Pages

Monday, August 25, 2014

Wanita alami kehamilan luar rahim paling lama di dunia


IMEJ rakaman tulang bayi yang telah mati di dalam kandungan seorang wanita yang hamil di luar rahim yang berjaya dikeluarkan di India, baru-baru ini. - AGENSI
NAGPUR, India 24 Ogos - Seorang wanita di India di dapati mengalami kehamilan di luar rahim paling lama di dunia dan sekumpulan doktor terpaksa melakukan pembedahan ke atasnya bagi mengeluarkan sejumlah tulang rangka seorang bayi yang telah berada di dalam kandungannya sejak empat dekad lalu.
Akhbar Daily Mail melaporkan Kantabai Thakre, 60, didapati mengandung ketika berumur 24 tahun pada 1978.
Pada ketika itu beberapa doktor telah memberi amaran bahawa kandungannya mempunyai peluang tipis untuk terus hidup, selepas dia didapati berada di luar rahim.
Kerana dan takut menjalani pembedahan dia melarikan diri dari hospital dn mencari rawatan alternatif untuk merawat 'penyakit' yang dialaminya itu di sebuah klinik kecil.
Beberapa bulan kemudian apabila kesakitannya semakin reda, Thakre yakin 'penyakit' yang dialaminya itu telah sembuh.
Bagaimanapun 36 tahun kemudian, Thankre mula berasa kesakitan yang berterusan di bahagian perutnya. Dia kemudian pergi berjumpa beberapa doktor di Institut Sains Perubatan di NKP Salve di pusat bandar India, Nagpur.
Beberapa doktor mendapati terdapat ketulan di sebelah kanan perut wanita tersebut dan satu proses sonografi dan imbasan tomografi berkomputer (CT) dilakukan dan menemui sejumlah tulang di dalam perutnya.
Ketua pakar bedah di institut itu, Dr. Murtaza Akhtar berkata, wanita itu merungut mengalami kesakitan yang berterusan di bahagian perutnya dan menghadapi masalah untuk membuang air, diikuti mengalami demam panas yang teruk.
"Selepas membuat pemeriksaan kami menemui ketumbuhan di bahagian kanan perutnya tapi kami bimbang ia adalah barah.
"Selepas menjalani proses imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan CT , hasil pemeriksaan itu mendapati ia merupakan sejumlah tulang matang di dalam perut wanita berkenaan," katanya.
Pakar Bedah, Dr. Mohammad Yunus Shah berkata, beliau percaya kejadian itu merupakan kes kehamilan luar rahim paling lama direkodkan selama 46 tahun berbanding satu kes sebelum ini selama 18 tahun di Belgium.

No comments: