SICHUAN - CHINA. Seorang lelaki menghabiskan 10,000 Yuan (RM 6,600) sehari menyewa papan iklan untuk memohon maaf kepada isterinya selama tiga hari berturut-turut.
Tindakan lelaki yang tidak dikenali dari bandar Yibin, wilayah Sichuan telah mendapat perhatian netizen selepas beberapa foto mesej permohonan maafnya terhadap isterinya A Qiang viral di internet.
Mesej yang tertulis "Maafkan saya sayang. Tolong maafkan saya," diiklankan pada papan iklan LED pada 1,407 teksi di seluruh bandar Yibin.
Agensi iklan yang menguruskan pengiklanan di teksi bandar itu memberitahu Huanzi Metropolis Daily, lelaki berkenaan mengiklankan permohonan maafnya itu selama tiga hari berturut-turut.
"Iklan pada teksi berharga 10,000 yuan (RM 6,600) setiap hari dan lelaki berkenaan telah menyewa papan iklan selama tiga hari berturut-turut,' katanya.
Syarikat berkenaan turut menafikan dakwaan orang ramai yang mengatakan ia hanyalah dilakukan  untuk tujuan publisiti sahaja sebaliknya mengakui ia adalah perjanjian sebenar.
Permohonan maaf secara terbuka bukanlah sesuatu yang baru di China. Sebelum ini, seorang lelaki membeli empat muka halaman iklan pada akhbar tempatan semata-mata untuk memohon maaf kepada teman wanitanya
.