Pages

Wednesday, September 2, 2015

Labah-labah mampu terbang

Labah-labah mampu terbangLabah-labah

SEKUMPULAN saintis di Peru dan Panama menemui labah-labah yang aktif pada waktu malam (nokturnal) yang mampu meluncur dan mengemudi di udara, sekali gus memaparkan ketangkasan luar biasa untuk spesies arachnid.

Dalam sebuah video yang dirakamkan kumpulan saintis, seekor labah-labah bersaiz kira-kira 5 sentimeter dilihat menukar arah ketika ia jatuh di udara dan mengemudi perjalanannya dengan kaki yang dipanjangkan.

Mereka berpendapat, labah-labah dari kumpulan Selenops itu termasuk dalam kumpulan kecil serangga merayap tidak bersayap yang mempunyai keupayaan untuk mengemudi di udara meskipun jatuh seperti batu.

“Tekaan saya adalah banyak haiwan yang hidup di atas pokok hebat meluncur di udara, seperti ular, cicak, semut dan kini labah-labah,” menurut profesor biologi integratif di Universiti California, Robert Dudley.

Untuk menjalankan kajian ini, saintis  menjatuhkan labah-labah dari ketinggian 20 hingga 25 meter di udara.

Nyata, labah-labah lebih tangkas di udara berbanding kucing dan mampu menukar posisi badan dengan kepala berada di bawah untuk meluncur dalam masa milisaat. – Mail Online

No comments: