Pages

Saturday, April 9, 2011

NATO kesal serang pemberontak anti-Gaddafi

Kosmo! Online - Dunia: "
AJDABIYA - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) semalam menyatakan ia kesal dengan kematian akibat serangan udara ke atas kereta-kereta kebal milik pemberontak yang menentang pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Serangan itu berlaku sehari selepas ramai pemberontak dan orang awam keluar meninggalkan bandar ini kerana terdapat khabar angin bahawa tentera Gaddafi berada di luar bandar berkenaan.

Seorang wartawan agensi berita AFP menyatakan, kumpulan pemberontak sudah kembali berkumpul semula di bandar ini dan cuba untuk bergerak ke bandar Brega.

Pemberontak menentang kepimpinan Gaddafi sejak 15 Februari lalu bagi menuntut perubahan politik kerana beliau sudah memerintah selama empat dekad.

NATO melakukan satu siri serangan di Libya untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di negara ini yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Agensi"

No comments: