Pages

Monday, October 31, 2011

Tiga penganut Buddha ditembak mati di selatan Thailand



31/10/2011 2:40am

NARATHIWAT 31 Okt - Sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali menembak mati tiga penganut Buddha di sebuah stesen minyak di wilayah bergolak selatan Thailand, kelmarin.
Antara yang terkorban termasuk seorang lelaki berusia 75 tahun yang ditembak mati di bahagian kepala semasa mangsa sedang mengisi minyak motosikalnya.
Seorang lagi mangsa merupakan wanita yang ditembak di hadapan kedai runcit di stesen tersebut.
Bagaimanapun, tiada penangkapan dibuat setakat ini. - AFP

Syria beri amaran kepada Barat




Gambar dikeluarkan Agensi Berita Syria pada 27 Oktober lalu merakamkan beribu-ribu penduduk Syria mengadakan perhimpunan di bandar Latakia, utara Damsyik bagi menunjukkan sokongan mereka kepada Bashar al-Assad – AFP


LONDON 30 Okt. – Presiden Syria, Bashar al-Assad memberi amaran, kuasa-kuasa Barat bakal mencetuskan ‘gempa bumi’ yang akan memusnahkan seluruh Asia Barat jika mereka campur tangan di negaranya.
Assad dalam wawancara dengan akhbar Sunday Telegraph dari Britain hari ini berkata, negara-negara Barat sudah pasti akan meningkatkan tekanan ‘tetapi Syria berlainan daripada segala segi berbanding Mesir, Tunisia dan Yemen kerana sejarahnya berbeza dan politiknya juga berbeza’.
Assad berkali-kali dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Liga Arab dan kerajaan Barat kerana menggunakan kekerasan dalam usaha untuk menghancurkan pemberontakan di negara itu sejak tujuh bulan lalu.
Aktivis berkata, tentera Syria membunuh lebih 50 penduduk awam dalam tempoh 48 jam lalu dan sekumpulan askar yang berpaling tadah disyaki membunuh 30 askar kerajaan dalam pertempuran di bandar Homs dan dalam serangan hendap di wilayah Idlib, semalam.
“Syria kini menjadi hab di rantau ini dan ibarat garisan gelinciran dan jika anda mengganggu bumi, anda akan mencetuskan gempa bumi,” tegas Presiden Syria itu.
Beliau bertanya kepada kuasa Barat, sama ada mereka mahu melihat Syria menjadi seperti Afghanistan atau berpuluh-puluh Afghanistan.
“Sebarang masalah di Syria akan membakar seluruh rantau ini dan jika ada rancangan untuk memecahbelahkan Syria, seluruh rantau ini akan berpecah belah,” ujar beliau.
PBB menganggarkan 3,000 orang termasuk hampir 200 kanak-kanak terbunuh dalam pemberontakan di Syria sejak protes bermula pada Mac lalu.
Pihak berkuasa Syria mendakwa keganasan itu berpunca daripada kumpulan bersenjata yang telah membunuh 1,100 askar dan anggota polis.
Assad berkata, berbanding pemimpin Arab yang digulingkan dalam revolusi Arab itu, beliau memberikan tindak balas berbeza.
“Kami tidak mengambil pendekatan sebuah kerajaan yang keras kepala, sebaliknya enam hari selepas protes bermula, saya memulakan pembaharuan dan masalah mula berkurangan.
“Ketika itulah arus mula berubah dan rakyat mula menyokong kerajaan,” katanya kepada Sunday Telegraph.
Sementara itu, Assad dijangka terus mendapatkan sokongan dari Rusia walaupun kerajaannya dikritik hebat ekoran tindakan keras yang diambil terhadap penunjuk perasaan.
“Syria bergantung kepada Rusia kerana kedua-dua negara ini mempunyai hubungan yang kukuh dari segi sejarah dan peranannya sangat penting,” katanya. – Reuters

Mangsa gempa terdedah cuaca sejuk




Sebuah keluarga mangsa gempa di Turki berlindung di dalam khemah yang dibina dekat sebuah stadium yang dijadikan pusat penempatan mangsa gempa di bandar Ercis, semalam. - REUTERS


ERCIS 30 Okt. - Seminggu selepas timur Turki dilanda gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Ritcher, mangsa bencana yang terselamat kini berhadapan 'ancaman' musim sejuk yang bakal tiba tidak lama lagi.
Ini kerana kebanyakan mereka yang hilang tempat tinggal ekoran kediaman masing-masing musnah dalam bencana itu mendakwa masih belum memiliki khemah bagi menghadapi musim tersebut.
Mangsa turut mendakwa, proses pembahagian bantuan khemah tidak terurus, ada yang dicuri termasuk dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Besir Atalay berkata, bantuan khemah adalah mencukupi dan setakat ini pihak berkuasa telah menyerahkan SEBANYAK 35,000 khemah kepada mangsa.
''Ekoran adanya dakwaan dan rungutan mangsa, kita akan mengenal pasti keperluan bantuan khemah menerusi lawatan pada waktu malam dan bukannya berdasarkan kepada kehendak rakyat,'' tegasnya.
Setakat semalam, korban rasmi mangsa gempa meningkat kepada 596 orang dengan bandar Ercis adalah yang paling teruk terjejas apabila mencatat 455 kematian.
Antara yang terkorban ialah 10 orang guru-guru muda yang ketika kejadian sedang meraikan majlis pertunangan rakan mereka di sebuah kafe di Ercis.
Kebanyakan mereka merupakan guru muda yang baru memulakan tugas mengajar di bandar berkenaan. - REUTERS

Penghuni ketujuh bilion lahir hari ini



NEW YORK 30 Okt. – Penghuni dunia yang ketujuh bilion dijangka lahir esok.
Kebanyakan negara di dunia sedang bersiap sedia meraikannya dengan mengadakan majlis sambutan serta pelbagai acara keramaian.
Namun, bagi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon (gambar), kegembiraan tersebut bukanlah perkara yang ‘menyenangkan’.
“Tidak kira sama ada bayi yang bakal dilahirkan itu perempuan atau lelaki, dia bakal berdepan dengan percanggahan dunia.
“Kita memiliki jumlah makanan yang banyak, namun masih terdapat golongan manusia yang tidur dalam keadaan lapar setiap hari,” katanya pada sesi wawancara dengan majalah Times.
Pada 12 Oktober 1999, bayi lelaki warga Bosnia yang diberi nama Adnan Mevic menjadi penghuni keenam bilion dunia.
Keluarga bayi tersebut, bagaimanapun kini berdepan dengan masalah kemiskinan di Sarajevo.
“Kelahiran bukan menceritakan mengenai nombor, namun ia tentang kehidupan.
“Tujuh bilion manusia memerlukan bekalan makanan yang mencukupi, bekalan tenaga, peluang pekerjaan dan pendidikan serta hak kebebasan termasuk membesarkan anak-anak dalam keadaan yang aman dan selamat,” katanya kepada sebuah sekolah di sini pada minggu lepas.
Sehubungan itu, pemimpin badan dunia itu, akan membawa isu mengenai pertambahan populasi dan krisis ekonomi dunia ke Sidang Kemuncak Kumpulan 20 di Perancis pada minggu depan bagi mengelak berlaku kejadian protes seperti di negara-negara Arab.
“Protes yang berlaku disebabkan ekonomi tidak stabil dan kelemahan pentadbiran sesebuah negara,” katanya dalam surat yang dihantar kepada kumpulan pemimpin yang bakal menyertai sidang tersebut pada 3 dan 4 November ini. – AFP

Banjir di Thailand jadi isu politik




beberapa kapal terbang tersadai di lapangan terbang Don Muang di Bangkok akibat banjir, semalam. - REUTERS


BANGKOK 30 Okt. - Banjir yang melanda ibu negara Thailand kini bertukar menjadi isu politik, menggambarkan perpecahan yang masih wujud di negara ini, selepas setahun tercetus kekacauan politik yang mengakibatkan jumlah korban yang tinggi.
Pemerhati berkata, usaha persediaan menghadapi banjir dibayangi mesej yang bercanggah daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan pihak berkuasa tempatan, ketika kedua-dua pihak ingin mendapat sokongan politik rakyat.
Gambaran perpecahan ketika menghadapi bencana alam itu memadamkan harapan ia akan menyatupadukan parti-parti politik selepas mengalami ketidakstabilan politik sejak tentera merampas kuasa daripada Thaksin Shinawatra abang Yingluck pada 2006.
''Ini bukan lagi isu bencana alam. Ia menjadi satu permainan politik yang ganas. Ini merupakan satu persaingan walaupun ketika kemuncak krisis.
''Ia mendedahkan keadaan sebenar di Thailand, menggambarkan perpecahan dalam masyarakat di mana ideologi politik membayangi tanggungjawab awam dan keselamatan negara,'' kata seorang penganalisis politik dari Institut Pengajian Asia Tenggara di Singapura, Pavin Chachavalpongpun. - AFP
-utusan

Niger undang pemberontakan jika serang Saif al-Islam



NIAMEY 30 Okt. - Niger mengundang pemberontakan daripada kaum nomad Tuareg di utara negara ini jika kerajaan Niger menyerah anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al-Islam kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague.
Saif kini dipercayai dalam perjalanan menuju ke Niger atau sudah pun berada di negara Afrika Barat ini, yang bersempadan dengan selatan Libya.
Niamey berjanji untuk menunaikan komitmennya kepada ICC tetapi penyerahan Saif kepada mahkamah itu boleh mencetuskan kekacauan di kawasan Sahara, di mana Gaddafi pernah memberi perlindungan kepada puak nomad yang bangkit memberontak menentang kerajaan pusat, yang menganggap Gaddafi sebagai wira.
Menurut ICC, Saif, 39, menghubungi mahkamah itu menerusi perantara berhubung cadangannya untuk menyerah diri, tetapi ICC juga menerima maklumat askar upahan cuba membawanya secara diam-diam ke sebuah negara Afrika.
Pegawai Libya berkata, Saif mahu mengelak daripada ditangkap oleh tentera kerajaan sementara Libya yang membunuh bapanya lebih seminggu lalu.
Niger enggan mengulas tentang kenyataan para pemimpin tempatan di utara negara ini bahawa Saif dipercayai sudah pun berada di banjaran gunung yang merentangi sempadannya dengan Algeria dan Mali.
Seorang pegawai kanan Niger di wilayah Agadez, utara negara ini, menyebut mengenai rancangan Saif dan bekas ketua perisikan Libya, Abdullah al-Senussi, kedua-duanya dikehendaki oleh ICC kerana jenayah perang, untuk melarikan diri.
"Senussi dibawa keluar dari Mali menuju ke sebuah negara yang tidak menandatangani konvensyen ICC.
"Saya pasti kedua-dua mereka (Senussi dan Saif) dibawa keluar dengan kapal terbang, Senussi dari Mali, Saif dari Niger," katanya.
Seorang ahli Parlimen dari utara Mali, Ibrahim Assaleh Ag Mohamed bagaimanapun, menafikan Senussi berada di negaranya dan berkata, Senussi serta Saif tidak akan diterima jika mereka cuba masuk ke Mali. - Reuters

Bekas tentera Kanada bantu anak Gaddafi



MONTREAL 30 Okt. - Seorang bekas tentera Kanada mengaku membantu anak lelaki Muammar Gaddafi, Saadi melarikan diri dari Libya pada bulan lalu selepas pemberontak menguasai Tripoli.
Bekas tentera itu yang menjadi pengawal keselamatan Saadi, Gary Peters berkata, dia merupakan sebahagian daripada kumpulan yang membawa anak ketiga Gaddafi itu lari ke selatan sempadan Libya untuk memasuki Niger.
''Saya bukan askar upahan. Saya hanya bertugas melindungi seseorang. Apabila kami ke luar negara, saya tidak terlibat dalam sebarang konflik. Itu kerja askar upahan.
''Melindungi? Ya. Menembak? Ya. Tetapi saya hanya melindungi 'bos' saya,'' katanya.
Peters, yang memiliki status penduduk tetap Kanada, kembali ke Toronto pada September lalu.
Dia mengalami kecederaan di bahu kiri akibat terkena tembakan ketika konvoinya cuba memasuki semula Libya selepas membawa Saadi keluar.
Baru-baru ini, Interpol mengeluarkan notis merah kepada Saadi berdasarkan dakwaan dia menggelapkan harta dan terlibat dengan 'ugutan menggunakan senjata' ketika mengetuai Persekutuan Bola Sepak Libya.
Saadi juga berdepan sekatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) kerana mengarahkan unit tentera terlibat dalam tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan di Libya.
Peters berkata, dia mula bertugas dalam perkhidmatan keselamatan ahli keluarga Gaddafi sejak 2004.
Katanya, dia juga ditugaskan mengawal anak-anak Gaddafi yang lain termasuk Saif al-Islam dan Hannibal.
''Saya juga membantu mengawal Hannibal dan Aisha ketika mereka melarikan diri ke Algeria,'' ujarnya.
Peters turut memberi amaran konflik di Libya tidak akan berakhir walaupun selepas kematian Gaddafi. - AFP

Pelajar 14 tahun hilang pada hari peperiksaan




SITI Hajar Osman (kiri) dan suaminya, Muhammad Zuki Jahaya menunjukan gambar Nur Ainina Adila setelah menghilangkan diri di Kampung Perenggan Lunas di sini, semalam.


PADANG SERAI 30 Okt. - Sepasang suami isteri bimbang setelah anak bongsu mereka hilang tanpa khabar berita pada hari peperiksaan akhir tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas di sini, Isnin lalu.
Anak keempat pasangan itu, Nur Ainina Adila Muhammad Zuki, 14, dari Kampung Perenggan Lunas di sini, dikesan datang ke sekolah pukul 11.25 pagi pada hari berkenaan.
Ibunya, Siti Hajar Osman, 44, berkata, anaknya itu yang dilihat hadir ke sekolah selepas dihantar oleh ibu saudaranya dengan motosikal bagaimanapun tidak masuk ke kelas.
"Rakan-rakannya beritahu dia tidak masuk kelas pada hari itu untuk peperiksaan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Katanya, setelah Nur Ainina Adila tidak pulang ke rumah, dia segera menghubungi pihak sekolah tetapi gagal mengesan anaknya tersebut.
Siti Hajar berkata, anak-anaknya yang lain termasuk dua kakak kepada Nur Ainina Adila iaitu Nurul Izaty, 20, Nurul Fahani, 19, dan abangnya, Mohd. Farhan Izzat, 15, turut risau kehilangan adik mereka.
"Kami sendiri tidak tahu dia pergi ke mana. Kami runsing apatah lagi dia merupakan seorang yang banyak berahsia, bila orang suruh apa, dia terus buat," tambahnya.
Bapa pelajar itu, Muhammad Zuki Jahaya, 47, pula berkata, aduan mengenai kehilangan anaknya yang dipanggil Nina atau Dikna itu telah dibuat di Balai Polis Lunas selepas kehilangannya.
Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai anaknya itu supaya menghubungi balai polis berdekatan atau Muhammad Zuki di talian 019-5253307 atau Siti Hajar 019-5033091.
-utusan

Pelajar antarabangsa turun ke bendang tanam padi




sebahagian pelajar antarabangsa (dari kiri), Simon Uuoletz (Jerman), Sharon Ferrari (Itali), Kozue Toyama (Jepun), Kathi Goetc (Jerman) dan Alice Paccamiccio (Itali) gembira turun ke sawah untuk menanam padi secara tradisional di Kampung Sungai Bakong, Kangar, Perlis, semalam.


KANGAR 30 Okt. – Sekumpulan 10 pelajar, yang kebanyakannya dari Jerman, hari ini meredah lumpur untuk menikmati pengalaman menanam padi secara tradisional di Kampung Sungai Bakong dekat sini menerusi program Mai Turun ke Bendang.
Mereka yang memakai pakaian tradisional masyarakat petani Perlis adalah para peserta program pertukaran pelajar Antarabudaya Malaysia yang berada di sini antara tiga bulan dan setahun.
Para peserta itu bukan sahaja mendalami budaya hidup masyarakat tempatan tetapi ada di antaranya yang boleh menguasai bahasa Melayu dalam tempoh yang singkat.
Bagi Meveen Patzelt, 19, dari Jerman, dia gembira dapat mengenali budaya masyarakat tempatan dan tidak berasa sukar untuk bergelumang dengan lumpur sawah walaupun ia pengalaman pertama.
Pelajar perempuan yang boleh bertutur bahasa Melayu teruja dengan kegiatan penanaman padi secara tradisional yang masih diamalkan meskipun industri padi di negara ini sedang menuju proses kemodenan.
Seorang lagi peserta perempuan program itu, Daniela Reiter, 15, berkata, pengalaman turun ke sawah yang diusahakan penduduk tempatan, Othman Ludin, 60, itu tidak mungkin diperoleh di negara kelahirannya, Jerman.
Reiter yang telah lebih tiga bulan berada di negara ini juga boleh bertutur bahasa Melayu dan teruja dengan keindahan budaya masyarakat di sini.
Pengerusi Lembaga Pengarah Antarabudaya Malaysia, Yahya Mat Hassan berkata, setiap tahun 300 peserta terbabit dengan pertukaran pelajar iaitu 200 pelajar negara ini yang menyertai program di luar negara dan 100 pelajar asing memasuki negara ini.
Beliau berkata, Antarbudaya Malaysia yang wujud sejak 54 tahun lalu bernaung di bawah AFS (American Field Service) yang diperkenalkan 10 tahun lepas.
Yahya berkata, saban tahun AFS mengatur pertukaran kira-kira 12,000 pelajar daripada 70 buah negara yang sekali gus mewujudkan 400,000 sukarelawan yang terdiri daripada keluarga angkat, jiran keluarga angkat dan bekas-bekas peserta program pertukaran pelajar.
Menurutnya, AFS adalah pertubuhan bukan mencari keuntungan tetapi berusaha mewujudkan suasana selamat dan aman di kalangan negara-negara peserta melalui program seumpama itu.
Kesan daripada program itu, AFS dapat melahirkan masyarakat yang terbuka dan mengamalkan nilai hidup yang baik termasuk bertoleransi, menghormati budaya dan agama kaum lain dan berintegriti.
Sebelum itu, isteri Menteri Besar Perlis, Datin Seri Asiah Asmuni melancarkan program “Mai Turun ke Bendang” dengan harapan ia dapat dijadikan acara tahunan.
Ini kerana kehadiran para pelajar antarabangsa ke kawasan bendang boleh mendedahkan mereka kepada kehidupan masyarakat Melayu yang kaya dengan keunikannya termasuk melalui amalan penanaman padi secara tradisional.
Beliau kemudiannya menyaksikan kegirangan para pelajar berkenaan menanam padi dengan lumpur turut melekat di wajah mereka ketika kerja-kerja penanaman itu. – BERNAMA.
-utusan

Gempa 6.5 magnitud gegar Taiwan





2011/10/30

TAIPEI: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 magnitud melanda timur laut Taiwan awal pagi tadi, namun tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

Biro Pusat Kaji Cuaca Taiwan berkata, gempa itu berlaku di laut, kira-kira 141 kilometer (km) di timur daerah Keelung, Taiwan. Keelung terletak kira-kira 28 km di timur bandar Taipei. - AP

Gempa bumi sederhana landa Sumatera Selatan





2011/10/30

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter berlaku di Sumatera Selatan di Indonesia pada 7.52 petang ini. 

Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan gempa bumi itu berpusat di 617 kilometer barat daya Johor dan 120 kilometer barat laut Bengkulu, Indonesia.
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - BERNAMA

Gadis sunti mangsa buli hilang



MUHD. ZUKI menunjukkan laporan polis manakala Siti Hajar memegang gambar Nur Ainina yang dilaporkan hilang selepas dihantar ke sekolah di Lunas baru-baru ini.


KULIM – Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas dekat sini pada Isnin lalu dipercayai tidak tahan dibuli serta diejek rakan-rakan semata-mata kerana dia lembam dan ketinggalan dalam pelajaran.
Misteri kehilangan Nur Ainina Adila Muhd. Zuki, itu bermula selepas ibu saudaranya, Rosnah Ahmad menghantar gadis itu ke sekolah dengan motosikal untuk sesi persekolahan petang.
Rosnah bagaimanapun mulai resah apabila mendapati anak buahnya itu masih tidak muncul selepas sesi persekolahan tamat petang hari kejadian.
“Dia (Rosnah) menunggu Nur Ainina sehingga 30 minit tetapi anak saya itu masih tidak muncul dari dalam kawasan sekolah,” kata bapa pelajar itu, Muhd. Zuki Jahaya, 47, kepada pemberita di rumahnya di Kampung Perenggan, Lunas semalam.
Menurutnya, mereka diberitahu oleh beberapa kawan sekelas anaknya itu yang Nur Ainina sebenarnya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

Bangkai kapal selam Jepun Perang Dunia Kedua ditemui



SEBAHAGIAN badan kapal selam tentera Jepun yang ditemui di luar pantai Rabaul, Papua New Guinea.


CANBERRA - Sebuah kapal selam tentera Jepun pada era Perang Dunia Kedua ditemui di dasar laut Papua New Guinea semasa satu pemeriksaan mengesan bahan letupan.
Kapal perang Australia dan New Zealand menemui kapal selam itu 55 meter di dalam dasar laut pada Khamis lalu.
Sebahagian bangkai tersebut ditemui tertanam di dalam dasar laut. - Agensi

-kosmo

Papan luncur dibaham jerung



SEORANG pengawal pantai memegang papan luncur Eric Tarantino yang mempunyai kesan gigitan seekor ikan jerung di pantai Marina State, California kelmarin.


MONTEREY, California - Seekor ikan jerung yang menyerang seorang peluncur ombak kelmarin di sebuah pantai di California, menggigitnya di leher dan lengan kanannya sebelum dia dihantar ke sebuah hospital.
Menurut akhbar Monterey Herald, si mangsa, Eric Tarantino, 27, diserang pada pukul 7 pagi waktu tempatan, beberapa minit selepas dia dan rakan-rakannya berada di laut di pantai Marina State.
Laporan akhbar itu menyatakan terdapat kesan gigitan ikan jerung tersebut pada papan luncurnya yang berwarna merah.
Rakan Tarantino, Brandon McKibben membantunya keluar dari laut.
Beberapa peluncur lain menggunakkan tuala untuk menghentikan pendarahan yang dialami Tarantino. - Agensi
-kosmo

Pelacur pakai topeng tengkorak




SEBAHAGIAN pekerja seks memakai topeng tengkorak dalam satu perarakan di bandar raya Mexico kelmarin.


BANDAR RAYA MEXICO - Lebih 100 pekerja seks memakai topeng tengkorak dalam satu perarakan di sini kelmarin.
Mereka memakai topeng itu dan berarak bagi memperingati kematian beberapa pekerja seks terutamanya yang mati akibat pembunuhan ganas. - Reuters

Dua wanita dedah payudara ditangkap




DUA wanita yang tidak memakai baju memanjat pagar semasa mereka membuat tunjuk perasaan di depan Stadium Lviv, Ukraine kelmarin.


LVIV, Ukraine - Dua wanita yang mendedahkan payudara dalam satu tunjuk perasaan menentang pelancongan seks, pelacuran dan penjualan minuman keras semasa Pusingan Akhir Kejohanan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah berlangsung pada tahun depan ditangkap polis di sini kelmarin.
Kedua-dua mereka yang tidak memakai baju dan hanya berseluar panjang membuat tunjuk perasaan tersebut di depan Stadium Arena Lviv.
Mereka yang merupakan anggota hak asasi wanita yang dikenali sebagai FEMEN membuat tunjuk perasaan itu sebelum majlis pembukaan stadium berkenaan berlangsung.
Stadium itu menjadi salah satu lokasi pertandingan kejohanan tersebut. - Agensi
-kosmo

Kutip najis musang dapat RM704.83 sehari




BIJI kopi yang dikeluarkan musang menerusi najis di pergunungan Malarayat di Lipa, Filipina.


LIPA, Filipina - Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi.
Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperoleh pendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu.
Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman.
Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila.
Namun, di Amerika Syarikat (AS), laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam dijual pada harga AS$49 (RM150.16).
Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram.
Musang yang tinggal di atas pokok itu memakan biji kopi sebelum mengeluarkannya menerusi najis.
Enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri. - AFP

Salji luar musim turun di AS




BEBERAPA orang berjalan semasa salji turun di New York kelmarin.


NEW YORK - Situasi sejuk beku melanda pantai timur Amerika Syarikat (AS) kelmarin selepas satu ribut salji yang ganjil menyebabkan tiga orang maut.
Ribut itu juga mengakibatkan penerbangan ditangguhkan dan bekalan elektrik terputus.
Musim salji yang berlaku awal dalam sejarah AS itu menyebabkan kekecohan berlaku dalam pengangkutan udara, kereta api dan jalan raya dari Washington sehingga ke Boston.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS memberi amaran bahawa bergerak pada waktu malam mungkin menjadi terlalu bahaya.
Seorang mati di Connecticut dalam nahas jalan raya akibat jalan raya yang berais, menurut laporan media.
Di Massachusetts, satu tiang elektrik tumbang menyebabkan seorang lelaki terkena renjatan elektrik.
Sebatang pokok juga tumbang mengakibatkan seorang individu terbunuh di Pennsylvania.
Seramai dua juta orang tidak mendapat bekalan elektrik dalam zon ribut.
Gabenor New Jersey, Chris Christie mengisytiharkan darurat di negerinya kerana situasi cuaca yang teruk.
Dia membuat kenyataan itu di laman Twitter.
Menurutnya, hampir, 500,000 orang tidak mendapat bekalan elektrik di New Jersey.
Beliau meminta penduduk supaya tinggal dengan selamat dan menjauhi jalan raya.
Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, para penumpang pesawat terpaksa berdepan dengan penangguhan penerbangan selama enam jam yang berlepas ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Newark.
Masalah yang sama turut berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kennedy di New York.
Sementara itu, di White House, Presiden AS, Barack Obama dan isterinya tidak membiarkan cuaca menjejaskan sambutan Halloween.
Kedua-dua mereka memberikan gula-gula dan makanan kering kepada kanak-kanak yang memakai kot yang basah.
"Marilah memberikan gula-gula. Saya tahu ia sejuk," kata Obama. - AFP
-kosmo

Harapan hindar banjir di Bangkok



BEBERAPA pekerja dan anggota sukarelawan meletakkan beg pasir di sebatang jalan raya yang dilanda banjir di Bangkok, Thailand semalam. - Agensi


BANGKOK – Kerajaan meletakkan harapan baharu dalam memastikan pusat bandar raya ini terhindar banjir apabila berjaya melepasi ujian paling sukar kelmarin yang melangkaui jangkaan pihak berkuasa.
Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berkata, pusat bandar raya itu mampu mendepani cabaran jika benteng banjir yang diuji hebat kekal kekal teguh esok susulan aliran air bah yang besar dari utara dan tengah negara.
Ibu negara ini menghadapi cabaran sukar apabila kira-kira 10 bilion meter padu aliran air bah melintasinya sebelum memasuki Teluk Thailand, manakala air pasang besar selama tiga hari sejak kelmarin menyukarkan lagi air itu mengalir ke laut.
Selain bencana semula jadi, pihak berkuasa juga berdepan dengan isu beberapa penduduk cuba merobohkan benteng banjir yang menyebabkan banjir teruk di kawasan mereka.
Yingluck menggesa mereka agar menghentikan perbuatan itu memandangkan kerajaan sedang berusaha mencari jalan menangani bencana banjir terburuk dalam tempoh lima dekad yang melanda negara sekarang.
Harapan bahawa pusat bandar raya dapat diselamatkan daripada banjir itu timbul memandangkan impak bah yang melanda ibu kota tidak seteruk yang dijangkakan.
Pada awalnya kerajaan menjangka seluruh Bangkok akan ditenggelami air antara 0.5 sehingga 1.5 meter, khususnya ketika air pasang besar menyebabkan pihak pemerintah mengisytiharkan cuti khas bermula 27 Oktober lalu hingga hari ini bagi pejabat kerajaan di kawasan dilanda banjir.
Malah, menerusi pengumuman pada Jumaat lalu itu juga kerajaan meminta penduduk di ibu kota agar meninggalkan bandar raya ini susulan ramalan banjir besar.
Pelan pemindahan besar-besaran juga dirangka dengan pusat pemindahan turut meliputi kawasan yang tidak dilanda banjir.
Kebimbangan pihak berkuasa itu berikutan semua tembok banjir di bahagian utara dan tengah roboh mengakibatkan banjir besar di wilayah berkenaan.
Bagaimanapun, ancaman banjir serius masih wujud susulan tebaran banjir yang luas di utara dan barat Bangkok.
Aliran air bah telah menembusi sesetengah kawasan di daerah Chatuchak, Lad Phrao dan Wang Tonglang yang terletak di dalam Bangkok yang bersempadan dengan pusat ibu kota.
Pasar Chatuchak, pasar hujung minggu popular bagi rakyat tempatan dan pelancong yang menempatkan 10,000 kedai dan menghasilkan pendapatan 10,000 bilion Baht (RM1 bilion) setahun, ditutup semalam apabila sebahagian daerah itu dilanda bah.
Daerah Don Mueang di utara Bangkok hampir 100 peratus dilanda banjir semalam, kata Gabenor Bangkok, Sukhumband Paribatra.
Daerah Thawi Wattan dan Bang Phlad di barat Bangkok juga masih mengalami banjir serius, manakala Dewan Bandaraya kini memantau daerah Taling Chan yang mungkin dilanda bah teruk, katanya.
Banjir juga dilapor telah melanda sesetengah bahagian di daerah Phra Khanong dan Yannava yang terletak hampir dengan pusat bandar.
Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi masih terselamat daripada banjir setakat ini walaupun Lapangan Terbang Don Mueang yang mengendalikan kebanyakan penerbangan domestik ditutup seminggu sejak Selasa lalu.
Kira-kira satu pertiga daripada negara ini masih dilanda banjir yang berlaku secara berperingkat sejak 25 Julai lepas, membabitkan dua juta penduduk dari 26 wilayah di bahagian utara dan tengah.
Angka kematian direkodkan pada 381 setakat semalam. – Bernama

Sunday, October 30, 2011

KEHANCURAN ISRAEL di TAHUN 2022

KEHANCURAN ISRAEL di TAHUN 2022

Penulis Buku : Dr.Bassam Nahad Jarrar
Dalam buku ini penulis membicarakan dua perkara utama. Pada bagian pertama penulis menguraikan beberpa ayat Alquran surat Al Isra’ dengan metode tafsir analitik. Dari sini disimpulkan bahwa dua janji Alloh kepada Bani Israil yang diturunkan dalamus_israel_flag2 kitab Taurat dan Al quran baru terlaksana sekali.Berarti masih akan terjadi sekali lagi, lalu kapan itu terjadi? Untuk menjawab pertanyaan ini penulis menggunakan sebuah pendekatan baru yang dinamakan “ta’wil matematik” dengan angka 19 sebagai dasarnya. Dengan angka 19 itu penulis mengalikan jumlah huruf, kalimat atau angka tertentu yang diperoleh dari ayat Quran. Hasilnya adalah keajaiban dan menunjukkan kemukjizatan AlQuran karena disitu diperolehlah angka 2022 sebagai tahun diprediksikannya israil Hancur.
# BAGIAN PERTAMA :
Tafsir Ayat-ayat Surat Al Isra tentang Kehancuran Israel.
Peristiwa isra’ mi’raj terjadi satu tahun sebelum Nabi berhijrah ke Madinah. Pada saat itu peristiwa tentang kejatuhan bangsa Yahudi sudah berlalu, kurang lebih selama 500 tahun. Rentang waktu yang cukup lama. Setelah peristiwa isra’ mi’raj tersebutlah permulaan surat Al isra’ atau yang juga disebut Bani Israil diturunkan. Yang menarik, peristiwa isra’ mi’raj Rosul hanya disebut dalam satu ayat saja dalam surat Bani Israil tersebut yaitu Ayat ke 1 (Buka QS Al Isra : 1).
Setelah itu mulai Ayat 2 pembicaraan dilanjutkan tentang :
“Dan telah kami berikan kepada Musa Kitab (Taurat) dan Kami telah menjadikannya sebagai petunjuk untuk Bani Israil,(dan diwasiatkan kepada mereka) agar kamu janganlah menjadikan wakil (penolong untuk tempat menyerahkan segala urusan) dari selain-Ku?” (QS Al Isra :2)
dilanjutkan QS Al Isra : 4-6
Muncul pertanyaan , apakah hubungan Musa,Bani Israil, dan peristiwa Isra’ ?
Dalam Kitab Taurat, Tuhan telah memutuskan bahwa bani Israil akan memasuki bumi yang diberkati (Palestina). Bahkan disana mereka akan mendirikan pemerintahan. Tetapi kemudian mereka membuat kerusakan besar sehingga menyebabkan Alloh menghukum mereka dengan cara mengirim hamba2-Nya yang tangguh. Setelah kerajaan mereka binasa, mereka diusir dan dicerai beraikan.Perkara ini juga telah dikabarkan Alloh dalam Qs Al maidah :21
“Wahai kaumku masuklah kedalam bumi (Palestina) yang disucikan, yang Alloh telah tetapkan buat kamu.”
Namun kaum Bani israil kembali membuat kerusakan. Ini dimulai sejak kedua nabi Alloh Dawud dan Sulaiman wafat. Orang2 Bani Israil terpecah menjadi 2 bagian yang saling membuat kemungkaran.
Nabi Sulaiman sendiri wafat tahun 935 SM. Setelah itu sebanyak 12 suku bangsa Yahudi membelot. Seiring kerusakan dan kebobrokan moral yang semakin menjadi,serangan musuh pun datang bertubi-tubi. Dimulai dari serangan bangsa Mesir, Lalu yang paling dahsyat adalah serangan dari bangsa Assiria dan Babilonia. Dalam muqadimah Kitab raja-raja Kedua disebutkan bahwa Bangsa Assiria menyerang pada tahun 722 SM pada bagian utara. Pada tahun 586 SM Bangsa babilonia menghancurkan Kerajaan Israil bagian selatan. Disini kita melihat bahwa Kedua bangsa ini lah yang menjadi pelaksana ketentuan Alloh.
Setelah kehancuran Israel oleh bangsa Babilonia, tidak ada lagi negara atau kerajaan Israel Yahudi yang lahir kembali kecuali baru pada tahun 1948 M di bumi Palestina.
Kenapa nubuta ini diberitakan sekali lagi dalam Al quran setelah berlalu hampir 1800 tahun sejak diturunkan pertama kali dalm kitab Taurat? Jawabnya : Seandainya pengkabaran kedua janji Alloh itu telah terbukti sebelum kedatangan Islam, niscaya kita akan sulitmemahami hubungan Bani Israil, Musa, dan peristiwa Isra’ Mi’raj nya Rosulullah. Adapun apabila janji Alloh yang pertama sudah terbukti, lalu janji Alloh yang kedua baru akan terjadi dimasa depan umat Islam, dan sekarang Umat Islam masih menunggu berlakunya janji Alloh yang kedua itu, seperti yang difirmankan Alloh dalam surat Al Isra’ ayat 4-5.
Tafsir Analitik
Dalam bukunya, penulis membuatkan penjelasan tentang Tafsir analitiknya dari QS Al Isra’ ayat 4-5.
“ Dan kami tetapkan kepada Bani Israil di dalam kitab (Taurat),sesungguhn ya kamu akan membuat kerusakan di bumi (Palestina) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.” (QS Al Isra’:4)
“Maka apabila telah tiba janji pembalasan (atas kejahatanmu) untuk kali yang pertama dari dua (janji pembalasan), Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang tangguh dan hebat serangannya, lalu mereka menjelajah (merajalela) di segala pelosok kampung-kampung. Dan (peringatan ini) adalah sebuah janji yang pasti ditunaikan.” (QS Al Isra’:5)
Kembali untuk memenuhi janji Terakhir.
Orang-orang Yahudi yang telah tercerai berai dan terlunta-lunta akhirnya kembali ke bumi yang diberkati dan berusaha mencapai kemerdekaan atau paling tidak mendapatkan pemerintahan otonomi.Hal ini di jelaskan dalam Al quran :
“ Kemudian Kami kembalikan lagi kepada mu kekuasaan dari mereka (yang pernah mengalahkan kamu) dan kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak lelaki yang banyak. Serta kami jadikan kamu kaum yang ramai pasukannya.” (QS AL Isra’:6)
Jika kita teliti kembali dalam realitanya maka berdirinya Negara Israel berdasarkan 6 Unsur , yaitu:
1. Kekuasaan dan negara Israel Yahudi akan dikembalikan sekali lagi kepada mereka setelah berhasil mengalahkan bangsa yang dulu pernah membinasakan kerajaan mereka yang pertama. Berdirinya negara Yahudi kedua dalam sejarah belum pernah terjadi selain pada tahun 1948 M, yaitu setelah berhasil mengalahkan pasukan Arab.(“… kemudian Kami kembalikan lagi kepadamu kekuasaan dari mereka yang pernah mengalahkanmu… .Al Isra’:6)
2. Bangsa Israel dibantu dengan dukungan harta yang melimpah ruah untuk mendirikan negara Israel. (“…dan Kami membantumu dengan harta kekayaan….”).
3. Israel didukung oleh kekuatan para pemuda yang siap berperang untuk mendirikan negara.Terbukti dengan ambisi mereka untuk menghijrahkan pemuda-pemuda yahudi dari berbagai negara ke Palestina, sejak sebelum Israel ada hingga hari ini. (“…dan anak-anak lelaki yang banyak….”)
4. Ketika perang Arab- Israel terjadi,jumlah tentara Yahudi lebih banyak daripada tentara musuhnya (negara Arab). Faktanya pada tahun 1948 jumlah tentara Israel 3x lebih banyak dari tentara Arab.
5. Orang-orang Yahudi berkumpul kembali setelah lama terpecah belah ke seluruh penjuru bumi.
6. Ketika Itu orang-orang Yahudi sudah berasal dar bermacam-macam suku. Adapun kini mereka berasal dari 70 bangsa. (“Maka apabila telah datang janji hukuman yang terakhir, Kami akan mendatangkan kalian dalam keadaan bercampur baur….”,Al Isra’:104)
# BAGIAN KEDUA :
Penjelasan Matematik Terhadap Nubuat Al Quran.
Dalam sebuah makalah yang dibuat oleh Syaikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid – tentang Tata Dunia Baru – diceritakan tentang perkara berikut :
Sewaktu negara Israel berdiri dan diproklamirkan tahun 1948, seorang perempuan tua Yahudi masuk ke rumah ibu Muhammad Ar-Rasyid dalam keadaan menangis. Ketika ditanya kenapa dia menangis padahal orang-orang Yahudi sedang bergembira, dia menjawab “Sesungguhnya berdirinya negara Yahudi ini menjadi sebab mereka akan dibinasakan. Menurut perempuan tua itu bahwa negara Yahudi yang baru berdiri itu hanya akan berumur selama 76 tahun.Menurut Muhammad Ar-Rasyid perkara ini ada kaitannya dengan putaran komet Heli yang punya hubungan erat dengan kepercayaan Yahudi.
Angka 19 dan Nubuat Kehancuran Israel
1. Berdasarkan kabar perempuan Yahudi tadi, negara Israel hanya berumur 76 tahun saja, yakni 19 x 4. Katakanlah 76 tahun itu tahun Qamariyyah , karena Yahudi menggunakan hitungan bulan Qamariyyah. Tahun 1948 M bertepatan dgn tahun 1367 H, Dgn demikian jika perkiraan tadi benar berarti negara Israel akan berlangsung hingga tahun 1367 + 76 = 1443 H.
2. Setiap kalimah dalam surat Al Isra menunjukkan hitungansatu tahun karena kalimatnya yang berjumlah 1556 itu = 1556 tahun (bilangan tahun antara kehancuran kekuasaan israel pertama hingga peristiwa Isra’). Jumlah ayat surat Al Isra’ sebanyak 111 = jumlah ayat dalam surat Yusuf. Dan Kesamaan ini hanya ada dalam dua surat ini saja.Apabila diteliti, surat Yusuf sebenarnya berbicara tentang ke munculan Bani Israil, sedangkan surat Bani Israil berbicara tentang akhir dari kewujudan Bani Israil di muka bumi suci yang diberkati. Setiap ayat dari surat Al Isra sering diakhiri dgn kalimah seperti : wakiilan, syakuuran, nafiiran, lafiifan…semuanya berjumlah 111. Dari jumlah itu jika dibuang beberapa kalimah yang sering diulang-ulang, maka tinggal 76 kalimah, yakni = 19 x 4. Seperti keterangan terdahulu bahwa setiap satu kalimah mewakili bilangan satu tahun. 76 TAHUN ! Ada 4 ayat dalam surat Al Isra yang terdiri dari 19 kalimah, artinya jumlah kalimahnya 19 x 4. HASILNYA SEKALI LAGI adalah 76!!! Seketika terlintas untuk melihat ayat ke 76 yang ternyata berbunyi :
“Dan sesungguhnya benar-benar mereka hampir membuatmu gelisah di negeri (Makkah) untuk mengusirmu daripadanya dan kalau terjadi demikian, niscaya sepeninggalmu mereka tidak akan tinggal melainkan sebentar saja.”(Al Isra:76)
PERHATIKAN, sesudah kata qaliilan (sebentar/sedikit waktu)langsung terdapat nomor ayat yang ke 76!????????
dindino62@yahoo.com: (11) KEHANCURAN ISRAEL di TAHUN 2022:

'via Blog this'