Pages

Saturday, May 16, 2015

Patung seramik dilelong RM5.6j

London: Satu patung seramik Jepun yang dianggar bernilai £70,000 (RM394,000) mengatasi anggaran lelongannya apabila ia dijual dengan harga £1 juta (RM5.6 juta).
Patung itu dipercayai dibuat di wilayah Tohoku di utara Pulau Honshu kira-kira 3,000 tahun lalu.
Dikenali sebagai dogu, patung itu menggambar kecantikan seorang wanita.
Patung setinggi 19.5 sentimeter itu sebenarnya separuh daripada ketinggian sebenarnya kerana bahagian bawahnya patah akibat peperangan di Jepun.
Bagaimanapun, ia tidak menghalang pengumpul barang antik Britain dan Jepun daripada membidanya di London.
Jurulelong terkejut apabila berlaku pembidaan sengit untuk mendapatkan patung berkenaan.
Pembida yang berjaya akhirnya membelinya dengan harga 15 kali ganda daripada yang dijangka.
Ketua Jabatan Seramik dan Hasil Seni Cina di Sotheby’s Robert Bradlow berkata, dogu ialah karya seni yang tidak ternilai dan simbol wanita yang unik.
Dia juga gembira si pembeli patung itu berasal dari Jepun yang tahu nilai seni.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2015 @ 5:12 AM


DOGU
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51283#sthash.I0vONi3h.dpuf

No comments: