Pages

Monday, August 25, 2014

2 kucing terkaya di dunia


GRUMPY Cat bersama pemiliknya, Tabatha Bundesen.
LONDON 24 Ogos - Seekor kucing yang mempunyai ekspresi wajah 'merajuk' menjadi antara haiwan yang menerima pendapatan sebanyak 1,000 pound (RM5,238) sehari dengan penglibatannya dalam iklan dan rancangan televisyen.
Laman web Mail Online melaporkan kucing yang dikenali sebagai Grumpy Cat itu berjaya memperolehi kontrak iklan makanan kucing Friskies berjumlah 300,000 pound (RM1.57 juta).
Grumpy Cat yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) dilihat memberi pendapatan lumayan kepada pemiliknya, Tabatha Bundesen.
Seekor lagi kucing diberi nama Bronte di Rugby, Britain pula menerima bayaran 1,000 pound ke atas sehari kerana terbabit dalam beberapa projek iklan.
BRONTE bersama pemiliknya Caroline Bailey.
Pemilik Bronte, Caroline Bailey berkata, kucingnya tidak bangun dari katilnya jika bayaran yang diberikan tidak memenuhi syarat-syarat berkenaan yang ditetapkan oleh wanita itu termasuk bayaran dan kemudahan haiwan tersebut.
Bronte mula popular selepas terlibat dalam iklan telefon mudah alih yang disaksikan lebih lima juta kali di laman web YouTube.
Dua ekor kucing berkenaan akan menjadi antara subjek utama di Britain apabila haiwan berkenaan bakal muncul dalam rancangan televisyen, Star Paws: The Rise of Superstar Pets pada minggu ini.

Wanita alami kehamilan luar rahim paling lama di dunia


IMEJ rakaman tulang bayi yang telah mati di dalam kandungan seorang wanita yang hamil di luar rahim yang berjaya dikeluarkan di India, baru-baru ini. - AGENSI
NAGPUR, India 24 Ogos - Seorang wanita di India di dapati mengalami kehamilan di luar rahim paling lama di dunia dan sekumpulan doktor terpaksa melakukan pembedahan ke atasnya bagi mengeluarkan sejumlah tulang rangka seorang bayi yang telah berada di dalam kandungannya sejak empat dekad lalu.
Akhbar Daily Mail melaporkan Kantabai Thakre, 60, didapati mengandung ketika berumur 24 tahun pada 1978.
Pada ketika itu beberapa doktor telah memberi amaran bahawa kandungannya mempunyai peluang tipis untuk terus hidup, selepas dia didapati berada di luar rahim.
Kerana dan takut menjalani pembedahan dia melarikan diri dari hospital dn mencari rawatan alternatif untuk merawat 'penyakit' yang dialaminya itu di sebuah klinik kecil.
Beberapa bulan kemudian apabila kesakitannya semakin reda, Thakre yakin 'penyakit' yang dialaminya itu telah sembuh.
Bagaimanapun 36 tahun kemudian, Thankre mula berasa kesakitan yang berterusan di bahagian perutnya. Dia kemudian pergi berjumpa beberapa doktor di Institut Sains Perubatan di NKP Salve di pusat bandar India, Nagpur.
Beberapa doktor mendapati terdapat ketulan di sebelah kanan perut wanita tersebut dan satu proses sonografi dan imbasan tomografi berkomputer (CT) dilakukan dan menemui sejumlah tulang di dalam perutnya.
Ketua pakar bedah di institut itu, Dr. Murtaza Akhtar berkata, wanita itu merungut mengalami kesakitan yang berterusan di bahagian perutnya dan menghadapi masalah untuk membuang air, diikuti mengalami demam panas yang teruk.
"Selepas membuat pemeriksaan kami menemui ketumbuhan di bahagian kanan perutnya tapi kami bimbang ia adalah barah.
"Selepas menjalani proses imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan CT , hasil pemeriksaan itu mendapati ia merupakan sejumlah tulang matang di dalam perut wanita berkenaan," katanya.
Pakar Bedah, Dr. Mohammad Yunus Shah berkata, beliau percaya kejadian itu merupakan kes kehamilan luar rahim paling lama direkodkan selama 46 tahun berbanding satu kes sebelum ini selama 18 tahun di Belgium.

Sunday, August 24, 2014

Pasukan penyelam cari loceng keramat



GAMBAR menunjukkan Loceng Mingun seberat 90 tan yang merupakan antara beberapa loceng gergasi yang terdapat di Myanmar.


YANGON - Sejumlah penyelam turun ke dasar Sungai Yangon di sini baru-baru ini untuk mencari loceng gangsa terbesar di dunia yang dipercayai berada di dasarnya selama lebih empat abad.
Memiliki berat 270 tan atau melebihi berat 100 ekor gajah, loceng misteri itu yang dinamakan loceng Raja Dhammazedi menjadi simbol kebanggaan rakyat Myanmar.
Operasi tersebut jauh berbeza daripada pencarian sebelumnya kerana kali ini, pasukan penyelam bergantung kepada mantera dan kaedah spiritual lain untuk mencari loceng itu sekali gus mengetepikan cara saintifik.
Menurut sejarah dan legenda tempatan, Raja Dhammazedi memerintahkan loceng itu ditempa pada penghujung kurun ke-15 untuk diletakkan di Pagoda Shwedagon yang terletak di puncak sebuah bukit di sini.
Loceng itu berada di pagoda tersebut selama lebih 130 tahun sebelum ia dicuri tentera upahan Portugis diketuai oleh Philip de Brito.
De Brito mahu meleburkan loceng gangsa itu untuk membuat meriam kapal perangnya.
Namun, loceng yang amat berat itu tenggelam ketika dibawa menaiki sebuah kapal lama menyusuri sungai ini.
Ramai penduduk di Myanmar percaya loceng Raja Dhammazedi masih berada di bawah lapisan lumpur dan pasir di dasar sungai itu.
Namun, pelbagai usaha untuk mencari artifak itu menggunakan sonar dan peralatan berteknologi tinggi pada masa lalu gagal membuahkan hasil.
Operasi terbaharu ini pula dijangka berlanjutan selama 45 hari dan menelan belanja AS$250,000 (RM790,250) menggunakan wang derma orang awam.
"Saya percaya loceng ini dilindungi sumpahan," kata ketua operasi pencarian tersebut yang merupakan seorang bekas pegawai tentera laut Myanmar, San Lin.
Pada satu sidang akhbar Julai lalu, Lin memberitahu, dia ialah penjelmaan semula salah seorang daripada 14 penjaga artifak tersebut.
Menurutnya, dia boleh berhubung dengan semangat yang telah menghalang usaha untuk menemui loceng itu pada masa lalu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0824&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3BGGIfQWp 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki bergaun cabar Russia


Di Russia, negara yang mengharamkan perkahwinan sejenis dan menganggap amalan itu sebagai penyakit mental, sepasang suami isteri semalam melafazkan ikrar untuk bersama ketika pengantin lelaki berpakaian seperti wanita.
Ia dianggap satu daripada perkahwinan paling kontroversi di negara berkenaan. 
Namun, pasangan Dimitriy Kozhuhov, 23, dan Ellison Brux, 21, mempunyai cara tersendiri untuk membolehkan ‘cinta’ mereka disempurnakan. 
Foto
KOZHUKHOV dan Ellison kelihatan seolah-olah pasangan kembar pada hari perkahwinan mereka.
Kozhuhov kini dikenali sebagai Alina Davis kerana bermekap serta berpakaian seperti wanita. 
Dalam keadaan begitu, ketika mereka disahkan sebagai ‘suami isteri’ hadirin melihat ada dua pengantin perempuan bergaun melalui detik menggembirakan.

Kozhuhov mengaku dia gemar berperwatakan serta bermekap seperti wanita dan keadaan itu menimbulkan kekeliruan kepada banyak pihak.

Namun, kata Kozhuhov, dia dan Ellison amat mencintai satu sama lain. 

“Kami juga tidak menghadapi masalah ketika menghantar permohonan perkahwinan kepada pejabat pendaftar walaupun kami menjangkakan masalah akan berlaku,” katanya. 

Selepas melalui urusan pendaftaran, kata Kozhuhov, dia dihubungi ketua pejabat pendaftar dan diberi ingatan berkali-kali supaya dia tidak memakai gaun ketika dikahwinkan. 

Kata Kozhuhov, undang-undang Russia menetapkan hanya lelaki boleh berkahwin dengan wanita. 

Perkahwinan di Pejabat Pendaftar Kutuzovsky Prospekt itu kemudian tetap berlangsung dengan kedua-duanya hadir berpakaian gaun pengantin.

Namun, ia tidak berjalan tanpa halangan. 

Pada peringkat awal Kozhuhov dan Ellison dilarang masuk melalui pintu depan, sebaliknya terpaksa ‘diseludup’ melalui pintu belakang.

Kata Ellison, ketua pejabat berkenaan cuba menyembunyikan mereka kerana ia akan memalukan masyarakat setempat.

Akhirnya, selepas dibawa masuk melalui pintu belakang, Kozhuhov dan Ellison dikahwinkan di pejabat berkenaan.

“Kini saya gembira kerana gambar perkahwinan kami dikongsi dan dibincangkan.

“Saya berharap kami dapat memberi inspirasi kepada pasangan lain untuk mencabar undang-undang ketat ini dan berkahwin secara terbuka,” katanya.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/24

Sistem seperti kulit manusia


SAINTIS Britain sedang mencipta sistem kulit pintar yang membolehkan sesebuah pesawat mengetahui perubahan angin, kelajuan, suhu, tekanan fizikal dan pergerakan lebih baik daripada teknologi sedia ada.- AGENSI
LONDON 23 Ogos - Pakar kejuruteraan Britain kini sedang membina sistem yang menyerupai fungsi kulit manusia, untuk dipasang di sekeliling bahagian luar badan kapal terbang, bagi mengesan sebarang kerosakan atau perubahan persekitaran.
Mail Online melaporkan, jurutera dari Pusat Sistem Teknologi Maju BAE sedang giat menjalankan kajian untuk menghasilkan sistem yang dikenali sebagai `kulit pintar’ itu, yang bakal dilengkapi dengan puluhan ribu pengesan mikro.
Pemasangan kulit pintar tersebut membolehkan sesebuah pesawat mengetahui perubahan angin, kelajuan, suhu, tekanan fizikal dan pergerakan lebih baik daripada teknologi sedia ada.
Ketua penyelidikan dan pembangunan sistem berkenaan, Lydia Hyde berkata, idea untuk menghasilkan sistem itu lahir selepas beliau melihat bagaimana mesin basuh menggunakan alat pengesan bagi memastikan suhunya tidak terlalu panas.
“Saya memerhatikan bagaimana pengesan berkenaan menghalang mesin basuh tersebut berada pada suhu yang tinggi. Saya mengambil teori ini dan mahu mengaplikasikannya dalam projek terbaharu saya," jelasnya.
Kata Hyde, sistem itu juga akan mengurangkan kekerapan pemeriksaan berkala, sekali gus meningkatkan kecekapan dalam proses penukaran alat ganti kapal terbang, selain meningkatkan keselamatan.
“Pengesan yang digunakan pada sistem kulit pintar tersebut sangat kecil, sebesar butiran beras atau lebih kecil daripada itu," ujarnya.
Secara kolektifnya, pengesan akan berfungsi apabila dipasangkan dengan perisian yang sesuai, konsep komunikasi yang sama diguna pakai oleh kulit manusia dalam menghantar isyarat kepada otak.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140824/lu_09/Sistem-seperti-kulit-manusia#ixzz3BG62eY3A
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Suami isteri ditahan rantai anak


ALVAR dirantai di pergelangan kaki oleh ibu bapanya atas alasan dia sering mendatangkan banyak masalah ketika berada di sekolah dan di rumah. - AGENSI
MEXICO CITY 23 Ogos - Sepasang suami isteri ditahan pihak berkuasa Mexico, selepas didapati bersalah merantai kaki anak lelaki mereka berusia 10 tahun sepanjang hari.
Mail Online melaporkan, Alejandro Hernandez, 44, dan isterinya Beatriz Enriquez, 34, mengaku merantai Alvar di pergelangan kaki atas alasan anaknya itu sukar dikawal.
Hernandez berkata, anak sulungnya itu tidak pernah duduk diam dan sering melakukan banyak masalah ketika berada di sekolah serta di rumah.
“Kami tidak bertindak kejam, kami sayangkan semua anak kami. Kami melakukan perkara itu kerana sudah buntu untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
“Kami lakukan demi kebaikan Alvar, dan sama sekali tidak pernah ada niat untuk menyakitinya," jelas Hernandez, yang turut memiliki empat orang anak lain.
Polis mengetahui kejadian itu selepas seorang individu yang dipercayai salah seorang daripada rakan Hernandez ternampak kelibat Alvar dirantai di dalam rumahnya di Poza Rica.
Polis berkata, ketika ditemui Alvar berada dalam keadaan tidak terurus dan kini dia diletakkan ditempat yang selamat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140824/lu_07/Suami-isteri-ditahan-rantai-anak#ixzz3BG5AQDYw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

73 mati ditembak dalam masjid


DIYALA, Iraq 23 Ogos - Sekurang-kurangnya 73 orang pengikut Sunnah terkorban, selepas pengikut Syiah bertindak melepaskan tembakan di dalam sebuah masjid yang dipenuhi jemaah di Kampung Bani Wais, timur wilayah Diyala, semalam.
Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosial YouTube memaparkan mayat-mayat bergelimpangan di lantai masjid, termasuk mayat seorang kanak-kanak.
Wakil al-Jazeera yang berada di tempat kejadian, Jane Arraf yang memetik sumber tempatan melaporkan serangan mungkin bermotifkan balas dendam.
Agensi berita al-Jazeera memetik sumber keselamatan melaporkan kesemua mayat sudah dihantar ke hospital di bandar Baquba untuk bedah siasat.
Keganasan agama terbaharu itu bakal memberi kesan kepada usaha Perdana Menteri baharu Iraq, Haider al-Abadi untuk membentuk sebuah kerajaan yang dapat menyatukan semua penduduk di negara ini dalam kempennya memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS).
Ekoran kejadian itu, dua kumpulan anggota Parlimen yang dikuasai oleh pengikut Sunnah membatalkan perbincangan untuk membentuk kerajaan baharu sebagai tanda bantahan.
Dua kumpulan berkenaan yang diwakili gabungan Speaker Parlimen, Salim al-Jabouri dan Timbalan Perdana Menteri, Saleh al Mutlak menggesa bekas Perdana Menteri, Nouri al-Maliki dan kumpulan anggota Parlimen pengikut Syiah menyerahkan pelaku serangan dalam tempoh 24 jam.
Mereka turut mendesak kerajaan supaya membayar pampasan kepada keluarga mangsa yang terkorban.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Iraq yang baharu, Haider al-Abadi turut mengutuk serangan berkenaan yang disifatkannya boleh menggugatkan perpaduan Iraq.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140824/lu_05/73-mati-ditembak-dalam-masjid#ixzz3BG4NjpJN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, August 23, 2014

Gambar Yang Cukup Mengerikan



"Pengkebumian langit ( Sky burials) adalah majlis agama eksklusif dan luar biasa di Tibet. Amalan ini melibatkan membedah tubuh si mati dan hamburan kepingan daging pada puncak gunung untuk mengurai atau dimakan oleh burung.

Kebanyakan penduduk Tibet mengikuti tradisi Buddha, yang menentukan badan manusia adalah semata-mata sebuah kapal dan boleh dibuang, oleh itu mengapa amalan itu popular. amalan ini akhirnya diharamkan, tetapi masih boleh dilakukan dengan kebenaran keluarga. "








Replika buatan tangan Lamborghini Diablo


Anjing berjalan melepasi replika buatan tangan daripada Lamborghini Diablo di luar garaj disewa oleh Wang Yu dan Li Lintao di pinggir Beijing. (Reuters)
Peminat kereta bangsa Cina Wang Yu dan Li Lintao, kedua-duanya berusia 30-an mereka, telah selesai mereka bentuk dan membuat dua replika Lamborghini Diablo, yang boleh mencapai kelajuan atas 310km / j, dan kini bekerja pada replika T-Rex motosikal. (Reuters)
Mereka membelanjakan kira-kira 5 juta yuan (sekitar USD 811.899) untuk membeli bahagian-bahagian dan mengambil pekerja, dan kira-kira 6 tahun untuk memasang mereka dengan pengetahuan yang mereka diperolehi daripada belajar mechanology selama hampir satu dekad di luar negara. (Reuters)
Wang dan Li pergi popular selepas menunjukkan replika buatan tangan pertama mereka Lamborghini Diablo di Beijing International Exhibition Automobil pada 2012, dan dijual mereka Lamborghini replika kedua Alibaba sebagai koleksi. (Reuters)
Enjin replika buatan tangan daripada Lamborghini Diablo digambarkan di luar garaj disewa oleh Wang Yu dan Li Lintao di pinggir Beijing.(Reuters)
Wang Yu memandu replika buatan tangan daripada Lamborghini Diablo di lebuh raya semasa dipandu uji di Beijing. (Reuters)
Wang Yu berdiri di sebelah replika buatan tangan daripada Lamborghini Diablo di luar garaj di pinggir Beijing. (Reuters)
Wang Yu (L) dan Li Lintao bekerja pada replika motosikal T-Rex di garaj di pinggir Beijing. (Reuters)
Wang Yu memandu replika buatan tangan daripada Lamborghini Diablo semasa dipandu uji di luar garaj di pinggir Beijing. (Reuters)
Wang Yu mendapat di replika buatan tangan daripada Lamborghini Diablo sebelum dipandu uji di luar garaj di pinggir Beijing. (Reuters)
Seorang pekerja bergolek tayar di hadapan replika buatan tangan daripada Lamborghini Diablo kerana dia bekerja di sebuah garaj disewa oleh Wang Yu dan Li Lintao di pinggir Beijing. (Reuters)

Barbie manusia berusia 16 tahun mendakwa dia semula jadi


Dia mempunyai pinggang 20 inci

Satu lagi Barbie manusia telah muncul, yang berusia 16 tahun dan mendakwa tidak mempunyai sebarang pembedahan lagi. Lolita Richi, yang berasal dari Ukraine, mempunyai peminat yang besar berikut dan Gambar beratus-ratus gambar yang menonjolkan bahagian badan yang melampau beliau, termasuk mungilnya 20 pinggang inci, dilaporkanDailymail.co.uk Dia, yang 5ft 4in tinggi, kata beliau kelihatan seperti anak patung adalah semula jadi dan tiada pembedahan, diet dan Photoshop terlibat. "Saya mempunyai angka yang cantik, jadi saya tidak perlu diet." Pelajar sekolah menengah, Lolita mengatakan dia tomboi semasa membesar dan tidak pernah bermain dengan anak patung dan ibunya, bekas pelakon, meluluskan dalam talian beliau kehadiran. Dia adalah jurugambar beliau. Lolita berkata, dia tidak tertarik kepada mana-mana kanak-kanak lelaki di sekolah kerana mereka mempunyai 'minda yang tidak matang'. Dia mahu menjadi seorang pakar psikologi selepas tamat sekolah dan impian untuk menjadi terkenal dengan penampilan beliau.

Ratu selfie dunia


Bangkok: Siapa agaknya ratu selfie dunia?

Lupakan Kim Kardashian.


 



Seorang wanita misteri warga Thai yang memuat naik lebih 12,000 gambar selfie ke pelbagai saluran media sosial mungkin boleh ditimbangkan untuk gelaran itu.

Mortao Maotor, nama yang digunakan dalam laman Instagram, memuat naik lebih 200 potret selfie seminggu.

Menurut profilnya, dia berusia 40-an tahun dan pemilik Room of Art, galeri barangan antik di Bangkok serta mempunyai hampir 20,000 pengikut.

Tidak semua gambar yang dimuat naik itu wajahnya kerana dia juga merakam gambar kaki, minuman dan juga makanan.

Dia juga gemar merakam gambar dengan cermin di kamar mandi.

Bagaimanapun tidak ada yang porno dan dia hanya menjawab ulasan yang bersih.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

Rindu kawan dipenjara



Xin’an (China): Seorang bekas banduan di wilayah Henan ini ditahan selepas dia memfailkan laporan palsu untuk membolehkannya masuk semula ke penjara bagi menemui seorang rakan lama yang masih dalam tahanan.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Hou, ditahan pada 16 Ogos lalu selepas dia melaporkan mengenai satu pergaduhan di daerah Xincheng.

Polis yang tiba di tempat kejadian berkata, mereka tidak menemui sebarang kejadian pergaduhan, sebaliknya disambut Hou bersama-sama dua botol arak di tangannya.

Hou kemudian memecahkan tingkap kereta polis dengan botol arak itu sebelum rebah.



Dia ditahan anggota berkenaan atas dakwaan mengganggu ketenteraman awam dan membuat laporan palsu.

Hou kemudian berkata, dia sunyi selepas dibebaskan dari penjara tahun lalu.

“Saya mahu bersama kawan dan menikmati ketenteraman dalam penjara,” katanya kepada polis.

Lelaki itu mula dipenjara pada 2008 atas tuduhan merompak.


Selepas dibebaskan, dia sekali lagi dipenjara 17 bulan atas dakwaan cuba mencederakan seseorang pada 2013.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

Wanita enggan makan 14 tahun ditahan

Irom Sharmila re-arrested on charges of attempt to commit suicide
New Delhi: Polis India semalam menahan semula seorang wanita yang mogok lapar sejak 14 tahun lalu kerana menentang pencabulan hak asasi, dua hari selepas dia dibebaskan atas arahan mahkamah.

Rakaman yang disiarkan televisyen menunjukkan polis mengheret Sharmila yang digelar Wanita Besi Manipur.

“Sekumpulan polis wanita tiba di kawasan tunjuk perasaan sementara dan menangkapnya.

“Mereka berkata, dia ditangkap kerana enggan makan yang menurut pihak berkuasa sama dengan cubaan membunuh diri,” kata aktivis tempatan Janaki Devi.

Polis berkata, dia akan dibawa ke hospital penjara di Imphal dan dipaksa makan dengan mengguna saluran getah menerusi hidung.

“Kami tidak boleh biarkan dia mati,” kata seorang pegawai kanan polis yang enggan dikenali.

Sharmila mula mogok lapar pada November 2000 selepas menyaksikan tentera membunuh 10 orang di perhentian bas berhampiran kediamannya di Manipur.



- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

Bahana ketagih iPhone


Gambar dirakam penumpang lain menunjukkan wanita itu kecewa dan berang terhadap kekasihnya sebelum dia mengheretnya dari tempat duduk dan keluar dari pintu stesen kereta api bawah tanah di Beijing.
Lebih menarik lagi, ketika lelaki itu diheret sepanjang stesen berkenaan, matanya masih tertumpu pada iPhonenya.
Orang ramai terkejut melihat keadaan itu berterusan dengan wanita itu memegang telefon berkenaan untuk mengheret teman lelakinya.
Satu ketika dia meletakkan kaki pada mulut kekasihnya untuk cuba memisahkan dia dengan telefon pintar itu, tetapi kekasihnya enggan melepaskannya.
Wanita itu kemudian mengheretnya memasuki kereta api lain.
Kejadian begitu tegang tetapi ada yang percaya ia hanya lakonan untuk sebuah syarikat telefon bimbit.
Namun, bagi mereka yang merakam peristiwa itu menerusi telefon bimbit masing-masing, yakin ia bukan gimik.
“Saya terkejut jika ia lakonan.

Saya sendiri melihat seorang kanak-kanak menangis melihat pasangan itu menjerit antara satu sama lain ketika wanita itu cuba merampas telefon itu daripada lelaki berkenaan,” kata saksi, Yuan Feng.
Feng berkata, wanita itu berada di depan teman lelakinya yang berjalan terlalu perlahan sambil matanya tertumpu pada telefon hingga menyebabkan mereka mungkin terlepas kereta api.
“Dia hilang sabar dan cuba merampas telefon teman lelakinya.
Foto
LELAKI terbabit masih memberi tumpuan pada telefonnya walaupun diheret memasuki kereta api lain.
Foto
WANITA berkenaan menggunakan kaki untuk memaksa teman lelakinya melepaskan telefon bimbitnya.

Apabila usahanya gagal, dia mengheret lelaki itu memasuki kereta api sebelum pintunya ditutup.

Wanita itu menjerit menyuruh temannya melepaskan telefon, tetapi dia enggan,” kata Feng.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

Misteri rekahan 1km di barat laut Mexico



SKYNEWS 
GAMBAR menunjukkan rekahan sepanjang satu kilometer di Costa de Hermosillio, Sonora, Mexico yang terbentuk baru-baru ini.


BANDAR RAYA MEXICO - Satu rakaman video menunjukkan terdapat rekahan sepanjang satu kilometer (km) di sebuah ladang di Costa de Hermosillio, Sonora, Mexico baru-baru ini, lapor akhbar The Huffington Post kelmarin.
Para saintis percaya, rekahan itu terbentuk disebabkan aliran air bawah tanah di barat laut negara ini.
Rekahan itu sedalam lapan meter.
Gambar tersebut dirakamkan kamera yang dipasang pada sebuah dron.
Punca rekahan itu turut menyebabkan beberapa penduduk dan pegawai tempatan bingung berhubung punca yang menyebabkan ia terjadi.
Namun, ramai di antara mereka menganggap satu gempa bumi yang berlaku di San Andreas mungkin menyebabkan terjadinya rekahan tersebut.
Sekumpulan geologi Universiti Sonora pula berpendapat, aliran air bawah tanah sebagai punca yang menyebabkan terjadinya rekahan itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3BAKBsiaJ 
Hakcipta terpelihara 

Haiwan seperti ubur-ubur terdampar di pantai AS



CNN
SEJUMLAH hidupan laut seperti ubur-ubur terdampar di sebuah pantai di Amerika Syarikat baru-baru ini.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Ribuan makhluk hidupan laut berwarna biru ditemui terdampar di tepi Pantai Barat bermula dari Washington ke California Selatan, lapor akhbar Daily News kelmarin.
Makhluk itu yang kelihatan seperti spesies ubur-ubur tu dikenali sebagai Velella velella.
Pada kebiasaannya ia ditemui di tengah lautan.
Namun, kejadian berkenaan mencetuskan keterujaan dalam kalangan para pengunjung yang melihatnya buat pertama kali.
Ia sebesar tapak tangan dan sering ditemui di dalam lautan.
Menurut Pengerusi Jabatan Biologi di Kolej Semenanjung Monterey di Monterey, Dr. Kevin Raskoff, ubur-ubur itu boleh menyengat manusia.
Namun, katanya, sengatan itu tidak membawa maut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3BAJwUJgS 
Hakcipta terpelihara