Laman web Oddity Central melaporkan, pihak pengurusan Sekolah Rendah Tiantai berpendapat keputusan tersebut adalah yang terbaik bagi membolehkan murid-muridnya menjalani pelbagai aktiviti sukan selepas tidak terdapat tanah kosong sesuai di sekitar sekolah yang terletak di tengah-tengah kawasan perumahan itu.
“Akibat ruang tanah yang terhad, kami mencabar diri untuk membina kawasan permainan dan trek di atas bumbung sekolah,” kata ketua arkitek, Ruan Hao.
Bagi memastikan keselamatan terjamin, gelanggang dan trek sepanjang 200 meter itu dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan ciri-ciri keselamatan antaranya dinding luarnya dilindungi dengan kaca genting setebal 1.8 meter.
Pihak berkuasa turut menempatkan kamera bagi memantau aktiviti kira-kira 1,600 orang murid sekolah tersebut ketika bersukan.