Pages

Thursday, September 1, 2011

Pemberontak Mahu Bunuh Gaddafi Yang Mungkin Masih Di Libya

TRIPOLI: Muammar Gaddafi berkemungkinan masih di Libya dan pemberontak boleh membunuh pemimpin yang digulingkan itu jika beliau tidak menyerahkan diri, demikian menurut pegawai kanan Majlis Peralihan Kebangsaan.
"Saya mempunyai maklumat bahawa kemungkinan besar Gaddafi masih berada di Libya," kata ketua perhubungan tentera, Omar Hariri.
Hariri memberitahu pemberita bahawa Gaddafi berada dalam keadaan di mana beliau tidak berdaya melakukan sebarang ancaman.
Hariri berkata kumpulan pemberontak mengesyaki Gaddafi bersembunyi sama ada di Bani Walid dekat tenggara Tripoli atau di pinggir ibu negara tersebut.
Misi utama kumpulan pemberontak pada masa ini adalah menangkap Gaddafi dengan kumpulan yang mendakwa mereka telah "membebaskan" hampir kesemua kawasan di Libya itu masih berunding dengan kumpulan penyokong setia Gaddafi di kampung halaman pemimpin itu iaitu di Syrte.
"Kami mempunyai hak untuk membunuh Gaddafi," kata pemimpin kanan kumpulan pemberontak, Ahmed Darrad.
"Dia menyeksa kami. Dia merupakan penjenayah dan di seluruh dunia, jika penjenayah tidak menyerah diri, anggota penguatkuasa mempunyai hak untuk membunuhnya."
Lokasi orang kanan rejim Gaddafi termasuklah penasihat keselamatan utama Gaddafi, Ibrahim Senussi, masih tidak diketahui.
Konflik di Libya telah meragut 50,000 nyawa dan bilangan penduduk yang hilang dan cedera adalah berkemungkinan dua kali ganda daripada jumlah tersebut, kata Darrad. -AFP, mstar

No comments: