Pages

Tuesday, August 26, 2014

Kereta tempat paling berbahaya

KERUSI kereta kanak-kanak lebih kotor berbanding tandas kerana mempunyai dua kali ganda bakteria berbahaya termasuk E. coli dan Salmonella. - AGENSI
LONDON 25 Ogos - Kerusi kereta kanak-kanak dilaporkan lebih kotor berbanding tandas kerana mempunyai dua kali ganda bakteria berbahaya termasuk E. coli dan Salmonella.
Perkara itu didedahkan oleh saintis dari Universiti Birmingham yang menjalankan ujian ke atas kerusi keselamatan tersebut dan menemui secara purata 100 bakteria berbahaya dan kulat yang berada pada setiap sudut kerusi berkenaan.
Secara perbandingan, tandas didapati mengandungi 50 jenis kuman, kurang daripada jumlah bakteria yang ditemui pada kerusi kereta.
Kuman termasuk bakteria pada kerusi itu boleh mengakibatkan penyakit berbahaya kerana ia turut mengandungi bakteria E. coli dan Salmonella.
Tinjauan ke atas 2,000 pengguna Continental Tyres di Birmingham yang melakukan ujian ke atas 20 buah kereta dan kediaman sebagai perbandingan mendapati, kereta mengandungi bakteria berbahaya dan kuman berbanding di dalam rumah.
Kajian itu turut mendedahkan bahawa hampir separuh daripada pengguna kereta memandu di dalam kenderaan yang bersepah, dengan satu daripada 10 rakyat Britain pernah terlibat atau hampir terlibat dalam kemalangan kerana keadaan kereta mereka yang berselerak.
Pakar keselamatan Continental Tyres, Mark Griffiths berkata, ramai orang memandu kenderaan yang hampir menyerupai sebuah tapak pembuangan sampah tanpa menyedari ia mendatangkan bahaya kepada mereka.
Kajian itu mendapati, 60 peratus daripada pengguna kenderaan tidak sedar akan risiko kesihatan yang dialami mereka dan penumpang akibat kereta mereka yang terlalu kotor dengan kira-kira satu daripada lima pemilik kereta membersihkan bahagian dalaman kereta sekali dalam tempoh setahun.
Pensyarah di Institut Mikrobiologi dan Jangkitan Universiti Birmingham, Dr Anne-Marie Krachler berkata, kereta boleh menjadi tempat pembiakan beberapa spesies bakteria berbahaya.
"Kuman-kuman ini boleh merebak dengan mudah sekiranya kereta tidak dibersihkan secara kerap terutamanya sekiranya anda makan di dalam kereta,'' katanya kepada Mail Online. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140826/lu_13/Kereta-tempat-paling-berbahaya#ixzz3BTOzh7RG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Arab Saudi peroleh RM26.88 bilion melalui ibadah haji

MEKAH 26 Ogos - Kerajaan Arab Saudi dianggarkan bakal memperoleh pendapatan berjumlah AS$8.5 bilion (RM26.88 bilion) hasil daripada ibadah haji yang akan dijalankan pada bulan Oktober ini, lapor satu kajian yang keluarkan semalam.
Dewan Perniagaan Mekah memberitahu, hasil pendapatan pada tahun ini meningkat sebanyak tiga peratus berbanding tahun lepas.
Kajian yang dijalankan mendapati kira-kira 1.98 juta umat Islam akan berangkat ke tanah suci Mekah pada tahun ini, dengan 1.38 juta atau 70 peratus daripadanya merupakan jemaah luar negara. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140826/lu_01/Arab-Saudi-peroleh-RM2688-bilion-melalui-ibadah-haji#ixzz3BTOJiGym
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki kumpul kuku yang dipotong sejak 36 tahun lalu

KUKU yang dikumpul Gibson sejak tahun 1978 dikumpul dalam sebuah balang kaca.

LOUISIANA – Seorang lelaki dari Lafayette di sini telah mengumpul kuku kaki dan jarinya yang dipotong sejak Februari 1978 dan menyimpannya dalam sebuah balang kaca sebagai koleksi kesayangan, lapor portal The Huffington Post, baru-baru ini.
Lelaki itu, Richard Gibson, 58, yang juga seorang pelabur minyak pada mulanya hanya menyimpan kukunya yang dipotong dalam kotak rawatan kuku dan tidak membuang ke dalam tong sampah seperti orang lain.
"Saya mula menyimpannya sedikit demi sedikit untuk melihat berapa lama masa yang diambil untuk ia memenuhi kotak," katanya yang mengambil masa selama dua tahun mengumpul kuku dalam kotak rawatan kuku sebelum memindahkannya dalam balang kaca.
Menurut Gibson, bekas isterinya selalu memaksanya menyembunyikan balang kaca itu di tempat lain jika ada tetamu datang ke rumahnya.
Koleksi kuku milik Gibson pernah disiarkan dalam rancangan popular Ripley's Believe It Or Not yang menghimpunkan lebih 70,000 fakta pelik lain melibatkan individu seluruh dunia.
– AGENSI

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3BTEOpEdX 
Hakcipta terpelihara 

Remaja berselfie di puncak pencakar langit

DANIEL LAU merakamkan gambar selfie selepas memanjat puncak tertinggi sebuah bangunan di Hong Kong baru-baru ini.

HONG KONG - Seorang remaja Hong Kong bersama rakan-rakannya sanggup bergadai nyawa semata-mata mahu mendapatkan kepuasan merakam potret sendiri atau selfie di sebuah menara pencakar langit setinggi 345 meter di bandar raya ini.
Remaja itu, Daniel Lau nekad melakukan aksi berbahaya tersebut selepas selfie menjadi fenomena paling digilai dalam kalangan remaja di Rusia.
Lau dan rakan-rakannya membawa bekalan pisang untuk dimakan semasa mendaki menara The Center itu yang merupakan bangunan kelima tertinggi di Hong Kong sebagai sumber tenaga.
Bagaimanapun, Lau menasihatkan orang ramai yang ingin mencuba aksi itu supaya memakai tali keselamatan ketika merakamkan gambar sefie dari puncak tertinggi bangunan. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3BTEIj2FM 
Hakcipta terpelihara 

Wanita hasilkan lukisan guna mesin taip

RATHBONE bergambar bersama beberapa buah mesin taip yang pernah digunakannya untuk menghasilkan lukisan.

LONDON - Seorang artis di sini menghasilkan lukisan kompleks dengan hanya menggunakan mesin taip tanpa sebarang bantuan peralatan lukisan, lapor portal berita Metro.uk kelmarin.
Wanita tersebut, Keira Rathbone berkata, dia mula mendapat idea untuk menghasilkan pelbagai lukisan dengan menggunakan mesin taip selepas bosan menulis menggunakan peralatan berkenaan.

POTRET Ratu Elizabeth II yang dilukis Rathbone dengan menggunakan mesin taip.

"Idea untuk melukis menggunakan mesin taip timbul beberapa tahun lalu ketika saya duduk berseorangan di dalam bilik.
"Saya kemudiannya mengambil sekeping kertas dan mula menekan setiap huruf yang ada pada mesin taip untuk menghasilkan pelbagai objek," katanya.
Rathbone kini sudah menjual beberapa lukisan di seluruh dunia melalui internet dan lukisan unik wanita itu turut dijual di pasar raya Selfridges.
- AGENSI

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3BTEDU2DU 
Hakcipta terpelihara 

Pameran pengebumian tarik 5,000 pengunjung di Tokyo

SEORANG pembuat keranda membuka tingkap sebuah keranda ketika seorang wanita berbaring di dalamnya dalam satu pameran pengebumian di Tokyo kelmarin.

TOKYO - Lebih 5,000 pengunjung menghadiri pameran pengebumian atau lebih dikenali sebagai Shukatsu Festa 2014 yang berlangsung di sebuah pusat pameran di bandar ini kelmarin.
Pameran tersebut disertai sebanyak 50 rumah pengurusan mayat termasuk badan-badan keagamaan yang mempamerkan pelbagai produk terbaru mereka.
Antara produk yang dipamerkan dalam pameran tersebut termasuk pelbagai jenis keranda dan pakej pengebumian mayat.
Pengunjung yang hadir juga berpeluang merasai pengalaman berbaring di dalam keranda dan mencuba pelbagai alatan pengebumian termasuk pakaian untuk mayat.
- AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3BTE8HIDY 
Hakcipta terpelihara 

Cengkerik jadi sumber pendapatan lumayan penduduk Thai

SEEKOR cengkerik yang berusia dua bulan dan sedia untuk dipasarkan di seluruh Thailand.

BANGKOK - Seramai 30 penduduk di kampung Thanon Nang Klarn di wilayah Nakhon Ratchasima di Thailand menjadikan aktiviti menternak cengkerik sebagai sumber pendapatan utama mereka.
Penduduk terbabit menternak cengkerik di belakang rumah masing-masing sebelum menjual serangga berkenaan untuk dijadikan makanan.
Cengkerik goreng merupakan salah satu makanan popular di Thailand, malah serangga tersebut mendapat permintaan tinggi daripada penjual makanan di seluruh negara.
Selain cengkerik, Thailand juga popular dengan pelbagai makanan berasaskan serangga seperti lipas, ulat sagu, belalang dan lipan. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3BTE1evDY 
Hakcipta terpelihara 

Telur burung gajah terbesar di dunia dijangka bernilai RM262,000

FULLER memegang telur burung gajah yang akan dilelong di rumah lelongan Summers Place Auctions di Billingshurst, Britain hari ini.

LONDON – Sebutir telur burung paling besar di dunia dijangka dijual pada harga £50,000 (RM262,174) pada satu acara lelongan yang berlangsung di Billingshurst di West Sussex dekat sini hari ini.
Telur berkenaan berasal daripada spesies burung gajah yang hidup di Madagascar sebelum ia pupus 200 tahun dahulu.
Telur sepanjang 30.48 sentimeter itu sangat besar sehingga boleh memuatkan sebanyak tujuh biji telur burung unta dan 100 biji telur ayam.
Rumah lelongan Summers Place Auctions percaya telur berkenaan boleh dijual antara £30,000 (RM157,318) hingga £50,000 (RM262,174) sebiji.
Kurator di Summers Place Auctions, Errol Fuller berkata, pakar telah mengesahkan telur berkenaan adalah yang paling besar di dunia dan tiada haiwan lain yang dapat menandinginya. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3BTDp32um 
Hakcipta terpelihara 

Kasta cuci najis

Pertubuhan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW)melaporkan, ‘pencuci manual’ terdiri daripada kasta paling rendah di India masih terpaksa melakukan kerja seperti itu. 
Pengarah Asia Selatan HRW Meenakshi Ganguly berkata, ini berikutan golongan kasta rendah sukar mendapat kerja lain malah ada antara mereka berdepan pelbagai ugutan daripada penduduk tempatan dan pihak berkuasa jika cuba berhenti kerja. 

Menurutnya, golongan wanita terpaksa mencuci jamban tanpa pam menggunakan serta peralatan asas dengan mengorek keluar najis dari dalam baldi sebelum dibuang di tempat lain.
Foto
KELA, 60, mengutip najis ketika mencuci jamban di Nekpur, Uttar Pradesh.

Malah, di kawasan pedalaman mereka tidak menerima bayaran tunai, sebaliknya hanya mendapat lebihan makanan, pakaian lama dan kebenaran mendirikan setinggan, namun semuanya bergantung kepada budi bicara pemilik tandas yang dibersihkan.

“Usaha beberapa kerajaan pemerintah sebelum ini menamatkan amalan berkenaan gagal akibat diskriminasi selain penduduk tempatan enggan bekerjasama. 

“Kerajaan perlu lebih serius meluluskan undang-undang mengharamkan amalan mencuci najis secara manual, seterusnya membantu masyarakat terbabit,” katanya. 

Pekerja wanita dan lelaki sering diarah mencuci tandas terbuka, longkang dan parit namun golongan lelaki lebih lazim diarahkan mencuci tangki najis dan pembetung. 

Seorang remaja dari kasta itu dikenali sebagai Bablu mengakui kehidupannya sukar. 

“Jika saya mencari kerja di hotel, perkara pertama disoal adalah kasta saya. Sebaik mengakui saya Vamliki (kasta terendah) pasti saya hanya dibenarkan mencuci tandas,” katanya.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

Wanita lelong rambut untuk menderma

Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Xiao, berkata dia mengambil keputusan menjual rambutnya menerusi Internet selepas mengetahu mengenai keadaan persekitaran persekolahan yang teruk di Ningxia. 
Tarikh untuk membidanya berakhir hari ini dan sehingga semalam bidaan tertinggi mencecah 10,000 yuan (RM5,100). 

Menurut Xiao, dia menerima tawaran sebanyak RM10,300 untuk rambutnya sembilan tahun lalu.
Foto
XIOA menunjukkan rambutnya di kediamannya, semalam.

Ketika itu, rambutnya hanya panjang hingga ke betis.

“Saya mula memelihara rambut ketika belajar di universiti,” katanya. - Agensi 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~

TAZKIRAH HARI INI ~Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang r emaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman. 

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut.. 

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir. 
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul: 

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping dalamnya!! 

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya. 

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya kesa
orangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki) 

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku. 

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini. 

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah. 

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara: 

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja. 
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai saudara-saudaraku!

Semoga sdr2 smua yg dkasihi d rahmati Allah dpt mgintai wktu yg ssuai utk mghulurkan pmberian..wslmSeorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang r emaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Semoga sdr2 smua yg dkasihi d rahmati Allah dpt mgintai wktu yg ssuai utk mghulurkan pmberian..wslm

Monday, August 25, 2014

NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI...

NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI... 

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan. 
PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat d engan anda” 
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya. 
PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi. 

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...” 

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. 
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih. 

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!” 
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang, 

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?" 

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut. 

Lalu lelaki itu menjawab: 
”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.” 

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri anda.. 

Jom share

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri anda.

Kopi najis gajah bernilai RM221 secawan

BIJI kopi dikutip daripada najis gajah di sebuah pusat pemuliharaan haiwan itu di wilayah Chiang Rai, utara Thailand.

BANGKOK - Orang ramai yang ingin menikmati keenakan kopi yang menggunakan biji-biji kopi daripada najis gajah perlu membayar pada harga AS$70 (RM221) secawan.
Pengasas kopi jenama Black Ivory itu, Blake Dinkin, 44, berkata, dia telah menemui kaedah terbaik untuk menghasilkan kopi paling enak secara semula jadi menggunakan gajah-gajah yang dipelihara di kawasan Tiga Segi Emas Thailand di Chiang Rai.
"Kaedah ini dapat mengurangkan manis kopi selain mengekalkan rasanya. Saya inginkan pengguna menikmati rasa kopi yang sebenar, tidak pahit serta ada aroma bunga dan coklat.
"Gajah itu membantu membuangkan rasa manis dalam biji kopi secara semula jadi," kata Dinkin sambil memberitahu, biji kopi berkenaan hanya boleh didapati di hotel-hotel mewah di seluruh Asia dan negara timur tengah.
Kopi tersebut bagaimanapun tidak dapat menandingi kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang di Indonesia kerana berharga AS$100 (RM316) secawan. - Agensi

Iran perkenal peluru berpandu baharu

PRESIDEN Iran, Hassan Rouhani (tiga dari kiri) melihat dron Mohajer-4 semasa melawat satu pameran industri pertahanan di Teheran semalam.

TEHERAN - Iran memperkenalkan generasi baharu peluru berpandu marin jarak pendek dan beberapa pesawat kawalan jauh atau dron semalam.
Agensi berita rasmi IRNA melaporkan, peluru berpandu tersebut, Ghadir yang memiliki jarak 100 kilometer, direka untuk memusnahkan sasaran marin.
IRNA tidak melaporkan jarak satu lagi peluru berpandu buatan Iran, Nasr-e Basir tetapi menyatakan peluru 'beroperasi secara senyap'.
Persenjataan generasi baharu itu dirasmikan oleh Presiden Iran, Hassan Rouhani pada satu majlis di sini.
Dalam ucapannya yang disiarkan stesen televisyen Iran, Rouhani mengulas pendirian sebelum ini bahawa negara itu tidak merancang untuk membina senjata nuklear.
"Namun, kami juga tidak akan leka terhadap ancaman dan komplot musuh Iran," katanya.
Pada majlis itu, Iran turut memperkenalkan dua dron baharu iaitu Karrar-4 dan Mohajer-4.
Karrar-4 berupaya terbang pada altitud tinggi manakala dron kedua boleh digunakan untuk menghasilkan peta bagi tujuan awam atau ketenteraan. - Agensi

Maut dipatuk ‘kepala tedung’

Dalam kejadian itu, tukang masak berasal dari Foshan, Peng Fan dilaporkan sedang menyiang seekor ular tedung. Restoran berkenaan memang dikenali ramai kerana menyediakan hidangan istimewa menggunakan daging ular tedung Indochina.

Media semalam melaporkan, Peng bercadang membuang kepala ular itu ke dalam tong sampah apabila dia dipatuk. Sumber berkata, badan ular itu biasanya dimasak sup manakala kepalanya dibuang begitu saja. Ia adalah hidangan popular di Guangdong dan banyak ditawarkan di restoran mewah wilayah berkenaan.
Pelanggan restoran itu, Lin Sun, 44, berkata, dia datang bersama isterinya ke restoran berkenaan untuk meraikan hari lahir apabila tiba-tiba suasana menjadi kecoh.

“Kami tidak mengetahui apa yang berlaku, tetapi dapat mendengar jeritan dari dapur. “Kami nampak pekerja restoran menghubungi doktor. “Apabila bantuan perubatan tiba, dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Selepas mendengar berita itu, dia dan isterinya segera meninggalkan restoran berkenaan. Mangsa patukan ular tedung Indochina biasanya mengalami sesak nafas kerana toksik dalam bisa ular melumpuhkan sistem pernafasan.
Foto
KEPALA ular yang dipotong tukang masak.
Jurucakap polis berkata, ia adalah kes luar biasa tetapi dikategorikan sebagai kemalangan.

“Tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan Peng. “Sepatutnya vaksin antibisa boleh membantu, namun ia tidak sempat diberikan. Ia memang tragik,” katanya.
Pakar ular, Yang Hong-chang berkata, menyatakan semua reptilia boleh hidup sehingga satu jam selepas terputus sebahagian atau keseluruhan badannya.

“Memang ada kemungkinan ular itu masih hidup walaupun kepala dan badannya sudah terpisah. “Apabila kepala ular dipotong, sistem badannya terhenti namun masih ada tindak balas boleh berlaku dan ia mampu mematuk,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/25

Yazidi ‘si penyembah kejahatan’

Kebanyakan mereka adalah penganut agama Yazidi dan dianggap satu daripada minoriti tertua wujud di Iraq.

Baru-baru ini, mereka dipaksa meninggalkan kediaman masing-masing dan berlindung di Gunung Sinjar di wilayah barat laut Iraq atau dibunuh oleh militan Daulah Islamiah (IS).
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan, 40,000 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak berlindung di sembilan lokasi di kawasan pergunungan itu.

Pada masa sama, gambar mangsa kekejaman IS juga tersebar.

Dianggarkan sekurang-kurangnya 500 penganut Yazidi termasuk 40 kanak-kanak maut di tangan militan IS.
Foto
PELARIAN Yazidi menyediakan minuman pagi di kem perlindungan sementara mereka di Bajed Kadal di wilayah Dohuk, Iraq.
Siapakah penganut Yazidi sebenarnya? Di seluruh dunia dianggarkan ada 700,000 orang mengikut fahaman itu dengan kebanyakannya menetap di utara Iraq serta sekitar Gunung Sinjar.

Sering disalah faham, majoriti penganut Yazidi ialah daripada etnik Kurdis yang tetap mengamalkan kepercayaan mereka sejak beratus tahun lalu walaupun sering berdepan tekanan serta ancaman.
Agama purba itu khabarnya diasaskan seorang ilmuan zaman Umayyah dan pecahan daripada kepercayaan zaman Parsi, Kristian dan Islam.

Penganutnya mengamalkan beberapa unsur daripada agama Islam dan Kristian, manakala api pula dianggap sebagai manifestasi tuhan.

Walaupun mempercayai keesaan tuhan, penganut Yazidi turut mengakui kuasa tujuh ‘malaikat’ dengan satu daripadanya dikenali sebagai Melek Tawwus (Malaikat Merak).

Mengikut kepercayaan mereka, Melek Tawwus pernah melakukan dosa, tetapi dibenarkan tuhan kembali ke syurga.

Disebabkan pengabdian mereka kepada ‘malaikat’ itu, sesetengah pihak melihat penganut Yazidi sebagai penyembah kejahatan.

Ketika zaman pemerintahan Uthmaniyah pada abad ke-18 dan ke-19, penganut Yazidi dilaporkan pernah menghadapi pembunuhan beramai-ramai 72 kali.

Pada 2007 ratusan penganut Yazidi terbunuh dalam siri letupan bom di kawasan petempatan utama mereka di utara Iraq.

Pertubuhan Palang Merah Iraq berkata, hampir 800 orang terbunuh dalam siri serangan bom berkenaan.

Di mata al-Qaeda serta IS, penganut Yazidi mesti dibunuh kerana kekufuran mereka.

Seorang ahli parlimen di Iraq yang juga penganut Yazidi, Vian Dakhil, beberapa hari lalu menangis sambil merayu supaya komuniti antarabangsa menyelamatkan mereka. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/25

Kanak-kanak ketagih gajet tidak peka

KANAK-KANAK yang terlalu leka dengan gajet elektronik didapati kurang peka untuk memahami emosi orang lain. - GAMBAR HIASAN
LOS ANGELES 24 Ogos - Kecenderungan kanak-kanak masa kini kepada gajet elektronik didapati tidak peka dengan perasaan orang lain disebabkan kurang interaksi secara bersemuka dalam kehidupan sebenar. dedah satu kajian oleh Universiti California.
Portal berita Mail Online yang mendedahkan kajian oleh pakar psikologi dari Pusat Media Digital Kanak-Kanak di universiti berkenaan, Profesor Patricia Greenfield melaporkan keadaan itu berlaku disebabkan kanak-kanak banyak menghabiskan masa dengan peralatan elektronik sehingga hampir lima jam setiap hari.
Menurut Greenfield, kesan daripada pengaruh alatan elektronik dalam kehidupan kanak-kanak menyebabkan sensitiviti golongan terbabit terhadap tanda-tanda emosi semakin berkurangan, sekali gus berpotensi kehilangan keupayaan untuk memahami emosi orang lain.
Jelasnya, dalam kajian yang dijalankan, kanak-kanak diminta mengenal pasti 48 gambar dan video yang memaparkan reaksi muka marah, sedih, gembira dan takut tetapi ramai daripada mereka gagal menterjemahkan emosi tersebut.
Malah, katanya, golongan kanak-kanak yang tidak meluangkan masa kepada telefon pintar, televisyen atau peralatan elektronik lain, dapat mentafsir emosi manusia dengan lebih baik.
"Kanak-kanak tidak boleh belajar mengenal reaksi emosi manusia yang terpampang pada skrin peralatan elektronik berbanding cara berkomunikasi secara bersemuka dalam kehidupan sebenar," katanya.