Pages

Saturday, September 8, 2012

Obama akui Baitulmaqdis ibu negara Israel




         
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dengan rasmi mengakui Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan menetapkannya sebagai dasar parti Demokrat tahun ini.

Obama bertindak demikian bagi meraih sokongan daripada pelobi Yahudi menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, November depan. Presiden Amerika Syarikat itu melakukan demikian selepas pelbagai kritikan dilemparkan ekoran dasar parti Demokrat yang tidak menyentuh mengenai Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, lapor agensi berita Mehr sebagaimana dipetik daripada Associated Press (AP).


Antara yang menyelarnya ialah sekumpulan anggota proIsrael yang menghadiri sidang Demokrat Rabu lalu.

Ekoran kritikan itu, Obama menuntut perubahan pada dasar partinya dengan meminta Baitulmaqdis diiktiraf sebagai ibu negara Israel secara rasmi. Parti Republikan yang diketuai Mitt Romney, pencabar Obama dalam pilihan raya itu mengkritik presiden terbabit kerana mengubah dasar partinya. Romney berkata, perubahan dasar parti Demokrat dibuat kerana kedudukan dan populariti parti itu di kalangan rakyat Amerika mula pudar. - Agensi

No comments: