Pages

Thursday, January 7, 2016

Gempar! Pendeta Katolik: “Islam Agama Yang Benar, Masa Depan Rusia Milik Muslim”



NBCIndonesia.com - Dmitri Smirnov yang merupakan seorang Imam Besar Katolik Ortodoks menyampaikan sebuah khutbah gereja yang sangat menggemparkan di depan ratusan jemaatnya. Dalam khutbahnya tersebut, dia mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik pemeluk Islam.

(Baca: Inilah Alasan Kenapa Umat Muslim Tidak Boleh Ucapkan Selamat Natal)

Berikut khutbah yang disampaikan oleh Dmitri Smirnov:

Kalian lihat, ketika umat Islam merayakan hari besar keagamaannya, tidak satu pun orang yang berani melewati mereka, karena di seluruh dunia di masjid-masjid dan jalan-jalan kota di padati jutaan ribu umat Islam yang sedang bersujud kepada Tuhannya.

Saksikanlah, barisan jutaan umat manusia yang beribadah dengan sangat teratur dan mengikuti shaf mereka masing-masing, dan hal itu tidak perlu diajarkan. Mereka berbaris dengan tertib tanpa harus di perintah.

Lalu dimana kalian bisa melihat pemeluk Kristen seluruh dunia, bisa beribadah bersama? Dan hal itu tidak ada dalam Kristen, kalian tidak akan pernah melihatnya.

Lihatlah mereka, orang Muslim kerap membantu dengan sukarela tanpa berharap imbalan, tapi pemeluk Kristen malah sebaliknya.

Kalian tanyakan pada wanita tua itu (sambil menunjuk wanita yang lumpuh yang berada di gerejanya). Menurut wanita tua itu, seorang pengemudi Muslim sering menyediakan jasa transportasinya untuk mengantarnya ke gereja di Moskow.

Dan setiap wanita tua itu ingin memberinya upah, tapi pengemudi Muslim selalu menolaknya dengan alasan bahwa Islam melarang mengambil upah pada wanita lansia, jompo, dhuafa dan anak-anak yatim di berbagai panti dan yayasan.

Dengarkanlah persaksiannya, padahal wanita tua itu bukan ibu atau kerabatnya, tapi pengemudi Muslim mengatakan dalam Islam wajib menghormati orang yang lebih tua, apalagi orang tua yang lemah dan tak berdaya tersebut.
Keikhlasan pribadi pengemudi Muslim tersebut tidak ada ditemukan dalam pemeluk Kristen yang mengajarkan kasih, tapi pengemudi Kristen bisa tanpa belas kasih meminta upah atas jasa transportasinya pada wanita tua itu. Dia mengatakan layak mendapat upah karena itu adalah profesinya sebagai jasa transportasinya.

Seorang Muslim justru lebih dekat dengan Sang Mesiah, tapi orang Kristen hanya ingin uang. Apakah kalian tidak merasakan?

Bagaimana dalam prosesi penebusan dosa, siapa saja harus membayar kepada pendetamu, entah itu miskin atau manula, wajib memaharkannya sebagai ritual pengampunan dosa.

Saksikan juga, seorang Muslim tidak tertarik untuk mngambil upah pada orang-orang lansia.

Mereka begitu ikhlas dengan sukarela membawakan barang-barang serta belanjaan wanita tua itu. Sampai sang wanita tua itu hendak berdoa ke gereja, sang pengemudi Muslim setia antar jemput wanita tua itu.

Inilah kenapa saya mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik mayoritas pemeluk Islam dan negeri ini akan mnjadi milik Islam. Kalian lihat pribadi yang berbudi luhur dan santun, mampu membuat dunia tercengang, ternyata akhlak Muslim lebih mulia daripada jemaat Kristen.

Kalian mendengar bahwa Islam dituduhkan sebagai agama teroris, tapi itu hanya isu belaka yang pada kenyataannya umat Islam lebih mengedepankan tata krama serta kesopanan.

Walau mereka di fitnah sebagai teroris, tapi populasi jumlah mualaf di Eropa dan Rusia makin ramai berdatangan ke tempat ibadah orang Muslim untuk memeluk Islam, karena para mualaf tahu betul bahwa Islam tidak sekejam yang dunia tuduhkan.

Sekarang dan selamanya, masa depan Rusia akan menjadi milik umat Islam. Di masa depan adalah kembalinya kejayaan Islam. Lihat populasi Muslim di Rusia, telah berjumlah 23 juta dan pemeluk Kristen mngalami penurunan menjadi 18 juta, lalu sisa yang lainnya masih tetap komunis.

Ini sebuah fakta bahwa Islam sekarang menjadi agama terbesar di Rusia. Di utara bekas pecahan negara Uni Soviet mayoritas Muslim yaitu Republik Chechnya, Tarjikistan, Kajakhstan, Uzbeckistan dan Dagestan. Lalu umat Islam telah menjamah di kota-kota besar Rusia termasuk Moskow.

Imam Besar mengakhiri khutbahnya dan turun ke mimbarnya dengan mata yang berair, di mana para jemaatnya masih trpaku dan haru, tidak menyangka seorang Imam Besar Katolik bisa mengagungkan orang Muslim.

Sebagian jemaat pun ada yang menangis melihat bagaimana cara ajaran Islam yang ternyata mengajarkan etika berbudi luhur dan tidak layak sama sekali di cap sebagai “teroris”.

Subhanallah… Meski hal itu disampaikan oleh seseorang yang bukan muslim, namun hal ini membuktikan bahwa di dalam Islam diajarkan tentang akhlak mulia, saling mengasihi, dan toleransi. Hal ini juga membuktikan bahwa yang dikatakan orang-orang yang menganggap muslim adalah “teroris” itu sama sekali tidak benar. Semoga umat Islam akan lebih berkembang di seluruh Negara di belahan dunia ini.(HA)

Ikan tuna dijual RM 513, 547


Koyoshi Kimura menunjukkan ikan tuna sirip biru yang dibelinya.

TOKYO - JEPUN. Ikan tuna sirip biru seberat 200kg dijual pada harga 14juta yen (RM513, 547) pada sesi bidaan awal tahun di Pasar Ikan Tsukiji di sini, lapor BBC.
Presiden restoran sushi, Koyoshi Kimura memenangi bidaan tersebut.
Koyoshi turut memenangi bidaan dengan harga 4.51juta yen (RM 166, 319) pada tahun lalu dan pernah memenangi sesi lelongan dengan harga 155 juta yen (RM5.7juta) pada tahun 2013.
Bidaan luar biasa tahun itu dikritik oleh orang ramai yang mengaggap ia harga yang tidak munasabah menyebabkan penurunan mendadak harga pada tahun berikutnya.
Lelongan tahun baru sering mendapat harga yang lebih tinggi daripada biasa di Jepun kerana acara tersebut dianggap bertuah untuk perniagaan.
Dalam pada itu, acara lelongan di Pasar Tsukiji adalah yang terakhir dilakukan di situ dan akan berpindah ke tapak baru di Teluk Tokyo pada bulan November.
Pasar tersebut akan digantikan dengan taman tepi laut, plaza membeli-belah dan terminal feri penumpang.
Sementara itu, kumpulan pencinta alam sekitar telah pun memberi amaran bahawa ikan ini semakin pupus dan ada yang mahu penjualan ini diharamkan sama sekali
.

Air terjun buatan manusia

Kunming: Pihak berkuasa bandar ini merasmikan air terjun buatan manusia yang mengagumkan seluas 396 meter yang direka untuk menyediakan bekalan air ketika kecemasan.
Struktur yang dibina di bandar Kunming, wilayah Yunnan itu mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan dan menelan kos 1.1 billion yuan (RM733 juta).
Ia siap pada tahun lalu dan orang ramai memberikan tepukan gemuruh apabila ia dirasmikan, sekali gus menjadi mercu tanda terbaru di barat daya China.
Air terjun berkenaan mampu menyalurkan kira-kira 300,000 meter padu air dari Sungai Niulan ke Tasik Dianchi.
Ia dikatakan dibina sebagai persediaan berdepan masalah kekurangan air, di negara di mana 60 peratus daripada air bawah tanah tercemar.
Kualiti air adalah masalah besar bagi China, dengan ramai penduduk di kawasan bandar memasak atau membeli air botol bagi memastikan ia selamat untuk diminum.
Projek membina air terjun yang akan membantu ketika musim kemarau itu, turut membabitkan pengubahan paip sedia ada dan pembinaan sebuah tasik besar. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2016 @ 6:49 AM


AIR terjun buatan manusia di bandar Kunming yang dirasmikan semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105150#sthash.LsfscMjg.dpuf

Ikan berjalan jadi tarikan Zoo China



IKAN jenis salamander Axolotl mampu berjalan kerana memiliki empat kaki.- AGENSI


BEIJING, China – Sejenis ikan ganjil yang dikenali sebagai salamander Axolotl kini menjadi tarikan terbaharu di sebuah zoo di sini kerana mempunyai empat kaki.
Ikan yang terdiri daripada pelbagai warna iaitu merah jambu, biru, hijau muda dan oren itu ternyata berjaya menarik perhatian pengunjung kerana merangkak dengan menggunakan kaki.
Haiwan itu kini dipamerkan di zoo awam di Shiyan, wilayah Hubei, China.

IKAN ganjil ini turut menjadi tarikan di sebuah zoo kerana memiliki pelbagai warna. - AGENSI


Bagaimanapun, haiwan itu dikatakan tidak lagi ditemui di perairan di kawasan hutan sebaliknya dibiakkan di dalam kurungan.
Para saintis juga sedang menjalankan kajian kerana kaki ikan berkenaan akan tumbuh semula jika terputus selain berupaya memulihkan organnya yang tercedera.
Lazimnya, spesies haiwan itu ditemui hidup di perairan di Tasik Xochimilco, Bandar Raya Mexico, namun kini dikatakan semakin pupus.
- AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3wVBksD3P 
Hakcipta terpelihara 

Batu nilam terbesar dunia ditemui di Ratnapura


Sebutir batu permata nilam gergasi yang ditemui di Ratnapura, Sri lanka, baru-baru ini. AGENSI
COLOMBO 6 Jan. - Sebutir batu nilam seberat 1,404 karat dipercayai terbesar di dunia ditemukan di sini, baru-baru ini.
Portal Mail Online melaporkan, batu nilam yang dianggarkan bernilai 120 juta pound (RM765.4 juta) itu ditemukan pada Ogos lalu berhampiran Ratnapura, sebuah bandar di selatan Sri Lanka.
Bandar tersebut dikenali sebagai Bandar Permata, kerana perniagaan utama di kawasan tersebut adalah berasaskan batu permata.
Pemilik batu nilam itu yang enggan dikenali memberitahu akhbar tempatan, Ceylon Today, dia sebenarnya bimbang ketika menemui batu nilam gergasi itu.
Batu nilam tersebut terlalu besar dan tidak sesuai untuk dijadikan barang kemas dan seharusnya diletakkan di muzium untuk tatapan umum.
Permata tersebut diberi nama Permata Adam, selepas umat Islam mempercayai Nabi Adam pergi ke Sri Lanka selepas Allah menghalau baginda dan Siti Hawa dari syurga.
Menurut mitos, Nabi Adam pernah mendaki gunung yang dikenali sebagai Puncak Adam kira-kira 24 kilometer dari bandar Ratnapura.
Batu nilam dipercayai memiliki bintang di bahagian tengah dan memberi pantulan yang dipanggil asterisme.
Pada 2011, Persatuan Batu Permata dan Barangan Kemas Sri Lanka memberitahu bahawa cincin pertunangan pewaris takhta Diraja Britain, Kate Middleton berasal batu permata dari sebuah lombong di negara ini.
Cincin yang dipakai Duchess of Cambridge semasa hari pertunangannya itu sebenarnya kepunyaan mendiang Puteri Diana yang diberi nama Ceylon Blue.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/batu-nilam-terbesar-dunia-ditemui-di-ratnapura-1.177137#sthash.lQzAf8HZ.dpuf

Patung emas gergasi Mao Zedong


Patung emas gergasi pemimpin China, Mao Zedong dibina di kawasan
Patung emas gergasi pemimpin China, Mao Zedong dibina di kawasan tanah lapang di kampung Zhushigang, wilayah Henan, China. AGENSI
BEIJING 6 Jan. – Sebuah patung emas gergasi menyerupai wajah Pengerusi pertama Parti Komunis China, Mao Tze Tung atau Mao Zedong dibina di wilayah Henan, baru-baru ini bagi memperingati pemimpin berkenaan yang telah memerintah negara ini selama hampir tiga dekad.
Menurut portal Daily Mail, pembinaan patung emas setinggi 36.8 meter itu dibiayai sekumpulan usahawan termasuk beberapa penduduk tempatan dengan kos 3 juta yuan (RM1.99 juta).
Patung tersebut dijangka siap sepenuhnya tidak lama lagi selepas mengambil masa selama hampir sembilan bulan untuk dibina dan diukir bagi menyamai wajah Mao.
“Pengasas Komunis China ini masih dihormati, walaupun selepas hampir 40 tahun kematiannya pada 1976.
“Arca gergasi emas Mao kini berdiri megah di sebuah medan lapang di Kampung Zhushigang berdekatan daerah Tongxu di wilayah Henan,” lapor akhbar People’s Daily.
Kebanyakan penduduk kampung itu dilaporkan merasa bangga dan memuji patung emas itu, namun terdapat juga beberapa kritikan daripada pengguna media sosial yang tidak bersetuju dengan pembinaan patung itu.
“Terdapat komuniti di laman sosial yang menyifatkan pembinaan patung itu bukan cara terbaik menunjukkan rasa hormat kepada pemimpin berkenaan dan ada juga yang mempersoalkan rupa patung tersebut yang tidak sama dengan wajah sebenar Mao,” lapor Daily Mail.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/patung-emas-gergasi-mao-zedong-1.177139#sthash.4ZlukVeY.dpuf

Wednesday, January 6, 2016

Sewa papan iklan mohon maaf pada isteri


Iklan permohonan maaf oleh seorang lelaki kepada isterinya.

SICHUAN - CHINA. Seorang lelaki menghabiskan 10,000 Yuan (RM 6,600) sehari menyewa papan iklan untuk memohon maaf kepada isterinya selama tiga hari berturut-turut.
Tindakan lelaki yang tidak dikenali dari bandar Yibin, wilayah Sichuan telah mendapat perhatian netizen selepas beberapa foto mesej permohonan maafnya terhadap isterinya A Qiang viral di internet.
Mesej yang tertulis "Maafkan saya sayang. Tolong maafkan saya," diiklankan pada papan iklan LED pada 1,407 teksi di seluruh bandar Yibin.
Agensi iklan yang menguruskan pengiklanan di teksi bandar itu memberitahu Huanzi Metropolis Daily, lelaki berkenaan mengiklankan permohonan maafnya itu selama tiga hari berturut-turut.
"Iklan pada teksi berharga 10,000 yuan (RM 6,600) setiap hari dan lelaki berkenaan telah menyewa papan iklan selama tiga hari berturut-turut,' katanya.
Syarikat berkenaan turut menafikan dakwaan orang ramai yang mengatakan ia hanyalah dilakukan  untuk tujuan publisiti sahaja sebaliknya mengakui ia adalah perjanjian sebenar.
Permohonan maaf secara terbuka bukanlah sesuatu yang baru di China. Sebelum ini, seorang lelaki membeli empat muka halaman iklan pada akhbar tempatan semata-mata untuk memohon maaf kepada teman wanitanya
.

Bilionair China beli studio Hollywood

Beijing: Konglomerat gergasi China, Dalian Wanda, dilaporkan dalam proses untuk membeli studio perfileman Hollywood, Legendary, yang menghasilkan filem ‘Godzilla’ dan ‘Pacific Rim’.
Menurut laporan New York Times dan Financial Times, syarikat media dan hartanah dikuasai orang terkaya China, Wang Jianlin, sedang peringkat akhir perbincangan membeli studio berkenaan.
Menurut Financial Times, studio Legendary Entertainment dianggar bernilai antara AS$3 bilion RM13.3 bilion) hingga AS$4 bilion (RM17.4 bilion).
China meraih pendapatan ‘box office’ perfileman kedua terbesar selepas Amerika Syarikat.
Wang mula dikenali ramai pada 2012 apabila membeli rangkaian utama pawagam Amerika, AMC Entertainment dengan harga $2.6 billion (RM11.3 bilion) dan di China, Dalian Wanda memiliki lebih 200 pusat beli-belah, hotel mewah serta rangkaian pawagam terbesar.
Anak kapten tentera komunis China itu adalah tentera sebelum menubuhkan Wanda pada 1980-an. Menurut senarai Bloomberg, beliau yang kini berusia 61 tahun ialah orang ke-13 terkaya di dunia dengan aset AS$33.9 bilion (RM147.3). - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2016 @ 8:22 PM


Pengerusi konglomerat China Dalian Wanda, Wang Jianlin. - Foto money.cnn.com
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105055#sthash.I1f2eay6.dpuf

Lelaki miliki 1,497 kad kredit

California: Seorang lelaki memegang rekod baru Guinness sebagai pemegang kad kredit paling banyak di dunia apabila memiliki 1,497 kad.
Walter Cavanagh berkata, dia mula mengumpulkan kad kredit selepas dicabar rakannya.
Buku kadnya seberat 17 kilogram mampu mengisi 800 kad.
Cavanagh bagaimanapun tidak membawa semua kad kredit itu bersamanya. Sebaliknya, dia menyimpan kebanyakan kadnya di dalam peti deposit keselamatan, lapor ABC News.
Rekod Dunia Guinness menggelarnya ‘Mr Plastic Fantastic’ dan dia memegang rekod itu sejak 1971.
‘Hobi’ Cavanagh bermula pada 1960-an selepas dicabar rakannya apabila mereka bersetuju siapa yang mempunyai jumlah kad kredit paling banyak pada hujung tahun akan mendapat makan malam percuma.
“Ketika itu saya baru selesai tugasan sebagai anggota Pasukan Khidmat Bakti dan menjelang hujung tahun itu saya sudah mempunyai 143 kad. Rakan saya cuma mendapat 138. Kami berdua ketika itu bekerja sebagai ahli farmasi,” katanya.
Cavanagh memiliki jumlah kredit keseluruhan sekitar £1.1 juta (RM7 juta) dan rekodnya bersih kerana menggunakan satu kad yang dibayar penuh setiap bulan.
Katanya, dia cuma pernah sekali seumur hidupnya ditolak permohonan kad kredit pada 1970-an atas alasan memiliki ‘terlalu banyak kredit.’ - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2016 @ 6:57 AM


CAVANAGH dan koleksi kad kreditnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105166#sthash.hNDBJzVy.dpuf

Jutawan Switzerland hamil usia 53 tahun


Margarita Louis-Dreyfus bersama pasangannya, Philipp Hildebrand bakal menimang pasangan kembar perempuan pada April ini. AGENSI
GENEVA 5 Jan. - Seorang jutawan wanita dari Switzerland dianggap sebagai seorang wanita luar biasa selepas dilaporkan mengandung anak kembar pada usia 53 tahun, baru-baru ini.
Menurut laman web Mirror.co.uk, Margarita Louis-Dreyfus yang merupakan Pengerusi sebuah syarikat konglomerat Perancis, Louis Dreyfus Commodities dan pemilik pasukan bola sepak Olympique de Marseille dan balu kepada seorang ahli perniagaan terkenal Perancis, Robert Louis-Dreyfus dijangka bersalin pasangan kembar perempuan pada awal April ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan syarikatnya, Margarita yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif Lembaga Penyeliaan Kumpulan Louis-Dreyfus akan meneruskan tanggungjawab sebagai pengerusi di syarikat berkenaan sehingga bersalin dan akan bercuti buat sementara sebelum kembali bertugas pada akhir April.
Sebelum ini terdapat khabar angin mengenai kehamilan Margarita bersama pasangannya, Philipp Hildebrand, seorang pekerja bank di Switzerland berusia 52 tahun.
Jutawan itu, sebelum ini mempunyai tiga orang anak lelaki termasuk sepasang anak kembar hasil perkahwinan kedua bersama usahawan Robert Louis-Dreyfus, yang meninggal dunia akibat penyakit leukimia pada 2009.
Majalah Forbes menganggarkan harta kekayaan jutawan itu bernilai AS$7.1 bilion (RM30.8 bilion) pada tahun lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jutawan-switzerland-hamil-usia-53-tahun-1.176814#sthash.JrZmxcua.dpuf

Tuesday, January 5, 2016

Pelajar wanita tawar diri untuk disewa

Hangzhou (China): Kebiasaannya peniaga menjual produk atau barangan peribadi, namun berbeza dengan dua wanita muda ini yang menawarkan diri sendiri untuk ‘dijual.’
Kedua-dua wanita yang didakwa pelajar universiti di Hangzhou, wilayah Zhejiang di timur China, berbuat demikian dengan harapan dapat mengisi zaman remaja mereka menemani orang yang bertuah untuk menonton wayang, keluar makan dan membeli-belah.
Mereka dilihat berjalan di sekitar West Lake sambil memegang poster yang dibuat sendiri, menawarkan dirin untuk ‘disewa’ dan ‘berpacaran.’
Secara keseluruhannya, kelakuan mereka dilihat berjaya menarik perhatian.
Ramai pengunjung mengelilingi mereka. Bagaimanapun ia mungkin mempunyai kaitan dengan musim cuti.
Malangnya, kadar bayaran yang dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan mereka tidak dinyatakan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2016 @ 8:26 AM


DUA wanita yang menawarkan diri untuk disewa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/104955#sthash.hQ9W1VyL.dpuf

Kucing pakai kostum monyet makan pisang



SOROTAN video menunjukkan kucing ini sedang menjilat sebiji pisang di atas meja yang dipenuhi buah-buahan. - YOUTUBE


TOKYO, Jepun – Video seekor kucing memakai kostum monyet menjadi viral di internet dan mendapat 6.7 juta tontonan dalam masa dua hari selepas dimuat naik baru-baru ini.
Video dengan tajuk Cat + Monkey 2016 yang dimuat naik di laman perkongsian video, YouTube pada sambutan malam tahun baru dan turut dikongsi di laman sosial Facebook keesokannya turut menerima kira-kira 100,000 Like.
Kucing berkenaan dipakai dengan kostum seekor monyet dengan hanya memperlihatkan mukanya dan diberikan sebiji pisang sebelum muncul di atas sebuah meja yang dipenuhi dengan buah-buahan.
Rakaman video dengan durasi 14 saat itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna internet. Sebahagian besar daripada 50,000 komen menyatakan bahawa apa yang dilakukan itu sebagai kejam dan merupakan penganiayaan terhadap binatang.
“Mari pakaikan kamu kostum monyet, baling pisang ke arah kamu dan rakamkan...,” komen seorang pengguna internet, Cheryl Anderson Carter.
Video terbabit dimuat naik oleh seorang pengguna YouTube dari Jepun yang mendakwa tinggal bersama 10 ekor kucing dan sering memuat naik klip video ragam kucing yang kelakar. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3wK4RF3LA 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki terlepas RM9.5 juta apabila ceraikan isteri


Seorang lelaki bertindak menceraikan isterinya selepas 30 tahun berkahwin sebelum wanita tersebut menang hadiah loteri sebanyak RM9.5 juta di Amsterdam. Gambar Hiasan/Agensi
AMSTERDAM 4 Jan. – Seorang lelaki yang bertindak menceraikan isterinya selepas perkahwinan selama 30 tahun terpaksa ‘menggigit jari’ apabila wanita tersebut menang hadiah loteri sebanyak AS$2.3 juta (RM9.5 juta) ketika keputusan pembahagian aset bersama dibacakan baru-baru ini di sini.
Wanita tersebut memenangi loteri itu tiga bulan selepas mereka memfailkan penceraian namun lelaki mendakwa dia berhak ke atas sebahagian hadiah tersebut.
Apabila pasangan suami isteri itu memfailkan penceraian di mahkamah, aset-aset bersama yang ingin dibahagikan antara mereka berdua perlu disenaraikan dan difailkan.
Pasangan tersebut memfailkan permohonan cerai pada Oktober 2014 di Mahkamah Daerah Amsterdam dan penceraian mereka disahkan pada Jun 2015.
Lelaki itu mendakwa, wang yang digunakan membeli banyak tiket loteri sejak berkahwin 30 tahun lalu adalah hasil simpanan bersama dan kerana itu, hadiah kemenangan tersebut perlu dibahagikan antara mereka berdua.
Bagaimanapun, hakim berpendapat dakwaan tersebut tidak benar kerana wanita itu menyara dirinya sendiri sejak empat tahun lalu apabila mereka berdua berpisah dan si suami tinggal bersama teman wanita baharunya.
“Wanita ini menggunakan wang dari akaun banknya sendiri untuk membeli tiket loteri terbabit.
“Jadi, hadiah loteri itu tidak termasuk dalam aset bersama dan mahkamah tidak akan memasukkan hadiah loteri itu dalam pembahagian aset bersama,” kata mahkamah dalam kenyataan bertulis pada 23 Disember lepas dan disiarkan baru-baru ini.
Mahkamah juga telah membahagikan aset kedua-dua pasangan itu yang tidak kurang daripada AS$10,000 (RM42,000). – Reuters
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-terlepas-rm9-5-juta-apabila-ceraikan-isteri-1.176492#sthash.wS9ICsKG.dpuf

Monday, January 4, 2016

Terakhir dan terawal

San Diego: Beza umur pasangan kembar ini hanya dua minit, tetapi mereka akan menyambut hari jadi masing-masing pada tahun berbeza.
Jaelyn Valencia dilahirkan pada jam 11.59 malam 31 Disember 2015 kepada pasangan Maribel dan Luis Valencia. Adiknya, Luis Valencia Jr pula lahir pada jam 12.01 pagi 1 Januari 2016.
Valencia berkata, dia dan isteri menjangka mereka akan berdepan dengan masalah pada masa depan untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran kedua-dua anak itu.
Namun, katanya, mereka bersyukur ketika ini kerana kedua-dua kanak-kanak itu sihat.
Menurut Maribel, dia sepatutnya menjalani Caesarean pada 6 Januari depan, tetapi dimaklumkan Khamis lalu bahawa dia terpaksa melahirkan kandungannya secepat mungkin kerana berdepan dengan komplikasi.
“Saya hanya memerhatikan jam dengan harapan anak saya menjadi bayi pertama 2016 di negara ini. Tetapi Jaelyn keluar dulu, seminit sebelum 2016, menjadikan dia bayi terakhir dilahirkan di wilayah San Diego pada 2015.
“Luis Jr pula mungkin bayi pertama dilahirkan pada 2016,” kata Maribel kepada NBC San Diego. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2016 @ 8:46 AM


MARIBEL bersama anak kembarnya Jaelyn (kiri) dan Luis Valencia Jr.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/104698#sthash.Ir7v4UNB.dpuf

China buka kilang klon lembu

AHAD, 6 DISEMBER 2015 @ 10:24 AM


TIANJIN: Lebih 200 tahun lalu, ahli ekonomi Britain, Thomas Robert Mathus meramalkan bahawa bumi akan kehabisan sumber makanan untuk menampung penduduk global yang makin bertambah. Bagaimanapun, kemajuan bidang biologi sintetik dan kejuruteraan genetik akan menyebabkan berlakunya peningkatan luar biasa bekalan makanan dunia berbanding peningkatan menerusi kaedah biasa seperti diramalkan Mathus. China sebagai contoh, sedang mengorak langkah untuk memanipulasi bekalan makanan negara itu dengan kaedah kejuruteraan genetik, berbanding meningkatkannya dengan kaedah tradisi. Pada tahun 2016, Kumpulan Boyalife merancang untuk membuka sebuah kilang klon lembu baharu di Tianjin, di utara China yang mampu menghasilkan lebih sejuta ekor lembu setahun, menjelang tahun 2020. Logiknya adalah mudah, penternak lembu China gagal memenuhi permintaan daging negara itu dan terpaksa bergantung dengan bioteknologi untuk penyelesaian. Projek klon komersial itu dilakukan dengan kerjasama antara Sinica, anak syarikat Kumpulan Boyalife; Institut Perubatan Molekular, Universiti Selatan; Akademi Bioperubatan Bersama Antarabangsa Tianjin dan Yayasan Kajian Bioteknologi Sooam, Korea Selatan. Pelannya adalah untuk menyiapkan kilang klon komersial bernilai AS$42 juta (RM176.68 juta) pada separuh pertama tahun 2016 dan kemudian memulakan pengeluaran sebanyak 100,000 ekor lembu setahun. Dalam masa lima tahun, kilang itu dijangka meningkatkan penghasilan kepada sejuta lembu setahun. Ia adalah peningkatan luar biasa bekalan makanan daripada sifar kepada 100,000 ekor dan kemudian kepada sejuta lembu hanya dalam tempoh lima tahun. Jumlah itu menakjubkan kerana China jelas sedang cuba mendapatkan bekalan daging sebanyak mungkin, hingga ke tahap negara luar boleh menempah daging beku atau daging siap masak Australia, dari China. Pada Julai lalu, China memeterai perjanjian eksport lembu hidup dengan Australia untuk memenuhi peningkatan permintaan dagingnya. Mulai tahun 2016, China dijangka membelanjakan AS$2 bilion (RM8.41 bilion) setahun untuk mengimport sejuta lembu setahun dari Australia. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/102569

Kabin di puncak banjaran gunung



KABIN kayu usang ini menjadi tempat berlindung kepada pendaki yang berjaya sampai ke puncak Banjaran North Cascades setinggi lebih 2,100 meter.


WASHINGTON, Amerika Syarikat – Sebuah kabin di puncak awan menjadi tempat rahsia untuk pelancong bermalam pada ketinggian lebih 2,100 meter dari para laut sambil menyaksikan latar belakang Banjaran North Cascades di negeri Washington.
Dinamakan The Three Fingers, ia dibina di puncak banjaran berkenaan. Kabin kayu itu merupakan tempat terbaik untuk pengembara melihat pemandangan mengagumkan, itupun jika mereka mampu mendaki setinggi itu.
Terletak di tepi sebuah tebing tinggi, pengunjung boleh sampai ke kabin tersebut melalui barisan tangga kayu curam dan mencabar keberanian mereka yang melakukan pendakian.
Seorang pendaki, Ethan Welty bersama dua rakannya, Craig Weiland dan Colin Ridgley dari Seattle merupakan antara mereka yang berjaya sampai ke kabin tersebut dan berpeluang melihat dan merakam panorama indah di sekeliling mereka.
“Kabin ini nampaknya akan runtuh suatu hari nanti tetapi buat masa ini, para pendaki bekerjasama untuk membaiki dan membersihkan tempat ini di samping menjaga laluan naik ke puncak gunung ini.
“Berbanding tempat lain yang pernah saya daki , saya tidak pernah berasa begitu sukar untuk meninggalkan tempat ini kerana pemandangan sekelilingnya yang sangat indah,” kata Welty. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3wE8nVlAx 
Hakcipta terpelihara 

Restoran berkonsep replika pesawat


Replika pesawat Boeing 737 yang dibina Wang Lin untuk dijadikan
Replika pesawat Boeing 737 yang dibina Wang Lin untuk dijadikan sebagai sebuah restoran di wilayah Henan, China. AGENSI
BEIJING 3 Jan. – Kerja sebagai petani tidak menghalang hasrat seorang lelaki di China menampilkan ideanya untuk membina sebuah replika pesawat Boeing 737 yang dirancang dijadikan sebagai sebuah restoran.
Portal UPI melaporkan, lelaki itu dikenali sebagai Wang Lin, 61, mengetuai sekumpulan petani untuk membina replika tersebut di kawasan lapang dekat wilayah Henan selepas dia mendalami ilmu kejuruteraan mekanikal dan besi pada hujung 2014.
Lin mengakui dia membesar tanpa pendidikan sewajarnya, tetapi kekurangan tersebut bukan penghalang buat dirinya untuk mencapai impian yang lebih besar.
“Saya telah berjaya membina pesawat berukuran 35 meter panjang dengan ukuran sayap sepanjang 38 meter.
“Pelan seterusnya adalah menghiasi bahagian dalaman pesawat untuk dijadikan sebagai sebuah restoran yang unik,” katanya sambil menambah projek berkenaan telah menelan kos sebanyak AS$22,000 (RM94,457).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/restoran-berkonsep-replika-pesawat-1.176080#sthash.GyeRGJR3.dpuf