Pages

Friday, September 2, 2011

Saif terus lawan, Saadi sedia menyerah


pix_gal0
Anak Muammar Gaddafi berbeza pendirian ketika dunia sokong pemerintah baru Libya

TRIPOLI: Anak Muammar Gaddafi, Saif al-Islam dan Saadi berbeza pendirian terus melawan rejim baru atau menyerah diri ketika dunia menyatakan sokongan kepada Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) untuk membentuk pentadbiran di negara Afrika Utara itu, semalam.

Saif memberitahu televisyen Syria, al-Rai bahawa dia dan bapanya sihat serta berikrar bahawa mereka akan meneruskan perjuangan dengan menawan semula Tripoli.
“Kami akan mati di negara ini. Tiada siapa akan serah diri. Kami mesti terus lawan siang dan malam hingga tanah air bersih daripada samseng dan pengkhianat.
“Kami mahu beritahu rakyat bahawa kami terus mengorak langkah berjuang dan pemimpin tentera dalam keadaan baik.”

Bagaimanapun, adik Saif, Saadi yang juga bekas pemain bola sepak, memberi maklum balas berbeza ketika ditemuramah televisyen Arab Saudi, al-Arabiya apabila menyuarakan kesediaan berunding dengan rejim baru.

“Saya sedia menyerah diri jika tindakan itu menamatkan pertumpahan darah tetapi saya tidak hanya mewakili diri sendiri dan bagi mencapai penyelesaian secara aman krisis ini, kita perlu duduk semeja untuk berunding. Perkara paling utama ialah menghentikan pertumpahan darah.”

Gaddafi dilaporkan lari ke Bani Walid, 150 kilometer ke tenggara Tripoli bersama Saif dan ketua perisikan, Abdullah al-Senoussi, tiga hari selepas Tripoli ditawan pemberontak. Bani Walid dikuasai puak Warfalla yang berpengaruh tetapi tidak pro-Gaddafi.
Angkatan bersenjata NTC minggu ini menyatakan mereka berada 30 kilometer dari Bani Walid. NTC juga memberi kata dua kepada penyokong Gaddafi di Sirte menyerah diri atau menghadapi serangan.

Russia menjadi antara negara terbaru mengiktiraf NTC sebagai pemerintah baru Libya ketika satu sidang antarabangsa diadakan di Paris bagi menyelaras aspek politik dan pembinaan semula ekonomi negara itu 42 tahun selepas Gaddafi menggulingkan Raja Idris pada 1969.

Ketika persidangan itu memberi tumpuan kepada usaha membina semula Libya, ada juga peserta yang merebut kontrak selepas perang meliputi sektor minyak dan gas.
Mac lalu, Russia berkecuali daripada undian di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membenarkan campur tangan asing di Libya.

Tetapi, Moscow kemudian menuduh tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bertindak di luar mandat untuk melindungi orang awam dan memihak kepada pemberontak.

Ada pihak di Libya membayangkan rejim baru akan mengetepikan Russia dan China dan memberi kontrak kepada peneraju campur tangan termasuk Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Qatar.

NTC dijangka mendesak langkah segera dari negara Barat supaya menamatkan pembekuan aset Libya menerusi sekatan PBB.

Amerika dan Britain mendapat keizinan PBB untuk menamatkan pembekuan AS$1.5 bilion (RM4.5 bilion) aset Libya manakala Perancis dibenarkan menyerahkan 1.5 bilion euro (RM6.48 bilion) daripada nilai keseluruhan 7.6 bilion euro. – Agensi , bharian

Gadis diperdaya beli iPad palsu


BENTUK iPad kayu palsu yang dijual pada harga cuma RM538.29.

SPARTANBURG, Amerika Syarikat (AS) – Seorang gadis, Ashley McDowell menyangka telah membuat pembelian paling bersejarah di dunia apabila dia berjaya membeli sebuah komputer tablet iPad2 pada harga AS$180 (RM538.29), lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berusia 22 tahun membeli komputer tersebut daripada dua orang lelaki di tempat meletak kereta restoran makanan segera McDonald’s di sini.
Gadis itu diyakinkan oleh kedua-dua lelaki tersebut bahawa mereka membeli komputer berkenaan dalam jumlah yang banyak pada harga yang amat rendah.
Kedua-dua lelaki itu menunjukkan iPad yang baharu bagi meyakinkan Ashley.
Pada mulanya, kedua-dua lelaki itu menawarkan harga AS$300 (RM897) tetapi gadis tersebut menyatakan dia hanya mempunyai wang sebanyak AS$180.
Kedua-dua lelaki tersebut kemudian bersetuju menjual iPad pada harga itu.
Mereka kemudian membawa kotak penghantar surat Fed-Ex ke kereta Ashley.
Gadis itu kemudian membayar wang tersebut tanpa memeriksa kandungan kotak berkenaan.
Setiba di rumah, Ashley membuka kotak tersebut dan mendapati dia sebenarnya membeli sekeping kayu yang mengandungi logo Apple di bahagian belakang.
Bahagian depan kayu itu diukir supaya ia kelihatan seperti iPad.
Syerif Spartanburg, Leftenan Tony Ivey berkata, kejadian itu berlaku pada malam Isnin lalu. – Agensi, kosmo

Gadis ditangkap kerana berbogel di khalayak ramai

NEW YORK – Polis dipanggil ke New York Times Square di sini bagi menangkap seorang gadis yang berbogel bagi mempamerkan lukisan pada tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Gadis itu yang berusia 21 tahun, Zoe West berdiri dalam keadaan bogel manakala orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat memerhatikannya.
Dia mempamerkan lukisan pada tubuhnya yang dihasilkan oleh seorang artis, Andy Golub.
Golub turut melukis lukisan itu di khalayak ramai.
Pada pukul 5 petang waktu tempatan pada Selasa lalu, beberapa anggota polis menangkap gadis tersebut dengan menggari tangannya sebelum dia dibawa menaiki sebuah van.
Menurut gadis itu, dia tidak melakukan sebarang kesalahan yang menyalahi undang-undang.
Dia didakwa melakukan aksi kelucahan di khalayak awam.
Namun, dakwaan itu digugurkan dan dia kemudian dibebaskan.
Peguam gadis itu, Ron Kuby berkata: “Undang-undang New York menghalang berbogel di khalayak awam kecuali jika ia merupakan sebahagian daripada satu pameran, drama atau pertunjukan.” – Agensi, kosmo

Lebuh raya kembali sesak


DERETAN kenderaan termasuk yang melakukan kesalahan menggunakan lorong kecemasan berhimpit-himpit dalam aliran trafik sesak menuju ke Kuala Lumpur di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Nilai semalam.

KUALA LUMPUR – Jumlah kenderaan di semua laluan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) mulai bertambah semalam dengan pengguna diingatkan supaya bersabar dan bertolak ansur ketika menuju ke destinasi masing-masing pada musim perayaan ini.
Petugas Pusat Kawalan Projek Lebuh Raya Utara-Selatan berkata, peningkatan jumlah kenderaan dapat dilihat semalam namun keadaan masih lagi terkawal dan hanya menyebabkan beberapa laluan yang keadaan trafiknya bergerak perlahan.
“Contohnya di Plaza Tol Juru menghala ke Kuala Lumpur yang kita dapati terdapat baris panjang sejak pagi dan dijangka berlarutan hingga ke petang.
“Laluan lain terkawal dan pergerakan lancar walaupun jumlah pertambahan kenderaan meningkat. Pengguna perlu bersabar ketika terlibat dalam mana-mana kesesakan (jika ada),” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
PLUS sebelum ini menganggarkan sekurang-kurangnya 1.4 juta kenderaan menggunakan lebuh raya sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.
Menurut petugas PLUS tiada kemalangan serius berlaku kecuali kemalangan kecil yang berlaku di Kilometer 62.9 Simpang Renggam ke Machap melibatkan tiga kenderaan pagi semalam.kosmo

Orang muda dapat penyakit tua

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang terlalu banyak menggunakan bahan kimia dalam industri seperti plastik dan produk penjagaan peribadi tercemar mungkin terdedah kepada hormon berbahaya xenoestrogen.
Hormon itu diserap secara berterusan menerusi penggunaan kosmetik, plastik, petroleum dan bahan pencuci sehingga menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah kesihatan tanpa disedari.
Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan PrimaNora, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar mendedahkan, ia menjadi punca ramai orang muda yang berusia seawal 15 tahun terdedah kepada penyakit dan ketumbuhan yang biasanya dihidapi golongan dewasa.
“Sekarang ramai remaja yang menjadi pesakit saya sudah ada fibroid dalam perut, ketumbuhan di payu dara, gangguan hormon malah lelaki pula ada masalah kesuburan,” jelasnya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Beliau yang juga pakar obstetrik dan ginekologi menambah, jika penggunaan bahan-bahan itu tidak diawasi dan dikurangkan ia menyebabkan xenoestrogen semakin berleluasa dalam badan dan mendorong kepada berlakunya masalah hormon tidak seimbang.kosmo

Singapura kembalikan prasarana


PEMANDANGAN Loji Air Gunung Pulai, Pontian yang diserahkan semula oleh Singapura kepada Johor selepas Perjanjian Air 1961 tamat secara rasmi kelmarin.


JOHOR BAHRU – Singapura menyerahkan semula dua loji rawatan air serta dua rumah pam kepada Johor selepas tamat Perjanjian Air 1961 secara rasmi kelmarin.
Selain Loji Air Gunung Pulai, republik itu menerusi Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB) menyerahkan Loji Air Sungai Skudai, Rumah Pam Tebrau dan Rumah Pam Pontian berikutan tamatnya kontrak bekalan air selama 50 tahun.
Majlis penyerahan keempat-empat prasarana kemudahan rawatan air itu disaksikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Loji Air Gunung Pulai kelmarin.
Ia disempurnakan secara bersama oleh Pengerusi PUB, Tan Gee Paw dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Obet Tawil.
Turut hadir ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan.
Keputusan untuk menyerahkan kemudahan air itu secara percuma dicapai semasa pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong pada 24 Mei tahun lalu.
Sebelum ini, dilaporkan penyerahan kemudahan air oleh PUB itu akan menghasilkan tambahan 681 juta liter air bersih sehari untuk negeri Johor.
Ekoran tamatnya perjanjian itu, Johor akan mengurus 43 daripada 44 loji rawatan air di negeri itu manakala PUB akan terus menguruskan Loji Rawatan Air Sungai Johor dan Empangan Linggiu di Johor.
Terdapat dua Perjanjian Air Johor-Singapura iaitu Perjanjian Air 1961 yang tamat pada 31 Ogos 2011 dan Perjanjian Air 1962 yang akan tamat pada 2061.

Enam motosikal, dua kereta hangus terbakar


keadaan enam buah motosikal yang hangus terbakar di Taman Muda, Ampang semalam.

KUALA LUMPUR – Enam buah motosikal dan dua buah kereta hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai akibat perbuatan khianat di Taman Muda, Ampang di sini semalam.
Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5.30 pagi di Apartment Rivera.
“Kejadian berlaku ketika penduduk nyenyak tidur. Asap daripada motosikal dan kereta yang dibakar itu naik ke tingkat atas menyebabkan kesemua mereka terjaga,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut beliau, penghuni blok apartmen berkenaan turun untuk melihat apa yang berlaku dan setelah menyedari terdapat kenderaan terbakar mereka memaklumkannya kepada pihak polis dan bomba.
Amiruddin berkata, ia kejadian kebakaran kedua di kawasan sama. Tahun lepas, lapan buah motosikal dan sebuah kereta dibakar.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan menggunakan api.kosmo

Penarik kereta mati ditembak ketika minum


mangsa tertiarap selepas mati ditembak dari jarak dekat di Taman AST, Seremban semalam.

SEREMBAN – Seorang penarik kereta mati ditembak dari jarak dekat ketika sedang minum bersama tiga rakannya di sebuah restoran di Taman AST di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12.50 pagi, mangsa P. Vickneswaran, 33, dikatakan sedang minum bersama rakan-rakannya sebelum didatangi seorang lelaki memakai topi keledar dan berjaket gelap.
“Lelaki itu turun dari motosikal dan terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid.
Mangsa yang terkena tiga das tembakan di belakang badan dan satu das di kepala mati di tempat kejadian.
Seorang rakan mangsa pula cedera di paha kiri apabila sebutir peluru yang menembusi badan mangsa terkena pula paha rakannya itu.kosmo

Gadis kutip hutang ah long

KUALA LUMPUR – Pemberi pinjaman haram ah long kini menemui formula baharu untuk mengutip hutang daripada peminjam apabila menjadikan remaja perempuan sebagai orang tengah untuk melaksanakan misi tersebut.
Remaja berkenaan diberi upah antara tiga hingga lapan peratus daripada jumlah kutipan atau RM5,000 hingga RM10,000 daripada setiap peminjam. Antara kriteria yang diperlukan, remaja pengutip hutang itu mestilah bersikap lemah lembut dan berperwatakan menarik.
Taktik itu dilihat berjaya kerana gadis-gadis terbabit diarahkan untuk menggunakan kata-kata manis ketika berurusan dengan peminjam yang liat membayar hutang.
Cara itu juga didakwa mampu mengelakkan keganasan seperti bergaduh, simbah cat atau ah long mengurung peminjam.
Difahamkan, jumlah kutipan hutang menggunakan khidmat remaja amat memberangsangkan dan mula menjadi budaya ah long sejak awal tahun lalu.kosmo

Perompak gerudi kedai pajak


Kedai pajak yang cuba dirompak penyamun yang mengorek dinding kedai 
gambar di Sungai Way, Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA – Niat enam lelaki cuba merompak sebuah kedai pajak dengan menggerudi dinding premis itu bukan saja tidak tercapai malah kesemua penjahat terlibat ditahan polis dalam kejadian di Sungai Way di sini semalam.
Semasa kejadian pada pukul 3 pagi itu, keenam-enam suspek pada mulanya menceroboh masuk sebuah kedai kasut sebelum menggerudi dinding di premis itu untuk dijadikan laluan ke kedai gambar yang terletak bersebelahan kedai pajak.
Selepas berjaya masuk ke kedai gambar melalui lubang digerudi berukuran 50 sentimeter, suspek-suspek kemudian menggerudi pula dinding di kedai gambar.
Bagaimanapun, nasib kumpulan penjenayah itu malang apabila sistem penggera yang dipasang di kedai pajak itu berbunyi. Semasa itu, lubang digerudi sudah hampir siap.
Anggota polis dari Balai Sungai Way yang terletak hanya kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian bergegas untuk membuat tinjauan sebelum menahan semua penjenayah itu yang panik dan mahu melarikan diri.
Jurucakap polis berkata, semasa ditahan semua suspek yang merupakan lelaki berketurunan Cina dipercayai telah berada di kedua-dua lokasi tersebut selama satu jam.
Suspek-suspek telah merosakkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai gambar dan cuba mencabut CCTV itu namun gagal.
“Anggota polis yang bertugas di Balai Polis Sungai Way yang menerima isyarat bunyi penggera itu telah menghantar pasukan untuk membuat rondaan.kosmo

Dua bersaudara lemas ketika berkelah


Abdul Razak dan Abdullah Mukmin lemas dipukul ombak di Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, Balik Pulau semalam.

BALIK PULAU – Kegembiraan tiga buah keluarga berkelah di pantai Pasir Panjang, Pulau Betong di sini sempena meraikan hari ketiga sambutan Aidilfitri bertukar duka apabila dua daripada mereka ditemui mati lemas semalam.
Mangsa, Abdullah Mukmin Ahmad Nasser, 12, dan bapa saudaranya, Abdul Razak Osman, 32, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau (HBP).
Abdul Razak ditemui kira-kira 25 meter dari lokasi dia dihanyutkan ombak manakala Abdullah Mukmin dijumpai tidak jauh dari kedudukan bapa saudaranya.
Sebelum kejadian, Abdullah Mukmin dan Abdul Razak bersama empat yang lain termasuk ayah remaja itu, Ahmad Nasser Osman, 42, bermain air di persisiran pantai walaupun menyedari keadaan laut yang bergelora dan ombak kuat.
Mengimbas kembali kejadian itu, Ahmad Nasser berkata, ketika mereka bermain air tiba-tiba datang ombak besar setinggi satu meter menghanyutkan mereka ke tengah laut.kosmo

Ibu hembus asap ganja ke dalam mulut anak

GILBERT, Amerika Syarikat (AS)
– Seorang ibu berusia 21 tahun, Jessica Callaway menghembuskan asap ganja ke dalam mulut seorang anak perempuan yang berusia 10 bulan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Dia kemudian ditangkap selepas seorang rakannya merakamkan kejadian tersebut menerusi telefon bimbit sebelum membuat aduan kepada polis di sini.
Menurut Jessica, dia melakukan perbuatan itu kerana anaknya tidak berhenti-henti menangis.
Ibu muda itu juga didapati memukul anaknya itu.
Dia mengaku kepada polis bahawa perbuatan tersebut pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini.
Jessica kemudian dibebaskan dengan ikat jamin AS$2,700 (RM8.074).
Namun, dia dikenakan dengan tiga dakwaan mendera kanak-kanak. – Agensi, kosmo

Air sungai melimpah umpama tsunami


ORANG ramai berlari selepas air melimpah ke tebing Sungai Qiantang, China kelmarin.

BEIJING – Seramai 20 orang cedera apabila air Sungai Qiantang melimpah dari tebing dalam satu fenomena alam semula jadi di timur China kelmarin.
Ketika kejadian ramai orang berkumpul di tepi sungai itu untuk melihat arus deras yang menghempas tebing sehingga ia kelihatan seperti ombak besar.
Ia berlaku pada setiap tahun akibat graviti bulan yang menyebabkan arus deras dari laut bergerak ke sungai berkenaan.
Namun, tanpa disangka-sangka kekuatan arus itu menyebabkan air sungai berkenaan melimpah umpama ombak tsunami menyebabkan orang ramai berlari sehingga ada yang terjatuh dan cedera dalam kejadian itu. – Agensi, kosmo

Video seks bekas model Playboy bernilai RM86.72 juta

LOS ANGELES – Satu video seks berdurasi 39 minit yang menampilkan bekas model Playboy yang kini personaliti televisyen, Kim Kardashian dengan penyanyi Ray J mempunyai nilai lebih AS$29 juta (RM86.72 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Nilai itu dibuat oleh pemilik video seks tersebut yang merupakan syarikat penerbitan video lucah, Vivid Entertainment.
Seorang firma undang-undang Tennessee yang mewakili seorang pembida bertanya kepada syarikat penerbitan video lucah tersebut mengenai harga tersebut kerana dia mahu membelinya.
Ketua Vivid Entertainment, Steve Hirsch memberitahu sebuah akhbar bahawa, harga pemulaan video seks itu ialah AS$29 juta.
Pembida itu dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Kardashian.
Baru-baru ini, Kardashian berkahwin dengan Kris Humphries yang merupakan pemain bola keranjang sebuah kelab di Amerika Syarikat. – Agensi, kosmo

Peminat pulang semula jam tangan berlian BrownPost title


GAMBAR menunjukkan seutas jam tangan Rolex yang sama dengan yang dimiliki Chris Brown.

LOS ANGELES – Seorang peminat memulangkan semula seutas jam tangan Rolex yang dihiasi dengan berlian berharga AS$22,000 (RM65,791) selepas dia mencampakkannya pada satu persembahan Anugerah Muzik Video MTV di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Jam tangan itu dicampakkan dari pentas oleh Brown bagi mengelak persembahannya terganggu pada Ahad lalu.
Namun, jam tangan itu dicampakkannya ke arah para penonton.
Seorang pengawal keselamatan kemudian pergi ke arah para penonton itu untuk mencari jam tersebut selepas persembahan Brown berakhir.
Bagaimanapun, seorang peminat yang bermurah hati memulangkan kembali jam tangan tersebut kepada pengawal berkenaan.
“Walaupun Brown tidak bertemu dengan peminat itu, dia amat menghargai tindakannya,” kata seorang jurucakap penyanyi tersebut kepada laman hiburan TMZ. – Agensi, kosmo

Shah Rukhkhan anjur rumah terbuka


SHAH RUKHKHAN berdiri di balkoni rumahnya semasa para peminatnya berhimpun untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri di Mumbai kelmarin.



MUMBAI – Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukhkhan menganjurkan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini kelmarin.
Rumah terbuka itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Bollywood seperti Karan Johar, Farhan Akhtar dan Hrithik Roshan.
Antara senarai tetamu di rumah Shah Rukhkhan itu ialah Ashutosh Gowarikar dan isterinya Sunita, Dino Morea, Arjun Rampal, Chunky Pandey, Priyanka Chopra, Raveena Tandon, Anushka Sharma, Preity Zinta serta Sonali Bendre.
Pelakon Sunjay Dutt dan isterinya, Manyata turut hadir.
Wartawan-wartawan akhbar turut menunggu di luar kediaman pelakon terkenal itu untuk membuat liputan.
Polis terpaksa berkawal di luar rumah pelakon terkenal itu selepas sejumlah peminat mengerumuni kereta-kereta bintang Bollywood sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya.
“Anak-anak saya sudah membesar. Kami meraikan setiap perayaan seperti Deepavali dan Krismas,” kata Shah Rukhkhan. – Agensi, kosmo

Thursday, September 1, 2011

Pesta tomato diSepanyol

Pesta tahunan perlawanan dengan tomato di Sepanyol. pesta ini bermula disekitar tahun 1940. Pesta ini dipanggil " tomatina" iaitu " perlawanan tomato"
Revellers on a truck throw tomatoes into the crowd during the annual "Tomatina" (tomato fight) in the Mediterranean village of Bunol


Tomatina splashTomato kissesSquashed tomato battle paints Spanish town red. A man opens a fornt door covered with squashed tomatoesRevelers splatter squashed tomatoes during the annual "Tomatina" fight in BunolA reveler lays in tomato pulp during the annual "Tomatina" tomato fight fiesta in the village of Bunol, near Valencia, Spain, Wednesday, Aug. 31, 2011. Bunol's town hall estimated more than 40,000 peoRevellers on a truck throw tomatoes into the crowd during the annual "Tomatina" (tomato fight) in the Mediterranean village of BunolA reveller on a truck throws tomatoes into the crowd during the annual "Tomatina" (tomato fight) in the Mediterranean village of BunolRevellers throw tomatoes during the annual "Tomatina" (tomato fight) in the Mediterranean village of Bunol, near Valencia,Revellers on a truck throw tomatoes into the crowd during the annual "Tomatina" (tomato fight) in the Mediterranean village of Bunol, near ValenciaRevellers jump in tomato pulp during the annual "Tomatina" (tomato fight) in the Mediterranean village of Bunol, near Valencia,A reveller leaves the "battlefield" after the annual "Tomatina" (tomato fight) in the Mediterranean village of Bunol, near ValenciaA reveller is covered with tomato pulp after the annual "Tomatina" (tomato fight) in the Mediterranean village of Bunol, near ValenciaPeople pelt each other with tomatoes during the annual "Tomatina" festival in Bunol, eastern SpainPeople pelt each other with tomatoes during the annual "Tomatina" festival in Bunol, eastern SpainThe World's Biggest Tomato Fight At Tomatina Festival 2011The World's Biggest Tomato Fight At Tomatina Festival 2011The World's Biggest Tomato Fight At Tomatina Festival 2011The World's Biggest Tomato Fight At Tomatina Festival 2011The World's Biggest Tomato Fight At Tomatina Festival 2011The World's Biggest Tomato Fight At Tomatina Festival 2011The World's Biggest Tomato Fight At Tomatina Festival 2011The World's Biggest Tomato Fight At Tomatina Festival 2011

Kebakaran besar di Texas dan Oklahoma

Musim kemarau, kering dan suhu yang panas menyebabkan mudah berlaku kebakaran di Texas dan Oklahoma. Kebakaran ini memusnahkan 25 buah rumah.
A wildfire roars through dry trees near  Possum Kingdom Lake, Texas, Wednesday, Aug. 31, 2011.   Texas and Oklahoma are in the grips of a record-setting drought, and a summer of soaring temperatures a


A wildfire roars through dry trees near  Possum Kingdom Lake, Texas, Wednesday, Aug. 31, 2011.   Texas and Oklahoma are in the grips of a record-setting drought, and a summer of soaring temperatures aA helicopter begins to drop water on a wildfire at Possum Kingdom Lake, Texas, Wednesday, Aug. 31, 2011.   Texas and Oklahoma are in the grips of a record-setting drought, and a summer of soaring tempAn air tanker drops fire retardant on a hot spot in an area destroyed by a wildfire at Possum Kingdom Lake, Texas, Wednesday, Aug. 31, 2011. (AP Photo/LM Otero)A home destroyed by fire is shown in a area overrun by a wildfire at Possum Kingdom Lake, Texas, Wednesday, Aug. 31, 2011. The wildfire that swept through the neighborhood on Tuesday, one of several bCharred appliances and a fireplace are all that remain of a home in Possum Kingdom Lake, Texas, Wednesday, Aug. 31, 2011, the day after a wildfire swept through the area. Some streets were virtually uA power line pole and transformer smolder in an area destroyed by a wildfire at Possum Kingdom Lake, Texas, Wednesday, Aug. 31, 2011. The wildfire that swept through the neighborhood on Tuesday, one oSmoke rises from a wildfire at Possum Kingdom Lake, Texas, Wednesday, Aug. 31, 2011.   Texas and Oklahoma are in the grips of a record-setting drought, and a summer of soaring temperatures and little Smoke rises from a wildfire at Possum Kingdom Lake, Texas, Wednesday, Aug. 31, 2011. The wildfire that swept through the Possum Kingdom Lake neighborhood, one of several burning in Texas and Oklahoma,A helicopter drops water on a wildfire at Possum Kingdom Lake, Texas, Wednesday, Aug. 31, 2011. The wildfire that swept through the Possum Kingdom Lake neighborhood, one of several burning in Texas anA helicopter drops water on a hotspot in a area overrun my a wildfire at Possum Kingdom Lake, Texas, Wednesday, Aug. 31, 2011. The wildfire that swept through the neighborhood on Tuesday, one of severA helicopter moves in to drop water on a wildfire at Possum Kingdom Lake, Texas, Wednesday, Aug. 31, 2011, the day after it swept through the neighborhood and destroyed 25 homes. (AP Photo/LM Otero)Texas State Trooper Garry Allen stands guard in an area destroyed by a wildfire at Possum Kingdom Lake, Texas, Wednesday, Aug. 31, 2011. (AP Photo/LM Otero)
yahoonews

Kes tembak pelajar: 3 polis ditahan

KUALA LUMPUR – Tiga anggota polis antara enam yang ditahan berhubung kejadian melepaskan tembakan yang mencederakan seorang pelajar kolej swasta di Taman Seri Rampai, Setapak, di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, ketiga-tiga anggota itu berpangkat Koperal dan Lans Koperal.
"Dua daripada mereka bertugas di Bukit Aman dan seorang lagi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergeseran kenderaan, namun siasatan masih lagi dijalankan.
Selain tiga anggota polis itu, tiga lagi yang ditahan semalam adalah rakan mangsa berumur antara 20 dan 27 tahun.
Kesemua suspek ditahan reman sehingga 4 Ogos bagi membantu siasatan. – Bernama, kosmo

Pemberontak Mahu Bunuh Gaddafi Yang Mungkin Masih Di Libya

TRIPOLI: Muammar Gaddafi berkemungkinan masih di Libya dan pemberontak boleh membunuh pemimpin yang digulingkan itu jika beliau tidak menyerahkan diri, demikian menurut pegawai kanan Majlis Peralihan Kebangsaan.
"Saya mempunyai maklumat bahawa kemungkinan besar Gaddafi masih berada di Libya," kata ketua perhubungan tentera, Omar Hariri.
Hariri memberitahu pemberita bahawa Gaddafi berada dalam keadaan di mana beliau tidak berdaya melakukan sebarang ancaman.
Hariri berkata kumpulan pemberontak mengesyaki Gaddafi bersembunyi sama ada di Bani Walid dekat tenggara Tripoli atau di pinggir ibu negara tersebut.
Misi utama kumpulan pemberontak pada masa ini adalah menangkap Gaddafi dengan kumpulan yang mendakwa mereka telah "membebaskan" hampir kesemua kawasan di Libya itu masih berunding dengan kumpulan penyokong setia Gaddafi di kampung halaman pemimpin itu iaitu di Syrte.
"Kami mempunyai hak untuk membunuh Gaddafi," kata pemimpin kanan kumpulan pemberontak, Ahmed Darrad.
"Dia menyeksa kami. Dia merupakan penjenayah dan di seluruh dunia, jika penjenayah tidak menyerah diri, anggota penguatkuasa mempunyai hak untuk membunuhnya."
Lokasi orang kanan rejim Gaddafi termasuklah penasihat keselamatan utama Gaddafi, Ibrahim Senussi, masih tidak diketahui.
Konflik di Libya telah meragut 50,000 nyawa dan bilangan penduduk yang hilang dan cedera adalah berkemungkinan dua kali ganda daripada jumlah tersebut, kata Darrad. -AFP, mstar

Konflik bersenjata burukkan lagi kebuluran di Somalia

MOGADISHU 1 Sept – Kebuluran di Somalia bukan hanya semata-mata disebabkan musim kemarau panjang yang melanda negara itu.
Seorang pensyarah Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Sheikh Abdisalam Hussein Mala berkata, kemarau bukan punca utama kebuluran.
Ini kerana majoriti penduduk Somalia merupakan petani dan telah bersedia menghadapi kemarau, namun konflik bersenjata memusnahkan sistem pengairan bawah tanah.
"Mereka mempunyai sistem air bawah tanah, mereka telah melakukannya bertahun-tahun. Jika keadaan di negara ini baik dan tiada peperangan saudara, mereka berupaya untuk menguruskan diri mereka meskipun dilanda musim kemarau,” katanya.
"Malangnya sekarang ini, penduduk terpaksa berpindah akibat peperangan saudara dan mereka tidak boleh bercucuk tanam, dan kemarau ini menambah lagi kepayahan mereka,” kata Sheikh Abdisalam.
Akibatnya, penduduk luar bandar termasuk dari Lower Shabelle, Middle Shabelle, Oddur dan Merca yang kekurangan makanan terpaksa berjalan kaki beratus-ratus kilometer ke Mogadishu dan tinggal di kawasan penempatan sementara di sekitar ibu negara Somalia itu. – Bernama, utusan

Gempa bermagnitud 6.0 gegarkan Kepulauan Santa Cruz


KUALA LUMPUR 1 Sept – Satu gempa bumi kuat dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Santa Cruz, yang merupakan sebahagian daripada Wilayah Temotu, Kepulauan Solomon, pada pukul 2.14 petang ini.
Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), pusat gempa bumi itu terletak 5,656km ke tenggara Kunak di Sabah.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan berkenaan, menurut kenyataan itu. – Bernama, utusan

Juwairiyah, Kaum Penyembah Berhala Yang Menjadi Isteri Rasulullah


Gambar Ilustrasi. (foto: langitilahi.com)

Parasnya begitu cantik, luas ilmunya dan mulia akhlaknya. Begitulah sejarah Islam melukiskan Juwairiyah binti Al-Harits. Sejatinya, ia bernama Barrah.
Wanita itu berasal dari Bani Musthaliq yang menyembah berhala. Ayahnya, Al-Harits, adalah pemimpin kaumnya yang gemar menyembah patung dan sangat memusuhi Islam.

Burrah sempat menikah dengan seorang pemuda yang bernama Musafi' bin Shafwan. Ayahnya berencana untuk menyerang kaum Muslimin di Madinah.
Bani Musthaliq sangat bernafsu untuk mengalahkan pasukan tentara Islam dan mengambil alih kekuasaan di antara suku-suku Arab. Rencana itupun sampai ke telinga Rasulullah SAW.

Untuk memastikan kabar itu, Nabi SAW lalu menugaskan Buraidah bin Al-Hushaid untuk memastikan kebenaran informasi itu.
Ternyata, rencana penyerangan yang akan dilakukan Bani Musthaliq itu tak sekedar isu melainkan kenyataan. Rasulullah pun menyusun kekuatan dan menyerang terlebih dahulu.

Pertempuran tentara Islam melawan kaum kafir dari Bani Musthaliq itu dikenal sebagai perang Perang Muraisi' dan terjadi pada bulan Sya'ban tahun kelima Hijrah.
Dalam pertempuran itu, umat Islam meraih kemenangan. Pemimpin bani Musthaliq, Al-Harits melarikan diri dari medan peperangan dan suami Barrah tewas terbunuh.

Seluruh penduduk yang selamat, termasuk Barrah menjadi tawanan. Sebagai seorang terpelajar, mengetahui dirinya menjadi tawanan, Barrah mengajukan tawaran untuk membebaskan diri. Ia lalu mencoba bernegosiasi dan meminta bertemu dengan Nabi SAW. Upayanya membuahkan hasil.

"Rasulullah, aku Barrah, putri dari Al Harits. Ayahku adalah pemimpin kaumku. Sekarang aku ditimpa kemalangan dengan menjadi tawanan perang dan jatuh ke tangan Tsabit bin Qais. Ia memang lelaki baik, tidak pernah berlaku buruk padaku. Namun ketika kukatakan aku ingin menebus diri, ia membebaniku dengan sembilan keping emas. Maka kupikir lebih baik minta perlindungan padamu. Tolong, bebaskan aku!" ujarnya.

Nabi SAW berpikir sejenak. Lalu Rasulullah SAW balik bertanya, "Maukah engkau yang lebih baik dari itu?"

Seketika Barrah tercengang dan balik bertanya, "Apakah gerangan itu, wahai Rasulullah?
Lalu Nabi SAW berkata, "Aku tebus dirimu, lalu kunikahi engkau."

Mendengar jawaban Nabi SAW, wajah Barrah pun berubah berseri-seri.

"Baiklah, wahai Rasulul lah," tutur Burdah. Lalu Rasulullah SAW menikahinya dan nama Barrahpun diganti menjadi Juwai riyah.

Seperti diriwayatkan Aisyah RA, kabar pernikahan Rasulullah dan Juwairiyah menyebar cepat di kalangan kaum Muslimin. Secara tak terduga, pernikahan itu menjadi berkah bagi kaum Bani Musthaliq yang tertawan dan menjadi budak. Para sahabat membebaskan semua tawanan yang masih memiliki hu bungan kekerabatan dengan Juwairiyah. (ar/rp) www.suaramedia.com

Wang Bukan Segalanya, 15 Tahun Nenek Ini Bisa Hidup Sendiri Tanpa wang sesen pun



Wang bukan segalanya, dan wang tak bisa membeli kebahagiaan. Bukan teori, kerana Heidemarie Schwermer sukses mempraktikkannya dalam kehidupan sehari-hari. Tak tanggung-tanggung, nenek 69 tahun ini telah berjaya menjalani hidup tanpa wang selama 15 tahun! Dengan penuh semangat, ia menceritakan bagaimana dia sehat, kaya, dan bahagia kerana memberikan semua wang tunainya 15 tahun yang lalu. Heidemarie Schwermer, bisa buktikan bahwa wang bukan segalanya Heidemarie Schwermer, bisa buktikan bahwa wang bukan segalanya.


Heidemarie keluar dari rumahnya di Dortmund sejak itu. Ia mengelana dari kota ke kota hanya dengan sebuah koper, sebuah ponsel, dan laptop. "Saya membuktikan keyakinan saya bahwa saya dapat hidup tanpa wang. Saya bisa mendapatkan semua yang saya perlukan dengan barter dan mendapatkan hadiah," katanya, yang segera menuangkan pengalamannya itu dalam bukunya, The Star Money Experiment.


Dia bahkan menolak wang muka dari penerbitnya untuk bukunya. "Aku menyuruh mereka untuk memberikannya untuk amal, dengan begitu dapat membuat banyak orang bahagia, bukan hanya satu orang saja," katanya. Heidemarie, seorang janda, meninggalkan rumah yang nyaman di 1996 setelah anak-anaknya mulai meninggalkan rumah dan hidup mandiri. Ia mengaku jengkel oleh perubahan di masyarakatnya, yang disebutkan makin konsumtif dan rakus.


Ia menghidupi dirinya dengan seluruh kemampuan yang ia bisa. Bahkan, ia sempat melancung ke luar negeri, dengan membarter tiket perjalanan dengan imbal jasanya sebagai guru dan psikoterapis. "Saya tidak pernah kekurangan makanan, pakaian atau teman-teman. Saya tak mau hidup saya dibuat stress dengan diperintah oleh wang atau tagihan dan keserakahan. Saya mengalir saja dalam hidup," katanya.


Apa manfaat hidup tanpa wang? Ia mengaku makin sejahtera dan bahagia. "Selama 15 tahun saya hampir tak pernah bertemu doktor. Kini saya sesehat biola," ia berkelakar.