Pages

Saturday, August 23, 2014

Rindu kawan dipenjara



Xin’an (China): Seorang bekas banduan di wilayah Henan ini ditahan selepas dia memfailkan laporan palsu untuk membolehkannya masuk semula ke penjara bagi menemui seorang rakan lama yang masih dalam tahanan.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Hou, ditahan pada 16 Ogos lalu selepas dia melaporkan mengenai satu pergaduhan di daerah Xincheng.

Polis yang tiba di tempat kejadian berkata, mereka tidak menemui sebarang kejadian pergaduhan, sebaliknya disambut Hou bersama-sama dua botol arak di tangannya.

Hou kemudian memecahkan tingkap kereta polis dengan botol arak itu sebelum rebah.



Dia ditahan anggota berkenaan atas dakwaan mengganggu ketenteraman awam dan membuat laporan palsu.

Hou kemudian berkata, dia sunyi selepas dibebaskan dari penjara tahun lalu.

“Saya mahu bersama kawan dan menikmati ketenteraman dalam penjara,” katanya kepada polis.

Lelaki itu mula dipenjara pada 2008 atas tuduhan merompak.


Selepas dibebaskan, dia sekali lagi dipenjara 17 bulan atas dakwaan cuba mencederakan seseorang pada 2013.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

No comments: