Pages

Saturday, April 9, 2011

Empat maut selepas Jepun digegar lagi


JALAN raya di Sendai sesak apabila lampu trafik tidak berfungsi akibat terputus bekalan elektrik berikutan gempa bumi susulan 7.4 magnitud yang menggegar timur laut Jepun sebelum tengah malam tadi. - Foto AP
bharian



TOKYO: Gempa susulan sekuat 7.1 pada skala Richter yang melanda pantai timur Jepun lewat kelmarin telah menyebabkan empat orang terkorban dan lebih 100 lagi cedera.Pusat gempa di bawah laut itu terletak 66 kilometer ke timur Sendai, bandar yang teruk terjejas ekoran bencana gempa dan tsunami pada 11 Mac lalu.Amaran tsunami turut dikeluarkan malam kelmarin tetapi ditarik balik selepas tiada ombak yang boleh membawa maut berlaku.Menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran, salah seorang mangsa gempa ialah wanita berusia 63 tahun, yang alat pernafasannya berhenti berfungsi apabila bekalan elektrik di wilayah Yamagata, terputus ekoran gempa.Saluran televisyen NHK melaporkan dua lagi mangsa lelaki berusia 79 dan 85 tahun, yang menetap di wilayah Myagi.Wilayah itu merupakan yang paling terjejas teruk oleh gempa sekuat 9.0 pada skala Richter bulan lalu dan gelombang tsunami yang menyusul.Agensi berita Jiji pula melaporkan seorang lagi wanita berusia 83 tahun di wilayah yang sama disahkan meninggal dunia apabila tiba di hospital.Lebih 130 orang dilaporkan cedera, menurut polis.Ini jauh lebih rendah berbanding dengan lebih 25,000 orang yang terkorban atau hilang dalam bencana bulan lalu.Di sebuah pusat perlindungan di bandar timur laut Natori, Cik Matsuko Ito, 64 tahun, berkata beliau terpekik apabila terasa gegaran sekitar 11.30 malam kelmarin (waktu tempatan).'Semuanya sudah berubah. Dunia kini rasa ganjil sekarang,' kata beliau.Di bandar Kitakami, para penduduk kelihatan beratur panjang di kedai untuk membeli makanan, air, mi segera dan bateri, selang beberapa jam gempa melanda malam kelmarin.'Keadaan menyeramkan. Gempa pada tengah malam semalam (kelmarin) mengingatkan saya kembali kepada rasa gerun yang saya rasakan sebulan lalu. Saya sudah bosan dengan gempa bumi. Tolonglah, harap jangan ada lagi gempa bumi,' kata Encik Kazuyuki Shiroiwa, yang gagal membeli bateri walaupun telah ke empat kedai.Sehingga semalam, 2.62 juta kediaman masih tidak mempunyai bekalan elektrik.Sementara itu, para pekerja yang bergelut untuk mengawal krisis radiasi di loji nuklear Fukushima Dai-ichi diarahkan berpindah buat sementara waktu selepas gempa kelmarin, menurut operator loji Tokyo Electric Power Co (Tepco).Gempa itu bagaimanapun tidak membawa sebarang masalah kepada loji nuklear berkenaan.Di sebuah loji di Onagawa pula, yang terletak lebih 100 kilometer dari loji Fukushima, air beradioaktif didapati melimpah keluar daripada takungan ekoran gempa kelmarin.Jurucakap pengendali loji itu, Tohoku-Electric Power Co, bagaimanapun berkata kadar radiasi itu rendah. -- AFP, AP, Reuters.
Cyberita Online Luar Negara

No comments: