Pages

Thursday, September 1, 2011

Konflik bersenjata burukkan lagi kebuluran di Somalia

MOGADISHU 1 Sept – Kebuluran di Somalia bukan hanya semata-mata disebabkan musim kemarau panjang yang melanda negara itu.
Seorang pensyarah Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Sheikh Abdisalam Hussein Mala berkata, kemarau bukan punca utama kebuluran.
Ini kerana majoriti penduduk Somalia merupakan petani dan telah bersedia menghadapi kemarau, namun konflik bersenjata memusnahkan sistem pengairan bawah tanah.
"Mereka mempunyai sistem air bawah tanah, mereka telah melakukannya bertahun-tahun. Jika keadaan di negara ini baik dan tiada peperangan saudara, mereka berupaya untuk menguruskan diri mereka meskipun dilanda musim kemarau,” katanya.
"Malangnya sekarang ini, penduduk terpaksa berpindah akibat peperangan saudara dan mereka tidak boleh bercucuk tanam, dan kemarau ini menambah lagi kepayahan mereka,” kata Sheikh Abdisalam.
Akibatnya, penduduk luar bandar termasuk dari Lower Shabelle, Middle Shabelle, Oddur dan Merca yang kekurangan makanan terpaksa berjalan kaki beratus-ratus kilometer ke Mogadishu dan tinggal di kawasan penempatan sementara di sekitar ibu negara Somalia itu. – Bernama, utusan

No comments: