Pages

Tuesday, December 16, 2014

10 alat muzik paling mahal


SUMBER: WWW.LISTDOSE.COM
16 Disember 2014
Set drum
Set drum

 Piano
Piano 



1.    Biola

Nama Stradivari adalah antara biola terbaik dan Antonius Stradivari telah mengeluarkan lebih 1,000 biola yang hebat. Bagaimanapun, biola paling mahal terjual adalah daripada jenis Giuseppe Guarneri iaitu bernilai AS$4 juta (RM14 juta).


2.    Piano

Piano paling mahal terjual adalah milik John Lennon dan isterinya Yoko ono. Piano model Z jenama Steinway itu sangat dikagumi kerana pernah dipaparkan dalam salah sebuah lagunya ‘Imagine’. Ia dijual kepada George Michael pada harga AS$2.08 juta (RM7.3 juta).


3.    Set drum

Antara set drum termahal yang pernah terjual bernilai AS$50,000 (RM174,000) kerana ia terdiri daripada emas. Selain itu, terdapat banyak lagi jenama set drum yang mahal seperti Tamu Ash.


4.    Gitar akustik

Gitar bersejarah dihasilkan Eric Clapton pada tahun 1970 yang menggabungkan tiga model gitar Fender Stratocasters membentuk sebuah gitar, berjaya dilelong pada harga AS$959,500 (RM3.3 juta). Selain itu, gitar Fender Stratocasters juga pernah dijual pada AS$3.7 juta (RM13 juta).


5.    Gitar elektrik

Gitar paling mahal adalah 1949 Bigsby yang dijual pada nilai AS$266,500 (RM928,000).


6.    Trompet

Trompet paling mahal dijual adalah trompet kegemaran milik pemain muzik, Dizzy Gillespie. Ia bernilai AS31,000 (RM108,000), dan sebuah lagi dijual pada harga AS$55,000 (RM191,000).


7.    Klarinet

Klarinet milik Benny Goodman baru-baru ini dijual pada harga AS$25,000 (RM87,000), dan satu lagi bernilai AS$16,250 (RM57,000).


8.    Papan kekunci muzik

Harga sebuah papan kekunci muzik sebenar dengan semua ciri mampu mencecah lebih AS15,000 (RM52,000). Ia mahal kerana memainkan peranan penting dalam komposisi lagu dan biasanya digunakan golongan profesional.


9.    Seksafon

Seksafon paling mahal di dunia yang pernah terjual adalah milik pemain seksafon lagenda yang dilelong pada nilai AS$30,000 (RM105,000) dan AS$35,000 (RM122,000).


10.    Sitar

Hari ini, sitar banyak digunakan untuk muzik klasik di Pakistan dan India. Alat ini membawa sentuhan tema Parsi dalam muzik dan merupakan alat penting untuk mencipta sebuah muzik klasik. Sitar terbaik adalah daripada Hemand Calcutta berharga antara AS$3,600 (RM13,000) hingga AS$14,000 (RM49,000).

Perkahwinan dua ekor monyet

Perkahwinan dua ekor monyet

SEORANG lelaki di daerah Bettiah dalam negeri Bihar di India mengahwinkan dua ekor monyet peliharaannya dalam sebuah majlis perkahwinan besar-besaran selepas mendapati ia saling menyukai antara satu sama lain.

Udesh Mohto, turut membawa ‘pasangan’ itu berarak menaiki sebuah kenderaan SUV yang dihiasi bunga dan kumpulan muzik di sekitar kampung sebagai memberitahu bahawa dua ekor monyet itu telah berkahwin.

Ramdulari, monyet betina dipakaikan gaun manakala Ramu, monyet jantan dipakaikan T-shirt dan dikahwinkan sami Hindu tempatan.

“Ramu  sudah saya anggap seperti anak sendiri. Apabila saya sedar ia sukakan satu sama lain, saya adakan majlis perkahwinan ini khas untuknya,”katanya.

Mahto, membeli Ramu, 13, dari Nepal sebelum membeli Ramdulari di sebuah pesta di kampungnya. – Mirror

Pekerja dibenarkan tidur 30 minit

Pekerja dibenarkan tidur 30 minit

SEBUAH kilang di Guangdong, China membenarkan pekerja mereka tidur di tempat kerja selama 30 minit setiap hari kerana mendakwa ia boleh meningkatkan produktiviti sebanyak 30 peratus.

Peraturan ini merupakan sebahagian daripada pembaharuan baharu yang dilaksanakan pihak kilang sejak beberapa tahun lalu supaya pekerja lebih produktif.

Difahamkan, peraturan tidur di tempat kerja telah memberi banyak manfaat kepada pekerja dan kerajaan China kini gembira dengan peningkatan produktiviti pekerja yang diperoleh selepas mereka dibenarkan tidur seketika.

Bagaimanapun, sejak 2005, terdapat penambah baikan seperti kenaikan gaji, penyediaan asrama bagi pekerja yang ingin tidur berbaring dan dewan makan diubahsuai menjadi gelanggang pingpong serta tenis untuk mereka bersantai. – Daily Mail

Kereta terkecil di dunia


Kereta terkecil di dunia

IA mungkin kelihatan seperti sebuah kereta mainan untuk anak kecil, namun kereta ini sebenarnya lengkap dengan enjin, pemecut dan brek, pedal minyak, sistem gear dan lampu depan serta belakang.

Penciptanya, Xu Zhiyun, 60, mengambil masa dua tahun untuk mencipta kereta itu dengan kos hanya 155 pound (RM852).

Dengan hanya berukuran 58 sentimeter (sm) panjang, 33 sm lebar dan 38 sm tinggi, ia menjadi kereta terkecil di dunia dan Xu sering memandu kereta itu bagi mengelakkan jalan raya sibuk di Shanghai.

Selain itu, Xu turut menggunakan kemahirannya untuk mencipta pelbagai barangan yang memudahkan kehidupan sehariannya seperti rak televisyen bergerak dan mereka pakaian sendiri. – Mail Online

Burung boleh terbang selepas jalani rawatan akupunktur


Beberapa batang jarum dicucuk di bahagian kaki dan kepala seekor
Beberapa batang jarum dicucuk di bahagian kaki dan kepala seekor burung hantu melalui rawatan akupunktur bagi memulihkan kecederaan yang dialaminya. – AGENSI
MADRID 15 Dis. – Seekor burung hantu yang mengalami kecederaan belakang badan sehingga menyebabkannya tidak mampu berdiri, berjaya pulih sepenuh daripada masalah tersebut selepas menjalani rawatan akupunktur selama 10 minggu.
Mail Online melaporkan, burung hantu dari jenis Athene noctua itu mengalami kecederaan tersebut dua bulan lalu selepas secara tidak se­ngaja terbang memasuki saluran paip dapur sebuah kilang di timur Madrid.
Burung berkenaan kemudian dihantar ke sebuah pusat rawatan burung hantu yang dikenali sebagai Brinzal.
Pakar akupunktur, Edurne Cornejo berkata, empat batang jarum dicucuk di titik utama sistem saraf burung berkenaan untuk memulih­kan kecederaan belakang badan yang dialaminya.
“Pada mulanya, burung hantu ini langsung tidak boleh berdiri. Namun lama-kelamaan burung ber­kenaan boleh terbang seperti sedia kala.
“Rawatan akupunktur menggunakan mekanisme pemulihan secara semulajadi. Rawatan ini tidak mendatangkan kesan sam­pingan kepada pesakit seperti mana ra­watan yang menggunakan ubat-ubatan,” jelas Cornejo.
Menurut Persatuan Akupunktur Veterinar Antarabangsa, penggunaan kaedah rawatan yang berasal dari zaman China purba itu ke atas haiwan sudah semakin mendapat tempat di kebanyakan pusat perubatan di seluruh dunia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/burung-boleh-terbang-selepas-jalani-rawatan-akupunktur-1.36882#sthash.jd9zV2TJ.dpuf

Remaja Islam bergelar jutawan


Miliki aset RM252 juta menerusi pelaburan saham

Mohammed Islam (kanan) mula bergiat dalam bidang pelaburan saham
Mohammed Islam (kanan) mula bergiat dalam bidang pelaburan saham melalui Internet sejak usia sembilan tahun. – AGENSI
NEW YORK 15 Dis. - Usianya belum mencecah 18 tahun, namun seorang remaja di Amerika Syarikat (AS) berjaya mengumpul kekayaan kira-kira AS$72 juta (RM252 juta) dengan hanya meluangkan masa menceburi dunia pasaran saham melalui Internet setiap kali waktu rehat di sekolahnya.
Mohammed Islam, 17, ber­asal dari Queens, New York, mula berkecimpung dalam pelaburan saham pada usia sembilan tahun dan menghabiskan waktu rehat di Sekolah Tinggi Stuyvesant untuk berurusan dalam bidang perdagangan minyak dan emas selain ekuiti kecil dan sederhana.
Menurut laporan Mail Online, kejayaan pemuda itu turut membuatkan dia mampu membeli sebuah kereta mewah BMW walaupun tidak mempunyai lesen memandu dan menyewa sebuah pangsapuri di Manhattan selain membelanja kawan-kawan sekolahnya di tempat mewah selepas tamat sesi pembelajaran.
Mohammed Islam berkata, setiap kali waktu rehat, dia akan mengikuti perkembangan pasaran saham, mencari peluang dan menggunakan segala pengetahuan termasuk analisis asas serta analisis teknikal untuk mengetahui spekulasi dalam pasaran.
Jelasnya, selepas memperoleh pulangan yang tinggi dalam pa­saran sen, dia akan beralih kepada pelaburan modal ekuiti kecil serta pertengahan dan kemudiannya mengikuti spekulasi pasaran masa depan emas dan minyak.
“Kini saya telah memahami pasaran saham dan semakin ghairah untuk menjana pendapatan melalui dagangan saham,” katanya.
Mohammed Islam me­ngakui, kehidupannya pernah ‘lumpuh’ apabila mengalami kerugian ketika kali pertama mula menceburi bidang tersebut, namun dia dapat bangkit semula apabila mempelajari cara idolanya, Paul Tudor Jones, seorang jutawan pelaburan AS.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/remaja-islam-bergelar-jutawan-1.36880#sthash.m8leIKJH.dpuf

Monday, December 15, 2014

Wanita Britain pamer aksi berani

Aksi Danielle Hughes dan Emily Guilding, sempat dirakam ketika
Aksi Danielle Hughes dan Emily Guilding, sempat dirakam ketika pesawat dinaiki mereka melintasi Burj Al Arab di Dubai, kelmarin. – AGENSI
DUBAI 14 Dis. – Dua orang wanita Britain melakukan aksi lagak ngeri dengan berjalan dan mengimbangi badan mereka di atas sayap dua pesawat ringan di sekitar kawasan pantai paling popular di sini, minggu ini.
Aksi Britons Danielle Hughes dan Emily Guilding dari pasukan Breitling Wingwalkers dilakukan bersempena penganjuran UIM Skydive Dubai XCAT World Po­werboating Series ketika kelajuan angin mencecah 160 kilometer sejam.
Antara aksi ngeri yang dilakukan wanita di atas pesawat Boeing Stearman keluaran tahun 1930-an itu adalah membuat rutin gimnastik meskipun berada dalam kedudukan kuasa graviti yang tinggi di udara, lapor Mail Online.
Persembahan itu sekali gus mencuri tumpuan penduduk Dubai yang ketika ini tertumpu kepada perlumbaan bot laju tersebut.
Pesawat Boeing Stearman yang dinaik taraf dengan enjin 450 kuasa kuda, berlepas dari landasan Skydive Dubai dan membuat formasi aerobatik serta pemanduan silang.
Pasukan Breitling Wingwalkers yang berasal dari United Kingdom amat dikenali kerana sering membuat pertunjukan di seluruh dunia antaranya di China, Australia, Kuwait dan tanah air mereka.
“Kami amat teruja kerana dapat mempersembahkan pertunjukan daripada pasukan Breitling Wingwalkers semasa acara ming­gu ini yang merupakan pusingan akhir UIM Skydive Dubai XCAT World Series 2014,’’ kata penganjur program itu yang juga Presiden WPPA, Dr Saif Al Ketbi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/wanita-britain-pamer-aksi-berani-1.36435#sthash.NOaKMb7k.dpuf

Sekolah di China bina trek di atas bumbung

Sekolah Rendah Tiantai membina gelanggang dan trek sepanjang 200
Sekolah Rendah Tiantai membina gelanggang dan trek sepanjang 200 meter di atas bumbungnya. – AGENSI
ZHEJIANG 14 Dis. – Sebuah sekolah di sini mengambil keputusan untuk membina sebuah gelanggang permainan dan trek di atas bumbung selepas mengalami masalah kekurangan tanah pembinaan.
Laman web Oddity Central melaporkan, pihak pengurusan Sekolah Rendah Tiantai berpendapat keputusan tersebut adalah yang terbaik bagi membolehkan murid-muridnya menjalani pelbagai aktiviti sukan selepas tidak terdapat tanah kosong sesuai di sekitar sekolah yang terletak di tengah-tengah kawasan perumahan itu.
“Akibat ruang tanah yang terhad, kami mencabar diri untuk membina kawasan permainan dan trek di atas bumbung sekolah,” kata ketua arkitek, Ruan Hao.
Bagi memastikan keselamatan terjamin, gelanggang dan trek sepanjang 200 meter itu dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan ciri-ciri keselamatan antaranya dinding luarnya dilindungi dengan kaca genting setebal 1.8 meter.
Pihak berkuasa turut menempatkan kamera bagi memantau aktiviti kira-kira 1,600 orang murid sekolah tersebut ketika bersukan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sekolah-di-china-bina-trek-di-atas-bumbung-1.36437#sthash.DspUAiDJ.dpuf

Mumia wanita meringkuk dipamer

Berada dalam kedudukan seperti janin

Mumia wanita yang ditemukan di Pachacamac berhampiran bandar raya
Mumia wanita yang ditemukan di Pachacamac berhampiran bandar raya Lima, Peru dipercayai berusia 50 tahun ketika meninggal dunia. – AGENSI
PARIS 14 Dis. - Satu mumia berusia lebih daripada 1,000 tahun yang berada pada posisi seperti di dalam janin akan dipamerkan kepada umum di sebuah muzium di sini bermula bulan depan.
Mail Online melaporkan, mumia wanita yang ditemukan di sebuah kawasan perkuburan purba di Pachacamac berhampiran bandar raya Lima, Peru itu dipercayai berusia 50 tahun ketika meninggal dunia.
Bagi memastikan bentuk badan mumia berkenaan terus terpelihara, ahli arkeologi sepakat untuk mempamerkan mumia tersebut dalam keadaan asalnya di Musee de Confluences, Lyon bulan depan.
Mumia tersebut akan menjadi sebahagian daripada pameran ta­madun pra-Inca yang memaparkan kaedah dan cara manusia purba mengendalikan mayat pada zaman itu mengikut usia dan budaya masing-masing.
Lebih daripada 160 tengkorak dan mumia ditemukan di Pachacamac yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Lima pada tahun 2012 dengan kira-kira 70 daripadanya dijumpai berada dalam keadaan se­perti di dalam janin dan kebanyakannya masih dibalut rapi dengan kain.
Kesemua tengkorak dan mumia itu dipercayai merupakan penduduk yang tinggal di bandar purba berkenaan yang wujud kira-kira 800 ke 1,450 tahun dahulu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mumia-wanita-meringkuk-dipamer-1.36450#sthash.57YvVIRz.dpuf

Seksa ‘bunting’ gunting 12 tahun

Astana: Seorang lelaki Kazakhstan menderita kesakitan selama 12 tahun apabila pakar bedah secara tidak sengaja meninggalkan gunting di dalam perutnya selepas melakukan pembedahan.
Karp Ponomaryov, 53, menjalani pembedahan yang menyelamatkan nyawanya itu lebih sedekad lalu, namun kecemerkapan pekerja perubatan mengakibatkan gunting sepanjang 20 sentimeter itu ditinggalkan di dalam badannya.
Sejak itu, dia mengalami sakit perut yang teruk setiap kali makan berlebihan, namun tidak pernah mengesyaki sesuatu tidak kena kerana bersyukur terselamat menjalani pembedahan itu.
Dia bagaimanapun mendapatkan rawatan selepas tiba-tiba hilang selera makan dan berat badannya susut mendadak kira-kira sebulan lalu.
Gunting berkenaan ditemui Dr Baurzhan Aybaev, 44, apabila melakukan imbasan x-ray.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 5:02 AM


DR BAURZHAN menunjukkan kedudukan gunting dalam perut Ponomaryov.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16282#sthash.Nk5lgWVm.dpuf

Sunday, December 14, 2014

Ikut sunah Rasulullah

Oleh Hamzah Osmanam@hmetro.com.mymmmm

Langkawi: Seorang bayi lelaki berusia dua bulan mengekalkan tradisi dipelopori dua abangnya apabila dikhatankan pada usia muda kerana disifatkan mudah untuk dijaga selain mengikut sunah Rasulullah SAW.
Bayi itu, Abdul Halim Abdul Khalik yang juga anak kepada seorang pekerja kontrak menjadi peserta pertama dikhatankan pada majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Jawatankasa Perwakilan Penduduk (JPP) Taman Cenderawasih yang berlangsung di Hospital Langkawi (HL) di sini, semalam.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak menangis ketika dikhatankan ditemani bapanya, Abdul Khalik Mohd Saad, 32, dan ibunya, Asma Aziz, 27.
Abdul Khalik berkata, anak sulung mereka kini berusia empat tahun juga berkhatan awal iaitu pada usia 15 hari diikuti adiknya yang dikhatankan selepas Asma tamat tempoh berpantang.
"Bayi mudah dijaga kerana mereka tidak boleh berjalan atau berlari berbanding kanak-kanak," katanya.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:15 AM




ABDUL Halim ceria ketika menunggu saat dikhatankan sambil diperhatikan bapanya di Hospital Langkawi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16171#sthash.YPbIpt45.dpuf

Saturday, December 13, 2014

Cacing sepanjang satu meter ditemui dalam kaki lelaki



Ujian X-ray menunjukkan terdapat dua ekor cacing guinea di bahagian kaki.


MELBOURNE – Seorang warga Sudan di sini terkejut selepas mengetahui terdapat dua ekor cacing guinea sepanjang satu meter di dalam kakinya sejak empat tahun yang lalu, lapor MailOnline semalam.
Lelaki berusia 38 tahun yang enggan dikenali itu hanya menyedari kejadian berkenaan selepas kakinya mula membengkak dengan teruk kira-kira setahun yang lalu.
Selepas menjalani ujian X-ray, doktor mendapati terdapat dua ekor cacing guinea yang telah mati di sekitar pergelangan kakinya.
Doktor itu, Dr. Jonathan Darby berkata, kedua-dua cacing yang telah mati itu mula mereput di dalam kaki lelaki berkenaan sehingga menyebabkan kakinya bengkak dengan teruk.
“Lazimnya, cacing hidup di dalam usus selepas larvanya memasuki ke dalam badan menerusi minuman yang tercemar. Haiwan itu akan menembusi ke dalam kulit manusia dan kemudian akan keluar melalui kesan lepuh pada kulit.
“Namun, proses itu akan mengambil masa selama bertahun-tahun. Cacing itu boleh hidup atau mati di dalam badan manusia sehingga mendatangkan kesakitan di bahagian jangkitan,” katanya.
Warga Sudan itu kini bagaimanapun semakin sembuh selepas menjalani pembedahan bagi mengeluarkan dua ekor cacing itu.
Cacing guinea yang menyebabkan penyakit dracunculiasis ditemui di Selatan Sudan, Ethiopia, Ghana dan Chad. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3LjHjMgmW 
Hakcipta terpelihara 

Vladimir Putin Individu Paling Berpengaruh 2014


13 Disember 2014 1:40 AM
  0  0 Google +0



MOSCOW 12 Dis. – Presiden Rusia, Vladimir Putin mengungguli senarai Individu Paling Berpengaruh 2014 yang dikeluarkan AFP, tahun yang diselubungi konflik di Eropah dan Asia Barat dan episod-episod kezaliman melampau.
Selain pemimpin Rusia berusia 62 tahun itu, ketua kumpulan militan Negara Islam (IS), Abu Bakr al-Baghdadi dan sekumpulan pelajar perempuan dari Chibok yang diculik militan Boko Haram juga mengisi senarai itu.
Kecekalan ibu bapa kepada wartawan Amerika Syarikat (AS), James Foley, yang dibunuh oleh IS turut mengisi senarai AFP itu yang dikumpulkan oleh pengarang-pengarang kanan AFP selepas mengadakan rundingan dengan lebih 370 wartawan AFP di seluruh dunia.
Kecekalan Diane dan John Foley itu ditunjukkan menerusi kempen untuk anak lelakinya, yang menjadi tebusan pertama dibunuh oleh militan IS.
Video pembunuhan ngeri tersebut disiarkan di Internet sehingga mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa.
Tahun lalu, AFP menerbitkan senarai individu paling berpengaruh diketuai Edward Snowden, bekas juruteknik komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), yang membocorkan butiran program pemantauan sulit AS.
Presiden Iran, Hassan Rowha­ni dan remaja Pakistan, Malala You­safzai yang juga penerima hadiah Nobel Keamanan tuut menjadi tumpuan dalam senarai AFP itu pada tahun lalu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/vladimir-putin-individu-paling-berpengaruh-2014-1.35790#sthash.BIxqQajG.dpuf

Unsur kimia di Candi Borobudur dikaji

Beberapa kakitangan Pusat Pemuliharaan Borobudur  melakukan kajian
Beberapa kakitangan Pusat Pemuliharaan Borobudur melakukan kajian terhadap unsur kimia di dalam cecair lilin dan jelaga asap yang terdapat di Candi Borobudur. – AGENSI
MAGELANG, Jawa Tengah – Pusat Pemuliharaan Borobudur (BKB) Magelang kini sedang melakukan kajian terhadap unsur kimia di dalam cecair lilin dan jelaga 
asap yang terdapat di Candi Borobudur, bagi mengetahui 
kesannya terhadap struktur 
binaan kawasan ibadat 
penganut Buddha itu.
Ketuanya, Marsis Sutopo berkata, usaha tersebut 
dijalankan bagi memulihara 
kelestarian candi tinggalan 
raja-raja dinasti Syailendra 
yang sudah terbina 
berabad-abad lamanya.
“Ramai orang datang ke 
Candi Borobudur bukan semata-mata mahu melancong, 
tetapi ada juga datang mahu 
mengerjakan ibadat keagamaan.
“Kami mengesan begitu banyak limpahan cecair lilin dan jelaga asap yang digunakan dalam 
upacara keagamaan di Borobudur. Kajian dijalankan bagi mencari kesan buruknya ke atas struktur binaan tempat bersejarah itu,” jelasnya kepada Kompas.com.
Kata Marsis lagi, hasil kajian akan diserahkan kepada pihak 
berwajib supaya tindakan 
sewajarnya dapat diambil.
Selain itu, beliau turut berharap orang ramai yang mahu beribadat di Candi Borobudur supaya tidak melakukan sebarang perkara 
yang boleh menjejaskan 
keaslian reka bentuk dan 
struktur binaannya.
“Kami tidak melarang mereka melakukan upacara keagamaan tetapi mereka harus ingat, 
jangan sesekali menitiskan lilin atau mengeluarkan asap 
berhampiran batu candi,” 
ujarnya lagi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/unsur-kimia-di-candi-borobudur-dikaji-1.35726#sthash.3vQLMfx2.dpuf

Keris dalam batu jadi perhatian penduduk

Objek aneh mirip batu mustika putih berbentuk bujur yang mempunyai
Objek aneh mirip batu mustika putih berbentuk bujur yang mempunyai keris berwarna emas di dalamnya ditemui di Manggarai, Nusa Tenggara Timur.
MANGGARAI, Nusa Tenggara 
Timur - Penduduk Kampung 
Redong, Langke Rembong 
di sini digemparkan dengan 
penemuan sebuah objek aneh mirip batu mustika 
putih berbentuk bujur yang 
mempunyai keris kecil 
berwarna emas di dalamnya.
Hasil tinjauan portral 
VIVAnews, keris itu berukuran 
panjang kira-kira 13 sentimeter dengan berat mencapai 500 gram.
Pemilik objek aneh itu, Mining Jeharum berkata, batu bujur 
itu dijumpai anak keduanya, 
Nino yang berusia lapan tahun 
dan anak saudaranya Soni, 15, 
ketika sedang menggali lubang tandas di belakang rumahnya 
pada 4 Disember lalu.
“Ketika menggali pada 
kedalaman dua meter, penggali yang mereka gunakan 
terkena objek yang mulanya 
disangka batu.
“Namun setelah dikutip dan dibersihkan, benda yang disangka batu itu sebaliknya berwarna 
putih pucat dan di tengahnya 
terdapat keris kecil berwarna emas,’’ kata Mining.
Kata Mining, Soni dan Nino selepas itu cuba memecahkan batu itu bagi mengambil keris di dalamnya, namun tidak berjaya meskipun mereka menggunakan tukul besi.
Menurutnya, dia tidak 
didatangi tanda-tanda aneh 
mahupun bermimpi sebelum 
batu bujur itu ditemukan.
“Kami tidak mahu penemuan ini dikaitkan dengan perkara 
mistik. Suami saya pada mulanya tidak mahu menghebohkan 
penemuan objek itu,’’ katanya 
sambil menambah, dia dan 
suaminya tidak akan menjual 
objek aneh tersebut.
Dalam pada itu, tinjauan VIVAnews mendapati penduduk kampung sudah mula 
mengunjungi kediaman 
Mining bagi melihat objek 
aneh itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/keris-dalam-batu-jadi-perhatian-penduduk-1.35708#sthash.LFIgc242.dpuf

Ritual unik hormati nenek moyang

Ritual Ma’nene menyaksikan   mayat nenek moyang dipakaikan pakaian
Ritual Ma’nene menyaksikan mayat nenek moyang dipakaikan pakaian baharu di Toraja, Sulawesi Selatan.
TORAJA, Sulawesi Selatan - Pelbagai cara dilakukan masyarakat untuk menghormati nenek moyang mereka hingga ada kalanya, kaedah itu dianggap agak unik seperti mana dilakukan penduduk di daerah Toraja Utara di sini.
Setiap tiga tahun sekali, 
penduduk yang menetap di sekitar kawasan pergunungan Sesean akan mengadakan acara 
tradisi Ma’nene atau adat 
menggantikan pakaian jasad nenek moyang mereka yang 
dikebumikan di dalam peti mayat di kawasan perkuburan Patane.
Ritual itu dimulakan dengan berkunjung ke lokasi perkuburan nenek moyang penduduk 
yang dinamakan Patane di 
kampung atau Lembang Paton, mukim Sariale.
Di Patane, mayat moyang penduduk yang telah berusia ratusan tahun masih tersimpan dalam keadaan baik kerana telah diberikan bahan pengawet.
Proses Ma’nene dilakukan oleh pihak keluarga yang membersihkan badan mayat dengan menggunakan kuwas atau alat mengecat sebelum dipakaikan dengan pakaian baharu.
Mayat lelaki akan dipakaikan dengan sut lengkap bertali leher dan berkaca mata hitam.
Sebelum membuka pintu kubur dan membersihkan peti mayat, ketua adat yang dipanggil Ne’ Tomina Lumba, terlebih dahulu akan membacakan doa dalam bahasa Toraja kuno bagi memohon izin nenek moyang supaya masyarakat mendapat rahmat dan keberkatan setiap kali musim menanam hingga mendapat hasil melimpah ruah.
Ritual yang diadakan tiga tahun sekali itu juga bertujuan 
membawa ahli keluarga yang tinggal di perantauan agar pulang menjenguk orang tua mereka demi mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.
“Adat Ma’nene ini diadakan setiap tiga tahun sekali berdasarkan kesepakatan mesyuarat Lembang, di samping mengeratkan silaturahim dengan ahli keluarga yang berada jauh di perantauan,’’ kata seorang penduduk, Piter Rayub kepada Tribunnews.com.
Piter berkata, Ma’nene 
diadakan sebelum musim 
menanam bermula atau selepas musim menuai dengan hasil 
yang diperolehi digunakan semasa ritual itu berlangsung.
Proses menukar pakaian 
satu mayat tidak lama iaitu hanya memerlukan masa kira-kira 30 minit.
Selepas menggantikan pakaian mayat nenek moyang mereka, penduduk kampung di Lembang Poton kemudiannya berkumpul 
untuk menyertai acara makan 
beramai-ramai.
Makanan yang dihidangkan adalah hasil sumbangan setiap 
keluarga yang menjayakan 
adat berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ritual-unik-hormati-nenek-moyang-1.35706#sthash.WYllInFr.dpuf

Bayi 6.4 kilogram lahir di Amerika


WASHINGTON 12 Dis. – Seorang ibu di Amerika Syarikat (AS) melahirkan seorang bayi seberat kira-kira 6.4 kilogram pada awal bulan ini, dipercayai antara bayi terberat pernah dilahirkan di negara ini.
Yessica Ortiz Delgado meriba bayi lelakinya, Francisco Leon Ortiz yang dilahirkan dengan berat kira-kira 6.4 kilogram di Hospital Komuniti Grays Harbor di Washington pada 2 Disember lalu. – AGENSI
Bayi lelaki berkenaan yang diberi nama Francisco Leon Ortiz dilahirkan oleh seorang wanita Yessica Ortiz Delgado di Hospital Komuniti Grays Harbor di Aberdeen pada 2 Disember lalu.
Saiznya sangat besar sehingga memaksa bapanya, Francisco Leon Diaz membeli pakaian lain kerana pakaian bayi yang dibelinya tidak muat dipakai oleh bayi itu.
Portal berita Mail Online yang memetik kenyataan Pengarah Hal Ehwal Perhubungan Awam hospital itu, David Quigg melaporkan, ini merupakan kali pertama hospital itu menyambut kelahiran bayi seberat Ortiz.
Menurutnya, dua anak Yessica yang lain sebelum ini lahir dengan berat kira-kira 5.4 kilogram dan doktor menjangkakan berat Ortiz dalam lingkungan 5.8 kilogram.
Yessica dan anaknya dilaporkan berada dalam keadaan sihat, walaupun pada mulanya Ortiz ditempatkan di unit rawatan rapi sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Kebiasaannya bayi yang baru lahir mencapai berat purata 3.4 kilogram.
Mengikut rekod dunia, bayi terbesar yang pernah dilahirkan adalah di Kanada pada 1879 apabila wanita yang dikenali sebagai Anna Bates melahirkan anak lelaki seberat 10.43 kilogram, tetapi bayi berkenaan meninggal dunia 11 jam kemudian.
Pada 2005, seorang wanita melahirkan bayi seberat 7.7 kilogram yang diberi nama Admilton dos Santos.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-6-4-kilogram-lahir-di-amerika-1.35861#sthash.KeEfvesZ.dpuf