Pages

Tuesday, September 1, 2015

Monyet ‘ketua’ skuad haiwan halau burung

Beijing: Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) menggunakan khidmat haiwan untuk memastikan ruang udaranya bebas burung demi keselamatan pesawat yang terbabit dalam Perarakan Hari Kemenangan.
Monyet, burung falcon dan anjing nampaknya lebih berkesan daripada ayam, arnab dan burung merpati yang diletakkan di zon letupan pelabuhan Tianjin minggu lalu untuk melihat sejauh mana boleh hidup di situ.
Sebaliknya tiga haiwan itu memainkan peranan lebih ‘ganas’ iaitu menghalau burung di lokasi latihan.
Langkah itu diambil kerana burung dilihat punca kebanyakan kejadian nahas pesawat berikutan impak pelanggaran oleh burung seberat 1.8 kilogram terhadap kapal terbang yang bergerak 700 kilometer sejam sebenarnya lebih kuat daripada bedilan peluru tentera.
Monyet yang dilatih khas ditugaskan memanjat pokok dan menghapuskan sarang, selain meninggalkan bau yang tidak menyenangkan bagi burung.
Jurucakap PLA Han Bing berkata: “Kaedah ini tidak memakan belanja tinggi selain kadar risiko rendah dan amat berkesan.”
Katanya, anjing pula digunakan untuk menghalang burung dari padang manakala burung falcon menghalau dari ruang udara. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 9:13 AM


MONYET ditugaskan memusnahkan sarang burung di atas pokok.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74399#sthash.atFZA9Hd.dpuf

No comments: