Pages

Monday, August 25, 2014

Kanak-kanak ketagih gajet tidak peka


KANAK-KANAK yang terlalu leka dengan gajet elektronik didapati kurang peka untuk memahami emosi orang lain. - GAMBAR HIASAN
LOS ANGELES 24 Ogos - Kecenderungan kanak-kanak masa kini kepada gajet elektronik didapati tidak peka dengan perasaan orang lain disebabkan kurang interaksi secara bersemuka dalam kehidupan sebenar. dedah satu kajian oleh Universiti California.
Portal berita Mail Online yang mendedahkan kajian oleh pakar psikologi dari Pusat Media Digital Kanak-Kanak di universiti berkenaan, Profesor Patricia Greenfield melaporkan keadaan itu berlaku disebabkan kanak-kanak banyak menghabiskan masa dengan peralatan elektronik sehingga hampir lima jam setiap hari.
Menurut Greenfield, kesan daripada pengaruh alatan elektronik dalam kehidupan kanak-kanak menyebabkan sensitiviti golongan terbabit terhadap tanda-tanda emosi semakin berkurangan, sekali gus berpotensi kehilangan keupayaan untuk memahami emosi orang lain.
Jelasnya, dalam kajian yang dijalankan, kanak-kanak diminta mengenal pasti 48 gambar dan video yang memaparkan reaksi muka marah, sedih, gembira dan takut tetapi ramai daripada mereka gagal menterjemahkan emosi tersebut.
Malah, katanya, golongan kanak-kanak yang tidak meluangkan masa kepada telefon pintar, televisyen atau peralatan elektronik lain, dapat mentafsir emosi manusia dengan lebih baik.
"Kanak-kanak tidak boleh belajar mengenal reaksi emosi manusia yang terpampang pada skrin peralatan elektronik berbanding cara berkomunikasi secara bersemuka dalam kehidupan sebenar," katanya.

No comments: