Pages

Sunday, April 10, 2011

Tentera Israel perhebat gempur Gaza





2011/04/10

ASKAR Zionis memantau keadaan selepas serangan pejuang Palestin mengenai sebuah bas di kawasan penempatan Yahudi di selatan Israel.
ASKAR Zionis memantau keadaan selepas serangan pejuang Palestin mengenai sebuah bas di kawasan penempatan Yahudi di selatan Israel.
Pejuang Palestin perangi kezaliman Zionis

BANDAR RAYA GAZA: Pesawat tempur Israel melancarkan serangan bertalu-talu terhadap sasaran di Gaza semalam menyebabkan empat pejuang Palestin terbunuh manakala pergerakan Hamas bertindak balas dengan melancarkan 17 peluru berpandu Grad ke selatan negara Yahudi itu dalam ketegangan baru sejak perang meletus dua tahun lalu.
Dalam konflik terbaru, 18 warga Gaza terbunuh dan 65 cedera akibat serangan udara Israel yang bertindak balas atas serangan roket anti kereta kebal Hamas ke atas sebuah bas sekolah Yahudi yang mencederakan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dan pemandunya.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa serangan bas itu melampaui batas dan negaranya akan membalas dendam.

Pada masa sama, pemimpin Hamas juga menegaskan, mereka tidak akan berdiam diri jika Israel melakukan serangan berterusan.

“Hamas pasti bertindak balas atas langkah Israel memperhebat serangan. Tindakan kami terhad tetapi kami memberi amaran kepada penjajah supaya tidak meneruskan jenayah mereka,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri.

Beberapa peluru berpandu pejuang meletup di tempat terbuka di bandar Ashkelon dan Beersheba manakala tujuh lagi dipintas sistem pertahanan ‘Iron Dome’ rejim Zionis itu.
Sebutir mortar mengenai bangunan kerajaan tempatan yang menyebabkan kerosakan tetapi tiada yang cedera.

Serangan udara pesawat tempur Israel mengenai sebuah kereta dekat Rafah di selatan wilayah itu awal semalam menyebabkan tiga orang dipercayai pejuang Hamas maut.

Hamas menyatakan, seorang pemimpin kanan bersenjatanya, Tayser Abu Snima, 29 dan dua pembantu beliau terbunuh.

Tentera Israel menuduh Abu Snima terbabit dalam serangan terhadap askar dan orang awam Yahudi.

Hamas juga mendedahkan, seorang lagi pejuangnya maut kerana bedilan kereta kebal dekat perkampungan Jabalya.

Keseluruhannya, angka kematian warga Palestin sejak ketegangan meningkat Khamis lalu ialah 11 pejuang, seorang anggota polis dan enam orang awam. – AP
Berita Harian Online | Tentera Israel perhebat gempur Gaza

Penentang tuduh Gaddafi Yahudi


SEORANG pemberontakan  menarik gambar Gaddafi di jalan raya  Bin Jawad.
SEORANG pemberontakan menarik gambar Gaddafi di jalan raya Bin Jawad.


Presiden Libya didakwa anak luar nikah, bukan berketurunan Badwi
TRIPOLI: Ketika tentera pemberontak dan pasukan yang setia dengan Muammar Gaddafi masih meneruskan pertempuran, misteri latar belakang pemimpin yang sekian lama menjadi teka-teki itu, kini dibincangkan semula.
Berita terbaru menyatakan bahawa Gaddafi sebenarnya berketurunan Yahudi dan dilahirkan sebagai anak luar nikah.

Masyarakat Arab Libya yang amat mementingkan keturunan, sering tertanya-tanya sama ada benar bahawa Gaddafi mewarisi ‘darah Yahudi’ di dalam tubuhnya.

Minggu lalu, isu ini dibincangkan secara terbuka apabila wartawan NBC, Richard Engel yang melaporkan dari Libya, berkata seorang daripada setiap lima pemberontak menentang Gaddafi kerana percaya beliau seorang Yahudi.

Laporan bercanggah mengenai kelahiran Gaddafi bermula sejak 1970, dua tahun selepas pemimpin itu melancarkan rampasan kuasa yang menjadikannya pemimpin Libya.
Kebanyakan penulis biografi Eropah menyatakan, Gaddafi dilahirkan di sebuah khemah di Sirte dan anak kepada sepasang suami pengembala kambing Badwi buta huruf yang miskin.
Wujud pelbagai versi mengenai latar belakang Gaddafi, satu daripadanya menyatakan ibu beliau memeluk agama Yahudi ketika berusia sembilan tahun, manakala desas desus menyatakan bahawa nenek Gaddafi pula adalah seorang Yahudi yang meninggalkan suaminya untuk berkahwin dengan lelaki Arab.

Satu lagi dakwaan yang disokong ahli sejarah Libya ialah Gaddafi dilahirkan sebagai anak luar nikah hasil hubungan antara seorang wanita Yahudi dengan askar Itali di sebuah kampung di timur Tripoli.

Berikutan kelahiran memalukan itu, Gaddafi diberikan kepada seorang paderi Katolik yang kemudian menyerahkannya kepada pasangan suami isteri gembala kambing berkenaan.

Seorang tokoh pembangkang Libya yang kini menetap di Amerika Syarikat, Mohamed Yusuf al Magariaf, 71, menjalankan penyelidikan masa silam Gaddafi bagi beberapa buah buku-nya percaya bahawa kebanyakan perkara yang diberitahu diktator itu mengenai dirinya kepada rakyat adalah dusta.

Dalam penyelidikan itu Magariaf menjejaki sepucuk surat yang dikatakan ditulis seorang paderi yang dipercayai menyerahkan Gaddafi kepada ibu bapanya yang keturunan Badwi.

Magariaf adalah seorang profesor di Universiti Benghazi pada 1971 apabila beliau menyertai kabinet Gaddafi dan kemudian dilantik sebagai duta ke India.
Pada 1980, beliau menjadi diplomat pertama memutuskan hubungan dengan Gaddafi dan menubukan Barisan Kebangsaan Bagi Menyelamatkan Libya.

Magariaf dijatuhi hukuman mati tanpa hadir dan terus diburu skuad Gaddafi di luar negara. Enam adik beradik lelaki beliau dipenjarakan di Libya tetapi dibebaskan kemudian. Adik lelaki yang ketujuh hilang di negara itu dan tidak pernah dikesan. Beliau dipercayai dipenjarakan atau sudah meninggal dunia.

Aktivis Libya di Amerika Mohamed El-Jahmi yang meninggalkan negaranya 30 tahun lalu, berkata khabar angin mengenai Gaddafi tersebar secara meluas di Libya dan banyak sebab untuk percaya bahawa ia adalah benar. – Agensi
Berita Harian Online | Penentang tuduh Gaddafi Yahudi

Batu nisan 20 kubur lama 'hidup'




Mohd. Zin menunjukkan antara batu nisan yang 'hidup' di Kampung Batu Melintang, Gua Musang, Kelantan semalam.


GUA MUSANG – Penduduk Kampung Batu Melintang dekat sini terkejut kerana batu-batu nisan di sebuah kubur lama di kampung itu didakwa hidup apabila saiznya semakin membesar dan meninggi.
Kubur tersebut yang dikatakan wujud sejak 200 tahun lalu, menyemadikan penduduk tempatan pada zaman dahulu.
Kini ia sudah tidak digunakan lagi setelah perkuburan baharu disediakan di Kampung Kuala Sungai tiga tahun lalu.
Sejak penggunaan tanah perkuburan beralih ke kubur baharu, kubur lama yang menempatkan hampir 150 jenazah penduduk beragama Islam itu kini terbiar dan dipenuhi pokok-pokok hutan.
Sebelum ini, menurut penduduk, batu- batu nisan itu memang telah dilihat membesar, namun tidak pernah dilapor- kan media.
Tinjauan Kosmo! Ahad ke lokasi tersebut mendapati, sebanyak 20 buah kubur lama yang batu nisannya menjadi tinggi, manakala kawasannya dipenuhi dengan semak-samun.
Batu-batu nisan di kawasan perkuburan itu memang besar dan tinggi sehingga ada yang hampir menyamai tinggi orang dewasa.
Kosmo! Online - Negara

Tiga beranak maut dihempap lori


BEBERAPA anggota bomba cuba mengeluarkan mayat mangsa dari kereta Proton Satria yang dihempap lori di Rawang semalam.


KUALA LUMPUR - Tiga beranak yang dalam perjalanan pulang dari kampung maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer (KM) 40, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Rawang pagi semalam.
Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu ialah Mohd. Farid Idris, 29, isterinya, Eirlenna Asrani, 28, dan anak lelaki mereka, Muhammad Faiz Hakimi, 4.
Dalam kejadian itu, kereta Proton Satria yang dinaiki keluarga malang tersebut bukan sahaja dirempuh oleh sebuah lori membawa muatan tar, malah diheret sejauh 70 meter.
Kereta tersebut kemudian terjatuh ke tebing jalan sebelum dihempap oleh kenderaan seberat 10 tan itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa mati di lokasi kejadian.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Hulu Selangor, Asisten Supritendan Mohd. Taib Songoh berkata, kejadian berlaku ketika keluarga itu dalam perjalanan dari Kampar, Perak menuju ke ibu negara.
Menurutnya, kenderaan yang dipandu Mohd. Farid dipercayai hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan lalu merempuh lori terbabit.
"Ketiga-tiga mangsa tersepit di dalam kereta dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo! Online - Negara

Tentera Mesir bunuh dua penunjuk perasaan


MUAMMAR GADDAFI melawat sebuah sekolah di Tripoli, Libya semalam.


KAHERAH - Tentera Mesir yang bertindak menyuraikan penunjuk perasaan membunuh dua penunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini, semalam.
Kematian itu adalah yang pertama di sini selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai presiden pada 11 Februari lalu.
Beberapa saksi menyatakan, anggota-anggota tentera yang dibantu polis pencegah rusuhan melepaskan lima das tembakan ke udara dan memukul para penunjuk perasaan yang berkhemah di dataran tersebut.
Para penunjuk perasaan itu berhimpun selepas puluhan ribu orang berkumpul di sini kelmarin bagi meminta Hosni dihukum termasuk beberapa tokoh terkenal semasa rejimnya berkuasa. - AFP
Kosmo! Online - Dunia

12 maut serangan Israel di Gaza

BANDAR GAZA - Satu siri tembakan sebuah kereta kebal tentera Israel membunuh seorang penduduk Palestin di Genting Gaza awal semalam menyebabkan seramai 12 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam dalam keganasan terbaru rejim Zionis.
Ekoran kejadian itu, pergerakan Hamas yang memerintah Gaza mengarahkan perkhidmatan kecemasan dan pasukan keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga.
Serangan itu berlaku selepas satu siri serangan para pejuang Palestin ke arah wilayah Israel dengan menggunakan peluru berpandu dan mengenai sebuah bas sekolah yang menyebabkan seorang remaja dan pemandu kenderaan itu cedera pada Khamis lalu.
Sejak serangan itu, tentera Israel melancarkan berpuluh-puluh serbuan di seluruh wilayah Palestin.
Sehingga awal semalam, tentera Israel sudah membunuh 17 penduduk Gaza termasuk seorang budak lelaki berusia 10 tahun, lima pejuang Hamas dan seorang anggota polis.
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton mengutuk serangan roket pejuang Palestin tetapi beliau juga menggesa Israel menunjukkan sikap tidak melakukan serangan dengan mendesak kedua-dua pihak melakukan satu gencatan senjata dengan segera. - AFP
Kosmo! Online - Dunia

Marah diarah bertugas semula


BILIK kawalan kapal selam nuklear HMS Astute.


SOUTHAMPTON - Diarah bertugas semula merupakan punca seorang kelasi, Ryan Donovan, 22, mengamuk dalam kapal selam nuklear Britain, HMS Astute bernilai £1.2 bilion (RM5.93 bilion) dengan menembak mati seorang pegawai tentera, Leftenan Komander Ian Molyneux, lapor akhbar The Sunsemalam.
Dalam kejadian yang berlaku di pelabuhan Southampton kelmarin, Donovan menembak mati Molyneux yang merupakan jurutera senjata dalam kapal selam tersebut dengan menggunakan senjata tentera laut, raifal SA80.
Dia melepaskan enam das tembakan dan mengenai seorang lagi pegawai tentera laut, Leftenan Komander Chris Hodge di bahagian dada yang kini dirawat di sebuah hospital semasa para tetamu kehormat yang melawat kapal selam berkenaan menyaksikan insiden tersebut.
Semasa kejadian, kelasi tersebut yang kini telah ditahan pihak berkuasa memakai pakaian pelindung badan yang berperisai semasa dia melepaskan tembakan itu.
Insiden itu berlaku semasa Datuk Bandar Southampton, Carol Cunio melawat kapal selam tersebut untuk makan tengah hari bersama Ketua Majlis Bandar Raya Southampton, Alistair Neill dan seorang anggota majlis itu, Royston Smith.
Menurut Smith, 46, yang merupakan bekas jurutera Tentera Udara Diraja Britain memberi gambaran dengan jelas mengenai kejadian tersebut kerana dia menjadi wira dengan menangkap kelasi yang mengamuk itu.
Smith berkata, kelasi kapal itu yang merupakan peminat lagu rap melepaskan beberapa das tembakan yang pertama di dalam kapal selam tersebut.
Dia yang berada tidak jauh dari bilik kawalan kapal selam itu bertindak menolak Donovan ke arah dinding.
Menurut Smith, semasa pergelutan itu, kelasi itu mungkin melepaskan tembakan yang kelima namun dia kemudian memusingkan badan Donovan sehingga 180 darjah dan menolaknya ke arah satu lagi dinding.
Dia berkata, semasa pergelutan itu, Donovan melepaskan tembakan yang keenam.
Namun, Smith berjaya menjatuhkan kelasi itu dan merampas senjata apinya dan melemparkan ia di bawah sebuah meja yang jauh daripada jangkauannya.
Dalam kejadian itu, beberapa orang yang menyaksikan insiden berkenaan berada dalam keadaan terkejut.
Kejadian itu berlaku dua hari selepas HMS Astute berlabuh di pelabuhan Southampton setelah 46 hari ia menyertai ujian di Laut Ireland.
Menurut beberapa kelasi, Donovan berasa tertekan kerana dia diarah berada di dalam kapal selama sebulan lagi kerana beberapa ujian tentera laut akan bermula esok. Kapal selam itu tiba di pelabuhan Southampton pada Rabu lalu. Namun terdapat laporan di akhbar The Times of London yang menyatakan dia mengamuk kerana tidak dibenarkan menggunakan tandas yang dikhaskan terlebih dahulu untuk para tetamu kenamaan. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Saturday, April 9, 2011

Sisa tsunami terapung di Pasifik

Foto
HELIKOPTER pasukan keselamatan Jepun lalu dekat sampah kesan tsunami di perairan bandar Kesennuma di timur laut negara itu.



Sampah kereta, rumah dan mangsa ombak gergasi menuju Pantai Barat AS
TOKYO: Sisa kemusnahan yang dihanyutkan ke laut berikutan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun dilaporkan terapung di Lautan Pasifik dan boleh sampai ke Pantai Barat Amerika Syarikat.
Lebih 200,000 bangunan dihanyutkan gelombang kuat berikutan gempa bumi berukuran 9.0 skala Richter pada 11 Mac lalu.

Ada laporan menyebut, ada kereta, traktor, kapal yang karam malah seluruh bangunan rumah terapung di laut.

Lebih memeranjatkan ialah ramalan pakar laut Amerika, Curtis Ebbesmeyer yang percaya kaki manusia lengkap berkasut turut dihanyutkan ke Pantai Barat Amerika dalam masa tiga tahun.

“Saya meramalkan rumah, bot dan kaki yang masih memakai kasut kini terapung,” kata Ebbesmeyer yang menghabiskan masa selama berdekad menjejaki barangan terapung.

Beberapa ribu mayat dihanyutkan ke laut berikutan bencana terbabit dan ketika kebanyakan anggota badan akan putus dan pecah dalam air, kaki yang masih berkasut akan meneruskan perjalanan, kata Ebbesmeyer.
“Saya menjangkakan sesuatu yang tidak disangka,” katanya.

Krew Armada Tentera Laut ke-7 Amerika yang menemui sampah luar biasa yang terapung mengakui tidak pernah melihat sesuatu seperti ini dan memberi amaran ia memberi ancaman kepada kapal.

“Sampah ini memberi masalah kepada kapal yang cuba lalu kerana kebanyakan bot menggunakan kipas selain pukat dan ia boleh menjadi mengancam pihak yang cuba menanganinya,” kata Ensign Vernon Dennis kepada ABC News.

“Jadi berhadapan dengan halangan ini sebenarnya boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan jika kapal anda terkandas ketika melintasinya.”

Saintis berkata, longgokan sampah pertama dari Jepun dijangka tiba di pantai barat Amerika dalam masa setahun selepas dibawa arus ke arah Washington, Oregon dan California.

Ia kemudian akan ke Hawaii dan balik semula ke Asia dalam apa yang dikenali sebagai putaran Pasifik Utara, kata Ebbesmeyer yang menemui kasut Nike, mainan mandian plastik dan sarung tangan hoki dari kapal kargo Asia serta menjejaki sampah lebih besar bergerak ke seluruh Pasifik dari Jepun.

Beliau bergantung pada ribuan pengunjung pantai untuk melaporkan lokasi dan maklumat lengkap apa yang ditemui.

“Bayangkan keadaan jika anda letak bandar utama dalam pengisar sampah dan taburkan sisanya ke laut,” katanya.

Sebahagian sampah yang sampai di Pantai Barat juga mungkin mengandungi radioaktif berikutan kerosakan loji nuklear Jepun, kata James Hevezi, pengerusi Suruhanjaya Kolej Radiologi Amerika Syarikat mengenai Perubatan Fizikal.

“Tetapi, ia mungkin berisiko rendah,” kata Hevezi. “Jumlah dalam barangan ketika itu mungkin tiba di Pantai Barat dengan kadar yang amat minimum.”

Hanya sebahagian kecil sampah akan dihanyutkan ke laut dan bagaimana cepat ia sampai ke sana dan di mana ia mendarat bergantung kepada apungan, bahan dan faktor lain. – Agensi
Berita Harian Online | Sisa tsunami terapung di Pasifik

Empat maut selepas Jepun digegar lagi


JALAN raya di Sendai sesak apabila lampu trafik tidak berfungsi akibat terputus bekalan elektrik berikutan gempa bumi susulan 7.4 magnitud yang menggegar timur laut Jepun sebelum tengah malam tadi. - Foto AP
bharian



TOKYO: Gempa susulan sekuat 7.1 pada skala Richter yang melanda pantai timur Jepun lewat kelmarin telah menyebabkan empat orang terkorban dan lebih 100 lagi cedera.Pusat gempa di bawah laut itu terletak 66 kilometer ke timur Sendai, bandar yang teruk terjejas ekoran bencana gempa dan tsunami pada 11 Mac lalu.Amaran tsunami turut dikeluarkan malam kelmarin tetapi ditarik balik selepas tiada ombak yang boleh membawa maut berlaku.Menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran, salah seorang mangsa gempa ialah wanita berusia 63 tahun, yang alat pernafasannya berhenti berfungsi apabila bekalan elektrik di wilayah Yamagata, terputus ekoran gempa.Saluran televisyen NHK melaporkan dua lagi mangsa lelaki berusia 79 dan 85 tahun, yang menetap di wilayah Myagi.Wilayah itu merupakan yang paling terjejas teruk oleh gempa sekuat 9.0 pada skala Richter bulan lalu dan gelombang tsunami yang menyusul.Agensi berita Jiji pula melaporkan seorang lagi wanita berusia 83 tahun di wilayah yang sama disahkan meninggal dunia apabila tiba di hospital.Lebih 130 orang dilaporkan cedera, menurut polis.Ini jauh lebih rendah berbanding dengan lebih 25,000 orang yang terkorban atau hilang dalam bencana bulan lalu.Di sebuah pusat perlindungan di bandar timur laut Natori, Cik Matsuko Ito, 64 tahun, berkata beliau terpekik apabila terasa gegaran sekitar 11.30 malam kelmarin (waktu tempatan).'Semuanya sudah berubah. Dunia kini rasa ganjil sekarang,' kata beliau.Di bandar Kitakami, para penduduk kelihatan beratur panjang di kedai untuk membeli makanan, air, mi segera dan bateri, selang beberapa jam gempa melanda malam kelmarin.'Keadaan menyeramkan. Gempa pada tengah malam semalam (kelmarin) mengingatkan saya kembali kepada rasa gerun yang saya rasakan sebulan lalu. Saya sudah bosan dengan gempa bumi. Tolonglah, harap jangan ada lagi gempa bumi,' kata Encik Kazuyuki Shiroiwa, yang gagal membeli bateri walaupun telah ke empat kedai.Sehingga semalam, 2.62 juta kediaman masih tidak mempunyai bekalan elektrik.Sementara itu, para pekerja yang bergelut untuk mengawal krisis radiasi di loji nuklear Fukushima Dai-ichi diarahkan berpindah buat sementara waktu selepas gempa kelmarin, menurut operator loji Tokyo Electric Power Co (Tepco).Gempa itu bagaimanapun tidak membawa sebarang masalah kepada loji nuklear berkenaan.Di sebuah loji di Onagawa pula, yang terletak lebih 100 kilometer dari loji Fukushima, air beradioaktif didapati melimpah keluar daripada takungan ekoran gempa kelmarin.Jurucakap pengendali loji itu, Tohoku-Electric Power Co, bagaimanapun berkata kadar radiasi itu rendah. -- AFP, AP, Reuters.
Cyberita Online Luar Negara

Rahsia pikat dua isteri




Hasan Mahmud bersama isteri pertamanya, Mazenah Mahmud di rumah mereka di Putrajaya. Bibit perkenalan mereka berputik ketika belajar di sekolah Arab yang sama.


"PADA zaman itu, suratlah yang menjadi penghubung antara kami berdua dan ketika itu tak payah susah-susah nak pos sebab kami hanya meletakkannya sama ada di celah pasu bunga, di celah-celah pokok atau kirim melalui budak-budak.''
Demikian permulaan bicara bersama Datin Mazenah Mahmud, 61, isteri pertama pendakwah terkenal, Datuk Hasan Mahmud.
Menurut Mazenah, disebabkan tiada alat komunikasi yang lain seperti telefon, maka surat yang ditulis pastinya akan melebihi daripada empat muka surat.
Apabila ditanya apakah yang dituliskan sehingga panjang begitu, katanya, semasa tengah bercinta, zaman muda-muda, semua ada, sama macam orang zaman sekarang bercinta. Pasti ada sahaja yang hendak dituliskan.
Mazenah memberitahu, setiap kali surat yang diselit atau diletakkan di pokok, dia dan Hasan akan menggunakan bahasa isyarat untuk memberitahu ada 'pesanan'.
Menyingkap perkenalan awal mereka, jelas Mazenah, mereka berdua bersekolah di sekolah Arab yang sama dan daripada situlah kerana sering berjumpa dan kebetulan pula Hasan menyewa rumah di hadapan rumahnya, lama kelamaan 'terbitlah' satu perasaan yang sukar digambarkan.
''Walaupun kami satu sekolah dan diasingkan antara pelajar perempuan dan lelaki, tapi kami sering berselisih antara satu sama lain.
''Ketika itu Ustaz (panggilan untuk Hasan) yang kebetulan menyewa di hadapan rumah saya juga sering mengunjungi rumah untuk menonton televisyen.
''Daripada situlah bermula segala-galanya sehinggalah kami mengambil keputusan untuk bertunang pada 1970,'' kata Mazenah ketika ditemui di Putrajaya, baru-baru ini.
Segala yang diceritakan oleh Mazenah dipersetujui oleh Hasan. Beliau berkata, mereka melangsungkan hari bersejarah pada 23 Julai 1971.
Ketika itu, Hasan pada tahun akhir pengajian di Masjid Negara dan kehidupan mereka selepas itu tidak seperti pasangan lain kerana Mazenah masih lagi tinggal di Perlis.
Menurut Hasan, ketika itu beliau berulang alik ke Perlis sehinggalah pada tahun 1975, beliau membawa Mazenah ke Mesir, mengikutnya yang menyambung pelajaran di sana.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Hasan mempunyai seorang lagi isteri. Tetapi sudah ditakdirkan, umur isterinya itu tidak panjang.
Selepas itu, Hasan mengambil keputusan berkahwin pula seorang lagi pada akhir tahun 2008.
Apa yang menarik untuk dikongsi bersama ialah Hasan tidak pernah mengenali isteri ketiganya, Melly Maliha Maidin, sehinggalah beliau mengunjungi rumah keluarganya di Kudat, Sabah.
''Isteri saya ini (Melly) merupakan seorang penganut agama Kristian. Saya mengenalinya melalui abangnya yang merupakan seorang mualaf. Mungkin sudah ditakdirkan bahawa ada jodoh saya bersamanya.
''Kali pertama berjumpa dengannya adalah sewaktu saya mengunjungi keluarganya di Kudat. Ketika itu saya menyatakan hasrat untuk menjadikannya sebagai isteri saya. Pada saya umur mungkin suatu kebetulan, saya tidak pernah mencari yang muda.
''Walaupun keluarganya tidak boleh menerima poligami tetapi mereka boleh menerima agama Islam. Bagaimanapun ketika itu isteri saya (Melly) tidak menerima saya,'' ceritanya sambil ketawa.
Begitu pun, ujar bapa kepada tujuh orang cahaya mata ini, setelah pulang ke Semenanjung, dia tidak berputus asa menelefon Melly walaupun ia tidak pernah berjawab.
Begitu juga dengan khidmat pesanan ringkas (SMS), yang mana lima yang dihantar hanya satu yang dibalas.
Berkat kesabaran Hasan, setelah lima bulan menunggu akhirnya berbalas apabila Melly menyatakan kesudian untuk menjadi isterinya.
Sementara itu, Melly ketika ditemui menyatakan, keikhlasan Hasan yang ditunjukkan ketika mengunjungi keluarganya di Kudat sebelum ini, telah membuka pintu hati beliau untuk menerimanya sebagai suami.
''Mula-mula susah juga hendak menerima kerana bukan sahaja faktor umur tetapi pada masa itu saya juga ada berkawan dengan orang lain.
''Tetapi apabila melihat Ustaz begitu ikhlas, lama kelamaan saya boleh menerimanya,'' ujarnya.
Ternyata kehidupan Hasan hari ini bahagia bersama dua isteri dan tujuh orang cahaya mata di samping kerjayanya yang cukup hebat.
Utusan Malaysia Online - Keluarga

4 jalani hukuman sebat


BANDA ACEH: Dua pasangan menjalani hukuman sebat di sini, semalam selepas didapati bersalah menjalinkan hubungan luar nikah.
Kira-kira 200 orang berkumpul di sebuah masjid di bandar Jantho selepas solat Jumaat untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman itu. Pasangan pertama, Sudirman, 43 dan Irdayanti, 34, di sebat sembilan kali. “Hukuman berat ini dilaksanakan kerana kedua-duanya sudah berkahwin dengan orang lain,” kata pendakwa raya, Bendry Almi.

Pasangan kedua, Rudi Setia Yudda, 40, menjalani hukuman sebat tujuh kali dan Nuramalia, 18, empat.
Nuramalia yang sudah berumah tangga dengan lelaki lain, menangis ketika hukuman itu dilaksanakan.

Dia yang kemudian pengsan kini dirawat di sebuah hospital tempatan.

Orang ramai menjerit mengecam Sudirman dan Yudda serta menuntut hukuman ke atas mereka ditambah.
Aceh adalah satu-satunya wilayah Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah. Disember lalu, dua orang disebat selepas ditangkap bercium. - AFPmyMetro | 4 jalani hukuman sebat

Aktivis Mesir tuntut Hosni, kuncu dibicara

KAHERAH: Aktivis Mesir semalam mengadakan perarakan di Dataran Tahrir, menuntut bekas pegawai rejim disingkir dan dibicarakan termasuk bekas Presiden Hosni Mubarak.
Beribu-ribu orang menyertai perhimpun selepas solat Jumaat dalam protes yang dipanggil ‘Hari Perbicaraan dan Pembersihan.’ Ia bertujuan meningkatkan tekanan terhadap majlis pemerintahan tentera supaya melaksanakan janji pembaharuan dan mengadili bekas anggota rejim.

Tunjuk perasaan sering diadakan sejak Hosni digulingkan pada 11 Februari lalu tetapi bilangannya dimeningkat semalam ini selepas Ikhwanul Muslimin, gerakan pembangkang terbesar dan paling kukuh, berkata mereka akan turut menyertainya.
Tuntutan utama ialah membicarakan Hosni dan keluarganya, kata peganjur dalam laman Facebook.

Beberapa lelaki yang mengakui mereka bekas pegawai tentera mencabar aspirasi demokrasi majlis pemerintahan tentera dan menggesa anggotanya berundur.

Dalam satu siri rakaman video yang disebarkan secara meluas di YouTube, sekumpulan lelaki yang mendakwa mewakili kumpulan penentang Mubarak, menuduh majlis tentera menghalang matlamat revolusi daripada tercapai apabila mereka melantik mereka yang rasuah. - AP
myMetro | Aktivis Mesir tuntut Hosni, kuncu dibicara

Warga Arab Saudi tersilap diusir ditemui di hutan Nigeria

LAGOS: Seorang warga Arab Saudi ditemui di hutan di Rangam, Nigeria selepas pihak berkuasa Saudi tersilap mengusirnya.
Muhammad Noor memberitahu akhbar Saudi Gazatte, adiknya, Waleed yang tersilap diusir ke Nigeria 36 hari lalu ditemui dalam operasi mencari. Menurutnya, kedutaan Saudi di Nigeria sudah menyiapkan prosedur untuk menghantarnya pulang ke Arab Saudi. Satu pasukan Jabatan Imigresen menemui Waleed merayau-rayau di Makkah tanpa dokumen pengenalan diri sebelum ditahan di pusat tahanan selama 21 hari dan kemudian dihantar pulang ke Nigeria.

Waleed yang berusia 26 tahun mengalami skizofrenia sejak kecil. Kisah mengenai Muhammad yang mencari adiknya disiarkan di akhbar pada 9 Mac lalu. - Agensi
myMetro | Warga Arab Saudi tersilap diusir ditemui di hutan Nigeria

Lima rakyat Palestin maut

GAZA: Serangan udara Israel di Semenanjung Gaza menyebabkan dua pejuang Hamas dan tiga orang awam Palestin terbunuh semalam, dalam insiden keganasan terbaru yang berterusan untuk hari kedua.
Tentera Israel, berkata mereka mengenal pasti dua anggota skuad Hamas dan menyerang mereka dari udara dan darat. Seorang warga tua dan wanita mati apabila kediaman mereka di Khan Younis diserang, manakala empat lagi wanita cedera, lapor sumber hospital. Serangan itu berlaku selepas kumpulan serpihan Palestin menembak dua roket ke arah Israel pada waktu Subuh.

Pertempuran di sempadan berkurangan sejak dua tahun lalu tetapi memuncak secara tiba-tiba baru-baru ini apabila kumpulan Hamas yang memerintah Gaza melepaskan bedilan roket ke arah Israel, mencetuskan serangan balas yang mengorbankan 16 rakyat Palestin bulan lalu. Penganalisis di Gaza, berkata Hamas ingin memperkukuh pemerintahannya di negara Palestin yang berpecah dua itu dan mengalihkan perhatian ekoran pergolakan yang berlaku di negara Arab - untuk mengakhiri perpecahan dengan Fatah.
Israel melancarkan serangan udara dua hari berturut-turut sejak kelmarin apabila anggota Hamas menembak peluru berpandu antikereta perisai ke arah sebuah bas sekolah Israel, menyebabkan dua orang cedera. Hamas mengaku bertanggungjawab ke atas serangan bas sekolah itu dan penganalisis Yahudi berkata serangan Hamas itu adalah sebagai membalas serangan udara Israel pada 2 April lalu yang membunuh tiga penduduk Gaza. Dalam pada itu, sebanyak 45 tembakan roket dan mortar dilepaskan pejuang di Gaza ke arah Israel, kelmarin. — Reuters
myMetro | Lima rakyat Palestin maut

Makin ramai sakit kepala

TOKYO: Semakin ramai rakyat Jepun mengalami sakit kepala akibat ratusan gegaran selepas gempa sejak gempa bumi melanda negara itu 11 Mac lalu.
“Kami menerima peningkatan jumlah pesakit yang mengadu pening kepala,” kata pakar sakit telinga, hidung dan tekak di Klinik Universiti Mejiro.

“Ini mungkin kerana mereka mengalami terlalu banyak gegaran,” katanya.

Penduduk dan penyelamat di wilayah timur laut negara itu mengalami hampir 400 gegaran selepas gempa sejak gempa bumi berukuran 9.0 magnitud itu melanda. - AFP
myMetro | Makin ramai sakit kepala

4 korban gempa baru

SENDAI: Satu gegaran selepas gempa semalam, yang paling kuat sejak gempa bumi melanda timur laut Jepun, menyebabkan empat orang terbunuh.
Ia juga memutuskan bekalan elektrik, sekali gus memburukkan lagi keadaan di kawasan yang dipenuhi sisa runtuhan akibat tsunami.

Gegaran berukuran 7.1 magnitud semalam mencetuskan lebih banyak kerumitan dan menjejaskan usaha penduduk untuk membina hidup baru selepas gempa bumi berukuran 9.0 dan tsunami 11 Mac lalu.

Bagaimanapun, gempa terbaru itu tidak menyebabkan kerosakan teruk dan tidak menyebabkan tsunami.

Hanya sedikit cecair radioaktif mengalir keluar dari loji nuklear Fukushima tetapi ia dikatakan tidak membahayakan.

Matsuko Ito, yang menumpang sementara di pusat perlindungan di Natori, berkata dia yang masih trauma dengan kejadian tsunami bulan lalu, cemas dengan gegaran terbaru itu.

Dia menjerit apabila gegaran itu berlaku kira-kira jam 11.30 malam (waktu tempatan.)

Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan amaran tsunami sebaik gegaran berlaku tetapi menariknya kembali tidak lama kemudian. - Reuters
myMetro | 4 korban gempa baru

Nato akui sukar tumbangkan Gaddafi

TRIPOLI: Pemimpin kanan tentera Nato semalam mengakui serangan udara mereka tidak mencukupi untuk membantu kumpulan pemberontak menggulingkan Muammar Gaddafi.
Ketua Panglima Amerika Syarikat bagi Operasi di Afrika, Jeneral Carter Ham, berkata konflik di Libya menemui jalan buntu dan sukar untuk pemberontak menjejaki Tripoli bagi menyingkirkan Gaddafi. Harapan awal supaya serangan udara Barat ke atas tentera Gaddafi akan membuka ruang untuk memusnahkan kumpulan pemberontak apabila tentera kerajaan meletakkan senjata berhampiran penempatan awam dan menyukarkan Nato untuk melakukan serangan.
Jurucakap politik Nato, Oana Lungescu bersetuju dengan pendapat Ham.
“Kami sudah menjelaskan tiada penyelesaian terhadap konflik ini secara ketenteraan. “Oleh itu, amat penting untuk mencari penyelesaian secara politik,” katanya. Kumpulan pemberontak menolak sebarang rundingan damai kecuali Gaddafi meninggalkan Libya. Oana, seperti juga pegawai Nato yang lain meluahkan kekecewaan kerana gagal masih belum mampu menumbangkan Gaddafi. - Reuters
myMetro | Nato akui sukar tumbangkan Gaddafi

Nato enggan mohon maaf



ANGGOTA  pemberontak berehat di Ajdabiyah sementara menanti arahan untuk memasuki bandar itu, semalam.
ANGGOTA pemberontak berehat di Ajdabiyah sementara menanti arahan untuk memasuki bandar itu, semalam.


ANGGOTA pemberontak meratap di keranda rakan mereka yang terbunuh akibat dibom tentera Nato, di Benghazi, semalam.
ANGGOTA pemberontak meratap di keranda rakan mereka yang terbunuh akibat dibom tentera Nato, di Benghazi, semalam.

AJDABIYA: Nato semalam enggan memohon maaf terhadap serangan udara yang menyebabkan beberapa anggota penentang Muammar Gaddafi terbunuh.
Timbalan pemerintah Nato, Laksamana Russel Harding dari Britain berkata, tentera pakatan itu tidak tahu pemberontak menggunakan kereta kebal.

“Dua serangan kami menyebabkan kematian beberapa anggota pemberontak yang mengendalikan kereta kebal,” katanya.
Ketika ditanya sama ada pakatan itu memohon maaf kepada kumpulan penentang Gaddafi itu, Harding memberitahu wartawan: “Saya bukan meminta maaf. Keadaan di darat begitu mengelirukan. Sehingga semalam, saya tidak tahu bahawa pemberontak menggunakan kereta kebal,” katanya.

‘Peranan kami ialah melindungi orang awam. Kereta kebal sebelum ini digunakan oleh tentera Gaddafi untuk menyerang orang awam,” kata Harding pada sidang akhbar video dari ibu pejabat operasi Libya pakatan berkenaan di Naples, Itali.

Kejadian itu adalah yang kedua dalam tempoh tidak sampai seminggu menyaksikan pesawat Nato mengebom kedudukan pemberontak di Brega secara tidak sengaja.
Dalam kejadian pertama, pemberontak mengaku anggotanya tersilap menembak ke udara, menyebabkan pesawat Nato mengebom mereka.

Kejadian terbaru berlaku apabila beberapa kereta kebal diserang dalam serangan udara berhampiran Brega, 80 kilometer ke barat Ajdabiya.
Pemimpin pemberontak, Abdelfatah Yunis berkata di Benghazi, empat orang terbunuh, dua pejuang dan dua anggota perubatan.
Sementara itu, wartawan AFP berkata, Ajdabiya semalam dikuasai sepenuhnya oleh pemberontak. - AFPmyMetro | Nato enggan mohon maaf

Wanita Aceh pengsan disebat



IRDAYANTI terpaksa diusung setelah dia pengsan selepas selesai menjalani hukuman sebat di Aceh Besar, Banda Aceh semalam.


BANDA ACEH - Dua pasangan Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata seorang pendakwa raya semalam.
Pasangan itu, Sudirman Bintang, 43, dan Irdayanti Mukhtar, 34, dirotan sebanyak sembilan kali kerana mereka masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit.
Mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar semalam dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat.
"Punca mereka dihukum keras adalah kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin dengan orang lain," kata pendakwa raya itu, Bendry Almy. - Agensi
Kosmo! Online - Negara

Trump siasat tempat lahir Obama


NEW YORK - Bilionair terkenal Amerika Syarikat (AS) yang menerbit program realiti televisyen The Apprentice, Donald Trump, menghantar sekumpulan penyiasat ke kampung halaman Presiden AS, Barack Obama di Hawaii, lapor akhbar New York Daily News semalam.
Trump yang berusia 64 tahun menghantar pasukan penyiasat itu bagi mengetahui sama ada Obama benar-benar lahir di AS kerana beliau tidak pernah mempamerkan sijil kelahirannya.
"Saya ada orang yang mengkaji mengenainya (tempat lahir Obama) dan mereka tidak percaya dengan apa yang telah mereka perolehi," kata Trump yang mahu menjadi calon presiden bagi menentang Obama dalam rancangan Today terbitan NBC.
"Anda ada orang yang mencari maklumat - maksud saya di Hawaii?," soal hos, Meredith Vieira. "Memang betul. Mereka tidak percaya apa yang mereka dapat," jawab Trump.
Ahli perniagaan itu juga menyatakan Obama terlibat dalam satu penyelewengan tempat kelahirannya.
"Beliau membelanjakan sebanyak AS$2 juta (RM6.5 juta) untuk yuran guaman demi menyelesaikan isu ini. Jika semua ini tidak benar, kenapa beliau tidak selesaikannya sahaja?," soal Trump.
"Saya harap perkara ini tidak benar. Jika sebaliknya, ini akan menjadi penipuan paling besar dalam sejarah politik," kata Trump yang juga merupakan penganjur pertandingan Ratu Cantik Universe.
Beberapa orang aktivis sudah lama menegaskan bahawa Obama tidak layak menjadi presiden atas dakwaan beliau tidak dilahirkan di AS.
Ada yang menyatakan Obama lahir di Kenya manakala yang lain mendakwa Obama sebenarnya warga United Kingdom atau Indonesia.
Pada tahun 2008, pentadbiran Obama mengeluarkan satu dokumen yang menyatakan presiden itu lahir di Honolulu, Hawaii.
Obama yang dipilih menjadi Presiden AS pada tahun 2009 dan beliau sudah mengumumkan akan bertanding untuk penggal kedua pada 2012. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Sudah bertunang tapi tak mampu kahwin

Kosmo! Online - Dunia: "KABUL - Seorang kakitangan pentabiran di sini, Ahmad Mahfooz mempunyai pendapatan hampir sepuluh kali ganda daripada gaji tahunan pekerja rendah di Afghanistan namun dia masih tidak mampu untuk mengahwini tunangnya.

Dia sudah berhutang beribu-ribu dolar selepas mengadakan satu majlis pertunangan mewah melibatkan 500 orang tetamu pada Disember lalu.

Ahmad memberitahu dia tidak tahu sama ada akan mampu untuk mengadakan majlis perkahwinan seperti yang diharapkan oleh bakal isteri dan keluarga mertuanya.

'Saya berhutang dengan hampir semua orang yang saya kenal. Saya tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan wang untuk berkahwin,' kata Mahfooz yang berusia 27 tahun.

Dia merupakan salah seorang golongan pertengahan di Afghanistan yang terpaksa berdepan dengan peningkatan kos perkahwinan.

Kenaikan kos itu menyebabkan golongan muda menangguhkan perkahwinan.

Ekoran itu, pemerintah Afghanistan sedang menimbang untuk mengharamkan majlis perkahwinan mewah.

Undang-undang baru yang diusulkan oleh Kementerian Keadilan itu akan menghadkan jumlah jemputan kepada 300 orang sahaja manakala had perbelanjaan bagi setiap tetamu ialah cuma AS$5 (RM15).

'Majlis perkahwinan sudah menjadi seperti pertandingan untuk menunjuk-nunjuk kekayaan dan pengaruh.

'Ramai orang muda tidak boleh berkahwin kerana mereka tidak mampu. Perkara ini mesti dihentikan,' kata Ketua Jabatan Kementerian Undang-Undang Sivil, Majid Ghanizada.

- AFP"

Serpihan tsunami Jepun bergerak ke AS

Kosmo! Online - Dunia: "
STESEN televisyen ABC kelmarin menyiarkan imej serpihan sebuah rumah yang dihanyutkan ke laut dari kawasan timur laut Jepun.

NEW YORK - Sejumlah besar serpihan termasuk rumah, kereta, kapal, traktor, treler dan kereta kini dihanyutkan laut ke arah pantai barat Amerika Syarikat (AS) selepas tsunami yang berlaku pada 11 Mac lalu di timur laut Jepun, lapor sebuah akhbar semalam.


Menurut laporan berita stesen televisyen ABC, anggota-anggota Tentera Laut Armada Ketujuh AS mengesan serpihan itu yang terapung sekali gus menjadi ancaman kepada kapal.


Dalam tempoh tiga tahun, serpihan itu akan tiba dekat dengan pantai barat AS dan kemudian bergerak ke arah Hawaii dan berpusing semula ke arah Asia.


Putaran serpihan itu dikenali sebagai lingkaran Asia Pasifik.


Kebanyakan serpihan itu adalah plastik yang tidak akan patah menyebabkan ia akan mencetuskan kebimbangan mengenai pencemaran di laut dan mengancam kehidupan marin seperti penyu yang menggunakan laluan sama ke California dari Jepun.


Tsunami berlaku pada 11 Mac lalu akibat gegaran kuat gempa bumi yang berlaku di dalam laut dekat Sendai di timur laut Jepun mengakibatkan lebih 27,500 orang hilang dan terbunuh. - Agensi"

Rakyat Britain tidak kisah tunang Putera William dara atau tidak

Kosmo! Online - Dunia: "

PUTERA WILLIAM dan tunangnya Kate Middleton.
LONDON - Rakyat Britain kini dilihat tidak lagi peduli sama ada Kate Middleton iaitu tunang pewaris takhta negara itu Putera William, masih dara atau sebaliknya.

Pasangan itu yang akan berkahwin pada bulan ini dipercayai pernah tinggal bersama ketika masih belajar di sebuah universiti.

Sikap itu itu membuatkan istana Britain selari dengan peredaran zaman di negara berkenaan.

Perubahan tersebut mungkin disebabkan oleh kecurangan pasangan Puteri Diana iaitu ibu William yang pernah menjadi isteri Putera Charles.

Semasa pertunangan Puteri Diana, keluarga diraja dan penasihat mereka menganggap ibu William itu masih dara.

'Tidak pernah ada peraturan bahawa pengantin diraja mesti seorang dara,' kata profesor dan sarjana diraja dari Universiti Aberystwyth di Wales, Noel Cox.

Pengkritik-pengkritik diraja percaya William berada di posisi lebih baik berbanding bapanya dalam memastikan perkahwinan ini berjaya.

'William seorang lelaki yang tegas. Beliau mencipta ruangnya sendiri, membuat keputusan apa yang hendak dibuat dan bila mahu melaksanakannya.

'Malah, hubungan William dan Kate selama lapan tahun boleh menjadi buktinya,' kata seorang pakar aspek diraja, Dickie Arbiter. - AP"

Letupan Gamma 11 hari bingungkan saintis

Kosmo! Online - Dunia: "
LETUPAN selama 11 hari di sebuah galaksi di angkasa lepas membinggungkan para saintis.
LOS ANGELES - Letupan kosmik di galaksi yang jauh dari Bumi berlanjutan selama 11 hari telah membuatkan para saintis astronomi berada dalam keadaan kebingungan, lapor sebuah akhbar semalam.

Keadaan itu berlaku kerana letupan sinar Gamma biasanya berlaku hanya beberapa jam.

Letupan Gamma luar biasa itu dirakamkan satelit Swift milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) pada 28 Mac lalu.

Namun, para saintis bingung kenapa kesannya boleh berlanjutan begitu lama.

Lebih seminggu kemudian, mereka masih boleh melihat radiasi berkuasa tinggi terus muncul dari galaksi tersebut. Letupan itu mungkin disebabkan oleh sebutir bintang yang terpecah selepas berada terlalu hampir dengan satu lohong besar di angkasa lepas.

Sejak ia berlaku, Teleskop Angkasa Hubble dan Balai Cerap Chandra X-ray memberi fokus terhadap kesan letupan itu.

Hubble akan memantau sama ada kerak galaksi akan berubah tahap kecerahannya pada tempoh beberapa hari lagi.

Galaksi itu terletak 3.8 bilion tahun cahaya dari Bumi. Setiap tahun cahaya dianggarkan sejauh 9.65 trilion kilometer. - Agensi"

SEORANG lelaki didakwa menyamar sebagai Britney Spears dalam klip video Till The World Ends.

Kosmo! Online - Dunia: "

SEORANG lelaki didakwa menyamar sebagai Britney Spears dalam klip video Till The World Ends.
LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Britney Spears didakwa menggunakan seorang lelaki yang menyamar sebagai dirinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pendedahan itu dibuat semasa klip video Till The World Ends itu menjadi perbincangan hangat di Internet.

Salah seorang peminat Spears berkata, wanita mirip penyanyi tersebut bukan dirinya.

'Saya memikirkan perkara itu kerana dia tidak boleh menari seperti kebiasaan,' katanya.

Menurutnya, dia menghentikan video tersebut dan berasa terkejut kerana wanita tersebut tidak kelihatan seperti Spears.

Laman peminat penyanyi berkenaan dihujani dengan teori sama ada Spears menggunakan orang lain untuk menyamar dirinya. - Agensi"

NATO kesal serang pemberontak anti-Gaddafi

Kosmo! Online - Dunia: "
AJDABIYA - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) semalam menyatakan ia kesal dengan kematian akibat serangan udara ke atas kereta-kereta kebal milik pemberontak yang menentang pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Serangan itu berlaku sehari selepas ramai pemberontak dan orang awam keluar meninggalkan bandar ini kerana terdapat khabar angin bahawa tentera Gaddafi berada di luar bandar berkenaan.

Seorang wartawan agensi berita AFP menyatakan, kumpulan pemberontak sudah kembali berkumpul semula di bandar ini dan cuba untuk bergerak ke bandar Brega.

Pemberontak menentang kepimpinan Gaddafi sejak 15 Februari lalu bagi menuntut perubahan politik kerana beliau sudah memerintah selama empat dekad.

NATO melakukan satu siri serangan di Libya untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di negara ini yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Agensi"

Tembakan di dalam kapal selam nuklear Britain


GAMBAR yang disiarkan Perbadanan Penyiaran British (BBC) menunjukkan suasana di lokasi tembakan dekat kapal selam nuklear di pelabuhan Southampton, Britain semalam.


LONDON - Seorang mangsa terbunuh manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah selepas satu kejadian tembakan berlaku semalam di dalam sebuah kapal selam nuklear milik tentera Britain yang berlabuh di pelabuhan Southampton.
Menurut polis, insiden itu tiada kaitan dengan aktiviti pengganas.
Ia berlaku di dalam kapal selam terbaru dan paling canggih milik angkatan tentera laut Britain, HMS Astute.
Polis dan Kementerian Pertahanan Britain enggan memberi komen terhadap laporan yang menyatakan mangsa yang maut ialah pegawai tentera laut diraja.
"Dalam kedua-dua kes ini, saudara-mara mereka masih belum diberitahu mengenainya. Namun, para pegawai kini dalam proses memberitahu ahli keluarga mangsa.
"Tiada sebarang perincian mengenai mangsa yang cedera akan dikeluarkan sehingga siasatan disempurnakan," jelas polis Hampshire dalam satu kenyataan.
Pada Oktober tahun lalu, kapal selam Astute menjadi berita utama apabila ia tersadai di pantai Scotland dan terpaksa ditarik.
Kapal selam yang sama turut terlibat dalam satu pelanggaran dengan sebuah kapal tunda dan terpaksa dibaiki.
Media tempatan melaporkan, kapal selam terbabit dalam lawatan selama lima harinya ke Southampton.
Ia tiba pada Rabu lalu dan membawa seramai 98 orang anak kapal dan berada selama 46 hari di laut.
Ekoran kejadian itu, seorang lelaki dilaporkan ditangkap yang merupakan seorang anggota keselamatan. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia