Pages

Wednesday, January 6, 2016

Bilionair China beli studio Hollywood

Beijing: Konglomerat gergasi China, Dalian Wanda, dilaporkan dalam proses untuk membeli studio perfileman Hollywood, Legendary, yang menghasilkan filem ‘Godzilla’ dan ‘Pacific Rim’.
Menurut laporan New York Times dan Financial Times, syarikat media dan hartanah dikuasai orang terkaya China, Wang Jianlin, sedang peringkat akhir perbincangan membeli studio berkenaan.
Menurut Financial Times, studio Legendary Entertainment dianggar bernilai antara AS$3 bilion RM13.3 bilion) hingga AS$4 bilion (RM17.4 bilion).
China meraih pendapatan ‘box office’ perfileman kedua terbesar selepas Amerika Syarikat.
Wang mula dikenali ramai pada 2012 apabila membeli rangkaian utama pawagam Amerika, AMC Entertainment dengan harga $2.6 billion (RM11.3 bilion) dan di China, Dalian Wanda memiliki lebih 200 pusat beli-belah, hotel mewah serta rangkaian pawagam terbesar.
Anak kapten tentera komunis China itu adalah tentera sebelum menubuhkan Wanda pada 1980-an. Menurut senarai Bloomberg, beliau yang kini berusia 61 tahun ialah orang ke-13 terkaya di dunia dengan aset AS$33.9 bilion (RM147.3). - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2016 @ 8:22 PM


Pengerusi konglomerat China Dalian Wanda, Wang Jianlin. - Foto money.cnn.com
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105055#sthash.I1f2eay6.dpuf

No comments: