan) terbesar. Sebagaiman sabda Nabi Muhammad s.a.w, “Sepeninggalanku nanti,tidak akan wujud fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari)

Jikalau wanita pada zaman Rasul merupakan fitnah terbesar bagi lelaki padahal wanita pada zaman ini konsisten terhadap jilbab mereka dan tak banyak lelaki jahat saat itu, maka bagaimana wanita pada zaman sekarang??? Tentunya akan menjadi target masalah ini. Hal ini telah terbukti dengan tingginya masalah  di negara-negara Eropah (wanitanya tidak berjilbab).Sudahkah anda lupa,Amerika Syarikat misalnya,setiap hari,terlalu banyak kes-kes jenayah sehingga akhbar tempatan Negara tersebut sudah bosan menulis berita perkara yang sama,tetapi nama penjenayah yang berbeza setiap hari.

3. Memelihara kecemburuan lelaki
Sifat cemburu adalah sifat yang telah Allah s.w.t tanamkan kepada hati lelaki agar lebih menjaga harga diri wanita yang menjadi mahramnya. Cemburu merupakan sifat terpuji dalam Islam.
“Allah itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya.” (HR. Muslim)
Bila jilbab ditanggalkan, rasa cemburu lelaki akan hilang. Sehingga jika terjadi masalah maksiat tidak ada yang akan membela wanita yang TIDAK BERJILBAB SEPENUHNYA.Perlukah saya buktikan???Buktinya,lihatlah pada artis-artis yang anda puja selama ini,mereka sering menghadapi konflik rumah tangga kan???kerana mereka suka mendedahkan diri di khalayak ramai dan suka menayangkan bentuk tubuh mereka.Seksilah kononnya...INGATLAH!!!Hari ini anda SEKSI(tidak menutup sepenuhnya bentuk tubuh anda),tetapi pada hari perhitungan anda bakal menerima SEKSANYA.....


4. Wanita BERJILBAB umpama biadadari syurga

Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya(masih suci dan kekal dara).” (QS. Ar-Rahman: 56)

Mereka laksana permata yakut dan marjan.” (QS. Ar-Rahman: 58)

Mereka laksan telur yang tersimpan rapi(tidak pernah diganggu oleh sesiapa pun).” (QS. Ash-Shaffaat: 49)

Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga iaitu menundukkan pandangan, tak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya, yang sentiasa di rumah untuk menjaga kehormatan diri. Wanita inilah merupakan perhiasan yang amatlah berharga.
Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga...Anda tidak mahu ini semua??kerana apa???


5. Mencegah penyakit kanser kulit

Kanser adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebahagian sel tubuh berubah sifatnya. Kanser kulit adalah tumor-tumor yang terbentuk akibat kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran cahaya, zat-zat kimia, dan sebagainya.
Penelitian kajian menunjukkan kanser kulit biasanya disebabkan oleh sinar Ultra Violet (UV) yang menyinari wajah, leher, tangan, dan kaki. Kanser ini banyak menyerang orang berkulit putih, sebab kulit putih lebih mudah terbakar matahari.
Wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah daripada laki-laki. Oleh  itu, wanita lebih mudah terserang penyakit khususnya kanser kulit.
Disebabkan itu, cara untuk melindungi tubuh dari kanser kulit adalah dengan menutup kulit. Salah satunya dengan berjilbab. Karena dengan berjilbab, kita melindungi kulit kita dari sinar UV. Melindungi tubuh bukan dengan memakai kerudung gaul dan baju ketat. Kenapa? Karena hal itu percuma saja. Karena sinar UV boleh menembus pakaian yang ketat apatah lagi pakaian yang jarang. Berjilbab disini haruslah sesuai kriteria jilbab iaitu pakaian yang tebal dan menutup seluruh bentuk tubuh anda.


6. Melambatkan gejala penuaan


Penuaan adalah proses semula jadi yang sudah pasti dialami oleh semua orang iaitu lambatnya proses pertumbuhan dan pembelahan sel-sel dalam tubuh. Gejala-gejala penuaan antara lain adalah rambut memutih, kulit keriput, dan lain-lain.
Penyebab utama gejala penuaan adalah sinar matahari. Sinar matahari memang penting bagi pembentukan vitamin D yang berperanan penting terhadap kesihatan kulit. Namun, secara ilmiah dapat dijelaskan bahawa sinar matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk mengeluarkan melanin, akibatnya rosaklah jaringan kolagen dan elastin. Jaringan kolagen dan elastin berperanan penting dalam menjaga keindahan dan kelenturan kulit.


Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah.Krim-krim pelindung kulit pun tidak mampu melindungi kulit secara total dari sinar matahari. Sehingga dianjurkan untuk melindungi tubuh dengan jilbab.
Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah. Dan jilbab pun memiliki manfaat. Ternyata bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya. Jilbab bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses penuaan.
Perhatikan ayat ini betul-betul….
Ternyata jilbab bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya.Jilbab bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses penuaan.Demikianlah Allah memberi kasih sayangnya kepada wanita melalui syariat islam yang sempurna.