Pages

Saturday, September 5, 2015

Doktor jahit tangan pesakit dalam kulit perut

Houston (Amerika Syarikat): Sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini terpaksa menjahit tangan seorang lelaki ke dalam kulit perutnya selepas anggota badan itu cedera parah akibat terkena besi panas.
Tangan kiri Haley Hernandes, 70, melecur teruk akibat dihempap besi panas ketika menggantikan tayar lorinya pada bulan lalu.
Hernandes berkata, besi berkenaan yang berada di atas lorinya sangat panas selepas seharian berjemur di tengah panas terik matahari.
“Besi itu menghempap tangan saya seperti seterika panas menyebabkan kulit dan daging saya melecur teruk,” katanya.
Menurutnya, ketika sampai di hospital doktor memberitahu tangannya sukar untuk diselamatkan kerana kecederaannya terlalu parah.
Doktor di Hospital Methodist Houston, Anthony Echo memberitahu, sebagai langkah terakhir pihaknya memilih untuk menjahit tangan lelaki itu di bawah kulit perutnya.
Katanya, teknik itu bukannya asing dalam dunia perubatan, tetapi sangat jarang dilakukan.
“Teknik ini membolehkan tangan yang cedera teruk ini mendapat bekalan darah dari kulit bagi membantunya sembuh.
“Tangan pesakit itu dibiarkan dalam kulit perutnya selama beberapa minggu sebelum dikeluarkan,” katanya.
Menurutnya, prosedur itu berjaya menyelamatkan tangan Hernandes daripada dipotong dan lelaki berkenaan kini menjalani pemulihan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:12 AM


KEADAAN tangan Hernandes yang dijahit di dalam kulit perutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75292#sthash.A9axHdmO.dpuf

Jutawan dermawan


Mahu beli pulau, wujudkan negara untuk pelarian
05 September 2015 1:18 AM



KAHERAH 4 Sept. - Seorang jutawan Mesir, Naguib Sawiris menawarkan untuk membeli sebuah pulau di Greece atau Itali dan membangunkannya bagi membantu beratus-ratus ribu pelarian dari Syria dan konflik lain.
Hartawan telekomunikasi itu mengumumkan inisiatif tersebut di Twitter.
“Greece atau Itali menjual sebuah pulau kepada saya. Kemudian, saya akan membangunkan pulau tersebut dan memberikan pekerjaan kepada pelarian.
“Negara baharu akan diwujudkan untuk mereka,” katanya.
Lebih 2,300 orang terkorban di laut ketika mahu ke Eropah sejak Januari lalu, kebanyakannya penduduk Syria yang melarikan diri dari negara mereka yang me­ngalami konflik sejak empat tahun setengah lepas.
Sawiris dalam satu wawancara televisyen berkata, beliau akan berbincang dengan kerajaan Greece dan Itali tentang rancangannya.
Ditanya oleh AFP sama ada tentang keberkesanan perancangannya, Sawaris berkata, sudah tentu perkara itu boleh dilaksanakan.
“Mereka mempunyai berpuluh-puluh buah pulau yang tidak berpenduduk dan itu sudah boleh menampung ratusan ribu pelarian,” jelasnya.
Sawiris berkata, sebuah pulau di Greece atau Itali bernilai antara AS$10 juta (RM42.5 juta) dan AS$100 juta (RM425 juta).
Bagaimanapun, perkara utama adalah pelaburan dalam infrastruktur di pulau berkenaan.
Sawiri sebelum ini pernah membangunkan sebuah pulau di pantai Laut Merah, yang kini dikenali sebagai Pusat Peranginan El Guona. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jutawan-dermawan-1.131817#sthash.zdovyjoD.dpuf

Friday, September 4, 2015

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN!


Abdullah bin al-Mubarak al-Hanzhali al Marwazi adalah seorang ulama terkenal, beliau menceritakan riwayat ini.
Suatu ketika, setelah selesai menjalani ibadah haji, dia beristirahat dan tertidur. Dalam tidurnya dia bermimpi melihat dua malaikat yang turun dari langit. Dia mendengar percakapan mereka,
“Berapa banyak yang datang haji tahun ini ?” tanya malaikat kepada malaikat lainnya.
“Tujuh ratus ribu,” jawab malaikat lainnya.
“Berapa banyak mereka yang ibadah hajinya diterima ?”
“Tidak satupun”
Percakapan ini membuat Abdullah gementar.
“Apa ?” dia menangis dalam mimpinya.
“Semua orang-orang ini telah datang dari belahan bumi yang jauh, dengan kesulitan yang besar dan keletihan di sepanjang perjalanan, berkelana menyusuri padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka menjadi sia-sia ?”
Sambil gementar, dia melanjutkan mendengar cerita kedua malaikat itu.
“Namun ada seseorang, yang meskipun tidak datang menunaikan ibadah haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan seluruh dosanya telah
diampuni . Berkat dia seluruh haji mereka diterima oleh Allah.”
“Siapa orang tersebut ?”
“Sa’id bin Muhafah , tukang sepatu di kota Damsyiq (Damaskus sekarang)”
Mendengar ucapan itu, ulama itu langsung terbangun. Kembali dari haji, dia tidak langsung pulang kerumah, tapi langsung menuju kota Damsyiq, Syria.
Sampai disana dia langsung mencari tukang sepatu yang disebut Malaikat dalam mimpinya.
Hampir semua tukang sepatu ditanya, apa memang ada tukang sepatu yang namanya Sa’id bin Muhafah.
“Ada, ditepi kota” Jawab salah seorang tukang sepatu sambil menunjukkan arahnya. Sesampai disana ulama itu menemukan tukang sepatu yang berpakaian lusuh,
“Benarkah anda bernama Sa’id bin Muhafah?” tanya Ulama itu
“Betul, siapa tuan?”
“Aku Abdullah bin Mubarak”
Said pun terharu, "Bapak adalah ulama terkenal, ada apa mendatangi saya ?”
Sejenak Ulama itu kebingungan, dari mana dia memulai pertanyaannya, akhirnya diapun menceritakan perihal mimpinya.
“Saya ingin tahu, adakah sesuatu yang telah anda perbuat, sehingga anda berhak mendapatkan pahala haji mabrur ?”
“Subhanallah saya sendiri tidak tahu!”
“Cuba ceritakan bagaimana kehidupan anda selama ini".
Maka Sa’id bin Muhafah bercerita.
“Setiap tahun, setiap musim haji, aku selalu mendengar :
Labbaika Allahumma labbaika.
Labbaika la syarika laka labbaika.
Innal hamda wanni’mata laka wal mulka. Laa syarika lak.
Ya Allah, aku datang kerana panggilan Mu.
Tiada sekutu bagiMu.
Segala ni’mat dan puji adalah kepunyaanMu dan kekuasaanMu.
Tiada sekutu bagiMu.
Setiap kali aku mendengar itu, aku selalu menangis
Ya Allah aku rindu Mekah
Ya Allah aku rindu melihat Ka'bah
Izinkan aku datang ...
izinkan aku datang ya Allah ...
Oleh kerana itu, sejak puluhan tahun yang lalu setiap hari saya menyisihkan wang dari hasil kerja saya, sebagai tukang sepatu.
Sedikit demi sedikit saya kumpulkan.
Akhirnya pada tahun ini, saya punya 350 dirham, cukup untuk saya berhaji.
“Saya sudah siap berhaji”
“Tapi anda batal berangkat haji”
“Benar”
“Apa yang terjadi ?”
“Istri saya hamil, dan sering mengidam. Waktu saya hendak berangkat saat itu dia mengidam berat”
“Suami ku, engkau mencium bau masakan yang nikmat ini?
“Ya sayang”
“Cubalah kau cari, siapa yang masak sehingga baunya nikmat begini. Mintalah sedikit untukku”
"Ya syeikh , sayapun mencari sumber bau masakan itu. Ternyata berasal dari rumah pondok yang hampir runtuh.
Disitu ada seorang janda dan enam anaknya.
Saya bilang padanya bahawa isteri saya ingin masakan yang ia masak, meskipun sedikit.
Janda itu diam saja memandang saya, sehingga saya mengulangi perkataan saya
Akhirnya dengan perlahan ia mengatakan “Tidak boleh tuan”
“Dijual berapapun akan saya beli”
“Makanan itu tidak dijual, tuan” katanya sambil berlinang air mata.
Akhirnya saya tanya kenapa ?
Sambil menangis, janda itu berkata “daging ini halal untuk
. kami dan haram untuk tuan” katanya.
Dalam hati saya : Bagaimana ada makanan yang halal untuk dia, tetapi haram untuk saya, padahal kita sama-sama muslim ? Kerana itu
saya mendesaknya lagi “Kenapa?”
“Sudah beberapa hari ini kami tidak makan. Dirumah tidak ada makanan. Hari ini kami melihat bangkai keldai mati, lalu kami ambil sebahagian dagingnya untuk dimasak.
“Bagi kami daging ini adalah halal, kerana kami dalam keadaan darurat yang amat sangat, andai kami tak memakannya kami akan mati kelaparan. Namun bagi tuan, daging ini haram".
Mendengar ucapan tersebut spontan saya menangis, lalu saya pulang.
Saya ceritakan kejadian itu pada isteriku, diapun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan mendatangi rumah janda itu.
“Ini masakan untukmu”
Wang peruntukan Haji sebesar 350 dirham pun saya berikan pada mereka.”
Pakailah wang ini untukmu sekeluarga. Gunakan untuk usaha, agar engkau tidak kelaparan lagi”
Ya Allah … disinilah Haji ku
Ya Allah … disinilah Mekah ku.
Mendengar cerita tersebut Abdullah bin Mubarak tak dapat menahan air mata.
“Kalau begitu engkau memang patut mendapatkannya"...
MasyaAllah ...
Semoga bermanfaat......

Doktor keluarkan 5kg najis daripada lelaki 27 tahun

JUMAAT, 4 SEPTEMBER 2015 @ 8:28 AM

 HASIL ujin sinar-X menunjukkan punca masalah yang dialami seorang lelaki di China. - Foto scmp.com

CHENGDU: Doktor di bandar ini melakukan pembedahan ke atas seorang lelaki bagi membuang lima kilogram najis daripada tubuhnya. Mengikut akhbar harian West China Metropolis Daily, pesakit itu berusia 27 tahun, sebelum ini mengadu sakit perut amat teruk dan mengalami sembelit sejak kira-kira 10 tahun lalu. Selepas dimaklumkan doktor bahawa mereka gagal menemui sumber penyakitnya sedekad yang lalu, pakar perubatan dari hospital kedua di sini akhirnya menemui masalah itu selepas menjalankan ujian sinar-X. Selepas mendiagnosis pesakit dengan penyakit "kolon mega kongenital", doktor menemui najis amat besar yang menyebabkan ususnya membesar dua kali ganda berbanding saiz biasa, malah menyebabkan jantungnya beralih ke bahagian kanan. Mengambil kira faktor penyakit mangsa sejak sedekad lalu, lelaki itu dianggap amat bertuah kerana tidak menemui ajal seperti nasib remaja England, Emily Titterington. Pada Februari 2013, Titterington, 16, yang turut mengidap autisme ringan terkena serangan jantung dan maut selepas lapan minggu sembelit. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/79368

Bayi Dilahirkan Sebesar Wang Kertas Kini Ke Sekolah


Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2015 10:03 AM

KETIKA bayi, Levi Phipps menarik perhatian dunia apabila saiznya hanya sebesar wang kertas £10.
Kanak-kanak itu dilahirkan sebagai bayi pra-matang yang berusia lapan minggu dan membesar sehingga sebesar wang kertas ketika berusia 10 bulan.
Selepas empat tahun berlalu kini Phipps sihat seperti kanak-kanak lain dan telah memulakan persekolahan.
Bagaimanapun apa yang dilalui kanak-kanak itu tidak semudah yang disangka kerana dia berdepan pelbagai cabaran untuk terus hidup.
Phipps bertarung dengan sawan, jangkitan kuman, usus berpintal dan mempunyai tekanan darah rendah.
Perkembangan positif yang dilalui selepas itu memberi kegembiraan kepada ibunya dan para doktor yang bertungkus lumus.
Kini penduduk di Aylestone, Leicester yang mengikuti perkembangan kanak-kanak berkenaan sebelum ini boleh melihatnya berjalan dihadapan rumah mereka untuk ke sekolah setiap hari.

Tuah rupa Obama


Xio Jigua

3 SEPTEMBER 2015
 Xio Jigua.

GUANGZHOU - CHINA. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia, siapa yang tahu, begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang mempunyai rupa seiras dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama.

Kesamaan wajahnya itu menjadikan lelaki berusia 29 tahun itu menjadi perhatian malah dia kini bergelar selebriti di China.

Xio Jigua mendapat perhatian sejak 2012 selepas rakannya memuat naik video dia sedang menyanyi.

Beberapa netizen menyedari mengenai kesamaan rupanya itu dan sejak itu, dia ingin menggunakan kelebihan itu untuk meraih pendapatan.

Sejak empat tahun kebelakangan ini, populariti Jigua semakin meningkat dan kini dia sering dijemput untuk membuat persembahan pentas, sitkom dan rancangan televisyen.

"Selain merapikan kening, saya hanya memerlukan baju kemeja, tali leher dan kod hitam untuk meniru gaya pemimpin itu," katanya.

Untuk masuk ke dalam karakter Obama, dia kini sedang belajar bahasa Inggeris dan cara percakapan Obama.

Memetik laporan, The Global Time, lelaki berkenaan dikatakan akan membuat pembedahan plastik untuk menjadikan wajahnya mirip Obama.

Elak anak ponteng, beri nama Andy Go To School


 Andy Go To School
 Andy Go To School Andy Go To School
3 SEPTEMBER 2015

JAWA TENGAH - INDONESIA. Jika sebelum ini, media Indonesia mendedahkan beberapa pemilik nama unik seperti Tuhan dan Saiton, kini muncul pula nama unik yang baru iaitu Andy Go To School.

Andy Go To School yang kini merupakan seorang polis di Magelang berkata, namanya diberi oleh bapanya kerana sebelum ini, kakaknya sering ponteng sekolah dan bagi mengelakkan perkara seumpama itu berlaku, bapanya memberikan nama unik tersebut.

Bukan dia sahaja mempunyai nama unik, kakak sulungnya turut memiliki nama unik iaitu "Happy New Year" sempena kelahirannya tepat pada perayaan tahun baharu iaitu tanggal 1 Januari 1980.

Sementara adik bongsunya diberi Rudy a Good Boy yang bereti Rudi anak yang baik itu pula lahir pada 11 Mac 1990.

"Itu penjelasan dari ayah ketika ditanya mengenai nama saya. Adik saya itu didoakan menjadi orang baik, kerana saya nakal dan kerap membuli orang,” katanya dipetik laporan Tribun Regional.

Walaupun mempunyai nama yang unik dan pelik ketiga anak pasangan Bulkin dan Naimah ini berjaya dalam hidup dan kini bekerja sebagai usahawan, polis dan tentera.

Selfie undang bahaya, kematian



REUTERS - SEORANG lelaki merakam gambar selfie semasa ombak melanda sebuah tembok di Beirut, Lebanon pada 11 Februari lalu.


SYDNEY – Beberapa buah negara mula melancarkan garis panduan khusus untuk mengekang peningkatan kes kematian akibat merakam gambar selfie terutama di tempat berbahaya.
Tindakan mengambil gambar sendiri menggunakan telefon bimbit itu dilihat semakin popular sejak kebelakangan ini sehingga pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pun pernah berselfie.
Malah, kerana ingin merakam gambar selfie yang hebat, orang ramai sanggup menanggung risiko keselamatan seperti bergayut di bangunan pencakar langit atau bergambar bersama bahan letupan.
Perkembangan itu mendorong beberapa negara dan pihak berkuasa untuk melabel selfie sebagai ancaman serius kepada keselamatan orang ramai dengan kempen mendidik orang awam tentang bahayanya dilancarkan sama seperti kempen menolak tabiat merokok dan pesta minum keras.
Berpuluh-puluh kes kematian dan kecederaan akibat perbuatan merakamkan gambar selfie pada awal tahun ini memaksa Kementerian Dalam Negeri Rusia melancarkan satu kempen mengenai bahaya selfie.
Sebelum ini, terdapat rakyat negara itu yang berselfie bersama singa.
Pada Jun lalu, dua lelaki dari Pergunungan Ural, Rusia terbunuh selepas menarik pin bom tangan semasa berselfie, manakala pada Mei tahun ini, seorang wanita terselamat selepas menembak kepalanya sendiri merakam selfie di pejabatnya di Moscow.
“Satu keping gambar selfie yang hebat boleh meragut nyawa anda,” kata slogan kempen pendidikan selfie yang dianjurkan oleh kerajaan Rusia.
Di AS pula, seorang bapa turut terbunuh selepas secara tidak sengaja tertembak lehernya semasa merakamkan gambar selfie di Texas kelmarin. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3kiU47pwt 
Hakcipta terpelihara 

Bangkai ‘makhluk asing’ ditemui di Rusia?

Bangkai dipercayai makhluk asing yang ditemukan di Sungai Kovashi

Bangkai dipercayai makhluk asing yang ditemukan di Sungai Kovashi dekat pekan Sosnovy Bor pada Ahad lalu, dibawa ke Moscow untuk diuji oleh saintis. AGENSI
MOSCOW 3 Sept. – Penemuan rangka spesies yang tidak dikenali di tebing sungai berdekatan sebuah loji nuklear utama di Rusia mencetuskan tanda tanya dalam kalangan saintis tentang dakwaan, itu adalah bangkai makhluk asing.
Menurut laporan portal Express, bangkai makhluk tersebut ditemukan oleh dua penduduk dekat Sungai Kovashi pada Ahad lalu di Sosnovy Bor, sebuah pekan yang dibina pada 1958 untuk menempatkan Loji Kuasa Nuklear Leningrad.
Akhbar tempatan pada awalnya mendakwa bangkai itu mungkin merupakan embrio ayam yang dibuang, tetapi saintis Rusia enggan mengesahkan perkara tersebut.
Seorang saintis tempatan yang enggan dikenali berkata, badan makhluk tersebut kelihatan seperti ikan atau ayam, tetapi tengkorak bangkai berkenaan mencetuskan misteri kerana tidak mempunyai leher atau kepak.
Malah pakar dari Institut Biofizik di Krasnoyarsk, Yegor Zadereev berkata, pihaknya sukar menjelaskan spesies sebenar makhluk yang ditemukan itu.
“Kajian lebih mendalam perlu dilaksanakan bagi mengetahui spesies sebenar bangkai makhluk tersebut,” katanya.
Rangka spesies yang tidak dikenali itu dipercayai telah dihantar ke Moscow untuk dikaji oleh saintis.
Sementara itu, beberapa penyiasat makhluk asing percaya bangkai itu merupakan spesies lain dari angkasa lepas.
Scott C. yang merupakan pemilik portal UFO Sighting Daily berkata, bangkai yang ditemukan di Rusia merupakan makhluk asing dan tidak mempunyai persamaan dengan haiwan di bumi.
“Saintis Rusia keliru dengan penemuan tersebut dan mereka dijangka menjalankan ujian Asid Deoksiribonukliek (DNA) untuk menjawab misteri itu,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bangkai-8216-makhluk-asing-8217-ditemui-di-rusia-1.131453#sthash.IY8XMvxB.dpuf

Wednesday, September 2, 2015

Gunung berapi lumpur

Gunung berapi lumpurGunung berapi lumpur

LAZIMNYA, kita sering mendengar tentang letusan gunung berapi. Namun, satu fenomena jarang berlaku iaitu gunung berapi lumpur berjaya dirakamkan seorang jurukamera Mikhail Mikhailov, 40, di Pulau Sakhalin di Timur Rusia.

Dari pandangan atas, ia kelihatan seperti mata manusia gergasi.

“Ia adalah letusan yang kuat dan menghasilkan pandangan sangat cantik terutamanya jika dirakamkan dari atas,” katanya.

Gunung berapi lumpur adalah formasi yang dihasilkan oleh gas dan cecair walaupun proses penghasilannya berbeza.

Apabila proses pemampatan berlaku, gas menjadi aktif dan dengan pengumpulan tekanan tinggi, lumpur dilepaskan daripada gunung berapi melalui keretakan di dalam sesebuah struktur.

Jumlah gunung berapi lumpur terbesar boleh ditemui di Azerbaijan, di mana terdapat kira-kira 400 kesemuanya.

Difahamkan, ada di antara jumlah itu telah menghasilkan pulau kekal dan sementara. – Daily Mail

Labah-labah mampu terbang

Labah-labah mampu terbangLabah-labah

SEKUMPULAN saintis di Peru dan Panama menemui labah-labah yang aktif pada waktu malam (nokturnal) yang mampu meluncur dan mengemudi di udara, sekali gus memaparkan ketangkasan luar biasa untuk spesies arachnid.

Dalam sebuah video yang dirakamkan kumpulan saintis, seekor labah-labah bersaiz kira-kira 5 sentimeter dilihat menukar arah ketika ia jatuh di udara dan mengemudi perjalanannya dengan kaki yang dipanjangkan.

Mereka berpendapat, labah-labah dari kumpulan Selenops itu termasuk dalam kumpulan kecil serangga merayap tidak bersayap yang mempunyai keupayaan untuk mengemudi di udara meskipun jatuh seperti batu.

“Tekaan saya adalah banyak haiwan yang hidup di atas pokok hebat meluncur di udara, seperti ular, cicak, semut dan kini labah-labah,” menurut profesor biologi integratif di Universiti California, Robert Dudley.

Untuk menjalankan kajian ini, saintis  menjatuhkan labah-labah dari ketinggian 20 hingga 25 meter di udara.

Nyata, labah-labah lebih tangkas di udara berbanding kucing dan mampu menukar posisi badan dengan kepala berada di bawah untuk meluncur dalam masa milisaat. – Mail Online

Menu terakhir Titanic berharga RM294,000

Menu terakhir Titanic berharga RM294,000
Menu yang akan dilelong oleh Invaluable, 30 September ini
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Harga sekeping menu yang berasal dari kapal persiaran Titanic yang karam pada 15 April 1912 dijangka mencecah sehingga US$70,000 (RM294,000) dalam satu acara lelongan.
 
Menurut The Guardian, lelongan tersebut dijadualkan berlangsung pada 30 September depan oleh agensi lelongan atas talian, Invaluable.
 
Surat yang ditulis oleh penumpang asal Titanic yang terselamat, juga akan diberikan bersama-sama lelongan menu tersebut.
 
Penyumbang menu tersebut, David Lowenherz memberitahu hanya terdapat dua atau tiga lagi menu yang serupa terselamat selepas tragedi berkenaan. 
 
Menu tersebut diselamatkan oleh penumpang Titanic, Abraham Lincoln Salomon dan ditandatangani oleh Isaac Gerald Frauenthal, seorang penduduk New York yang bersama-sama dengan Salomon pada hari kejadian.

Kanak-kanak 9 tahun takluk Kilimanjaro

Zain Ackrim (kiri) dan abangnya, Rehan, berjaya mendaki Gunung

Zain Ackrim (kiri) dan abangnya, Rehan, berjaya mendaki Gunung Kilimanjaro dalam tempoh enam hari sahaja. AGENSI
DODOMA, Tanzania 1 Sept. – Seorang kanak-kanak lelaki dari Holland Park, West London dinobatkan sebagai pendaki Britain paling muda berjaya menakluk gunung tertinggi Afrika, Kilimanjaro.
Zain Ackrim berjaya mendaki gunung itu di timur laut Tanzania yang mempunyai ketinggian 5,895 meter dari paras laut, baru-baru ini, dalam tempoh enam hari sahaja.
Ackrim yang berumur sembilan tahun 11 bulan hanya mengetahui dia berjaya memecahkan rekod sebagai pendaki paling muda berjaya menawan gunung itu, apabila sampai di puncak Gunung Kilimanjaro.
Dia turut ditemani bapa, Rehel, 49, dan abangnya, Rehan, mendaki gunung itu bersama sekumpulan pendaki dari Amerika Syarikat dan Scotland.
Menurut Mirror UK yang menemuramah Ackrim, dia begitu teruja dan gembira kerana berjaya menakluk gunung tertinggi di Afrika itu, selepas menjalani latihan intensif termasuk pendakian di pergunungan Banjaran Alps dan Gunung Snowdon di Wales.
“Rasa penat itu belum hilang lagi walaupun sudah beberapa hari, tetapi saya rasa sangat gembira kerana berjaya sampai ke puncak,” katanya.
Keluarga Ackrim menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kilimanjaro sebagai aktiviti kebajikan untuk mengumpul dana bagi projek-projek persekolahan di Afrika.
Sebelum ini, rekod pendaki muda Britain dipegang seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun dari Wetherby Yorkshire, Britain yang berjaya menakluk gunung itu pada 2014.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kanak-kanak-9-tahun-takluk-kilimanjaro-1.130719#sthash.q8f5sdf2.dpuf

Tuesday, September 1, 2015

11 kali disambar petir

Seneca (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang mendakwa disambar petir 11 kali bertegas menyatakan dia berkata benar walaupun pakar dan Rekod Dunia Guinness menyuarakan rasa sangsi.
Melvin Roberts, 62, dari Seneca di Carolina Selatan mendakwa pernah disambar ketika memandu jentolak dan dua kali ketika memesin rumput.
“Petir itu seolah-olah menanti saya. Daging dalam badan saya terasa seperti dimasak,” kata Roberts.
Dia mempunyai rekod perubatan untuk menunjukkan kecederaan yang dialaminya yang menurut doktor, selari dengan kecederaan akibat disambar petir, termasuk hilang ingatan seketika serta sukar bercakap.
“Anda hilang deria rasa selama beberapa hari. Semua yang dimakan terasa belerang,” katanya.
Sebelas kejadian disambar petir itu berlaku sepanjang 12 tahun lalu. Doktor juga terkejut dengan pengalaman Roberts. Ramai pakar sangsi dengan dakwaan lelaki itu.
Seorang pakar berkata, disambar petir secara langsung 11 kali sesuatu yang mustahil.
Guinness World Records enggan memasukkan pengalaman Roberts dalam bukunya kerana mereka tidak mempunyai bukti secukupnya.
Bagaimanapun, isteri Roberts, Martha berkata, dia melihat sendiri sembilan daripada 11 kejadian yang menimpa suaminya.
“Setiap kali mendengar petir saya akan segera masuk ke bilik. Ada orang yang perlu menelefon agensi bantuan kecemasan,” katanya sambil ketawa.
Roberts juga mendakwa mempunyai kotak berisi jam menunjukkan masa yang tepat dia disambar petir.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 9:17 AM

Roberts dan isteri, Martha.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74407#sthash.XVGcDQxG.dpuf

Suami romantik sanggup tidur bawah jambatan

Chongqing (China): Seorang lelaki yang bekerja sebagai pemungut barang terpakai menjadi viral selepas kisahnya untuk berjimat daripada membayar sewa asrama tersebar di Internet.
Lelaki yang dikenali sebagai Xiong memilih tinggal di bawah jambatan kerana mahu berjimat supaya dia boleh membeli rantai emas dan cincin berlian yang dikehendaki isterinya.
Xiong sebelum ini tinggal di asrama yang disediakan kerajaan tempatan.
Bagaimanapun, untuk berjimat, dia mengambil keputusan untuk tinggal di bawah jambatan.
“Di bawah jambatan ini saya boleh berjimat lima yuan sehari. Saya mahu mengumpul wang untuk membeli rantai emas dan cincin berlian untuk isteri saya. Saya mahu membelinya di pusat beli-belah, seperti yang dilakukan orang lain di bandar ini,” kata Xiong.
Menurut laporan, Xiong memungut barang terpakai dan menyimpannya sebelum menjualnya.
“Isteri saya sudah berusia lebih 60 tahun. Saya memungut barang terpakai dan yang dibuang orang ramai untuk mendapatkan sedikit wang, Isteri saya pula bertani di kampung kami.
“Saya mahu membeli rantai emas dan cincin berlian sebagai hadiah untuk membuktikan dia tidak salah memilih saya sebagai suami,”katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 9:16 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74403#sthash.JfaOfvfV.dpuf

Monyet ‘ketua’ skuad haiwan halau burung

Beijing: Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) menggunakan khidmat haiwan untuk memastikan ruang udaranya bebas burung demi keselamatan pesawat yang terbabit dalam Perarakan Hari Kemenangan.
Monyet, burung falcon dan anjing nampaknya lebih berkesan daripada ayam, arnab dan burung merpati yang diletakkan di zon letupan pelabuhan Tianjin minggu lalu untuk melihat sejauh mana boleh hidup di situ.
Sebaliknya tiga haiwan itu memainkan peranan lebih ‘ganas’ iaitu menghalau burung di lokasi latihan.
Langkah itu diambil kerana burung dilihat punca kebanyakan kejadian nahas pesawat berikutan impak pelanggaran oleh burung seberat 1.8 kilogram terhadap kapal terbang yang bergerak 700 kilometer sejam sebenarnya lebih kuat daripada bedilan peluru tentera.
Monyet yang dilatih khas ditugaskan memanjat pokok dan menghapuskan sarang, selain meninggalkan bau yang tidak menyenangkan bagi burung.
Jurucakap PLA Han Bing berkata: “Kaedah ini tidak memakan belanja tinggi selain kadar risiko rendah dan amat berkesan.”
Katanya, anjing pula digunakan untuk menghalang burung dari padang manakala burung falcon menghalau dari ruang udara. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 9:13 AM


MONYET ditugaskan memusnahkan sarang burung di atas pokok.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74399#sthash.atFZA9Hd.dpuf

Trend tanam pokok atas kepala

Trend tanam pokok atas kepala
ntara masyarakat China yang menanam pokok kecil atas kepada mereka.
Trend tanam pokok atas kepalaTrend tanam pokok atas kepalaTrend tanam pokok atas kepala

BEIJING - CHINA. Macam-macam ragam, itulah yang berlaku di China sekarang, mana tidaknya fesyen 'menanam' tumbuhan kecil di atas kepala kini menjadi  ikutan ramai di negara itu.

Berdasarkan laporan Taobao, fesyen itu menjadi ikutan bukan sahaja kepada kaum wanita muda, malah lelaki dewasa serta kanak-kanak kini secara beramai-ramai menanam tumbuhan di atas kepala mereka.

Trend  ini terjadi rupa-rupanya dek kerana masyarakat China terpengaruh dengan karektor kartun maskot Yan Jun, yang memiliki tumbuhan di atas kepalanya.

Oleh kerana merasakan comel dan uniknya karektor Yan Jun, masyarakat di China cuba mencontohi karektor tersebut.

Rugi besar

Jiangsu (China): Tindakan seorang wanita menyembunyikan wang berjumlah 100,000 yuan (RM65,000) di dalam tanah menyebabkan dia kerugian besar.
Menurut anak wanita itu, Zhang, ibunya menyimpan wang berkenaan di bawah lantai dapur rumah mereka empat tahun lalu.
Dia membungkus wang kertas itu dengan beg plastik, menyimpannya di dalam peti besi sebelum menanamnya.
Wanita itu teringat mengenai wang berkenaan ketika Zhang hendak berkahwin April lalu.
Dia bergegas menggali peti itu dengan harapan dapat mengadakan majlis perkahwinan yang meriah untuk anaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 5:21 AM


SEORANG pekerja bank menunjukkan wang kertas peroi yang digali semula wanita di Jiangsu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74117#sthash.hZGpzMPb.dpuf

Monday, August 31, 2015

Berjaya kutip derma RM484,000 untuk penjual pen

AGENSI - LAMAN web indiegogo berjaya mengumpul dana berjumlah lebih £75,000 untuk lelaki yang menjual pen di sebatang jalan di Beirut baru-baru ini.


BEIRUT, Lubnan – Satu kutipan derma di internet telah berjaya mengumpul dana lebih £75,000 (RM 484,000) untuk seorang lelaki pelarian dari Syria dan anak perempuannya selepas gambar lelaki terbabit menjual pen di sebatang jalan di Beirut dikongsi pengguna internet baru-baru ini.
Gissur Simonarson, pengasas kepada laman web Conflict News memuat naik beberapa keping gambar lelaki itu pada Selasa lalu dan telah dibanjiri dengan permintaan untuk membantu lelaki Palestin yang tinggal di kem pelarian Yarmouk, Syria.
Gambar yang menyentuh hati itu menunjukkan Abdul yang merupakan seorang bapa tunggal kepada dua anak memegang pen di tepi jalan di selatan pinggir Damsyik sambil mengendong anak perempuannya, Reem yang berumur empat tahun dan sedang tidur.
Dana berjumlah £3,250 (RM 21,000) berjaya dikumpulkan hanya dalam beberapa jam dan jumlah kutipan terus meningkat melalui laman web pengumpulan dana awam, indiegogo.
Menurut laman web tersebut, kempen itu berjaya mengumpul sehingga £75,000 dalam masa 24 jam dan jumlah terkini mencecah £51,000 (RM329,000).
Dalam satu status Simonarson di Twitter, Abdul berkata mahu menggunakan wang yang diperoleh bagi membantu keluarga Syria lain selain menghantar anaknya ke sekolah.
“Sangat teruja melihat orang awam bersama-sama memberi perubahan kepada insan lain,” ujar Simonarson. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3kL5ZM4e6 
Hakcipta terpelihara 

Kedudukan orbit bulan paling hampir dengan bumi

AGENSI - SUPERMOON dirakam kelmarin (kanan) ketika bulan penuh perigee sementara ‘bulan-mikro’ iaitu bulan penuh terkecil (kiri) dirakam pada 5 Mac lalu kedua-duanya di Mutare, Zimbabwe.


MUTARE, Zimbabwe – Bulan dilaporkan telah mencapai tahap perigee semalam iaitu titik kedudukan orbitnya paling hampir dengan bumi, kurang 24 jam selepas kemuncak bulan penuh dicapai malam kelmarin.
Perigee semalam meletakkan bulan pada jarak 358,290 kilo­meter sahaja dari pusat bumi. Kejadian bulan penuh dan purnama perigee dalam tempoh masa yang dekat pula membolehkannya digelar sebagai ‘supermoon’ iaitu bulan penuh yang sangat dekat dengan bumi.
Bagaimanapun, titik pertembungan bulan penuh dan perigee pada 28 September ini, dengan jarak masa hanya satu jam antara kedua-duanya, akan menonjolkan ‘supermoon’ yang paling dekat dengan orbit bumi sepanjang tahun ini.
‘Supermoon’ bulan hadapan juga secara kebetulan akan melalui gerhana bulan penuh selama 72 minit, ditambah lebih sejam gerhana separa penuh sebelum dan selepas gerhana penuh tersebut.
Secara keseluruhannya, feno­mena ‘supermoon’ pada bulan hadapan akan mengambil masa sekitar 3 jam 20 minit untuk keluar daripada bayang-bayang bumi.
Gerhana bulan penuh kali ini juga merupakan yang keempat dan terakhir dalam tetrad lunar iaitu empat gerhana penuh secara berturut-turut dalam jarak enam bulan penuh antara satu antara lain. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3kL4gEnWo 
Hakcipta terpelihara